Apa cite
Assalamualaikum..
Isk..lama betol tak tulis pape dalam nih. Bukan taknak tulis. Selalu tuh ade jek mende nak tulis, tapi disebabkan suka tangguh², last² cite pon dah cam lemau, kuikui.
Skang nih, aku dah kekurangan perkara untuk ditulis. Taknak la tulis mende ngarut and membuang masa.
Jerebu. Yang skang melanda negara. Huhu. Memang teruk betol jerebu kali ni. Seingat aku kes jerebu paling teruk kat Malaysia dulu pon tak seteruk yang baru jadi nih. Kat Kepong nih aku rasa memang paling jauh bleh nampak adela dalam 500-700m. Ngan bau asap lagi. Huhu.Tapi skang alhamdulillah dah kurang and takdek dah kot.
Baca paper masa jerebu aritu. Hmm..seluruh masyarakat berdoa,as one newspaper quoted,"asking for divine intervention". Alhamdulillah..at least masyarakat masih percaya ade kuasa yang lebih hebat menguasai dan mengawal segalanya. Walaupon di kala fahaman² tak percayakan Tuhan dan fahaman humanism semakin menular dan dipromosi hebat oleh pihak² yang mungkin di sebalik memperjuangkan fahaman itu atas platform hak asasi manusia dan sebagainya, sebenarnye mempunyai perancangan yang halus dan bersifat memusnah. Contohnya, mungkin dengan memperkenalkan dan menyebarkannya ke seluruh dunia, menyebabkan diorang² yang jadi pelopor idea² nih akan dipandang masyarakat sebagai orang yang paling mampu untuk membimbing manusia, seterusnya diberikan mandat untuk jadik pemimpin. Got what I am trying to say here? Nak kejar nikmat dan kemewahan dunia berupa pangkat dan jawatan la senang cite.
Jerebu nih sememangnya ujian daripada Allah. Nak menguji bagaimana penerimaan manusia, bagaimana tindakan dan reaksi manusia, bagaimana tahap keimanan manusia. Allah Maha Mengetahui. Allah dah tau apa manusia akan buat. Tapi yang taktau tuh ialah manusia tuh sendiri. Bila dah datang bencana begini, baru manusia nampak siapa lebih berkuasa. Manusia kembali berserah dan berharap kepada Penciptanya. Tapi jangan la anggap musibah yang melanda sebagai hukuman. Sebab dalam setiap kesusahan ade kesenangan. Kalau takdek musibah, manusia tak belajar, maka takdek la inisiatif nak selesaikan masalah and bergerak ke hadapan. Contohnya, takdek jerebu nih, maka manusia takkan sedar yang sebenarnya pencemaran udara dah teruk tapi sebab pembakaran tuh jadik lagi teruk. Nih contoh je la. Allah Maha Penyayang. And then again, Allah Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Wallahu a'lam.
Semalam ternampak satu headline kat satu paper nih. Pasal orang yang agak popular la skang nih. No lah! Bukan dak2 AF tuh. Bukan Mawi, bukan Amylea, bukan Felix dan bukan Marsha. Tak reti pon aku nak cite pasal diorang. Headline nih bagitau pasal a website built by one of the members of the most ridiculous, most unbelievably stubborn cult group of the decade. Yerp, the one leads by the 'famous' Ayah Pin. The site said something about the haze. That the haze occured because we defied and denied the power and authority of Ayah Pin.
Aih..nih jugak mungkin boleh dikatakan sebagai ujian dari Allah. Bagaimana manusia yang mampu dan boleh berfikir nak terima pendapat seorang yang dah tak bape betul cara pemikirannya. Namun dalam tuh pon, masih ramai yang nak ikut orang camni. Bila duduk and baca paper pasal diorang nih, selalu jadi risau. Camne la nasib generasi masa depan kalau kegiatan² camni tak dihapuskan cepat. Ya Allah, jauhi dan lindungilah kami dan generasi² masa depan kami daripada golongan² yang sesat dan di dalam kesesatan mereka tuh, mereka menyesatkan orang lain. Tunjukilah kepada kami jalanMu yang benar dan lurus dan tetapkan hati dan pendirian kami dalam keimanan yang sebenarnye kepadaMu Ya Allah..
Hujung minggu nih ke Pangkor in-syaAllah. Program yang dianjur oleh IMAM a.k.a PPIM a.k.a Persatuan Perubatan Islam Malaysia. Sunathon la. Atau dalam bahasa mudahnya, program berkhatan untuk anak² penduduk² kampung kat Pangkor tu. 20-22 Ogos. Mungkin aku akan pegi sana 20-21 je kot in-syaAllah.
Hmm..in-syaAllah 4/9/2005, kul 12 tengah hari, aku akan berada dalam kapal terbang MAS untuk berangkat pulang ke Dublin. Huhu. Kenapa balik awal? Ade la hal yang aku kene setelkan. Isk, ade la 2 minggu lebih sket je lagi aku dok Malaysia nih. Takpe la, mujahadah la sket in-syaAllah.
Ok tatau nak kata apa dah. Mohon maaf dari kalian kalau ade yang tak puas ati, link untuk komen ade, tag board pon ade, feel free to comment. Astaghfirullah, aku memohon keampunanMu Ya Allah atas segala kesalahan dan dosaku..
Wallahu a'lam
Wassalam