Monday 31 January 2005

Biase jek..


Assalamualaikum..

Erm, actually takdek apa nak tulis pon, tapi tetap rasa nak tulis jugak kat dalam nih. Tengok la, mana la tau tengah merepek2 ade mende nak tulis jugak akhirnye kan. Heh.

Kejap jek dah sebulan yang pertama abih dalam tahun 2005 nih. Cepat betol. Kang tau2 dah bulan 12. Dah nak masuk 2006 plak. Maknanya aku dah 3rd year kat Trinity College tuh. Isk. Tapi nape skang nih aku rasa cam banyak main2 jek lagi nih? Bila aku nak start serius nih? Takleh jadik, kene start skang jugak. Huhu.

Alhamdulillah duit JPA masuk Khamis lepas dan secara automatiknye mengangkat atau melenyapkan status "nearly getting bankrupt" aku. Fuh, alhamdulillah, baru la bleh rasa cam nak bernafas dalam2 sket. Kalo tak tuh, memang rasa sesak betol ah. Tapi kene beringat gak la. So skang nih aku dalam perancangan merancang budget, yang mana sebelum nih tak pernah terpikir. Haha.

Last Jumaat, lepas PBL. Kul 11. Aku keluar dari kawasan kolej. Menuju St Stephen Green Mall. Nak gi Dunnes Store. Beli donut. Wedges. Coklat. Makan kt St Stephen Green Park. Sorang2. Dah abih, start jalan balik ke kolej. 100 meter di hadapan, nampak "makcik Bosnia bersama anaknya yang kecil itu" sedang kejar sapa ntah nak mintak duit. Masa nak gi Dunnes Store tuh, nampak gak dia ngan kawan dia kat satu lorong kecik nih. Tuh yang buat aku berwaspada masa nak balik.

Erm, rasa tak patut pon ade sebab aku baru lepas makan tapi diorang plak tak makan2(well, I think diorang tak makan2). Nampak jek makcik tuh, aku patah balik, masuk Clarendon Street. Cam aku cakap, aku tak kisah dah, jauh pon jauh la. Huhu.

Oh ya, Khamis lepas. Kul 630. Ade interfaith dialog between this Christian Prof,Chawkat Moucarry(camtuh ke eja dia tak ingat plak) yang ade PhD dalam Islamic Studies ngan sorang penceramah Muslim dari Kanada kot, Syabir Ali, yang ade Bachelor dalam Islamic Studies. The result? Syabir Ali lebih menarik perhatian ramai berbanding Chawkat. Dia nampak lebih berpengalaman. Lebih fluent dalam bagi hujah2 dia. Chawkat? Agak tak best. Banyak pusing2 ayat. Mengelirukan semua orang. And he even said one point which, in other points that he stated later after that, contradicted what he had said earlier.

Sabtu. Ade seminar pasal "Strategi Musuh Menentang Islam". PPIMI yang organised. Kire cam usrah grand la. Sedih. Lelaki tak ramai yang datang. Erm, diorang ade hal lain yang lebih penting agaknye. Takpe ah. Papehal, memang best.

Ahad. Takdek buat apa. Dok umah jek. Hehe.

Harini? Start klas balik la cam biase. Aku harap this week, all will go well in-syaAllah.

Wassalam.

Wednesday 26 January 2005

Isk lagi...


Assalamualaikum..

Huhu, harini agak meletihkan. Starting ngan PBL kul 9 pagi, aku kuar rumah kul 830 pagi, selepas melantak sepinggan nasik ngan seketul daging kambing masak kari, woohoo!! Alhamdulillah. Huhu. Pepagi makan daging kambing. Sebbaik tak sakit perut. Lapar, malam tadik tak makan nasik, so compensate ah, eheh. Jalan ngan lajunye, sampai ke tempat dituju dalam kul 9 tepat. Alhamdulillah.

Anatomy kul 2. Dissection arini. Dissect jantung. Heh, agak menarik juge tengok keadaan jantung manusia nih. Dulu pernahgak dissect jantung, tapi disset jantung kambing jek. Eh, ke lembu ar? Aku pon tak ingat, tapi yang pastinye bukan jantung orang la. Jantung pisang lagi ah bukan, huhu(Wooo, lawak 'lame'..huhu).

Lepas solat zohor, borak ngan senior. Budak 3rd Med. Cite la pasal makcik Bosnia tuh. And somewhat I got a glimpse of truth about that "makcik Bosnia dengan anaknye yang kecil itu". Kata senior sorang nih, makcik tuh dah lama ade kat sini, sejak senior nih 1st year lagi. And she told him the same story when he bumped into her, 2 years ago. See? And another thing he told me was that that makcik is not even a Muslim. Sejauh mana benarnye info nih aku tatau ah. But if I see her next time, I definitely going to take a detour. Jauh pon jauh la, penat pon penat la, asalkan aku tak kene tarik ngan makcik tuh.

After PBL, kul 11, went to comp lab to check my email. Got email from JPA. 2 days ago I sent them an email, informing them about my previous winter exam result, since they asked for it by sending a letter to my home in Malaysia. Alhamdulillah, luckily my sister was at home that time, so I asked her to read and tell me what the JPA had to say to me in the letter. So I emailed them my result. And today, I got a reply from JPA, asking me to send the hard copy of the result. I was, like, "whatt???!!" at that time.

Aku dengar duit Feb-Apr nak masuk Jumaat nih, tatau la betol ke tak. And aku dengar kalo tak anta result, duit tak masuk. Huhu. Jangan la weh! Senak dah nih, huhu. Harap duit masuk la jugak. In-syaAllah.

Sepotong hadis Rasulullah s.a.w(Hadis nih Hadis Qudsi sebenarnye)..

[Holding Grudges]

The gates of Paradise will be opened on Mondays and on Thursdays, and every servant [of Allah] who associates nothing with Allah will be forgiven, except for the man who has a grudge against his brother. [About them] it will be said: Delay these two until they are reconciled; delay these two until they are reconciled.

It was related by Muslim (also by Malik and Abu Dawud).


Wallhu a'lam.

Wassalam..

Tuesday 25 January 2005

Isk..


Assalamualaikum..

Erm..pekaba? Aku sehat alhamdulillah. Finished class quite early today, the last class ended at 11am. Patutnye ade klas Ethics, tapi tunggu punya tunggu, takdek lecturer datang pon, so aku pon blah la pulang ke rumah, maleh nak tunggu situ lelama pon.

The weather today was really nice. Great, in fact. Sunny day, although the morning was really cold. And there I was, crossing Nasseu Street, walking with a cheerful and happy feeling because of the early leave from college. And I decided not to walk into Grafton Street, one of the reason was to avoid the "makcik Arab dengan anaknye yang kecil itu".

I passed one Garda guy. Ok no problem with that. Then suddenly, with the bright sunlight pouring over my face, I saw something I have always trying to avoid and will always avoid it as long as I am in Ireland. Or should I say, someone. Can you guess it yet? No? Well, maybe some of you have guessed it. Yes, it was the "makcik Arab dengan anaknye yang kecil itu" laaa!!! Huhuh. Too late to turn back and "run", I just decided to walk to her, deep in my heart, hoping and praying that she won't stop me. Hah! Not a chance. I was the only one walking towards her that time. Terpaksa la berenti.

"Assalamualaikum, mister, you're a muslim, I'm a muslim, please help me, we haven't eaten for 2 days. Wallah(demi Allah), I'm a muslim".

Decided to confront,"Where are you from?".

"I'm from Bosnia, my husband is in Bosnia right now" while showing me her cute little baby. Ok she wasn't an Arab. "How long have you been here?".

"8 months".

"I'm sorry, I really don't have any money right now, I only can give you coins" sambil mengeluarkan wallet dari dalam beg, tengok kiri kanan kot2 ade lagi orang2 cam dia tengah tunggu peluang nak terkam aku, huhu.

Keluarkan beberapa sen,"I'm sorry, will this be enough?".

"Wallah, I'm a muslim, pity us we have not eat for 2 days". Time tuh baru la aku tau, takdek sapa penah bagi dia nih duit kot. "I'm sorry, this is all I got". Kesian gak.

"Well, please go to the bank and take out your money". (Amboih makcik nih)

"I'm sorry, I don't even have any money in the bank right now. I'm the same as you. Wallah, I really don't have money to give". In what sense that I am the same like her, ntah ah. Maybe in the sense of sengkek kot skang nih? Huhu :P. Well, dia dok cakap "Wallah", and since dia takkan caye kalo pon aku cakap betol, aku pon tunjuk la wallet aku yang memang kosong, and aku pon cakap la "Wallah" setelah mendapat idea dari makcik tuh.

Aku terpaksa kata "Wallah" tuh ok, kalo tak sure dia taknak lepaskan aku punya ah. Huhu, lepas dia buat muke sedih sket, terus dia blah. Aku pon blah ngan rasa sedikit tak best dan plek. 8 bulan kat sini? Camne dia bleh sampai sini all the way from Bosnia? 8 bulan? Takdek orang report? 8 bulan? And aku baru jek selisih ngan Garda, camne makcik tuh tak kantoi?(maybe Garda tuh pon lari dari makcik tuh kot? Hmm..). Bukan la aku nak makcik tuh kantoi sebab sian la dia kan. Tapi takkan 8 bulan nih dia idup ngan mintak orang bagi duit kat dia? Is she for real? Kat mana dia tido kalo malam? Alhamdulillah takdek sapa datang terkam aku lepas tuh. Huhu.

Aku anta mesej kat kawan aku yang time tuh tengah tunggu bas tak jauh dari tempat kejadian. The reply? "Ko suruh jek dia carik keje". Heh, a very sound solution. Tak teringat plak aku nak sarankan kat makcik tuh. 8 bulan? Anyway..aku rasa maybe payah gak dia nak dapat keje sini, sebab boleh jadik dia sampai sini takdek permit. Ntah ah. Tapi sedikit sebanyak aku rasa ketenteraman terganggu la jugak ngan orang2 gini.

Aku dah la jenis suke jalan balik sorang2. Selalu sepanjang jalan balik, especially kat Grafton Street, and jalan2 kecik2 sekitar tuh, selalu ade orang panggil2 orang tengah jalan2 kaki nih. Kadang tuh nak promote mende la, nak cite la mende projek or aktiviti group dia tengah buat cam charity ke apa ke. Maleh la nak berenti dengar. Bukan ade apa aku bleh bagi pon. Why don't you all just let me pass without ever trying to stop me coz I won't be bothered of what you're trying to offer! Huhu. Kadang tu terpaksa la buat2 cam tengah tepon ke, tengah reply msg ke, cakap "Sorry, I'm in a hurry" ke. Aiseh..bukannye best bohong2 nih, tapi nak buat camne kan?

Maybe sebab aku banyak lupa Allah kot. Aku sangka aku dah rancang ngan baik untuk escape dari makcik tuh and lupe bersyukur. Astaghfirullah. Aku merancang, Allah juga merancang dan Allah juala sebaik2 perancang. Allah jualah yang menentukan. Maka ditakdirkan untuk aku jumpa makcik tuh lagi. Untuk bagi aku sedar, aku bukan la orang yang paling susah kat dunia nih. Bagi aku sedar, supaya banyak bersyukur ngan apa yang ade, bukannya mengeluh dengan mende yang takdek.

Wassalam....

Saturday 22 January 2005

Selamat AidilAdha


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum..

Amacam raya haji korang? Dah dapat daging korban blom? Aku tak dapat lagi arr, aritu ingat ade distribute kat Malaysian Hall, tapi takdek plak, kat Masjid Dublin pon takdek gak menurut kata kawan aku. So bilenye nak dapat daging korban nih? Ke aku yang dah terlepas?

Raya haji kat Ireland nih jatuh pada hari Khamis lepas sebab sini ikut Arab Saudi, so pagi Khamis tuh memang aku tak gi 2 lecture, Physio ngan Biochem. Takbir kat sini start kul 9 pagi, solat kul 10 pagi. Lepas solat ade jamuan skettt. Heh, aku seperti biase, 2 round adelah capacity minima aku. Haha, so aku memang makan 2 round la. Ala, lagipon memang banyak lebih, and aku bukan makan sampai kenyang takleh bernafas pon.

Jumaat, hanya ade PBL kul 9 pagi and practical Biochem kul 2 petang. And arini, Sabtu aku takdek buat pape sangat pon, dok umah jek. Lunch masak nasik goreng, best woo. Haha, arini ujan manjang ngan angin kuat, so takdek rasa nak kuar langsung. Dah la bangun pon lambat. Patutnye dak2 nih ajak main futsal, nak buat camne, aku tak terbangun, so tak pegi la, eheh :P

Azam baru : taknak escape lecture lagi. Nak jadi tegas ngan diri sendrik pasnih. In-syaAllah.

Erm, teringat kat parents ngan opah aku kat Makkah skang nih. Apa khabar diorang skang agaknye? Moga2 urusan ibadah diorang dimudahkan oleh Allah, moga amalan2 diorang diterima oleh Allah. Moga diorang, and semua jamaah dilindungi Allah dari bahaya.

Erm, tatau nak buatpe skang. Tengah voice chat ngan kawan aku kat Malaysia. Heh, best gile, dah la tak pernah guna voice chat nih. Nanti bleh voice chat ngan adik aku. Dulu tak bleh, skang bleh plak. Alhamdulillah. Eheh.

Monday 17 January 2005

Kenapa nih? Apsal aku plek sangat nih?


Assalamualaikum..

Cadangnye nak start ngan gaya karangan surat tak rasmi cam Sid cakap, tapi tak ngape lah, maleh plak nak buat gitu.

Tatau nak kata apa.

Arini satu hari tak gi klas. Bukan sebab takdek klas, tapi sebab memang..er..just don't feel like going. Teruk gile aku skang. Rasa malas tuh makin membuak2. Apsal ngan aku? No definite answer to that. Even I can't give the answer.(Adik, jangan bagitau abah ngan mama, angah tak gi klas arini, eheh :P)

Sometimes I wonder, what is wrong with me? Often I feel like I'm having some kind of heavy thoughts, like there is a very heavy burden being put on my back and I have to carry it alone, without anyone else being allowed to help me. Well, its my burden after all, why would I let anybody do the carrying? Even so, I don't know what kind of burden I am carrying right now, so how can I ask anyone to help me carry even half of it? I really despise this kind of feeling, this kind of thought,this kind of heavy feeling inside my heart. Sometimes I feel like I am about to break.

Well, I am not the kind that like to involve others into my problems, my burden. I like to look as if I had nothing that worries me, but on the inside, its like the whole world is my responsibility. Let's just say, half of me always looks fine, while the other half doesn't. Sometimes it feels like I am empty inside. Not my stomach la. Err..currently memang tengah lapar pon, ahaha :P

Pernah dengar, kalo hati terasa kosong, kene cepat2 isi ngan mengingati Allah. Sebab memang sunnatullah, setiap yang kosong pasti akan diisi oleh something. Erm..mungkin aku kene isi hati nih dengan mengingati Allah. Sebab kalo tak, ianya akan diisi oleh syaitan yang akan memberi harapan palsu, angan2, rasa kecewa, putus asa, lemah semangat, malas, susah hati dan kesedihan. Takleh gitu. Erm, Rasulullah s.a.w pon dah ajar doa mintak perlindungan Allah daripada rasa susah hati dan kesedihan. Dalam ma'thurat ade. "Sesungguhnye dengan mengingati Allah, hati2 akan menjadi tenang.."(err..surah apa tuh ek? lupa plak, huhu).

Kadang2 tuh, pernah gak rasa diri nih cam alone. Rasa cam nak gak ade someone(paham2 la). So that bleh la jugak cite mende2 gini. At least ringan la sket rasa gelisah dalam hati nih. Heh, apa aku tengah cakap nih? Astaghfirullah. Dah dah, semua tuh dugaan. Rontaan nafsu jek semua tuh. Nafsu yang datang dari hati yang berpenyakit. Yang datang dari persekitaran yang mencabar keimanan. Jangan biar diri terlalai. Tak semestinye kene ade someone jek bleh cite2 masalah. Kawan2 still ade, mak abah pon ade gak. Yang paling penting, Allah ade. Cite semua kat Allah in-syaAllah rasa tenang. Isk, what exactly makes me to think about it ever again? Padahal awal2 aritu dah janji pada diri sendrik, nak blaja dulu. Taknak beratkan kepala ngan mende2 gini. Mak abah letak harapan tinggi.

Nak rasa rindu kat orang? Nak cinta kat orang? Cinta pada Allah camne? Kalo tuh tak setel, payah la sket. Rindu pada mak ayah camne? Kalo dok ingat orang lain lagi banyak dari ingat Allah, baiklah tak payah dulu. Latih diri untuk lebih banyak ingat Allah lagi baik. In-syaAllah bleh, akan dan cube dilaksanakan.

As I am writing this, it is snowing. Yeah, again! I think maybe the whole Ireland is snowing at the moment as my friend in Galway also told me the same thing.

Erm..Ya Allah, kurniakan aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan. Angkatlah rasa berat dan kesusahan nih dari hati dan diriku..

Dah, abaikan aku yang tengah merepek nih. Pahal tah arini cam plek jek aku nih.

AaAAaArGhhH!! Pahal henpon aku nih?! Manjang off sendrik, aku campak jugak ke luar tingkap kang! Huhuhu..

Wassalam..

Friday 14 January 2005

A day to remember


Assalamualaikum...pekaba? Sehat hendaknye in-syaAllah, aku sehat alhamdulillah. Lapor sket skang nih sebab tak makan lagik, heh.

Harini aku rasa cam agak best. Sebab apa? Sebab satunye harini ialah hari Jumaat, penghulu segala hari, hehe. Arini jugak sangat best sebab aku bangun awal gile, tak pernah aku buat sepanjang aku kat sini bangun kul 6 pagi. Well maybe sebab aku tido awal gile gak semalam, kul 8 malam dah terbongkang atas katil, err, bawah duvet yang selesa la tapi. Letih gile ah sebab semalam kene gi jumpa tutor untuk family case study tuh. Erm..perjalanan semalam sangat best sebab ari sangat cerah. Naik DART(cam KTM komuter la), lalu sepanjang tepi pantai, sangat cantik pemandangan, sebbaik tak bawak kamera, kalo bawak, dah amik gamba dah kot, hehe.

Arini jugak, patutnye ade PBL kul 9 pagi, tunggu punye tunggu, tutor tak timbul2. Maka kami sekumpulan mengisytiharkan aritu takdek PBL. But still kami dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab, bincang la jugak apa learning goals untuk next problems, and it only took us 2 minutes. Then aku pon jalan kaki la pulang ke rumah, time tuh baru pukul 920 pagi. Jalan pulang dengan gaya bersenang lenang. Menikmati nyamannya pagi, langit mendung.Bertembung ngan sorang lelaki yang tengah bawak 2 ekor anjing dia jalan2. Hitam. Besar. Aku rasa setinggi anak rusa, huhuh. Cuak gile aku. Dah ah tak dipegang anjing2 tuh, biar lepas gitu jek, sebbaik la tak kaco orang.

Pastu ke depan sket lagi. Jumpa plak sorang ibu ngan strollernye, sebelahnye ade anak kecil, tengah tolak stroller gak, tapi mainan la(stroller ialah kerusi sorong yang selalu letak budak kecik tuh, kan?). Comel gile ah anak kecil tuh. Best tol tengok dia tiru gaya mak dia tolak kerusi sorong tuh. Tapi aku tak berenti tengok la, aku teruskan perjalanan.

Skang nih kalo aku jalan kat Grafton Street, sure aku akan cam cuak2 sket. Bukan cuak apa, ade sorang makcik Arab nih, selalu bawak anak kecik dia, and mintak2 duit kat orang yang lalu lalang. Dah 2 kali gak aku kene, and 2 kali tuh jugak la aku terpaksa menolak permintaan dia supaya bagi dia duit. Bukan aku taknak bagi, aku sendrik takdek duit. Camne nak bagi. And setiap kalo menolak tuh la aku akan rasa bersalah. Tuh pasal aku taknak jumpa or bertembung ngan makcik tuh lagi. Arini nampak gak makcik tuh dari jauh masa nak gi kolej pagi tadi. Maka awal2 lagi aku dah mengelak, huhu. Sori la makcik.

Err..banyak lagi mende nak cakap, tapi aku lupa apa nak cite sepanjang kejadian harini. Haha.

Maybe summer nih balik umah pertengahan bulan Jun kot. In-syaAllah. Ergh, tak sabar nak makan nih! Haha. Tiket tak beli lagi. Actually asalnya ade plan lain masa summer before balik Malaysia, tapi nampaknye plan terpaksa dibatalkan. Takpe la, ade rezeki in-syaAllah plan tuh dapat gak dilaksanakan, amiin.

Tatau nak kata apa dah. Sure korang boring bace pepanjang pon. So sampai sini la.

Wassalam.

Wednesday 12 January 2005

Apsal ar?


Assalamualaikum..

Pekaba korang semua arini? Harap²nye korang semua sehat belaka..aku alhamdulillah sehat jek.

Now, kat komputer lab. Just finished PBL session half an hour ago. I was the chairman for today's 1st-hour session. And I can say that I'm not a very good person for the job. And for the second session(since it is a 2-hour session), I didn't talk at all. Yes, not at all. Just kept quiet, and listened to others giving their opinions. The topics, or I should say, the problems in the block book for this week until the end of next week are about ethics.

I dunno why, or what, but somethings seem to be distracting me lately. I can't really concentrate in class. And, did I tell you, I didn't talk at all just now? I dunno, just don't feel like talking today. I know it's gonna cost me my personal marks, but..ntah ah. Nak kata still holiday mood, takpon. Fully-cured from the holiday mood, or so I thought, heh. Seriously, memang hilang terus semangat nak bercakap tadik. Ya Allah, berikan aku kekuatan..huhu.

Entah..entah...aku pon tatau apsal..

By the way, my parents and my grandmom are currently in Makkah al-Mukaramah right now. Departed on the morning of 11th January(waktu Malaysia). Moga mereka selamat dalam perjalanan, selamat masa kat sana, selamat menunaikan ibadah, selamat pulang ke Malaysia and most importantly, moga Allah mengurniakan kepada mereka dan semua jamaah haji yang lain dengan haji yang mabrur, in-sya Allah.

Oh ya, a very selamat hari lahir ke-21 to Sid. Moga panjang umur, dimurahkan rezeki and bertambah amalan ko sepanjang tahun nih, amiin. Patut ah pagi tadik rasa cam today's date is something, dalam PBL tadik baru teringat arini besday ko, haha. Sori ah encik. Dah tua ko ye? Hoho.

Wassalam..

Friday 7 January 2005

Bored..


Assalamualaikum...kaifa halukum jami'an? Eceh, cakap arab sket, dah lama tak cakap arab, eheh. Cam la dulu selalu cakap pon..

Well, really, seriously, got nothing to scribble in here this time. Just thought I could, well at least write about one or two things, anything coz I am so dead boring right now. Well, ok, I'm not dead but I am bored. This is the thing I dislike most, don't have anything to do, and feeling bored. Bored is bad, don't you think?

Angin kuat gile malam nih, since lepas maghrib tadi tak berenti2. Kuat gile, seolah2 cam nak ribut. Riso gak bile dengar bunyi angin. Time2 nih teringat kisah yang pernah aku baca satu masa dulu. Rasulullah s.a.w, setiap kali ternampak awan hitam, atau setiap kali angin bertiup kencang gile, baginda akan jadi pucat dan segera masuk ke masjid menunaikan solat sunat. Sahabat semua plek sebab apa Rasulullah s.a.w jadi pucat gitu.

Then Rasulullah s.a.w bagitau la para sahabatnya yang sedang kepelikan itu, mengenai kaum2 yang terdahulu, Allah memusnahkan mereka dengan menurunkan azab seksa berupa angin kencang dan batu2 dari awan hitam yang disangka awan pembawa hujan. So Rasulullah s.a.w masuk ke masjid, solat sunat, berdoa agar Allah tak turunkan azab dengan angin tu.

Erm..kita skang camne? The appropriate question sebenarnye ialah, aku skang camne? Takdek teringat pon nak masuk masjid bile angin kuat gini. Rasa biase lagi ade ah, takdek rasa teringat segala peringatan yang Allah dah bagitau dalam Al-Quran. "Ala, angin jek, takdek apa punya ah". Huhu. Ade gak aku penah dengar la, digalakkan masuk ke masjid kalo time2 angin kuat. Erm, mungkin itu yang terlintas di hati kebanyakan saudara2 kita di Acheh sana. Not necessarily angin kuat, kalo bencana tiba, seek refuge ke masjid. Subhanallah, yang masuk masjid semua selamat.

Erm, kan dah jadi panjang cite. Housemates aku yang 2 orang lagi dah balik. Dah puas melancong agaknye. Aku ingat taknak balik dah, heh.

Isnin. Kelas akan mula balik, cam biasa. Jadual? Aku tak tengok lagi. Well, muka depan booklet jadual tuh ade la tengok aritu. Ade lecture apa Isnin ni? Ntah. Haha. Apsal cam tak bersemangat nak balik ke sekolah? Isk, takleh jadi, semangat semangat!! Erm..mula balik klas, mula balik practical, mula balik nengok muka2 dak2 Irish satu klas, mula balik family visit, mula balik Behavioural Studies(aiseh, kene gi hospital lagi), mula balik PBL..what?! Aiseh, PBL lagi..huhu. Takpe2, sabar, tak lama, 6 bulan je lagi. Tahun depan takdek PBL dah.

Family visit. Hmm, nak rasa apa eh? Tak sabar sebab nak tengok baby yang cute itu ke? Haha, ye la kot. Rasa cam next visit nak bawak kamera ah. Amik gambo ngan baby tuh. Orait gak tu. Rasa2nya mak dia bagi ke ar? Hmm...ntah ah, tanya je la nanti, heh.

Okeh, doakan aku sentiasa kuat melawan nafsu malas dalam diri nih. Amiin. Bukak term baru, nak study bebetol, taknak memain. Nak score, so that bleh balik Malaysia dengan rasa puas hati, in-syaALlah.

Wassalam..

p/s: Oh ya, selamat hari lahir ke-20 la kat cousin aku, cik Nurazwani(aku tau ko baca nih, hehe). Moga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bertambah amalan selaras dengan bertambahnye usia. Heh, kite dah sebaya skang, ngaku la ko dah tua, muahaha!! :P

Monday 3 January 2005

Seminggu lagi...


Assalamualaikum....

Just got back from Cork semalam. Well, takdek apa pon yang aku buat kat Cork melainkan gi jalan2 kat city, dok umah mengabihkan makanan diorang dan tengok tv, ahaha. Sebab diorang dah ade Sky, lepas nih maybe umah diorang masuk internet plak, menandakan yang kalo aku datang lenkali, most probably aku takkan kuar rumah langsung kot? Kuikui, takdek ah, in-syaAllah lenkali kalo aku datang, aku nak gi jalan2. Aritu tak sempat sangat sebab ade tetamu nak datang umah diorang and keadaan cuaca plak kadang2 tak bape sesuai untuk gi jalan2, tambah lagi duit kurang ade, hehe :P. So maknanya aku memang tak amik gambar la sepanjang aku kat Cork. Well, lenkali, kalo dak2 UK nak datang Ireland, aku nak join ah jalan2 gak.

Apa yang bleh aku kata pasal Cork ialah, Cork sangat selesa diduduki. Kurang sejuk nak banding ngan Dublin. Rumah Zul, yang aku dok tumpang 3-4 hari lepas, sangat besar and selesa, dan juga sewanya murah. Bukanlah tak bersyukur, tapi nak banding ngan Dublin yang memang mahal la even to other European countries, sewa rumah mahal tapi rumah kecik. Well, again, aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. At least aku ade rumah untuk diduduki, berbanding ngan sesetengah orang yang takdek rumah. Huhu. Alhamdulillah..syukur dengan segala nikmat yang Allah dah bagi kat aku. Harapnye aku tak jadi hamba yang taktau bersyukur dan harapnye aku tak jadi hamba yang suka bersungut dan merungut.

Err..apa nak cite? Ade family kepada kawan aku datang umah, sebab diorang nak gi jalan2 ke Dublin dan juga ke Belfast. Skang diorang kat Belfast la kot. So diorang tumpang satu malam kat umah aku yang kecil ini. Takpe, tetamu mesti dimuliakan. Moga2 kedatangan diorang membawa bersama rahmat dari Allah dan menghapuskan dosa kami seisi rumah, in-syaAllah. Sebbaik gak lagi 2 orang housemates aku tak balik dari melancong2. Bleh la aku ngan sorang lagik housemate aku dok bilik mereka2 yang tak puas2 melancong nih, eheh. Kire skang bilik aku yang memang dah tersedia kemas tuh, dikemaskan lagi. Mak kawan aku kata cam dok kat hotel, muakaka!!! Dak2 Cork, korang dengar tu, ade ke mak dia kata gitu kat korang aritu? Ahaha..astaghfirullah..sombong plak..huhu.

Aku gerak gi Cork rabu lepas, amk bas kul 2 petang. Sepanjang perjalanan ak bape rasa nak tido sebab ade buku ite yang beh dibaca. 1511H [Kombat] tajuk buku tuh. Sangat best. Best gile ah. Taknak aku cite apa kandungan buku tuh, nak gi beli, banyak jek kat KL tuh aku rasa, kat UK or Ireland nih aku tatau, heh. Sampai dalam kul 7 malam. Zul dah tunggu. Naik bas gi umah dia. The rest of my activities dah dibagitau di perenggan di atas sana. Hehe.

Balik ke Dublin semalam, amik bas kul 2 gak. Tunggu bas kul 1 dekat2 ngan umah Zul, skali takdek bas. Kul 115 petang, decide nak jalan kaki gi bus station kat city. Took us almost 40 minutes. Penat gile, sampai2 jek, orang dah beratur nak naik bas. Alhamdulillah sebbaik sempat. Tersandar aku dalam bas. Tido la sepanjang perjalanan. Sampai pon lebih kurang pergi jek, nak dekat kul 7 malam. Balik naik bas. Layan net, tengah malam, mandi then solat pastu tido. Heh.

Tuh je la kot...okeh, dah start merepek. Baik aku stop.

Wassalam