Tuesday 25 October 2005

Di penghujung Ramadhan


Assalamualaikum..

Moga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah. Moga sentiasa dalam keimanan dan ditetapkan hati di atas jalan yang diredhai oleh Allah.

"We have indeed revealed This(Message) in the Night of Power. And what will explain to you what the Night of Power is?. The Night of Power is better than a thousnad months. Therein come down the angels and the Spirit(Jibril) by Allah's permission on every errand. Peace! This until the rise of Morn"- Surah Al-Qadr ayat 1-5*

Sedar tak sedar kita dah pon masuk ke hari ke-22 dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini. Begitu cepat masa berlalu..Kini dah masuk 1/3 yang terakhir dalam bulan Ramadhan, 1/3 yang mana merupakan bahagian yang dijanjikan perlepasan dari api neraka in-syaAllah.

Di 10 malam yang terakhir ini juga terdapat satu malam yang mana telah Allah sebutkan dalam al-Quran, Surah Al-Qadr, yang dinamakan Malam Al-Qadr(tak sure la apa maksud al-Qadr tuh). Malam yang begitu istimewa, yang lebih baik tarafnya daripada 1000 bulan. Maknanya kalo sesiapa yang beribadah pada malam hari dan di dalam Lailatul Qadr nih plak, in-syaAllah ibadahnya pada malam tuh lebih baik daripada ibadah selama 1000 bulan.

Dikatakan kalo ikut matematiknya, 1000 bulan menyamai 83 tahun lebih sket. Pergh! Tak ke lama tuh. Jangka hayat hidup umat akhir zaman rata-rata dalam 63 tahun. So kalo la dapat jumpe Lailatul Qadr, masya-Allah..Dalam terjemahan Al-Quran oleh Abdullah Yusuf Ali plak,"'A thousand' must be taken in an indefinite sense, as denoting a very long period of time. This does not refer to our ideas of time, but to 'timeless Time'. One moment of enlightenment under Allah's light is better than thousands of months or years of animal life, and such a moment converts the night of darkness into a period of spiritual glory."

Tak kisah la. Yang pentingnya skang nih, Rasulullah s.a.w, kalo tibe 10 malam terakhir, akan menambahkan ibadahnya di malam hari. Petikan dari email yang aku terima Jumaat lepas, nak aku kongsi ngan korang semua, moga dapat beri manfaat kepada semua in-syaALlah..

Three Ways to Seek Laylat ul-Qadr

Laylat ul-Qadr is the most blessed night. A person who misses it has indeed missed a great amount of good. If a believing person is zealous to obey his Lord and increase the good deeds in his record, he should strive to encounter this night and to pass it in worship and obedience. If this is facilitated for him, all of his previous sins will be forgiven.

1. Performing Night Prayer (Qiyam)

It is recommended to make a long night prayer during the nights on which Laylat ul-Qadr could fall. This is indicated in many hadiths, such as the following:

Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) narrated that the Messenger (peace be upon him) said: "Whoever stands (in qiyam) in Laylat ul-Qadr [and it is facilitated for him] out of faith and expectation (of Allah's reward), will have all of his previous sins forgiven." [Al-Bukhari, Muslim, Ahmad]

2. Making Supplications

It is also recommended to make extensive supplication on this night. Aishah (may Allah be pleased with her) reported that she asked Allah's Messenger (peace be upon him), "O Messenger of Allah! If I knew which night is Laylat ul-Qadr, what should I say during it?" And he instructed her to say: 'Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fafu annee - O Allah! You are forgiving, and you love to forgive. So forgive me.'" [Recorded by Ahmad, Ibn Majah, and at-Tirmithi. Verified to be authentic by Al-Albani]

3. Abandoning Worldly Pleasures for the Sake of Worship

It is further recommended to spend more time in worship during the nights on which Laylat ul-Qadr is likely to be. This calls for abandoning many worldly pleasures in order to secure the time and thoughts solely for worshipping Allah. Aishah (may Allah be pleased with her) reported: "When the (last) ten started, the Prophet (peace be upon him) would tighten his izaar (i.e. he stayed away from his wives in order to have more time for worship), spend the whole night awake (in prayer), and wake up his family." [Al-Bukhari and Muslim]

Source:
How to Seek Laylat ul-Qadr” – Muhammad Nasir-ud-Deen al-Albani

Marilah kita sama-sama mencari dan mengejar Lailatul Qadr, moga2 kita dipertemukan dan dapat melaksanakan ibadah di malam yang lebih baik daripada 1000 bulan ini in-syaAllah..

Ya Allah..temukanlah aku dengan Lailatul Qadr..

Wallahu a'lam

Wassalam

*terjemahan diambil dari "The Meaning of The Holy Quran" oleh Abdullah Yusuf Ali

Sunday 16 October 2005

Apa nak letak tajuk nih...


Assalamualaikum..

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memerintah serta memilik seluruh alam dan isinya. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. Perbanyakkan selawat kepada Baginda, moga2 dengan selawat itu dapat menjadi syafaat kepada kita di hari tidak ade syafaat melainkan siapa2 yang diizinkan oleh Pemilik hari di mana segala amal perbuatan akan diperlihatkan kepada sekelian makhluk untuk dipertanggungjawabkan.

Sure la dah bosan asek dok nengok tajuk "Gi Belfast lagi.." jek manjang. Takdek apa untuk ditulis. Ingat nak tulis something masa memula Ramadhan tapi disebabkan sikap suke bertangguh yang entah bile nak kurang nih, maka tertangguh la sampai ke pertengahan Ramadhan. Oh ye, rasanya bleh la kot kalo nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua. Walaupon dah lambat and dah tengah bulan Ramadhan, tapi takpe la kot nak ucap jugak.

Moga2 bulan Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang mana kite penuhi dengan amal2 yang in-syaAllah dapat membantu kite di akhirat kelak. Moga2 Ramadhan kali nih, lebih banyak diisi dengan perkara2 berfaedah dan mendatangkan pahala yang amat banyak kepada kita. Moga ibadah2 khusus dapat dilaksana dengan lebih baik dan moga ibadah2 umum dan sunat dapat ditambah, diperbanyak dan dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah, in-syaAllah. Ramadhan merupakan bulan yang mana Allah bagi peluang kepada kita untuk mentarbiyah, mendidik dan mengasuh jiwa, hati dan akhlak kite, moga dapat mengarah kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik, yang mana bile tibenye akhir Ramadhan, kite bukan saja akan bergembira dengan hadirnya Aidilfitri, tapi juga gembira kerana, in-syaAllah, berjaya memperoleh matlamat utama Ramadhan, berjaya menamatkan dan melengkapkan "kursus pengajian intensif selama sebulan" di dalam "Universiti Ramadhan".

"Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa"- Surah Al-Baqarah ayat 183.

Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum sangat bergembira bila datangnya bulan Ramadhan. Mereka akan berkata dengan gembira "Ahlan wasahlan ya Ramadhan". Bila Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya, mereka akan bersedih. Sedih kerana mengenangkan apakah mereka akan sempat ntuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya. Semasa di dalam bulan Ramadhan, mereka akan berlumba-lumba menambahkan amal kebajikan masing2. Nabi Muhammad s.a.w yang memang dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah, makin bertambah pemurahnya di dalam bulan Ramadhan ini.

Kita plak camne agaknye eh? Bulan Ramadhan dah dekat ke, dah masuk ke, dah nak tamat dah pon, tapi rasa cam takdek apa2 perbezaan. Dirasa cume seperti hadir dan perginya bulan-bulan lain, tanpa ade rasa gembira nak menyambutnya. Tanpa ade apa2 persediaan, be it physically, mentally or spiritually, sebagai persiapan di dalam bulan ini. Masih lagi leka dengan keseronokan hidup sehari2. Masih boleh membuang masa buat mende2 takdek faedah. Sedangkan masa yang ada bleh jek nak isi dengan perkara2 yang menambahkan pahala. Tak cukup dengan itu, masa bulan Ramadhan plak la, maksiat yang tak bape dilakukan masa bulan-bulan lain, makin bertambah plak. Lewatkan atau tinggal solat dengan alasan mengantuk, letih, lapar dan sebagainya. Lewatkan atau tinggalkan solat, semata2 kerana nak melayan muvi atau main game misalnya. Bangun subuh lewat, dan kadang2 tinggal solat subuh terus, tapi masih boleh bangun tanpa ade rasa bersalah dan masih mampu bergelak ketawa dan tersenyum. Dan bermacam2 lagi yang tak mampu nak dihuraikan. Memang la walaupon syaitan itu diikat, tapi masih ade hawa nafsu yang menahan kekuatan diri untuk melawan pengaruh syaitan tuh. Ok tak dinafikan tak semua yang begini. Alhamdulillah masih ramai yang sangat bergembira dengan kehadiran Ramadhan, tak melepaskan peluang untuk beribadah sebanyak mungkin, dan bersedih bile tibenye penghujung Ramadhan. Hmm..dalam golongan mana kita, aku terutamanya, ya?

Hmm..Kelas dah seminggu bermula. In-syaAllah kali nih dimulakan dengan azam yang baru. Semangat yang baru. Keinginan yang sama. Ingin berjaya. Memenuhi harapan ibu bapa. Dan in-syaAllah, demi memenuhi tanggungjawab utama aku sebagai seorang muslim. Walaupon baru seminggu, dah terlihat 'tough'nya tahun yang akan dilalui. Nampaknya tahun nih lebih mencabar, lebih banyak mende nak kene bace dan pelajari, dengan tempoh masa yang sama, 24 jam. Isk, selalu jugak terasa cuak. Risau memikirkan kemampuan diri sendrik. Boleh ke nak cope ngan segala tajuk2 baru nih? Dengan segala aktiviti luar akademik lagi. Tido, makan dan sebagainya. Selalu jugak terasa yang masa tak cukup. Astaghfirullah. Manusia memang tak pernah bersyukur and rasa cukup ngan apa yang ada eh?

Moga2 dalam usaha aku mengejar kejayaan dunia, aku tak lupa dan tak abaikan tanggungjawab dan matlamat sebenar aku;"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"-Surah Adz-Dzariyaat ayat 56.

Moga2 segala peringatan yang aku sendrik tulis, akulah yang mula2 menjadikannya sebagai benteng untuk mengawal diri sendrik. Moga2 dapat aku amalkan apa yang aku tulis, yang baik2 je la kan of course..moga2 aku tak jadi orang yang hanya pandai cakap tapi buatnye tak..na'udzubillah..

Ya Allah..jadikan Ramadhan kali nih, yang lebih baik buatku dari yang sebelumnya. Berikan kekuatan kepadaku untuk mengejar rahmat, pengampunan dan lepasnya aku dari azab siksaMu dengan memberi kekuatan kepadaku untuk beramal dan mendidik jiwa, hati dan akhlakku di bulan Ramadhan, agar dapat pula dipraktikkan dengan istiqamah selepas berlalunya Ramadhan. Moga amalan2ku bukan la aku lakukan hanya di bulan Ramadhan, tapi jugak diteruskan sepanjang hidupku.

Ya Allah, jauhilah aku dari melakukan maksiat sepanjang bulan yang mulia ini. Jauhkan aku dari melakukan maksiat sepanjang tahun ini.

Ya Allah, berilah peluang kepadaku untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang..

Wallahu a'lam

Wassalam