Saturday 18 October 2008

3 weeks later

Dah 3 minggu sejak aku balik ke sini. 3 minggu jugak la sejak aku mula klas balik. Kejap je dah 3 minggu, kang tau2 je dah abih setahun, and then masuk tahun akhir. Hoho.

Raya? 1 Syawal kat Dublin je. Mujur takde klas, takde la rasa bersalah sebab tak gi klas.

Study? Skang buat psychiatry. Setakat ni ok la. Agak menarik juga psychiatry ni. Kita jumpa pelbagai ragam manusia yang kalo kita jalan2 kat jalan di Dublin ni, kita takkan sangka pon makcik yang sedang berdiri sebelah kita di hentian bas adalah sebenarnya seorang pesakit psychiatry. Ye la, bukan la pesakit yang perlukan 24-hour surveillance macam yang kita tengok dalam tv tu, nih kira pesakit yang mild la.

Dan setakat dah buat psych ni la aku terpikir betapa besarnya nikmat kesihatan ni, be it mentally or physically. Sebab kebanyakan pesakit2 ni, bukannya bermasalah sejak kecik. Ada yang disebabkan tekanan perasaan atas sebab2 kerja, sosial, masalah dalam perhubungan sama ada dengan keluarga atau pasangan masing2 ke apa ke, selain daripada masalah biological. Jadi sebab tertekan sangat, tetiba diorang snap, atau amik dadah(atau ubat) berlebihan dos, terus jadi-ikut istilah kita-'tak betul'. Ada yang sampai ke tahap membunuh diri, atau mencederakan orang lain. Bukan sengaja, tetapi kerana jiwa dah kacau.

Jadi, syukurlah ye. It can happen to any of us. Skang mungkin kita rasa kita normal. Tapi tak mustahil satu hari nanti ia bleh je jadi kat kita. And that sometimes makes me worry. And kadang2 aku terpikir, although not seriously, adakah kita skang nih tak already berada dalam keadaan tu? Sebab ada je pesakit2 ni yang tatau pon diorang ni sakit, they think they are normal, leading a normal life, tapi sebenarnya tidak.

So sama2 doa supaya dihindar daripada sedih dan susah hati, daripada rasa lemah dan malas, daripada sikap pengecut dan bakhil, daripada belenggu hutang dan cengkaman/gangguan manusia. Semua yang disebut dalam doa tu merupakan antara ciri2 yang bleh predispose sesiapa sahaja kepada masalah psychiatry.

Wassalam