Tuesday, 24 August 2004

Finally..


Assalamualaikum...haaa...alhamdulillah akhirnye ade gak internet kat rumah. Tuh pon setelah abah aku berkali² call orang yang tolong install internet nih. 3 minggu takdek net. Pergh. Sebbaik la aku tak desperate sangat. Aku rasa 3 kali je kot aku gi CC sejak net takdek. And the internet got "home" when the A-level results had been published and the clearing hotline had been opened(5 days later, sigh).

Aku rasa this week will be quite a busy week for me. Ouh ya, about the interview, which was last week. Ok la I guess. The interviewer asked standard interview questions, like "tell me more about your family" and "why do you want to do medicine" and "have you been following any medical debates" and "what do you think about stem cells research" and "if you are the Minister of Health, what will you do to make sure everyone follow your advice" etc etc. Alhamdulillah bleh la jawab, tapi still riso la jugak. And bila aku tanya Ms Kasturi masa gi kolej amik result last Thursday, she told me that we will be notified about the result on Monday or Tuesday(which is today). And tadik aku gi balik tempat interview aritu, nak anta copies of A-level result ngan birth certificate ngan IELTS result. Aku tengok borang tuh still ade. Maknanya diorang tak anta lagi. Huhu. And my parents have been asking about it every time they got home from work.

Semalam pegi kursus untuk students yang nak gi Ireland. Lebih kurang cam predeparture la. Organised by Kelab UMNO Ireland. Most of the participants were from KMB, KMS, some from Sunway and dak² KMYS termasuk aku. Dak KMYS ade la 7 orang. Lain semua taknak datang. Best jugak la. At least tau la sket sebanyak apa nak kene bawak and some other infos. And aku pon baru tau yang visa bleh buat kat Ireland nanti. Kire takyah buat kat sini la. Heh, jimat la seminggu.

And arini plak, as I've said earlier(or written, whatever :P), went to The Amp Walk building. Brought the original copy of A-level result, birth certificate ngan IELTS. Actually semalam dah bagi dah, by hand lagi, literally. Tapi sampai² jek kat opis tuh, tak bukak lagik. Kul 10 baru bukak. Apahal, aku nak gi kursus tuh kul 9. Maka ayah aku pon cadangkan la beli envelope from the nearest 7-Eleven, then masukkan mende² tuh dalam sampul tuh. Ouh ya, abah aku ade skali sebab dia tolong antakan aku. Kirenye dia half-day morning la semalam. Lepas naik balik pejabat tuh(sampai pak guard tuh dah kenal aku dah), aku selit celah sokkabar. Then, off I went to Bangunan MARA. Thanx abah!! Hehe. Skali masa tengah minum pagi kul 11 tuh, orang tuh call. Katanya all the documents I sent were not certified. Aiseh! Aku ingat dia bleh tolong certified sebab masa interview tuh, dia ade mintak sijil SPM aku and dia photostat and certified skali. Rupe²nye dia kene tengok yang ori dulu baru bleh dia yang certified. And tuh la pasal aku kene pegi balik tempat tuh arini. Si Anep pon pegi gak tapi dia awal sket la dari aku. Kes yang sama gak.

Then sebab awal lagik time tuh, aku pon gi la KLCC. Ingat nak cari la buku² yang best ke, bleh gak baca. Skali takdek yang menarik minat la plak. Maka window shopping la aku sorang², mende yang aku tak pernah buat kalo aku jalan sorang² kat KL, biasanya aku balik terus jek(Si Anep ade gak kat KLCC, tapi dia dalam wayang tengok muvi, heh). Lepas lunch kat Burger King(sorang gak, heh), aku gerak balik ah, maleh nak lepak situ lelama. Bukan ade duit pon nak beli pape. On the way nak gi LRT, serempak ngan Si Anep. Maka jalan ngan dia la. Tapi aku turun kat Masjid Jamek. Amik bas kat situ. Sampai² jek kat rumah, mak aku call. Maka aku explain la kat dia yang borang tuh tak anta lagi. Then teringat nak test internet nih. And alhamdulillah, ade pon.

Esok plan cam nak kuar lagi, in-syaAllah. Tengok la camne. Pastu Sabtu pon in-syaAllah kuar lagi. Pergh, berjalan jek. Urgh..takdek mood sebenarnya nih. Something just spoilt my mood for the day. Ouuu..I hate this feeling.

Wassalam...

Saturday, 14 August 2004

Huhu..tell me it's not true..


Assalamualaikum korang..dah bape lama aku tak update? Sejak Isnin lepas. And aku still jalankan aktiviti update kat CC. Adoii..bosan tulla asek² nak kene gi sini. Bila ntah internet kat rumah aku nak elok. Huhu. Ouh by the way, Selamat Pengantin baru kat Yas and Natte' walaupon aku tau rasanya korang tak baca pon blog aku nih, heh.

Actually aku gi CC nih sebab kat rumah aku semua orang tengah tengok konsert final AF2. Sebab aku tak minat nak tengok, maka aku amik peluang nih untuk gi CC, bleh gak aku cari info pasal clearing unis kat UK. Aku dah sort some unis yang aku rasa aku nak call untuk tanya pasal clearing. Tapi sebelom call, kene la cari beberapa info kan? So aku try la cari pasal course vacancies kat uni² yang aku dah pilih nih. Guess what. Not a single uni in my going-to-call list yang ade vacancy untuk medicine!! Huhu, tell me it's not true. Ade satu uni nih siap kata "our university does not have vacancy for Medicine or Law". Huhu, apa cite, camne nih weh!! Aku dah check Sheffield gak, so far, seems like Sheffield pon takdek vacancy untuk medicine. Huhu. Kat mana aku nak blaja medic nih weh!!

Ntah la. Aku call kolej semalam, cakap ngan Ms Kasturi, sebab dia suh call and memang aku nak call pon sebab nak tau apa yang perlu aku buat pasnih. and good news, I suppose, Isnin nih aku kene gi interview untuk entry to Irish Consortium Universities. Turn aku kul 950 pagi lepas turn Husna. Kat Ampwalk. Bangunan and tingkat yang sama ngan yang aku pergi masa interview RCSI dulu, cuma opis dia lain. Sebelah opis RCSI tuh rasanya. Erm, ntah la. Korang, tolong la doakan aku dapat pegi UK or Ireland sana, study medicine. Mana la tau, in-syaAllah berkat doa korang, dapat la aku gi sana. Aminn..aku harap aku tak screw up in this interview like I did in my previous interviews. Ya Allah, bantulah aku.

Sekian terima kasih, nak balik, wassalam...

Monday, 9 August 2004

Not much, but alhamdulillah, syukur sangat!!


Assalamualaikum..pekaba korang semua? Aku sehat alhamdulillah. Lama betul aku tak check mail nih. Nih pon aku kat CC sebab entah nape sejak petang Jumaat haritu aku takleh access internet kat rumah. Ntah apa masalahnya aku pon tatau. Tensi la jugak tapi apakan daya..

So nak cite apa? Most of my friends dah tau result memasing. Heh, diorang tak sabar betol la. Lek ah, lagi bape hari jek kan? So sebab diorang dah tak sabar sangat nak tau result, maka aku pon dengan sendrinye jadik tak sabar jugak nak tau result aku. So setelah aku fikir agak lama Sabtu lepas, malam tuh aku mintak tolong kawan aku bukakkan email aku and hantarkan a 'lil bit of info about aku yang bleh jadik reference untuk kolej. So that diorang bleh hantar result aku thru email.

Guess what? Aku pon dah tau result aku arini. Alhamdulillah, cam aku cakap, not much, but then, syukur la. At least tak la seteruk result aku masa AS aritu. Aku dapat ABB. Aku rasa lepas la kot cut-off point JPA. In-syaAllah. Sepanjang hari nih memang aku tak tenang sungguh. Macam² mende tak best terlintas kat dalam hati dan pikiran aku about my result. And everytime terlintas andaian² tak best tuh, aku cepat² patahkan balik, try tenangkan hati aku and doa bebanyak. So tetibe kawan aku mesej kata takleh nak masuk plak aku punya email account. And mak aku pon cadang aku gi CC check sendrik. Erm, mungkin Allah nak aku gi tengok sendrik result aku. And alhamdulillah aku sangat gembira dan syukur. :)

So skang nih aku kene pikir pasal uni mana plak aku nak call yang rasa²nya bleh consider a place for me to do medic in UK..or Ireland. Tuh plak yang jadik kerisauan aku skang nih. Aku harap sangat ade lah tempat untuk aku. Aku nak study medic weh!

Masa aku tengah lepak² kat CC nih, tetibe mak aku call. Dia dah tak sabar nak tau result aku. Maunye tak, dah dekat sejam lebih aku kat CC nih. And aku dapat rasa dia tak begitu hepi. Tapi aku buat tatau je la. Nak buat camne kan? Ouh ye.. aku dapat A for Biology, and B for both Chem and Math. Alhamdulillah. Well, for those yang tau camne aku study, aku rasa sangat la tak sia² aku gi hapal buku Bio masa nak exam aritu. Ahaha. And skali lagi, sangat² bersyukur. And aku harap betol la result yang aku dapat nih. Kalo ade perubahan pon, biarla kepada perubahan yang lebih baik. In-syaAllah.

Tatau nak cakap apa dah. Aku nak balik. Dah lama sangat kat CC nih, taknak la aku bagi orang kat CC nih kaya plak. Hehe..ya Allah, aku sangat² bersyukur kepadaMu atas nikmat yang Kau berikan kepadaku. Segala pujian hanya untukMu...

Aduih, aku tak dinner lagik nih. Cuak punya pasal aku kuar before dinner. Heh, so nak balik sangat dah nih. Wassalam...

Friday, 6 August 2004

Cuakkk!!!


Assalamualaikum...huhu..takdek tazkirah. Cukup ah yang semalam tuh, lenkali plak bagi tazkirah, tak reti ah nak bagi selalu sangat. Aku bukannya bagus sangat pon, tapi takpe la kan?

Erm, nih aku dapat plak cite yang memang lagi la buat aku tambah cuaknya. Aku ade dengar dan baca la plak. Dak² nih kata result bleh mintak from kolej thru email by this 9th of August. Adoi..awalnya. Tetibe rasa sangat cuak dan takut dan risau dan bermacam² lagi. Aku tak rasa yang aku dah sedia nak tau result aku awal². Baik aku tatau awal, pegi kolej this 19th of August, then amik result tuh black and white jek. Adoiii..cuak cuakkkk!!! Korang, takyah la gi email. Pegi amik result kat kolej je dah la. Tak thrill la tau awal². Wokeh wokeh?

Esok in-syaAllah pegi Midvalley. Dak² nih ajak gi tengok Catwoman. Heh, Spiderman 2 pon aku tak tengok lagi. I, Robot pon lagi ah tak tengok lagi. Takpe, lenkali aku gi tengok sorang, kalo aku rajin and ade duit la, hoho.

Dah, tatau nak cakap apa. Cuak sangat nih. Wassalam

Thursday, 5 August 2004

Tazkirah sket


Assalamualaikum...haa. Apa khabar? Aku sehat alhamdulillah. And moga kita sentiasa dirahmati dan diredhai Allah selalu. Well, tuh yang kita harapkan dalam hidup pon kan? Untuk mendapat keredhaan Allah dalam setiap apa yang kite buat. Kan? Kan?

Well, harini nak lain sket. Actually aku dah tatau nak tulis pasal apa sebab nothing much happened to me these two or three days. Oh ya, finished playing my recently-bought Harry Potter and The Prisoner of Azkaban PC game. In 2 days! Can you imagine? Senang jek game tuh, I bet my 'lil sis can play it with her eyes blindfolded. Ahaha..exaggerate je tuh.

Ok..on with the topic. Nak bawak satu cite. Suatu hari, seorang wanita datang mengadap Rasulullah s.a.w di masjid dengan membawa sebakul buah limau. Rasulullah s.a.w seperti biasa menerima buah limau tersebut dengan senang hati dan senyuman yang manis. Wanita tersebut tunggu kat situ sampai la Nabi rasa sebiji limau tuh. Nabi s.a.w plak, lepas abih sebijik, Baginda makan lagi sebijik sampai la abih satu bakul dan wanita tuh pulang ngan rasa senang hati. Para sahabat yang ade kat sekeliling rasa pelik kenapa Rasulullah s.a.w tak kongsi ngan diorang. Sedangkan Rasulullah s.a.w tak pernah buat 3 perkara yang berikut sendirian iaitu makan, solat dan musafir. So bila wanita tuh dah balik, para sahabat tanya la Rasulullah s.a.w,"Ya Rasulullah, kenapa tuan tak kongsikan buah limau itu dengan kami?". Lalu jawab Rasulullah s.a.w dengan tenang,"Bukan aku tak mahu kongsikan dengan kalian, tapi limau² itu masam. Aku tidak mahu nyatakannya di hadapan wanita itu kerana tak mahu dia bersedih hati. Aku juga tak mahu kalian merasa buah limau yang masam itu. Jadi aku makan seorang."(cite nih telah diolah ikut bahasa aku sendrik tapi kisahnya begitula, kalo korang tau version yang lebih lengkap, sila la bagitau aku ye?).

Kisah nih tunjuk kat kita bagaimana mulianya pekerti Rasulullah s.a.w. Baginda sanggup makan limau yang sangat masam, abihkan semua and masih boleh senyum kerana tak mahu malukan dan tak mahu pompuan tuh sedih or susah hati. And jugak sebab taknak sahabat rasa sama yang masam tuh. Kalo limau tuh manis, for sure Rasulullah s.a.w akan kongsikan ngan semua orang yang ade kat situ. Baginda tak komplen walau sket pon. Kita camne? Kadang tuh, makanan tuh sedap, tapi sebab tawar sket, or rasa sabun sket, dah komplen and terus taknak makan. Ok, yang makan tuh Rasul Allah. Tapi baginda manusia gak, kan? Tak gitu? Kadang tuh, bila makanan tuh tak ikut selera kita, kita komplen sampai orang yang masak pon kene maki skali. Kenapa mesti komplen? Islam ajar kite camne tau? Kalo tak suka suatu makanan tuh, tinggalkan, takyah makan, takpon bagi orang yang suka. Jangan sesekali komplen atau cela makanan tuh. Sebab makanan adelah nikmat pemberian Allah. Mencelanya maksudnya apa? Haa...sambung sendiri. Well, peringatan yang khusus untuk diri aku sendrik. And jugak untuk kawan² aku. Moga kita tak buat laa komplen² pasal makanan nih. Unless kalo memang ade sesuatu yang tak kene cam dimasak kat tempat kotor ke, bleh bawak mudarat ke etc etc. Tuh takpe la kot..kot.

Satu lagi. Cite yang nih aku dah baca lama dah. So kalo agak lari susunannye sori la ye? Cite nih aku baca berkenaan keadaan di akhirat nanti. Setelah selesai perhitungan dan pembalasan akan dijalankan. Manusia akan dibawa ke pintu syurga. Maka ramai la manusia di ketika itu yang berebut² nak masuk. Ye laa, sapa taknak masuk syurga kan? Tapi ade satu golongan nih, tak nampak cam excited pon. Cam tak teruja langsung. Kemudian manusia dibawa ke pintu neraka. Maka ramai la manusia yang lari dari situ kerana tak tahan ngan busuk dan panasnye api neraka. Namun golongan yang satu nih still cam tadik, tak bergerak walau selangkah seolah tak takut. Lalu Allah bertanya kepada golongan nih,"Aku lihat kamu tidak bergerak walau selangkah ketika dibawa ke pintu syurga dan tidak lari menjauhkan diri ketika dibawa ke pintu neraka. Apakah yang kamu mahu wahai hamba²Ku?". Maka jawabla golongan ni,"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami ini tidaklah mengharapkan balasan syurga dalam beramal, dan bukanlah juga kerana takut akan api neraka-Mu. Tetapi kami ini beramal hanya kerana mengharapkan keredhaanMu." Disebabkan itu Allah menjawab,"Wahai hamba²ku, Aku telah redha dengan kamu, maka masuklah kamu ke dalam syurgaKu".

Kalo apa yang aku tulis nih tersalah, aku mohon ampun daripadaMu Ya Allah.

No further comment.

Wassalam :)

Monday, 2 August 2004

Penat..tapi berbaloi la


Assalamualaikum..aaa..pekaba? Aku skang nih tak bape sehat sebab sambung selsema semalam. Harini okeh la sket, semalam memang takleh tahan ah. Huhu. Harini rasanya akan berlalu seperti hari² lain sejak aku cuti nih, tapi mungkin ade sedikit beza laa. Sebabnya? Sebabnya harini aku kene jadik driver adik aku, kene anta dia pegi skola sebab mak kawan dia yang selalu amik dia, kene balik kampong plak. Tak kisah la. Pastu mak aku suh anta kete tuh gi basuh. Maleh betul la. Kang aku basuh sendrik kang, calar plak kete tuh, hoho(alasan malas). Pastu lagi satu, mungkin, aku kata mungkin, aku akan start blaja masak arini, ahaha :p Sebenarnye nak update lepas balik Alor Setar, Sabtu lepas. Tapi rasa malas tuh kuat betul, even skang nih. Takpe, akan kugagahi jua, hoho.

Jumaat, 30/7/2004 : Pukul 6 petang aku start kemas² baju apa yang patut. Bukan nak pegi lama sangat pon, petang esok balik la. In-syaAllah akan dok kat umah pakcik kepada kawan aku kat Alor Setar nanti. Bawak la t-shirt sehelai, tuala, toothbrush, snack sket and air mineral. Buku cite dan lain². Tetibe teringat yang bile nak balik KL nanti ade 3 orang masuk aku sedangkan tiket pergi-balik yang ade kat aku cuma 2 jek. Sudah. Aku call mak aku mintak tolong beli lagi satu. Guess what, mak aku kata mulanya ade 2 orang jek yang dari Alor Setar ke KL Sabtu tuh. Sapa lagi, aku ngan sorang kawan aku nih la. Ahaha.

Kul 11 malam, gerak dari rumah ke Hentian Jalan Duta. Bas kul 1159 malam. Haha. Tunggu kawan aku datang. Then dalam kul 12 lebih sket, bas gerak(kirenye skang dah masuk Sabtu la kan?)

Sabtu, 31/7/2004 : Sepanjang perjalanan, aku borak ngan kawan aku tuh. Well, nak buat camne. Kawan masa form 5 dulu. Satu kelas. Dah lama plak tak jumpa and tak call and tak mesej, so banyak la mende nak catch-up kan? Macam² la borak, abih satu citer, bukak cite lain. Suara kawan aku agak kuat la. Aku riso gak, sebab orang lain semua nampak cam dah tido, kitorang jek dok borak. Lantak la. Takde sapa protes pon. Ahaha :p

Borak sampai kul 230 pagi, heh. Tuh pon sebab kawan aku tuh nampak dah menguap bape puluh juta kali. Sian la plak aku tengok. "Ngantuk ke? Kalo ngantuk, tido je ah, sian la plak aku nengok ko nguap bebanyak," aku kata. Heh. So last² conversation berenti situ jek. Aku plak takleh nak lelap lagi. Aku bukak snack secara senyap, makan pon senyap². Taknak ah ganggu orang tido kan, hehe. Tapi makan sket jek. Minum. Then aku pon lelap. Terjaga every one hour. Kul 315 terjaga sebab bas berenti kat Sg Perak. Dengar kaset. Tertido. Kul 530 sampai kat Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar. Sempat la solat Subuh, alhamdulillah.

Tunggu Azmir ngan cousin kawan aku plak datang. Dah kul 7, Azmir tak sampai² lagi. Cousin kawan aku dah sampai. Kul 720 Azmir sampai. Banyak masalah plak ngan bas yang dia naik, tuh yang lambat tuh. Pegi umah pakcik kawan aku. Panggil dia Pak Andak. Isteri dia of course la Mak Andak. Sampai sana, lepak² jap. Then dijamu nasi lemak yang masyuk, cempedak goreng ngan...ngan...apa lagi satu tuh aku tatau sangat, sambil tengok Ong Bak, ahaha. Then rambutan. Pastu mandi. Kul 12 gerak gi Hospital Alor Setar.

Parking kete jauh. Jalan masuk bangunan, skali tatau katne Wad Bersalin. Heh, tanya la nurse sorang nih. Serah kat kawan aku, sebab for sure cakap Kedah pekat punya. Hoho. Jumpa la jugak akhirnye. Sampai² tuh, cikgu tak kenal kitorang. Terkejut la jugak kan sebab tak expect la sampai tak kenal. Rupenye dia tak cam je. Can't blame her. It has been, what, 3 years since we left KISAS? Yerp, 3 tahun. Dia pon pindah lepas kitorang abih SPM. Lepas kenalkan diri, then batch tahun bila, baru la dia ingat. "Rajinnya datang," cikgu cakap. Mata dia bergenang. Sian tengok cikgu. Terlantar jek. Takleh nak bangun, takleh nak jalan. Kalo jalan, sakit kaki dia katanya. Tapi masa memula masuk sebulan lepas bleh jalan lagi. Maybe kesan chemotherapy kot(Dah sebulan cikgu masuk situ? Dulu kata nak buat kat University Hospital. Aku pon cadang la nak lawat cikgu kat situ. Tunggu kawan aku bagitau. Skali alih², dia cakap cikgu masuk Hospital Alor Setar plak. Sebbaik la kawan aku nak gi jugak. Takkan la aku nak gi sorang, nak dok mana nanti? So, tak kesah la tuh, dah selamat sampai pon, heh).

Katanya, nak makan pon takleh. Kalo makan jek, she'll throw up. Tuh pon dia baru jek tukar baju sebab baru lepas muntah. So doktor just masukkan air je la through her right hand's vein. Well, actually bukan la H2O. Dextrose 5%. Erm..ramai gak la sedara mara dia kat situ, segan la jugak kitorang. Tak kesah la. Borak je la kan. Dia dok minum air laici sepupu dia belikan. Air kosong agak kurang minum. Nak buat camne, makanan taknak masuk. Nak tenaga from dextrose tuh rasa cam tak cukup. Terpaksa la minum air manis.

Memula tuh cikgu takleh nak borak ngan kitorang sangat. Kalo dia cakap sket jek, sure berenti and nampak sangat penat. Nampak dia mengah. Mau tak penat, bape kali dia kene pindah² ward sejak masuk. "Mintak maaf la ye, takleh nak borak ngan korang sangat". "Takpe la cikgu, cikgu rehat je la," kitorang jawab. Dalam nak dekat kul 2 tuh, sedara mara dia semua dah balik, tinggal kitorang ngan mak dia. Tabah betul mak cikgu. Sejak masuk hospital sampai la arini, tak pernah kuar tinggalkan cikgu. Well, at least tuh yang aku dengar la. Time tuh la baru aku sedar kasih ibu tuh sangat besar. Huhu. Anyway, time tuh la baru ade peluang nak borak² ngan cikgu. Kawan aku tolong suapkan air minum ngan laici. Pastu kitorang tolong betulkan baring cikgu. Pastu borak² cite pasal student dia, kawan² kitorang(who used to be her students la kan). Cikgu nampak seronok. Kitorang pon seronok tengok cikgu seronok. Skali tuh dia ade cakap, "Saya dah rasa penat sangat, rasa nak balik jek. Nyesal tak buat operation awal²". Skali skala dia batuk. Nak muntah pon ade tapi angin je la kuar. "Mungkin sebab lama sangat baring kot, tuh yang angin cam tak betul sket dalam badan tuh," aku la cakap tuh, heh. "Mungkin la," kata cikgu. Pastu buat² lawak la sket ngan cikgu. Dia still cam dulu, garangnye ade lagi. Skali tuh nurse sorang nih letak termometer kat tangan cikgu. Dah lebih 3 minit and nurse tuh dok borak ngan kawan dia, skali cikgu cakap, "Dah la tuh." Haha, aku tengok nurse tuh cuak² jek, kuikui. Nurse intern kot. Muda je lagi aku tengok.

Kul 2. "Dah abih masa nih, tak reti² nak balik ke?" kata cikgu. Haha. "Lek ah cikgu, tunggu sampai kene halau la baru balik," kitorang cakap. Heh. Kul 215. Mak guard datang,"Assalamualaikum, masa melawat dah abih, jangan la lama sangat". Eheh, baiklah makcik. Tapi sempat gak curi 5 minit borak. Nampak cikgu cam sayu. Mata dia dah bergenang lagi. Sori cikgu, kalo bleh nak dok lama lagi kat situ. Tapi mak guard dah dok pandang jek dari jauh. Ok ok, point taken, kitorang balik laaa :p. Kul 220, balik, lepas mintak maaf and mintak doa restu cikgu. And senangkan ati dia lagi ngan cakap,"Esok in-syaAllah ade lagi 2 kereta akan datang tengok cikgu, dak² UTP". "Korang doakan la cikgu ye? Buat solat hajat, mintak cikgu sembuh and bleh jalan lagi," cikgu pesan before we left. "In-syaAllah cikgu, cikgu pon doakan la kitorang berjaya dapat apa kitorang nak ye?" kitorang plak pesan. "In-syaAllah cikgu doakan, doa orang sakit nih moga² makbul la," cikgu balas.

Balik umah Pak Andak. Lunch. Ade lala, ayam kari(kalo tak salah aku la), ikan bakar dan macam² lagi. Masyukkk je makan nasik. Azmir ngan kawan aku tuh tambah ntah bape kali. Aku tambah skali jek. Kenyang plak rasanya.

Lepas solat. Kemas² barang then tengok TV. Kul 4. Kuar rumah. 420 sampai bus station. Kul 435 gerak. Fuh, sebbaik ade lagi 3 orang passengers. So masuk kitorang, co-driver ngan driver, ade la 8 orang dalam bas yang panjang tuh. Hoho. Seronok jek bleh pilih² tempat. Aku berjaya lelap kali nih. Kawan aku pon. Azmir? Dia takleh lelap. Bahagian kiri bas yang kitorang duduk, sepanjang perjalanan gegar cam hape. Tapi aku tido ngan nyenyak. Azmir takleh, so dia pindah tempat duduk. Haha, sian la kat ko. Aku tido jek :p. Kul 7. Sampai Sg Perak. Turun jap amik angin. Minum². Kul 730 bas gerak. Tapi sepanjang perjalanan tuh dah tak ngantuk. So borak² je la kami bertiga. Sampai la kul 10. Dah sampai Hentian Jalan Duta pon.

Turun. Solat. Then tunggu my parents kat tempat makan. Kawan aku tunggu akak dia. Azmir tumpang dia balik sebab both pegi Melawati. Azmir balik umah pakcik dia kat sana. Kawan aku balik umah akak dia la. Mak aku sampai. Tak banyak borak dalam kete. Letih tapi tak tido. Sampai rumah kul 10 lebih nak kul 11. Sampai jek, baring jap. Then bukak net. Hehe. Sampai kul 1230. Letih gile dah time tuh. Tukar baju. Baring. Sedar² dah nak kul 7 pagi. Hoho.

Ahad, 1/8/2004 : Lepas solat Subuh. Tido balik. Tak sedar dah, sampai la 840. 930 nak kuar lagi. Gi IJN ngan Azmir. Ziarah adik kawan sekolej yang tak bape sehat. Baru lepas operation. Skali masa extend. Kul 1030 la jumpa kat monorail Chow Kit. Comel gak adik dia. Umur 6 tahun. Tapi tak banyak cakap. Kawan kitorang plak takdek. Masuk² jek, parents dia plek tengok kitorang. Siot, dia tak cakap ke kitorang nak datang? Dah la tak cakap yang dia takdek time tuh, ampeh, huhu. Sebbaik la parents dia ramah especially mak dia. Mak dia tanya nama kitorang. Sampai turn aku. "Azlan," aku jawab. "Azlan? Ooo..Tun Azlan ek?". Ah sudah, mak dia tau nama aku? Nama penuh plak tuh, well tak la penuh sangat. Tapi aku tak pernah jumpa parents dia ok. Apa² je la. By this time, selsema aku baru nak jadi. Dalam kul 1215, kitorang mintak diri. Nak gi OU(read: OU is 1-Utama, to those yang taktau la kan? :p). Kitorang tengok cite King Arthur ngan Dilla. Jumpa Pokcik(Amir Afandi member sekolah dulu). Selsema aku dah makin severe. Sebbaik dalam wayang tak bersin langsung.

Nak balik. Solat dulu. Skali nampak Sid. Dia kuar ngan akak and adik dia rupenye. Borak la kejap(borak ngan Sid bleh kejap ke? Heh). 650 petang. Naik kete. Dilla anta sampai rumah. Silap jalan so susah sket la nak tunjuk kat dia route nak balik rumah dia. Sebbaik la parents aku baik hati nak tunjuk jalan. Aku tau jalan, tapi parents aku guna kete gi umah makcik aku. Terpaksa la pegi umah makcik aku. And parents aku nak balik dah so bleh la tunjukkan jalan. Heh(Sori la ye Dilla, menyusahkan kamu, hoho).

Malam, pakcik aku from Ipoh tuh datang lagi. "Sure nak ajak makan lagi la tuh," aku cakap kat mak aku. "Memang nak ajak makan kat luar pon." "Erm, sori la ma, angah takleh nak ikut. Sakit kepala and selsema tak reda lagi." Tido agak awal. 920 aku dah terbaring. Kul 250 baru bangun solat Isya'. Huhu.

So sampai situ je la ye kawan²? Pergh, aku dah rasa cam tengah tulis novel online la plak. Haha. Panjang gile "travel report" aku kali nih. Sori la. Jangan korang pening dah. Kalo pening, berenti la kejap, then sambung la kemudian. Tuh pon kalo nak sambung la. Aku dah cube buat seringkas mungkin namun tak berjaya gak. Ahaha :p

Kepada Cikgu Zarina, saya doakan cikgu cepat sembuh and bleh jalan lagi, in-syaAllah. Kepada Dilla, trimas laa berjuta kali trimas sebab sanggup tumpangkan aku and anta sampai balik umah. Lenkali blanje ko(yeah rite, hoho :p). Kepada Raimi, moga adik ko cepat sembuh. Kepada kawan² sekolah, korang pegi la lawat² cikgu. Sian kat cikgu. Moga² korang datang lawat tuh, mana la tau kan, rahmat Allah nak bagi, cikgu bleh sembuh ke. Kan? Kan? Okeh, that's all for now. Lenkali plak la aku update. Wassalam :)

Friday, 30 July 2004

Merantau..


Assalamualaikum kepada korang semua. Moga sehat la selalu and moga kita sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t, in-syaAllah.

So how's life? Life aku macam biasa. Rutin harian yang takdek berubah langsung sejak aku balik cuti sebulan lepas sampai la skang. Except maybe for certain occasions laa(predeparture, psycho course, BTN bla bla bla). Erm..aku takdek apa nak cakap sangat. Malam nih in-syaAllah aku akan merantau ke Alor Setar. Naik bas kat Hentian Duta. Transnasional. Kul 12 malam kang in-syaALlah. Aku nak gi lawat cikgu aku yang skang tengah sakit kuat kat Hospital Alor Setar. Kene kanser. Aku tak sure kanser apa. Tapi yang pasti, memang dah kritikal. Huhu.

Cikgu aku nih, cikgu masa aku form 5 dulu. Ajar aku biologi. Sangat best blaja bio ngan dia. Sangat tegas. Sangat dedicated. Senang nak paham apa dia ajar. Aku daripada sangap bio, terus bleh paham kalo dia yang ajar. Huhu. Aku harap cikgu sembuh. Sian dia. Tapi nak buat camne. Adelah hikmahnya. Aku sangat kagum ngan cikgu. Actually dah lama dia kene mende nih. Tapi kitorang anak murid dia pon baru tau beberapa bulan lepas. Before aku start exam A-level. And from cite kawan aku, aku memang kagum gile ngan dia. Sangat tabah and sangat berani and sangat sabar. Huhu.

Malam kang in-syaAllah aku akan bergerak ngan sorang kawan aku. Classmate aku masa form 5 dulu. Then kul 430 petang esok in-syaALlah kitorang akan gerak balik KL sebab memasing ade hal Ahadnye tu. Erm. Aku tatau nak kata apa. Balik nanti la baru aku bleh cite panjang lebar in-syaAllah. So sampai sini la dulu...

Ouh ya, by the way, korang ade baca paper Utusan harini? Pasal Singapore. What's that sounds like? No offense. :)

Wednesday, 28 July 2004

"Title"less...heh


Assalamualaikum..howdy y'all?? Aku sehat alhamdulillah..well,for a start...err...I dunno how to start, coz there's nothing interesting that I can talk about to start with. So ade cadangan pape? Serius aku blank gile nih..takdek idea nak update pasal apa, tapi still nak gak merepek kat dalam nih. Nak gak cakap something, tapi aku tatau nak cakap apa. Actually aku sendrik naik bosan nengok blog aku asek mende yang sama jek. Haha.

Erm...takdek mende menarik. Aku rasa dalam bulan nih, dah bape kali aku dinner kat luar. Nan family la of course. Ntah ah, aku tatau nape, tapi pakcik ngan makcik aku dari Ipoh tuh, selalu plak datang Taman Ehsan bulan nih. Well, makcik aku takpe la sebab memang dia dok sini pon, tapi laki dia. Selalunya datang seminggu sekali, nih aku rasa dah bape kali dalam seminggu dia turun KL. Erm, maybe dia ade keje kot. Tapi tuh la aku cakap. Setiap kali kalo dia ade, sure kitorang tak makan kat rumah la. Sure dia akan ajak kuar makan, sama ada abah aku yang bayor atau pakcik aku yang bayor. Contohnya semalam. Kitorang satu family telah diajak oleh pakcik aku ke Restoran Nelayan kat Titiwangsa. Ke Restoran Titiwangsa? Entah la..alaa, apa beza pon, sebelah²  jek restoran tuh pon. Makan meman tahap cam tak pernah pegi situ la. Heh, bukan la nak kata selalu makan kat situ, tapi takdek la sampai tahap tak pernah datang situ nak makan. Tak kisah la. Aku makan jek. Macam² la lauknya, tak larat aku nak taip (padahal malas nak taip sebenarnye, haha :P)

2 malam yang lepas plak, aku tak makan nasik masa dinner. Sebab apa? Sebab mak aku bawak balik durian. Bukan sebarang durian. Durian D-24 tuh. Pergh!! Aku rasa tuh la 1st time aku merasa makan D-24. Sebelum nih ntah what breed of durian aku makan. Tapi aku tak kisah, durian tetap best!! Heh. Tapi yang D-24 nih, uiyoo..isi gebu seh!! Memang puas gile la makan, aku rasa cam nak lagi la plak. Heh.

Malam nih pon tak makan nasik jugak. Sebab pakcik aku tuh, dia datang rumah. So memandangkan nak masak pon cam ramai la plak orang and nak bajet nak masak apa pon cam tatau, so last² order pizza. Akak aku dah order 2 pizza large, and garlic bread 2, and Mirinda Lemon satu botol. Sekali bila pakcik aku datang, dia kata mende tuh tak cukup and suruh order lagi. Boleh tak? Aku rasa tuh pon dah cukup banyak and aku sangat riso la mende yang dipesan tak abih. Well, memangla bukan duit aku. Tapi kalo tak abih kan dah kire membazir. Aku pon bukan lapo sangat, dapat 8 keping pizza dah cukup nak buat aku kenyang. Orang dalam rumah nih, selain aku, mana la makan banyak sangat. Last² kang serah kat aku suh abihkan. Ahaha, kantoi ke aku makan banyak? Well, aku bunyi jek makan banyak, tapi badan tak naik pon, maintain kurus jek. Huhu...camne nak bagi badan aku naik sket?

Erm...ntah..tatau nak kata apa dah. Dah dijemput makan pon, so aku nak pegi makan. Wassalam

Saturday, 24 July 2004

Predeparture selesai


Assalamualaikum korang. Haa..akhirnya dapat jugak aku nak update blog lepas balik dari predeparture nih. Bukannya taknak update masa balik aritu, tapi cam malas and agak keletihan. Nak update esoknye(semalam la, Jumaat), skali tetibe satu alert box kuar saying that "the connection attempted is failed because the modem(or the connecting device) of the remote computer is out of order". Huhu, aku dah cuak sebab aku ingat tuh salah aku. Apsal aku ingat gitu? Sebab pagi semalam aku guna net and semuanya ok, tapi lepas aku install satu game, terus takleh nak access net selama satu hari. Cuak gak aku kot² sebab aku install tuh yang jadik gitu. Aku dah uninstall, and aku harap bukan game tuh penyebabnya dan jugak harap yang esoknye(harini la), all will go back to normal. And alhamdulillah, net dah ok. Huhu. Aku dah planning nak tepon orang yang install modem nih dulu dah, sebbaik la aku try dulu masuk net nih.

So aku nak cite sket pasal predeparture aritu. Aku maybe tak dapat cite secara detail sebab dah 2 hari mende tuh berlalu. Hehe.

Isnin, 19/7/2004 : Aku selesai pack baju dalam kul 10 pagi, and mandi kul 1030(sangat tak berdisiplin, sebab aku cadang nak kuar rumah kul 1030, heh). Dalam kul 1055 gitu aku dah kuar rumah dengan harapan dapat bas on the moment aku sampai kat bus stand. Well, bas sampai kul 11, and aku kene sampai kat KL Sentral dalam kul 12. Adoih, aku harap bas tuh bawak laju so that aku bleh sampai Masjid Jamek dalam kul 1140. Tapi aku sampai sana dalam 1155. So agak laju juga la aku beli tiket semua and sampai KL Sentral kul 1205. Alhamdulillah, masa sampai tuh, semua orang dah ada. Termasuk la seniors aku dulu, nak sebut ke? Takyah la, heh. Then Fit sedang bagi briefing kat semua orang(aku tak dengar pon apa dia cakap, sebok borak jek, ahaha). 10 minit pastuh, kitorang gerak ke bas. Sepanjang perjalanan aku tak buat apa sangat pon, duduk jek and borak² sket ngan Azizul dan Aiman pasal outing ke Times Square haritu sebab ade la kawan aku nak tau citer, hehe. Sampai ke tempat kursus tuh dalam kul..kul bape arr? Aku tak ingat la plak, kuikui :P.

Sampai² tuh, tunggu la "pihak² atasan" uruskan ngan pihak tempat tuh. Tempat tuh actually dalam hutan, takdek la hutan sangat, kire cam dusun la. Sejuk. Dalam kul 2 kalo tak salah, gi lunch. Pergh, sedap gak arr lunch yang dihidang. Pastu kitorang dak² laki ditempatkan kat dorm. Best jugak dok kat dorm walaupon agak cramp up. Bilik air pon orait la. Air sangat sejuk. Aku dengar kabar, air dipam from sungai yang berdekatan. No wonder sangat sejuk. Heh. Program start kul 230 p.m. Kire ta'aruf la dulu. Aku dapat tempat kat blakang so agak selamat la kot bab² taaruf nih. Heh. For the 1st two days nih, program akan dihandle oleh pihak luar yang memang keje diorang buat kursus² gini. Orait gak la. Bagi pendedahan rohani.

Sebelum solat pon, ade bagi tazkirah. Then diorang banyak bagi ilmu pasal nak dapat kesempurnaan dalam solat. Bagus orang yang jadi fasilitator tuh. Kalangan ustaz jek semuanya. Sangat tinggi ilmu dia. Kalo bagi hadis, segala sanad dan matan diingat satu persatu. Takjub gile ah aku dengar bile diorang bacakan hadis. Terasa rendah betul diri nih. Huhu. Program arini abih kul 11 malam la lebih kurang.

Selasa, 20/7/2004 : Bangun pagi, untuk solat Subuh. Kene ade kat surau 10 minit sebelum azan sebaik²nye. Lepas tuh, dalam kul 630 pagi, semua tukar baju riadah and kitorang dibawak masuk hutan.  Takdek la jauh ke dalam pon, just jalan sket, and dok tepi sungai. Kebetulan ade plak tentera tengah buat latihan dekat² tempat kitorang pegi tuh. Program awal² pagi nih namanya "Belajar Dari Alam". Dok tepi anak sungai, and sorang ustaz nih bagi la pengisian sket. Suruh renung ketenangan dalam hutan. Camne Allah jadikan segala²nya sangat sempurna dan ade tujuan memasing. Camne dia cakap satu potong ayat Quran kalo aku tak salah. Katanya,"..batu yang keras pon, akan terbelah dan mengalir air dari celah²nye kerana takutkan Allah". Yerp, confirm, nih ayat Quran. Lebih kurang gitu la maksudnye. Nak kata hati manusia ade yang lagi keras dari batu sebab nak nangis teringatkan dosa pon susah. Huhu, terasa terasa.

Skali tetibe ade la satu group askar nih, tengah kawad(berlari sebenarnye) dalam kumpulan. Then cam biasa la sambil kawad tuh sambil laung² apa ntah. Lalu kat kawasan kitorang tengah kumpul nih tapi kitorang kat bawah tebing la. Tetibe ustaz nih bagi salam kat diorang(sebab dia guna hailer tuh) and then tetibe dia cakap,"Zikirla.." ditujukan kepada askar² tersebut. Haha, kitorang yang dengar gelak jek, tatau la kot² askar tuh terasa ke atau diorang tak dengar ke apa ke. Tapi kitorang yang dengar memang terasa la jugak. Heh.

Pastu balik semula ke kem(bleh tak aku cakap kem, sebab penat ah nak taip tempat kursus, hehe :P). Then aktiviti cam biasa, breakfast, mandi, then sambung modul motivasi. Semalam diorang ade assign group. Aku masuk group "Saidina Ali". Then diorang bagi keje suh buat. Design logo kumpulan siap ngan motto then apa² saje berkenaan tokoh nama group memasing. So tengah hari tuh present la. Petang lepas solat Asar, ade permainan sket. Bukan saje². Ade motifnye. Abih dalam kul 630. Then gi dinner, mandi dan siap untuk solat maghrib dan program malam tuh. Program malam tuh agak menyentuh hati sebab citer pasal dosa. Huhu. Aku try tahan nangis laa walaupon ramai gak yang dah nangis.

Malam tuh aku tido agak lambat sebab ade "forum perdana" kat dalam dorm aku. Topik hangat dibincangkan. Topik apa? Takyah la tau, hehe.

Rabu, 21/7/2004 : Cam biasa, bangun Subuh. Lepas Subuh ade tazkirah sket. Aku agak ngantuk, well, sapa suh tido lambat. Heh.Lepas Subuh, terus gi Dewan Kuliah sebab program pagi tuh memang bebetul lepas Subuh. Masuk jek, terus terbau kapur barus. Adeh, pahal plak nih. Pastu tengok, ade "jenazah" plak kat dalam tuh. Terkejut la jugak memula. Rupenye tuh model jek, heh. Modul haritu, cite pasal mati. Suram jugak la keadaan dalam tuh sebab tutup lampu, cuma ade lampu kuning kat depan. Tetibe ustaz tuh kata, "Saya akan bagi sorang satu surat wasiat untuk diisikan. Ni sekadar latihan tapi mana tau kan. Kalo2 apa2 terjadi, kawan2 yang lain bleh tolong bagitau yang ade wasiat kat kami". Haa, terkejut ke tak? Maunya tak. Masa dia bagi tuh and bagi masa dalam 7 minit untuk isi apa saje wasiat yang nak disampaikan. Masa tuh la aku tak dapat tahan diri. Teringat kat semua orang. Terasa macam bebetul dah nak "pergi" dah time tuh. Dah la ngan air-cond lagi di pagi buta tuh. Memang tambah suasana betul. Aku takleh nak tumpu kat apa aku nak tulis. Sebak wehh, kalo korang ade time tuh, buat mende tuh pon sure korang sebak gak. Tapi aku still tahan supaya tak obvious sangat walopon aku tau orang tak nampak sebab gelap. Tapi tahan pon, ngalir la jugak sket. Bukan apa, aku tak bape gemor nangis depan orang. Kalo sorang diri tuh bleh la, hehe :P.

So tamat la program ngan diorang. Start plak program yang kitorang punya plak. Dato' Hasan Din datang bagi ceramah. Pembentangan kertas kerja actually. Sampai kul 1230. Memula topik pasal solat. Topik kedua ialah pasal memilih jodoh. So takyah la aku explain memana ek?. Then ade plak Slot Takaful Nasional. Sebab diorang dah tolong sponsor kitorang and jugak one of our seniors, ayah dia yang bagi ceramah tuh. So telan je la walaupon agak bosan, haha. Lepas tuh terus sambung Sesi Bersama Seniors(seniors kitorang dulu la). Macam2 la cite from our seniors. Banyak gak info dapat.

Petang tuh, takdek apa nak buat dah sebab esok nak balik. Next program ialah malamnya ade lagi satu pembentangan. So aku abihkan masa ngan dak2 nih, main rakit. Haha, best giler wehhh. Satu rakit bleh 6 orang naik. Pendayungnye batang buluh. Penat gak nak mengayuhnya. Heh. Siap buat lumba lagi.

Abih tuh terus dinner. Then semua letih. Especially aku. Malam tuh aku cuba tahan diri dari mengantuk sebab aku dok depan skali. Haha, sebbaik la banyak gile sweets dibekalkan.

Khamis, 22/7/2004 : Bangun Subuh. Then ade tazkirah sket oleh one of the seniors. Best gile dia bagi tazkirah. Dari mula dia berdiri kat tengah, sampai la dia ke tepi and terus duduk tapi still bercakap. Banyak tul dia cakap. Haha. Then semua siap gi mandi, breakfast, then kul 8 pagi terus gerak kuar. Nak balik dahh!! Tapi kali nih bas taknak masuk dalam macam memula datang dulu. Sebab jalan nak masuk agak sempit. So kitorang jalan la. Beg baju semua masuk dalam kereta sebab ade antara kitorang datang naik kereta. Diorang tolong anta ke hujung jalan sana. Jauh wooo. Tapi best la pepagi jalan, tak panas sangat pon. Then dalam kul 8 lebih nak dekat kul 9 kalo tak salah, bas gerak. Aku tido all the way after baca beberapa pages buku Stephen King. Sampai KL Sentral dalam kul 10 pagi. Lepas salam2, aku ikut Sid, Azizul, Aiman ngan Apu gi Midvalley. Asalnya nak tengok King Arthur. Tapi sebab mende tuh kul 1245 and abih kul 3, aku ngan Azizul tarik diri ah. Malas ah balik lambat2. Kebetulan parents aku half day aritu. So mak aku datang amik aku kat situ lepas amik ayah aku kat tempat keje dia yang tak bape jauh dari Midvalley tuh. Sempat la aku sambar game Rise of Nations(game nih la yang aku cakap memula tadi, hehe). Sampai umah kul 130 petang.

So aku rasa tuh je la kot "laporan" pasal predeparture program. Hehe, sori la kalo panjang sangat. Sori jugak sebab buat korang bosan baca panjang. Aku nak cakap terima kasih la kat sapa2 yang menjayakan program nih. Kalo takdek korang, program nih tak dapat jalan. Terutama skali kat Ustaz Maliki ngan Fit. Diorang nih la yang bersungguh2 usaha gak nak buat padahal sebelum nih banyak perubahan rancangan sebab beberapa masalah. Ade hikmahnye semua masalah tuh, kan? Semuanya adelah perancangan Allah. And aku jugak mintak maaf kat semua orang sebab aku rasa aku la yang paling kurang buat keje and paling malas antara semua. Huhu..sori sori. Erm. Pasni tak la nak jumpa dak2 nih ramai2. Time amik result je la kot. Huhu, result!! Cuak cuak!!!

Monday, 19 July 2004

Balik kampung..OoOo..balik kampung :P


Assalamualaikum..hehe...saje je nih, bosan sangat, pagi² dah masuk...well, actually jap lagi nak bergerak gi KL Sentral, sebab arini kan kene pegi program predeparture tuh. So kene la siap². Aku dah la tak packing apa pon lagi nih, takpe, packing bukan lama sangat pon.
 
Semalam balik kampong. Best gile ah! Aku memang dah lama gile tak balik kampung ayah aku kat Teluk Intan. Parents aku rajin la balik. Aku jek, memandangkan masa kat kolej sibuk nak exam, and then lepas abih kolej, parents aku plak keje, so aku dok la umah. Balik sendiri? Tak mengapalah. Aku prefer balik ngan family. Heh.
 
Semalam bergerak dari rumah dalam kul 3 petang gitu. Naik kereta lagi satu. aku ngan parents aku jek. Hehe, bleh la aku mintak kat abah nak drive kereta tuh. Selama nih tengok jek, tak merasa lagi nak pegang steering wheel tuh and bawak merata. Abah tak bagi, kuikui :P. Tapi masa memula tuh abah la bawak, sampai R&R Rawang. Lepas isi minyak, aku amik alih. Bawak la sampai lepas tol Tapah. Best la jugak bawak kereta tuh. Tapi tak bape biasa la. Sebab aku dah terbiasa bawak Kelisa. Heh. Kelisa kan bleh kata jenis "pendek". Yang nih kereta biasa, so basically panjang lagi la dari Kelisa. Riso gak aku. Dah ah laju, heh. Whatever. Masuk Pekan Tapah, abah amik alih sebab dia lebih biasa ngan jalan kat situ.
 
Sampai kampung dalam kul 6 petang. Then abah ajak me, my mum and my grandparents gi tengok kebun kelapa sawit dia(is kebun the right word? Ntah :P). Gi ah naik kereta, merentas jalan tanah merah yang agak berdebu and kering. Dengan pemandangan bendang yang sangat la lawa(walaupun tanah baru jek dibajak, well, lawa gak apa sebab luas). Langit membiru. Lapang rasanya. Dalam kul 730 petang tuh gerak balik ke rumah opah. Solat Maghrib and Isya', then dinner. Time tuh  la aku blaja makan pekasam. Haha, sebelum nih kalo parents aku makan, aku buat tatau jek. Tapi semalam dah abah aku kata,"Awak keturunan orang kampung, kene la tau makan mende² nih". Disokong plak oleh atok aku. Haha, amik aku. Terasa macam lupa asal usul la plak, kuikui. So aku pon "ye la ye la, meh la sket". Haha, orait la. Best la jugak makan ngan nasik panas. And telur dadar. And ikan goreng. Alhamdulillah, kenyang :P
 
Dalam kul 9 malam, bergerak balik. Abah aku drive la all the way. Aku tak berani sket nak drive malam, lagi² sebab kereta tuh aku tak bape biasa. Tapi dari rumah sampai la ke R&R Tapah, aku borak la ngan abah aku. Macam² ah cite, sampai cite 13 Mei pon masuk skali. Nak buat camne, dah aku gi bukak pasal fasi aku gi cite pengalaman dia masa tuh. Abah aku pon pernah hidup kat zaman tuh. So dia pon cite la skali. Mak aku plak, dia nak tido, aku gi kaco dia jangan tido. Heh, macam kaco adik aku la plak. Tapi bila mak aku kata,"Jangan ah kaco, mak nak bangun solat malam". Pergh, amik aku lagi skali. Terus aku stop kaco dia. Hehehe :P
 
Then abah berenti kat R&R Tapah sebab dia nak rehat jap. Aku pon join la tido. And aku tido until kitorang tiba di Sungai Buloh. Haa..lama tak? Tak lama pon, kejap jek, heh. Pastu tak tido dah la sebab dah nak sampai pon. Sampai dalam kul 1210 malam. Ade lagi orang mesej, wish aku besday. Ahaha, tenkiu tenkiu all. Then tido la. Cadangnya nak layan net jap, tapi kang sure abah aku tak bagi. So aku pon tido. Heh.
 
So okeh la. Nak breakfast, then nak gi packing baju. Ke patut aku packing dulu? Packing dulu ah. Later then. Wassalam.

Saturday, 17 July 2004

The day when I am 20, heh


Assalamualaikum, hehe, apa kabar korang semua? Aku harap korang semua sehat walafiat dan sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah, in-syaAllah kite semua begitu. Aku pon sehat alhamdulillah, cuma skang nih lapa sket. Sket je laa..hehe.

AaaAAAaAa...aku dah 20!!! Sangat tak percaya, aku rasa cam baru jek lagi aku abih SPM, tau² aku dah 20, heh. Tapi aku blom tua lagi, and aku tak rasa pon yang aku dah tua, malah aku rasa makin best dan makin ensem, ahahaha :P (pasnih sure ade yang kata "tak tahannnn", haha). Lerr..tak paham? Arini besday aku la(heh,selambe jek promote besday sendrik :P).

Malam semalam, parents aku belanje makan kat Restoran Pak Tam(tu diaa..Pak Tam) kat Selayang, orang Selayang tau la kot restoran nih. Ade skali pakcik dan makcik aku from Ipoh.  Pakcik aku kebetulan ade kat sini, so ikut la skali. Pergh, banyak gile makan semalam ; ikan bawal tiga rasa, ikan siakap masak steam, telur bungkus, nasik putih, kailan ikan masin, kailan goreng, tomyam, daging masak kunyit, air carrot susu..perghh!!! Teringat balik nih buat aku makin lapar jek, haha :p. Best gile ah!! Mulanya cadang nak gi Restoran Nelayan kat Titiwangsa tuh. Skali semalam hujan lebat gile petang semalam sampaikan kat KL aku dengar cite ade beberapa kawasan kene banjir kilat. So kirenya jalan agak sesak laa. Jenuh gak pikir nak makan kat mana. Aku cadangkan kat mak aku, "Kite order pizza, makan kat rumah je la senang cite". Mak aku taknak plak sebab jemu katanya. Bersusah payah abah tepon sedara mara tanya kat mana makan best dekat² ngan kawasan Kepong nih. Tuh yang sampai ke Selayang tuh.

Pastu harini aku kuar gi Times Square ngan Sid, Aiman, Azizul, Adilla ngan Asma'. Gi theme park kat sana yang agak terkenal ngan roller coasternye buat masa nih. And memang kitorang main hampir segala jenis permainan kat situ la. Pagi tadik aku kuar dalam kul 930 pagi. Bawak kereta mak aku sampai Stesen Komuter Kepong. Parents aku gi jogging kat Titiwangsa, guna kereta lagi satu. So aku tinggalkan kereta kat situ sebab aku tak bape tau sangat nak drive kat jalan KL nih, heh. Sampai KL Sentral dalam kul 1030 sebab tren sampai kul 1010 pagi. Sian kat Aiman ngan Azizul sebab diorang memang sampai Sentral bebetul kul 10 sebab janji asal memang kul 10. Tengok² aku, Sid, Asma' ngan Adilla sampai lambat, hehe. Sorry :p

Then naik monorail la sampai Jalan Imbi. Best gak, aku dah la tak pernah sampai Times Square ngan naik monorail. Tuh la 1st time aku naik monorail. Ramai gak orang, well kata arini Sabtu ketiga. Orang cuti. Sampai jek kat TS, terus cari theme park tuh. Target utama; main roller coaster. Sampai jek, gile cuak ah tengok rail roller coaster tuh. Aku tatau plak mende tuh sangat panjang and ade loop skali. Perghhhh!! Lembik gak lutut aku jap tengok mende tuh. Pikir gak laa beberapa kali, "Sure ke aku nak naik mende nih?". Siap tanya lagik dak² tuh diorang sure ke nak naik. Heh. Tapi masa tuh diorang tengah buat maintenance. So main la mende lain dulu. Yang paling horror ialah mende yang dinamakan DNA Mixer. Dia punya pusing, macam kitorang nih kuih yang tengah digaul sebati. Memang mix betul DNA aku sebaik aku turun dari situ. Abih di'tunggangterbalik'kan kitorang yang naik mende tuh. Sebelum tuh ade la naik mende lain, pusing² gak. So lepas jek naik ade satu mende lagi nih(still, pusing² gak), aku dah cam give up. Pening gile!! Motion sickness kata orang kampung aku :P. Peningnya, rasa cam tengah dalam kereta, then naik Cameron Highland yang jalan dia bengkak bengkok tuh. Haaa, camtuh la pening dia, huhu.

Tapi lepas main bumper car, hilang pening aku tuh. Aku beratur ngan dak² tuh nak main bumper car. Skali bila aku nak masuk jek, orang tuh kata dah cukup. Lerh, apa nih, takkan aku nak main sorang. Skali tetibe Aiman datang bagitau orang tuh ade satu lagi kereta kosong. Woohooo!!! Trimas la Aiman, kalo ko takdek, main sorang la aku ngan tak enjoynya, heh. Gile seronok ah, abih kuar segala skill driving, eheh. Pastuh, tengok², roller coaster dah bleh main. Maka, kitorang ngan beberapa ramai lagi orang kat TS tuh, meluru gi situ nak main. Memula cuak gak la. Skali best gile wehhh!! Especially bila sampai kat part loop tuh. Haha, kontras betul ngan apa aku rasa awal² tadi. Aku memang jerit yang at the top of my lungs la. Hilang semua cuak. Tukar jadik best gile. Abih jek tuh, terus cakap, "Jom seround lagi". Skali tak jadik sebab dah kul 2 and ramai giler orang beratur nak main mende tuh. Huhu, takpe, lenkali plak. Yeahh!! :P

Sampai rumah dalam kul 445 petang. Letih gile. Tertido aku. Then bangun, mandi semua, tetibe tanya mak aku mana akak aku. Rupenye akak aku tak balik lagi. Patutnya dia balik ngan aku sebab dia gi Midvalley. Tapi tetibe dah nak kul 7 tak balik lagi. Kul 7 bape entah baru dia sampai komuter Kepong, ngan cousin aku. Terpaksa la aku drive sana, gi amik. Tak kisah la. Sebab dia belikan kek from Secret Recipe ngan bagi aku baju Converse. Lawa wehh!! Akak aku memang suka betul bagi baju la apa la. Best²!! Kuikui...

So, kawan² yang dah 20 tuh, welcome me to the club la. Yang masih belom tuh, enjoy la sementara belom 20 nih, heh, cakap cam naik 20 nih dah takleh enjoy jek. Kuikui..so last but not least, aku nak cakap terima kasih la kat semua yang wish aku malam tadik. Yang call, yang mesej. Seronok tul rasanya, sampaikan aku tido kul 140 pagi semalam, hehe. Terima kasih gak kat Mak ngan Abah sebab belanje makan, kuikui. Terima kasih gak kat Sid, Aiman, Azizul, Adilla ngan Asma' yang celebrate besday aku arini(esok ko plak la Asma', heh :P).

Okeh, tatau nak tulis apa dah. Esok maybe aku ikut parents aku balik kampong kat Teluk Intan kot, in-syaAllah. Hehe. Wassalam

Thursday, 15 July 2004

Predeparture


Assalamualaikum...haa...kali nih aku takdek mende nak citer sangat, just nak bagitau beberapa mende pasal predeparture yang akan dijalankan 19/7-21/7 nih in-syaAllah. Info nih aku dapat from Fit. So harap jelas la ye?

In-syaALlah kiter kumpul kol 12.oo tengah hari 19/7/04, kat KL Sentral. Balik in-syaALlah 22/7, dalam kol 8 pagi la kot, lepas minum.
Pakaian : baju sesuai untuk kuliah, selimut, baju sejuk kalau sapa² yang ader lelah(asma), kain basahan(sebab mandi guna kolah, heh) dan pakaian riadhah - kiter akan ader sukan air (x sure lagik tgk keadaan in-syaAllah), so bebudak pompuan pandai²lah, bawak baju gelap ker apa ker, jangan terpakai putih kang transparent lak.

Tentatif secara kasar:
19/7 - start kol 2.30:-

19/7 and 20/7 : kiter akan pakai modul daripada Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.
21/7 : pagi mungkin dari 8.30 ke 11.00 tuh sesi ngan Dato Hasan, lepas Zuhur ade sesi ngan senior, lepas Asar in-syaAllah kiter riadah sket. Malam lepas Maghrib kiter akan ader sesi ngan Ust. Naimah - Fiqh U.K....

Kiter bertolak balik esok pagi tuh in-syaAllah.....

So aku harap info nih jelas la ye? Kalo tak jelas, in-syaAllah bleh la tanya aku atau Fit atau Sid atau sapa² je la AJK Predeparture nih. Wokeh? Aku takdek mende nak celoteh sangat sebab tak banyak mende pon yang berlaku dalam 2-3 hari nih. Cuma semalam cousin aku datang sebab nak blaja English ngan akak aku. Pergh, aku pon tatau camne akak aku ajar sebab aku syok tengok CSI : Finale la semalam, kuikui :P Ok, busy nih, cewahhh!! Wassalam

Tuesday, 13 July 2004

Selesai BTN..pheww


Assalamualaikum..eheh..pekaba kalian semua? Cheyy,skema ke tak bunyinya? Kuikui..well..aku skang dah safe and sound kat rumah aku yang best. Takdek tempat lagi best dari rumah sendrik. Macam orang kat kampung aku slalu cakap,"There's no place like home"(heh, kat mana kampung aku sebenarnye nih? :P).

Actually dah sampai rumah semalam, tapi tak sempat nak update semalam sebab keletihan yang aku pon tatau apsal. Nak kata aktiviti kat BTN tuh penat gile, takdek pon aktiviti fizikal cam yang aku sangkakan selama nih. Takdek pon jungle trekking ke, flying fox ke apa ke. Alasan orang tuh ialah sebab tak cukup kakitangan nak handle mende tuh. At least tuh yang aku paham daripada apa yang dia bagitau kitorang la. Banyak ceramah jek.

Khamis, 8/7/2004 : Aku kuar rumah haritu kul 1215 rasanya. Aku cadang nak amik teksi then gi stesen Komuter Kepong, cam biasa la kalo aku nak gi KL Sentral. Aku bajet kalo dapat teksi 1230 orait la. Tapi tunggu punya tunggu, takdek gak teksi, riso gak kalo salah bajet masa kang. Then aku nekad la, kalo bas datang, aku amik bas jek. Skali bebetul 1230 tuh bas datang. So naik je la bas. Sampai Masjid Jamik dalam kul 1320. Gi la solat Zohor dulu. Ade ceramah kat masjid, so aku tunggu la kot² bleh jamaah skali. Kul 1340, ceramah tak abih lagik, so aku amik keputusan solat sendrik. Dah abih tuh, aku nak gi la amik kasut and beg aku simpan kat locker kat Masjid Jamik tuh. Skali pakcik yang jaga tuh gi solat, dalam kul 1350 baru dia ade. Dah la kene kumpul kat KL Sentral kul 1400. Dapat jek beg aku, berlari aku gi Stesen PUTRA LRT, beli tiket semua. Sampai KL Sentral dalam kul 1410. Kuar2 jek dari barrier tuh nampak la dak² kolej tengah berjalan nak gather. Fuh, alhamdulillah, sebbaik tak kene tinggal. Gi McD jap beli burger ngan sprite. Hehe.

Sampai kat Kem Bumi Jati kat Klang dalam kul 1540. Lepas daftar, kumpul dalam dewan jap sebab dia nak bagi taklimat kursus. Then dalam kul 1700, kitorang dibawak ke dorm memasing. Pergh, memang selesa. Ade gak dak² from KBU. At least ade la jugak muka yang tak familiar. Tapi majoriti dak KYUEM la. Black jadi penghulu, Si Anip jadi naib penghulu, Niz jadik penghulunita(wakil dak pompuan la), Azira jadik naibnye. Najwan ngan Sin Yi jadi AJK dewan. Yeahh, KYUEM rulesss!!! Heh..hari pertama tak banyak sangat aktiviti. Cuma malam tuh ade taklimat from Ketua Pengarah BTN. Well, bukan dia pon secara in person. Kire diorang rekod, burn dalam CD, then tayang la. Hampeh. Kire tetiap tahun sure mende yang sama jek dia cakap tuh, ahaha :P

Jumaat, 9/7/2004 : Started the morning with solat Subuh la of course. Then lepas tazkirah(or takzirah as one of the jurulatih said, hehe :P), tukar baju and ready for riadah di waktu pagi. Ajar la cara kawad perbarisan. Then dalam kul 1945, gi breakfast, then siap² untuk acara seterusnya : Ceramah!! Huhuh..satu hari suntuk ceramah jek. Dah la 2 jam satu ceramah. Penceramah pon kene baca buku. Sebab mende tuh pembentangan kertas kerja. So kitorang boring, pembentang tuh lagi la boring kene baca jek. Huhu. Tengah hari gi solat Jumaat. Kene jalan kaki. Well, takla jauh mana pon masjidnye. Ceramah last, abih kul 2230, awal sket dari jadual. Heh, pastu minum malam. Then tido. Harini letih sebab kene lari dalam 1.5km, untuk Ujian Kecergasan apa ntah JPA suh buat. Pastu ade kene angkat orang, namanya Firemen Lift. Aku kene angkat Ngocop, bawak la dalam 25m, adeh, dak tuh berat ar weh, eheh. Alhamdulillah sebbaik la kaki kuat, kuikui :P.

Sabtu, 10/7/2004 : Aktiviti pagi cam biasa. Then diorang bahagikan ikut kumpulan untuk LDK harini. Aku kumpulan 7. Ngan Lomon, Najwan, Farah Haida, K'own, Anis, Farhana, Marina. Lagi 4 orang dak kolej lain. Start la LDK. Basically agak bosan. Tapi tak kisah la. Ade jugak part yang bestnye. At least best la jugak nak banding ngan ceramah yang dekat 8 jam duduk jek kene dengar orang tuh baca buku untuk kitorang. Heh. Satu LDK ade dalam 2 jam, 4 kali sehari. And grup aku yang selalu abih paling lambat. Ade skali tuh grup aku abih awal sket dari grup lain. Bila diorang nampak kitorang dah ade kat dewan makan, diorang pon plek, heh.

Tapi harini agak letih la sebab sambung aktiviti Ujian Kecergasan semalam. Ade tahan napas la, jump and clap tapak kaki la, lompat tali la, push up la, apa² la lagi.

Ahad, 11/7/2004 : Pagi cam biasa. Then start lagi LDK. LDK nih tak letih sangat and agak rileks sebab takyah nak pakai formal sangat. Tapi aku pakai t-shirt then masuk ke dalam seluar la baju tuh. Something yang aku tak pernah buat kalo aku pakai t-shirt. Aku dah rasa cam dah jadi abah aku plak. Heh. Last LDK ialah malam tuh. Kire ade la reflect balik apa yang dah dipelajari sepanjang LDK dari LDK pertama sampai yang last. Then mintak maaf semua, fasilitator aku kene balik malam tuh jugak sebab ramai orang datang rumah dia katanya.

Isnin, 12/7/2004 : Final day for BTN. Yeay!! Pagi nih takdek aktiviti. Jurulatih bagi peluang kemas² barang and prepare for this morning punya exam. Yer, ade exam. Kirenye soalan yang diberikan ade 60 soalan, semuanya pasal apa yang terkandung dalam ceramah and LDK. So kalo tumpu perhatian, in-syaAllah bleh jawab. Memandangkan aku manjang dok depan time ceramah. So payah sket la nak tido walaupon bosan, heh. Pagi tuh "study" sket sebab kitorang dibagi buku ceramah tuh. Tapi takdek la study sangat pon. Malas ah, banyak statisitik ngan nombor. Tak larat tul.

Kul 11 start. Pakai baju formal. Then jawabla ngan jayanya. Diberi sejam setengah. Tapi semua orang dah setel paling lama 40 minit. Aku abih dalam masa 40 minit la. Tatau la orang lain camne sebab aku kuar tuh ade lagi orang kat dalam dewan. Then gi minum pagi, kemas barang lagi sket and siap sedia untuk balikkk!! Hehe. Tapi lepas tuh ade plak majlis penutup. Huhu. Diorang tunjuk video presentation sepanjang BTN tuh. Ade la sorang urusetia nih rajin tul amik gambor ngan video. Abih dalam kul 1330. Lepas solat, angkat la beg. Naik bas. Sampai KL Sentral dalam kul 1515. Then naik PUTRA gi Masjid Jamik, amik bas kat situ. Sampai rumah kul 1630. Penat. Heh.

So sampai situ je la aktiviti aku untuk haritu. Malam tuh pon tido awal sebab letih gile. Anyway, aku rasa dah panjang sangat aku tulis nih, sure korang bosan. Overall, okeh la BTN tuh, takdek la strict sangat pon orang²nye. Dah la dapat kawan baru. Dak² KBU tuh rasanya semua muda setahun dari aku. Tapi kesah apa kan, kawan je la. Heh. Okeh la. Taknak buat korang boring. Wassalam.

Thursday, 8 July 2004

BTN..BTN...huhu


Assalamualaikum...eheh, dah bape lama aku tak update? Seminggu la kot. Apa orang kata, writer's block? Haaa..ye la tuh, heh, cam la aku nih writer pon. Merepek reti la. Kuikui..

Well, segala rungutan aku pasal hidup kebosanan kat rumah, maybe takkan kedengaran dah dalam masa 2 minggu nih. Sebabnya, jap lagi aku kene gi BTN sampaila Isnin 12/7 nih, then in-syaAllah 19/7-21/7 nih pegi mende predeparture programme plak. Yeah!! Aku harap best la hendaknye BTN tuh. Tapi entah, aku dengar siap ade kawad la every morning and evening. Adoii. Yang aku tak puas hatinye sebab apa, dulu masa kitorang tanya JPA, katanya kalo ade BTN, diorang akan bagi notis seminggu sebelum kursus nih. Skali tengok, Selasa lepas(6/7/2004) baru tau kursus tuh arini. Bayang tak? Sebbaik la almost everything bleh dapat kat rumah jek. Just, baju kemeja kaler putih jek la yang aku takdek. Terpaksa la semalam kuar shopping semata² nak cari baju putih. Dah ar takdek duit. Pinjam duit akak aku, eheh. Tuh pon dapat sehelai jek. Fine, takdek hal :p Tapi tensen la jugak, aku tak bape senang ah mende short notice nih. Dah arr physically unprepared. Sure pancit ah. Harap tak, in-syaAllah.

Masa taip entry nih, baru jek abih pack barang. Adoii, cam tak muat jek nak letak kasut ngan selipar. Cam kene bawak beg galas jugak la nih. Eheh, cakap cam nak gi OBS dak² PNB plak. Cam lama sangat jek, padahal 5 hari. Ye arr, aku mana pernah pegi mende BTN nih, so aku tatau apa aktivitinye. In fact, dah lama tak gi mende² kursus yang pelbagai aktiviti nih.

And aku dengar, BTN arini, just untuk dak² kolej aku jek. What? Dak kolej lain takdek ke? Entah, well..nak buat camne. Dak JPA kolej aku jek(err...i mean, my ex-college :P) dah dekat 80 orang kalo tak salah aku. Kire dah cukup ah nak buat kursus. Abih tuh ngadap muka dak kolej lagi la nih? Huhu, tak kesah la. We are meant to be bound together. Ahahaha...biar benar!!!

Erm, kul 2 kang dah kene ade kat KL Sentral. Kul bape agaknya aku nak kuar? Public transport apa aku nak guna nih? Nak naik komuter, maknanye kene amik teksi gi komuter Kepong. Adeh, beg berat masuk teksi, rasanya kene caj tak? Tambang mau kene RM4+ just nak gi komuter jek. Kalo naik bas, maknanya aku kene kuar sejam awal sebab aku bajet nak solat Zohor kat Sentral. So kene kuar kul 1230, tapi time tuh sure takdek bas. Diorang pon nak gi lunch gak. Kalo kuar rumah kul 1130, blom tentu bas sampai kul 1130...mungkin kul 1145, mungkin gak kul 12. So sampai CM kul 1 la lebih kurang. Then amik LRT gi Sentral. Cam lebih kurang jek tambangnya. Erm, aku naik teksi la kot. Less hassle. Whatever.

Okeh, nak gi kemas lagi sket barang nih. Eheh, harap muat la kasut ngan selipar tuh. Wassalam..

Thursday, 1 July 2004

Erghh...ragut lagi...


Assalamualaikum...pekaba korang? Aku alhamdulillah harini sehat wal afiat..tak selsema dah, heh. So apa korang buat harini? Aku cam biasa takdek buat apa. Cuma harini ade pertambahan aktiviti sket la. Gi kedai beskal menukar tayar. Bila dia check tayar depan, aku kene sound sebab isi angin banyak sangat. Hehe, well, bukan la kene sound, tapi dia tego la jugak.."uiyy, awak isi angin banyak sangat ni, kurangkan sket". :P Abih dekat RM20 gak laa ganti tayar blakang tuh.

Erm, apsal tajuk aku tu? Aku dah naik jelak ngan berita² pasal orang kene ragut sana, ragut sini. Dulu banyak kes rogol dan bunuh, kes bunuh, rasuah, macam² lagi la. Skang nih ragut plak. Ade orang kene ragut sampai koma, meninggal pon ade. Ade plak peragut yang kene bunuh sebab dibelasah. Adoii..akhir zaman, memang banyak masalahnya. Pasnih apa plak? Bakar rumah?

Huhuh..skang nih semua orang dah idup dalam ketakutan. At least ramai orang hidup dalam takut. Bukan pompuan jek kene ragut skang, laki pon kene gak. Tak caye gi baca paper Utusan harini. Yang buat lagi horror tuh, kat Taman Desa Jaya, which is sebelah jek ngan Taman Ehsan. Kalo korang nak tau, aku dok kat Taman Ehsan. Huhuh..

And baru jek siang tadi dalam kul 10 lebih, sorang mak kepada jiran aku, which is also my jiran sebab mak dia dok sebelah rumah dia jek, kene ragut rantai dia. Akak aku yang nampak sebab time tuh dia tengah sidai kain. Dua orang. Bawak motor. RXZ kalo tak salah aku. Huhu. Aku time tuh biasa ah. Tengah lelap, hehe :P. Tetibe aku terjaga sebab adik aku jerit panggil akak aku sebab jiran depan rumah nak jumpa akak aku. Aku terpinga², tanya adik aku apahal. Huhu. Mak sedara aku pon penah kene ragut gak, dua kali. Depan rumah aku plak tuh. Huhuh. Skang nih peragut² dah sampai ke tempat aku. Adoihhh. Berani tul diorang nih.

AaAaAaaa...tuh tandanya kiamat dah dekat ke? Huhuh...

Wednesday, 30 June 2004

AaAAAaAAaA


Assalamualaikum...aaa..pekaba? Aku kurang sehat lagi arini,tapi sehat lagi banding semalam la. Apa la aku nih, kurang daya ketahanan betul. Mana aku nak tau, balik2 umah jek terus kene selsema. Tapi 1st day orait la sebab kene habuk banyak gile. Tapi takkan ah tak setel lagik. Entah ah, aku pon tatau. Maybe skang asek dok umah je kot, tak kuar2. Kuar pon gi anta adik aku, silap..gi escort adik aku gi umah kawan dia naik beskal. Okeh la, sehat la sket sebab mengayuh menghirup udara pagi yang nyaman, heh(jap lagi ade yang suh aku gi cari vitamin C la, garlic pills la :P)

Erm, nak cite apa? Takdek apa pon. Bosan la plak dok umah, tapi nak keje begitu malas. Takdek keje yang bleh dicari kat rumah aku nih(hehe, alasan :P). Maka maybe akan merajinkan diri buat house chores yang cam tak penah2 buat jek. Kuikui :P

Pagi semalam, terpaksa escort adik aku lagi. Dalam kul 830 pagi tuh. Adeh, aku sebenarnye taknak ah, maleh. Then try la mintak kat mak aku nak guna kereta. Tapi seperti yang aku jangka, abah aku tak bagi pakai keta lagi satu. The reason? Unknown. So berbasikal la aku ngan adik aku pagi tuh. Tapi takdek hal, cam aku cakap, bleh exercise, menggerakkan otot² yang cam dah lama tak beraktiviti. Heh. Tapi adik aku naik beskal dia la. Kan aku kata, aku escort jek.

Dalam kul 1030 amik dia plak. Pastu aktiviti biasa aku yang sangat tak sehat, aku terlelap dalam kul 12 lebih. Bangun² jek akak aku kata, dia dengar cam bunyi angin kuar from tayar blakang beskal aku. Pastu cam ade bunyi letup sket. Aku gi check, tengok² tayar blakang dah flat aarr. Huhu. Aku pon tatau apsal. Try la cari kot la ade paku ke apa ke, takdek plak. Ntah, maybe sebab beskal tuh jarang diguna memandangkan aku lam atak balik umah. Pastu tetibe digunakan sejak aku balik, tambah plak lepas anta adik aku gi umah kawan dia, aku bawak cam orang bawak kat lumba beskal tuh. Mana la tube dalam tayar tuh tak meletup. Hehe.

So tatau la bila nak gi betulkan tayar tuh. Takdek duit nih. Huhu. Nampaknya terpaksa berjalan kaki la aku ke masjid Jumaat nih kot. Adoih..erm, tak kesah la. Pahala lebih. Hehe.

So apa nak cite lagi aku pon tatau. Cukup la dulu kot. Lenkali plak. Wassalam.

Monday, 28 June 2004

I'm BacKkkkk!!! Heh :P


Assalamualaikum...aaa..akhirnya dapat jugak aku berinternet setelah lebih dari seminggu aku tak dapat ngadap net due to no internet connection masa last 2 days kat kolej and jugak tetibe laptop aku buat hal yang memang takleh diterima akal. Tetibe takleh nak log on plak nak masuk and guna laptop tuh, hampeh ke tak? Aku rasa sebab virus dah infest aku punya laptop arr. Kalo tak, takkan la tetibe jek kan? Heh.

So here I am. Kat rumah. Tau² dah seminggu dah Awards Day berlalu. Dah seminggu gak since salam wida'. Heh, cakap pasal salam wida'(salam perpisahan). Salam wida' buat hari Jumaat malam akhir tuh. Well..tetiap tahun ade, nak meraikan seniors yang nak kuar dah. Mintak maaf kat semua time tuh. Aku try tahan supaya tak nangis. Well, aku berjaya. Cuma ade la kat beberapa orang yang aku agak rapat, bila salam ngan diorang mintak maaf semua, takleh tahan. Nangis gak, ahaha...segan aku. Tapi tak kesah la.

Habis jek salam tuh dalam kul 1045 malam, aku ngan beberapa orang(err..ngan Azmir je kot?) pegi ke cafe. Perghh, terkejut gile aku tengok, ramai gile orang! Satu table tuh(actually banyak table sambung2 jadi panjang), penuh ngan member² aku. Kire diorang buat havoc ah kat cafe, heh. Pastu nampak la banyak kapel² yang agaknya diorang sangka pasnih dah takleh nak jumpa so jumpa la time tuh. Well, aku bukan nak cite pasal tuh sangat pon, lantak ah diorang. Serius, malam tuh seronok plak aku rasa.

Then tibe jek hari Sabtu, berdebar gak ah nak naik pentas, padahal naik sekejap jek. Heh. Well, dah lama tak naik pentas ok. Last time naik masa form 4. Tuh pon amik award apa ntah. Kire award masa form 4 tuh tak penting sangat pon. Hehe. Balik tuh tepon ah beberapa orang nak cakap "Aku balik dulu la ye, ko jaga la diri elok2"(tuh secara kasarnye la, secara lembutnye ade banyak version, hehe :P). then masa Sabtu tuh juak aku baru tau aku ade sorang lagi sedara kat kolej tuh. 2 tahun aku sama klas ngan, even since kat KDU, aku baru tau dia sedara aku masa Sabtu last tuh, haha.

Pastu Isnin lepas kuar ngan Sid, Pojo, Akmal, Syam, Ruedeng ngan Bojol(Ade lagi aku tertinggal tak sebut sapa2 ke?). Gi Midvalley. Tengok Harry Potter. Pastu Rabu lepas ade Psycho Course. Kire JPA scholars punya la nih. Ade la dia bagitau result Psycho Test yang aku cakap aritu. Kirenye dia bleh kaji camne personaliti kite from that test(kan aku dah kata, mende tuh ialah personality test). Well, kalo jawab bebetul, betul la result yang akan dapat, kalo tak, tak valid la. Aku jawab betul², so aku rasa result dia memang kene betul ngan perangai aku. Baru la aku paham sket pasal diri aku sendrik. Hari Khamis baru setel. Takdek pack sangat pon. Kire banyak tido jek. Mende tuh buat kat Kompleks Sukan Sri Siantan, kat Selayang.

Erm, apa lagi aku nak cite nih? Takdek mende dah. Parents aku ajak kuar gi makan plak. Aku dah kenyang nih. Takpe la, ikut je la sebab nak meraikan pak and mak sedara aku yang datang dari jauh(Ipoh kire jauh la tuh). So maybe minum je la kot. Heh, mak aku baru jek pujuk aku secara beriya suh ikut, kuikui. Okeh. Fingers off here, later. Wassalam..

Friday, 18 June 2004

Doa Perpisahan



Pertemuan kita di suatu hari,
Menitipkan ukhuwah yang sejati,
Bersyukur ku ke hadrat Ilahi,
Di atas jalinan yang suci,

Namun kini perpisahan yang terjadi,
Dugaan yang menimpa diri,
Bersabarlah di atas suratan,
Kutetap pergi jua,

Kan kuutuskan salam ingatanku,
Dalam doa kudusku sepanjang waktu,
Ya Allah bantulah hambaMu,

Mencari hidayah daripadamu,
Dalam mendidikkan kesabaranku,
Ya Allah tabahkan hati hambaMu,
Di atas perpisahan ini,

(monologue),

Kan kuutuskan salam ingatanku,
Dalam doa kudusku sepanjang waktu,
Ya Allah bantulah hambaMu,

Senyuman yang tersirat di bibirmu,
Menjadi ingatan setiap waktu,
Tanda kemesraan bersimpul padu,
Kenangku di dalam doamu,
Semoga Tuhan berkatimu.


Assalamualaikum...haaa....ade satu hari satu malam jek lagi kehidupan aku kat KYUEM formerly known as KMYS nih. Huhuh..sedih. Banyak kenangan and ingatan kat kolej nih. Jatuh bangun tergolek semua(heh, jatuh and tergolek ade ke? :P). Apa2 hal, serius aku memang sedih nak meninggalkan kolej nih walaupon kadang tuh memang rasa nak cepat2 keluar. Kolej yang dah tunjukkan kat aku sedikit sebanyak pasal dunia luar and hubungan sesama manusia nih. Kat sini la aku blaja camne nak jadi tabah, camne nak hadapi masalah. Kat sini jugak la aku sedar and blaja camne susahnya nak didik and suburkan iman dan hubungan ngan Allah. Kan aku dah kata, banyak kenangan kat sini. Well, lagu nih dedicate untuk hari ni. Untuk semua kawan2 aku tak kira juniors ke seniors ke. Esok aku letak lagu lain plak in-syaAllah.

Thursday, 17 June 2004

Tajuk apa?


Assalamualaikum..aaa..aku lagi..memang la aku lagi, dah tuh sapa plak kan? Heh..pekaba korang semua? Aku sehat alhamdulillah..cume kadangkala tuh bersin2 sket. Gatal plak hidungku ini(haa..tuh jap lagik ade la yang suh aku amik garlic pills lagik, heh :P).

Takdek apa nak citer. Memandangkan petang nih net ade, so aku tulis la sket walaupon tatau nak tulis apa. Heh, okeh tak gambar aku kat sebelah nih? Actually sebelah tuh ade Ngocop, well, ade jek kat fotopages aku tuh. Saje la aku potong bagi nampak gambar aku jek. Dah kata blog aku, nak la gambar aku jek. Nanti bebila rasa pemurah aku letak la gambar ngan kengkawan aku plak, hehe. Nih gambar latest, masa annual aritu la. Kire gambar yang aritu tuh, masa ecotrip, gambar aku setahun yang lepas, tak fresh dah, cewahhh!! :P

Lagu pon aku dah tukar. Heh, rasa cam sesuai plak lagu nih ngan aku skang. Tengok lirik dia lagi, heh, memang kene betul ah!!

Adoi, arini aku tak buat apa sangat la. Terlepas breakfast, again. Tapi sebbaik tak lapar sangat. Lunch pon agak best arini, ikan masak asam pedas, telur masin, sayur kobis(kot?), nasik putih(of course). Perghhh!!! Tulis nih pon dah buat aku jadik lapar balik, huhu. Cakap pasal makan, dinner semalam kat Dewan Makan, makan lamb chop. Aku tatau la korang semua rasa camne, tapi aku rasa tuh la dinner western hari Rabu yang paling best sepanjang aku dok kolej. Ade plak yang kata tak best. Tatau la. Semua orang ade selera memasing. Aku makan jek sebab aku rasa best, hehe.

Lepas Zohor tadi, gi naik Student Service sebab nak kene confirmkan bape orang nak datang masa Awards Day nanti. Well, aku rasa in-syaAllah abah, mak, kakak ngan adik aku akan datang kot. Opah aku tak sure plak, tengok ah kalo dia larat. Tapi aku dah cakap 4 orang yang akan datang. Takpe, adik aku bleh dok ngan mak aku, heh. Pastu tetibe hujan. Aku teringat tak tutup tingkap bilik. Berlari aku balik bilik. Balik2 tengok tingkap dah tutup. Cheyy..penat!! Bersenam aku sekejap. Heh.

Pastu berlari lagi ke bilik kawan. Ingat nak copy gambar annual dinner kat komp dia. Skali takleh plak. Then berlari lagi balik bilik. Apsal aku sakan berlari nih? Sebab time tuh hujan sket. So berlari la menyangkakan hujan akan jadik makin lebat, tapi time aku tulis entry nih, dah panas pon. Hehe..

Erm, ade 2 malam lagi sebelum aku tinggalkan kolej nih. Adoi...campur baur perasaan. Sedih, gembira, sayu, suka...semua ade la. Heh..apa plak planning aku lepas keluar kolej? Aku pon tatau. Aku dah start terbayang bosan plak dok umah takdek buat apa. Nak keluar, duit cam takdek. Ade kawan aku nih nak keje jadik cikgu sekolah rendah. Aku? Keje? Err...pikir dulu ah. Aku nak jadi cikgu? Hohoho, aku tak cukup penyabar untuk ajar anak orang. Keje kat supermarket? Takmoh. Buatnya jadi cam aku keje lepas SPM dulu, kene tanda harga tin arak, susun tin makanan, yang isi daging haram tuh pon ade. Taknak aku. Tak pasal jek dapat saham skali. So ntah la. Maybe aku melepek kebosanan je la kat rumah kot.

Juniors plak. Ade yang gi ecotrip, ade yang takdek gi trip apa2 kot. Heh, apa2 je la korang wahai juniors. Yang penting, korang blaja bebetul. Jangan jadik cam aku..wassalam.

Wednesday, 16 June 2004

Lagi cite pasal makan..


Assalamualaikum...haa...pekaba? AKu baru jek sampai from Shah Alam..Annual Dinner 2004 a.k.a StarStruck. Aku rasa okeh la kot..

Kitorang kumpul kat Guard House dalam kul 530 petang, tapi biasa ah, gerak dalam kul 550 petang. Ade 4 bas semuanya. Aku naik bas yang keberapa aku pon tatau, pedulik la kan. Bukan ade nombor pon bas tuh. Sepanjang perjalanan aku takleh nak lelapkan mata, tatau la nape. Maybe tengah hari tadik aku dah tido cukup lama kot. Tak kisah la, at least sampai2 nanti takdek la muka selenga baru bangun tido, heh.

Sampai sana lebih kurang sejam lepas tuh, dalam kul 650 petang rasanya. So kitorang turun kat Masjid Shah Alam dulu, sementara tunggu masuk waktu Maghrib. So kat situ, borak2 jap, amik gamba lagi, then dalam 5 minit before Maghrib tuh baru amik wudhu' and tunggu kat dalam masjid. Lepas solat maghrib, terus gerak, pakai blazer semua, ikat tie..hehe, hensem gile ah aku tadi..kuikui. Takdek ah, kang korang kata aku perasan la plak. Saje je tuh.

So naik la bas. Then bas bawak gi Concorde. Dah siap, kene register apa la plak. Amik tiket semua, sebab kat tiket tuh ade nombor cabutan bertuah. Heh, aku tak kisah sangat pon. Sepanjang ade lucky draw kat mana2, aku tau memang takkan menang punya. Then masuk la Ballroom tuh. Skali dapat meja paling depan. Meja nombor 1. Bebetul tepi stage, sebelah MC. Bebetul jugak depan speaker yang bapak ah besar. Memang tympanic membrane aku mengalami gegaran dahsyat la tadi, heh. Duduk la sementara tunggu majlis start, amik gambar semua. Then acara mula ngan bacaan doa oleh Presiden MUSCOM baru, Hazman(dak skolah aku tuh, hehe). Pastu..pastu apa ar? Pastu tetibe jek mula ngan lucky draw. Pastu dak2 nih perform. Seniors jek aku rasa yang perform. Memula Magen ngan Muzzie, then Lomon ngan Zack. Pastu Iedil ngan geng. Apa ntah nama band tuh tadik. Mantap gak ah diorang semua perform.

Then makannn!! Ittadekimasu!! Hehe..masyuk gile ah makan tadik. Starter dish memang sedap. Sup apa aku tatau, tapi masyuk ah!! Then ade la lagi hidang mende lain. Then lagi satu yang masyuk ialah dessert. Honey dew campor susu ngan santan pastu apa lagi ntah. Perghhh!!!

Then yang dinanti. OAG datang perform. Yer, OAG. Tahun lepas punya Annual Dinner, diorang jemput V.E ngan Ruffedge. Yang paling orang tunggu sebenarnye Radhi OAG tuh. Skali dia masuk, naik pentas, then turun balik. Memandangkan table kitorang kat tepi stage, tetibe dia datang table kitorang salam2 semua. Ade plak satu kerusi kosong kat sebelah aku, aku jemput la dia duduk. Skali dia duduk, heh, amik peluang ah tangkap gambar. Elok aku selesai amik gambar ngan dia, sorang SC nih datang suh dia perform. Kuikui, melepas kejap member lain. Takpe2, tak penting pon, heh.

Then diorang perform la...jemput2 orang semua. Yang kesian ialah kat MC. Patutnye OAG punya time dah abih, so MC guna cara baik la nak suruh diorang turun, cakap la "To all OAG fans who want to take pictures with them, can do so in 5 minutes", lebih kurang gitu la. Skali Radhi buat tak paham, dia bantai lagi satu lagu, lagu "Selambe", haha. Memang selambe betul.

Then abih dalam lebih kurang 1115 lepas segala jenis award disampaikan kat pemenang. Abih jek, semua tak lepas peluang amik gambar ngan sapa diorang nak. Aku ade la jugak amik gambar ngan dak2 nih, tapi tak banyak la. Banyak amik gambar masa performance jek.

Then naik bas kul 1130, skali bas gerak 40 minit pastu. Apa lambat sangat aku pon tatau. Aku tido sepanjang perjalanan, sampai kolej dalam kul 120 pagi. Muahaha...lambat gile ah. Aku rasa cam tak cadang nak tido ah malam nih, bukannya nak tengok bola. Tapi kalo aku tido skang sure tak bangun Subuh kang nih. So baik aku stay up. Buat je la pape yang patut, Tahajjud ke apa ke, hehe.

So okeh la..aku tatau nak cite apa lagi. Nak tengok gambar, bleh klik kat My Pictures tuh. Gambar masa house dinner aritu pon ade gak.

Sure korang cakap,"Heh, budak nih tadik sedih, skang dah ok plak?". Well, aku memang gini. Kalo time ramai2, memang la tak terasa sangat. Tapi kalo time sorang2 ke, bila teringat, rasa tak sedap. Rasa sangat tak best, huhu. Dah la, malas aku nak ingat. Wassalam..

Tuesday, 15 June 2004

Makan ngan interview punya cite...lagi...


Assalamualaikum...pekaba? Yer..aku lagi..rajin ke tak rajin update? Rajinn kan? :P

Nothing much to write...ok, kan aku cakap nak cite pasal college dinner semalam kan? Erm..ok here I go. Mende tuh start dalam kul 8. Semua orang kumpul kat Dewan Besor. Dimulakan ngan kehadiran hampir semua orang yang tinggal kat kolej nih semalam. Hampir semua orang pakai jersey. Aku tak pakai. Pedulik apa aku, ade gak yang tak pakai. Ade sorang nih siap pakai baju melayu lagik, lek jek. Memang respek ah. Pastu ade plak yang plek2. Contohnye cikgu bio aku, tetibe semua orange in colour, sampai ngan muka dia skali dia kaler ngan kaler oren. I wonder, dia kaler muka dia ngan apa? Water colour Buncho? Ke ngan cat Pelaka? Pedulik la..none of my business.

Pastu ade la macam2 games. Tak best pon, yang best pon aku rasa ialah masa acara timbang bola. Pimad menang..gile terel ah. Then 2nd place dak skolah aku merangkap dak yang dok setaman ngan aku, Shahbi, heh. Caya la Shahbi, ko memang mengharumkan nama sekolah ngan nama Taman Ehsan skali, kuikui :P Then makan2. Tuh satu aku tak puas ati. Tak systematic langsung. Dah la one side jek letak makanan. Pastu takdek plak dibahagi one side for boys ngan one side for girls. Campor je la. Ngan line yang macam takdek line, bertembung kat tetengah meja. Ade ke patut. Nih apa nih? Nak suruh kitorang berlaga ke laki pompuan? Apa nih SC? Come on la!! Ke students yang ngade2, lapar punya pasal, lupe semua bende? Ntah, hati manusia takdek sapa yang tau, Allah je yang tau kan?

Then events lain semua bosan. And I mean it, bosan!! Aku tatau mende tuh abih kul bape, tapi aku dapat tahan sampai 1025 malam. Tuh pon lepas last event kot, lepas senior guys abih dribble bola. Abih tuh jek aku terus balik. Maleh aku.

Erm, sori la...aku nih cam bunyi tengah takdek mood ke? Memang pon..Sebab apa? Aku baru jek dapat tau result interview aku semalam. Erm, aku sure korang dah bleh agak apa keputusannya. YER, aku tak dapat offer. Again. Ade la sorang kawan aku SMS aku dalam kul 925 pagi tadi. Cakap kene naik atas. Dah naik atas, keputusan tuh la aku terima. 3 orang jek dia pilih; Tuan, Ngocop ngan Adri. Congratz korang!!

Sebelum tuh, masa aku bangun tido tadi, tetibe jek hati aku terus kata "Tak dapat". Aku rasa tak sedap ati dah since then. I've tried to fight and ignore the feeling, but it seems to keep coming back no matter how hard I fought it. Then kuar2 toilet lepas mandi, dapat la mesej suh naik atas. Aku naik ngan rasa mengharap dan jugak rasa tak sedap ati. Well, gerak hati aku betul. Aku tak dapat. Siot, I've put myself in too high of hopes without me ever knowing it(betul ke grammar aku? Lantak ah). Then the outcome? Aku jadik down. ARGHH!! Aku tak suka down!! I hate it when my instinct tells me that I am not going to make it. Memang frankly speaking, masa dapat tau tuh, kaki aku jadik lemah semacam. Sebbaik tak collapse jek depan Ms Kasturi tadi. Still can manage myself la. Nak nangis pon ade.

Then Ms Kasturi explain kat aku ngan lagi sorang kawan yang senasib ngan aku, apa yang kitorag lack masa interview semalam. And the feedback about me? Dia kata aku tends to be playful, tak serius masa interview. What???!!! Tang mana yang aku tak serius tuh? Aku rasa aku dah cuba sehabis baik dah semalam, nak aku serius camne lagi? Aku tak la segile tuh nak main2 masa interview yang aku rasa memang rezeki jek dapat offer interview tuh. Its just that aku tatau nak cakap apa. Aku takleh nak think properly masa tuh. Tuh la pasal aku cam ntah ape bende aku cakap. Tapi takdek la sampai aku rasa nak main2 jek masa jawab soalan dia. Huhu. Ade ke...Pastu dia bagi la nasihat2 dia, bla bla bla...

Pastu aku nak call parents. Aku call mak, orang opis kata dia MC. Aku call rumah, takdek sapa angkat. Call kakak aku, tak angkat jugak. Call henfon mak, dia off plak. Dah tuh aku nak call sapa? Aku kalo bleh nak bagitau mak aku dulu baru bagitau abah. Last2 terpaksa gak aku call abah. Tanya mana pergi semua orang. Rupenye gi hospital bawak opah aku gi medical checkup. Then abah tanya la,"Apa citer?". Aku ngan penuh reluctant menjawab,"Interview semalam? Tak dapat". Abah aku tanya,"Dah tuh, camne skang?"."Ntah la, tengok je la lepas nih camne, tapi yang pastinye lepas nih memang kene banyak guna tepon ah".

Pastu masa dalam Counselling Room, aku tanya gak la camne ngan clearing semua. Sebbaik la proses masa call universities tuh tak susah. Tapi nak masuk line tuh susah. Tapi kemungkinan besar adenye interview untuk universities yang aku akan call pasni. Yer, interview. InterviewS to be exact. Again. OoOo0Hhh how I hate interviews!!! And aku sangat la berharap result A-level aku sangat best. Adoi, malam nih ade Annual Dinner. Tatau la camne mood aku malam kang. Sure dinner tuh terasa sangat hambar...whatever.

Ya Allah, kurniakanlah aku ketenangan. Berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu ini. Aku memohon ampun kepadaMu Ya Allah sekiranya aku berkelakuan seperti tidak bersyukur dan tidak redha akan ketentuanMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Halus dalam merancang. Bukan tidak redha, hanya melepaskan kesedihan di hati, aku hanyalah hambaMu yang tipis imannya Ya Allah. Aku merancang, namun Kau jualah yang menentukan segalanya Ya Allah. Aku sedar Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku. Aku tidak tahu apa perancangan dan ketetapan serta ketentuanMu ke atasku, namun aku tau segala yang Kau tentukan adalah demi kebaikanku. Kau yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Ampunilah aku Ya Allah...

Wassalam..

Monday, 14 June 2004

Makan...interview...


920 am
Assalamualaikum..haaa..pekaba? Aku lagi la nih...manjang aku update jek skang nih. Kata dah taktau nak buat apa. So apa aku nak citer kali nih?

Takdek apa pon basically. Sebenarnye skang nih aku tengah menunggu giliran untuk ditemuduga oleh orang2 dari University of Newcastle-upon-Tyne. Kan aku ade bagitau dalam entry aku Jumaat lepas, ke Sabtu lepas? Ntah ah. Giliran aku kul 1055 kang. Cuak la plak rasanya. saiko kurasakan di kala ini, heh. Yer ah, mana taknya, aku dengar ade 2 atau 3 orang interviewer dalam satu bilik. Bukan cam interview RCSi. Ade 2 gak, tapi sorang stau bilik. Interview nih aku rasa lebih kurang cam Soton aritu la. Kan ade 2 orang skali. Tapi menurut kata kawan aku, orang tuh akan tanya banyak pasal diri orang yang ditemuduga. Not much technical questions will be asked. At least that's what I heard. Hope so. And aku harap aku bleh jawab ngan jayanya, in-syaAllah.

So nak cite pasal semalam. Kan aku balik rumah kan? So bangun2 pagi jek semalam aku kene flu la plak. Manjang jek kene flu, aku rasa memang immune system aku tak cukup mantap ah, bak kata sorang kawan aku nih. Baiklah kawan, akan aku beli garlic pills ke, vitamin C ke, multivitamin ke, dan akan aku makan semua itu in-syaAllah. Hehe. Dah arh malam tuh ade house dinner plak. Memang aku doa2 sungguh la supaya tak terus selsema malam tuh. Alhamdulillah selsema aku surut sket lepas aku makan ubat selsema adik aku kul 3 petang tuh. Kesan ubat yang sangat kuat, sampai ke malam aku still lalok lagi. Huhu. Well, at least tak ber'sok-sek' masa makan tuh.

Makan malam semalam kat Garden Seafood kat Tanjong Malim. Pergh, memang sedap gile ahhh!! Tapi yang tak bestnye ialah tak cukup lauk la plak(heh, dok semeja semua laki, memang ah,kuikui :P). Serius masa abih nasik tuh aku still rasa lapar lagik. Hehe. tak kesah la, yang penting best. Thanx la kat juniors diamond yang bersusah payah organise dinner. Tak lupa jugak kat kawan aku nama Bob sebab dia pon bersusah payah gak pilih menu. Begitu juga kat housemasters ngan housemistresses(betul ke grammar aku?). Sampai kolej dalam kul 1045 malam. Aku yang still lalok tuh, balik jek terus tido, tak sedar apa dah, kecuali beberapa sms yang aku terima from some of my frens. Lepas reply jek, tido. Then terjaga lagi, reply, tido. Sure korang tanya,"dia nih tak solat Isya ke?". Hehe, yer aku solat Isya gak, tapi kul 415 pagi. Alhamdulillah aku terjaga jugak. Riso gak aku kalo terlajak. Skali masa aku selesai amik wudhu dalam kul 425 tuh, ade plak sapa ntah buat prank call plak kat aku. Dah la nombor dia tak naik pon, takdek pon nombor dia kat display henfon aku. Memula tuh aku bagi salam dia letak. Skali lagi dia call, aku bagi salam, dia jawab, then dia letak. ISSHHHHh!! Geram tul aku, dah la tetengah malam, tepon orang, pastu buat gitu plak. Sebbaik aku dah bangun, kalo time tuh aku tgh tido kene kaco gitu mau kene maki ngan aku. Tak pasal jek. Kalo nak save sangat kredit tuh, takyah le buat call gitu. Kalo nak call, call la bebetul. Buat aku sakit kepala jek. Kalo taknak cakap, just nak kaco, just forget it. I can't tolerate la orang gitu. Last2 aku off hp aku sampai la lepas subuh dalam kul 7 tuh. HAhaha!! PAdan muka dia takleh nak buat prank call, atau 3-second atau 5-second call as they may call it.

So lepas Subuh, aku bersiap2 la. Cuak la jugak, antara mengharap ngan takdek perasaan. Antara kerisauan sebab tak prepare apa langsung(and I mean it, aku tak prepare apa pon) ngan rasa redha je apa nak jadi lepas nih. Pergi breakfast dulu. Papehal isi perut dulu. Pergi ngan Ngocop dan Si Anip. Tapi tak bape berselera. Aku makan sekeping roti bakar jek. Maybe sebab malam tadi dah makan banyak kot(heh, banyak ke? :P). Sampai2 kat atas, dak2 lain dah tunggu. Sebbaik tak mula pape lagi, so sementara tunggu tuh, Ms Kasturi ngan Mr Small(our headmaster) bagi la sket briefing ngan kata2 semangat serta nasihat. Kitorang ade dalam 12 orang, 7 laki and 5 pompuan. Interviewer tuh pon datang dalam kul 830, so kitorang naik la ke Academic Dept 2, tunggu kat situ, dalam 15 minit before 9, Ms Kasturi datang bawak nama. Dia kata cuma 6 orang jek dipilih untuk interview tuh, and alhamdulillah aku salah soirang daripadanya. And semua yang dipilih, semuanya dak laki. Huhu, skang nih berdoa dan berselawat je la. Tepon mak, cakap dapat interview. Then mak pon bagila sket tips nak menghadapi interview. Thanx mama!! Doakan anakmu ini berjaya, in-syaAllah. Hehe.

Malam nih ade dinner lagi, college dinner plak. As its name implies, buat kat dalam kolej je la. Temanya ialah Euro 2004. Dengar kata diorang buat sudden death tournament game FIFA 2004. Semua orang kene pakai jersi. Heh, aku pakai t-shirt biasa je la nampaknya, manade jersi. Takpe, tengok je la malam nih camne, esok in-syaAllah aku cite kalo bilik ade net. Nih aku kat RC nih, sementara tunggu giliran. So aku nak gi usha site Newcastle plak. Kang dah selesai interview in-syaALlah aku tambah lagi update untuk arini. Wokeh? Wassalam..

*****************************************************************************************


1150 am..
Assalamualaikum..maka selesailah sudah interview tadi...tapi yang tak sedap atinya tuh, sekejap betul interview aku kalo nak banding ngan orang lain. Orang lain memang approximately 25 minutes laa. Ngocop siap lebih 5 minit lagi. Aku punya 15 minit jek. Start kul 11, and it ended at 1115. Bukan la aku tak hepi sebab abis awal, tapi cam...ntah ah. Aku rasa cam tak banyak cakap sangat la tadik. Orang tuh cakap sepatah, aku pon cakap sepatah gak. Tapi yang bestnye ialah, at least kali nih aku tak bape cuak sangat la. I mean, bukan la tak cuak camne, tapi kirenye kalo nak banding ngan interview aku yang lain, yang nih tekak aku tak bape kering sangat la. Still ade air liur nak ditelan, kuikuikui :P

Interview tadik, ade 4 orang dalam tuh. First, of course la interviewer tuh, Dr David apa ntah. Okeh la..takdek la cuak sangat berdepan ngan dia. Yang cuak ialah berdepan ngan soalan2 dia. Whatever. Then the other 2 persons were only observing; sapa ntah sorang pompuan nih, from MABECS kot, then the other one was Ms Kasturi herself. Well, her presence buat aku rasa rilek sket ar. Tapi papehal, ketenangan tuh datang dari Allah jua. Allah yang bagi aku ketenangan di kala kecuakan itu. Alhamdulillah...:) Then orang yang keempat tuh aku la, sapa lagi, eheh.

Interview tuh banyak tanya pasal apa yang aku tulis dalam personal statement aku. Adeh, aku ingat dah bleh lupakan PS tuh. Well, aku masuk tadik tangan kosong, tak bawak apa2 fail ke, folder ke apa ke. Cuma arini ensem sket ar. Pakai tie, kuikui. Semua kertas ke, PS aku yang dulu2, latihan whatsoever dah aku hantar pulang ke rumah semalam. But then, aku ade simpan PS aku dalam email. Alhamdulillah, sebbaik la aku tak delete lagi email tuh. Kalo aku dah delete, heh, tatau ah camne. Pastu orang tuh ade tanya gak pasal comparisons between the staff kat HUKM ngan kat UH, tempat aku buat attachment dulu. Erm, sebbaik. Memang dari dulu aku dah buat comparison pon, heh. Then ade la lagi tanya pasal apa aku nak buat kalo aku dihantar ke rural areas such as ke Sabah or Sarawak. Ahaha, never thought of that, jawab je laa. Then dia tanya plak pasal MUSCOM. Hohoho. Tuh pon blasah gakkk. Pastu ade la lagi, nak tau, tanya aku terus la, tak larat aku nak taip, lapar nih. Pagi tadi aku makan sekeping roti jek(aku dah cakap kan?)

Well, its in the past now. Apa2 jadik pon, Allah jua yang menentukannya. Apa yang mampu aku lakukan skang ialah menyerahkan segala2nya kepada Allah untuk menentukannya. Dan aku harap aku dapat. In-syaAllah. Doakan kejayaan aku. Wassalam..

Saturday, 12 June 2004

Haa..beberapa cadangan, heh


Assalamualaikum...ahaha...aku update lagiiii!!! Disebabkan aku tatau nak buat apa, then net plak cam biasa, nak taknak jek muncul kat tetengah belantara Lembah Beringin nih, so aku amik peluang post mende nih before net takdek balik. Aku dapat article nih from an email sent to me. Read it and enjoy..kuikui...

Top 5 skills to learn this summer

While we want to relax after a grueling school year, it's important that our brains don't turn to mush while school's out.

There are many productive things we can do, but here is a list of top five skills we should learn to succeed in school and beyond.

1. Better Time management

How and what we spend our time on determines our success and failure in this life and the Next. This is why time management is such an essential skill for everyone. There are great resources online, in books, and through ecourses that can help. An internet search under "time management" provides many resources and ideas.

2. Writing a letter to the editor

This teaches assertiveness, clarity in thought, and basic writing skills all in one. All it requires is being able to write simple English. Find an article that you feel strongly about in the local newspaper. Discuss it first, then put your thoughts down on paper. Then compose a letter to the editor and send it off. If it gets published, post it up on the fridge!

3. Managing money

Avoid problems like debt, impulsive shopping, and overspending by learning money management skills this summer. Draft a budget of how to spend and save. Also, make sure you give to charity.

4. Keeping house

This means overseeing the efficient functioning of your home. Be in charge of managing meals, getting laundry done, mowing the lawn, and keeping your place clean for one week. Parents and other siblings are helpers. This will give you an appreciation of how hard it is to run a household, as well as training for the job in the future. It will also teach you valuable leadership skills, as well as the importance of teamwork.

5. Volunteering for a cause

Giving and not receiving any monetary return is a skill critical in our increasingly materialistic culture. Assess your skills, talents, and interests, and find a volunteer opportunity for this summer. Some ideas include: helping peace and justice groups; helping younger kids learn English; making and delivering meals to an elderly person who cannot get out much; writing articles for a non-profit organization's website or helping with its technical aspects; answering phone calls, etc.

Source:
"Top 10 skills to teach your kids this summer" - by Samana Siddiqui

...so amacam? Rasa2nya bleh tak dilaksanakan? Kalo korang tanya aku, err..err... haha..cam takleh jek..err..maybe bleh la kot..ntah, hehe :P. Cube je la, kalo takleh semua, buat sket2. Blaja masak ke, heh. Aku ingat nak blaja masak ah cuti nih, orait tak? Hahaha..nanti lapar2 bleh masak sendrik, aku dah la manjang jek lapar, kuikui.

Erm, semalam aku tinggal sorang jek kat chalet, semua chaletmate aku balik. Ronggeng la aku sorang2 semalam, lepas tengok Troy, aku tengok plak citer Shrek 2. Best wooo, a mesti-tonton muvi la. Aku tengok kat network jek, nak gi wayang cam tak sempat jek, jadi la. Ade orang tuh tak dapat nak tengok sebab manjang network kat kawasan chalet laki nih tak connect ngan network kat cele pompuan. Pastu cite nih plak kat network laki jek, siannn dia, kuikui. Eh eh, terasa ke? Huhuhu :P

Yeahh, jap lagi balik!! Tapi sekejap je la. Esok petang in-syaAllah balik sini balik. Malam esok ade house dinner. Kat Tanjung Malim. Kedai seafood mana ntah. Diorang kata best, so aku pon nak la jugak try. Barang pon aku tak kemas lagik. Parents aku datang lepas Asar la plak in-syaALlah sebab diorang gi kenduri sana sini. Huhu, takdek hal. Layan komputer selagi bolehh!! Heh..

Okeh, rasanya tuh je la kot..tatau nak merepek apa dah..wassalam...

Friday, 11 June 2004

Entry sangap..


Assalamualaikum..aihh..takdek apa nak cite pon..sebenarnye aku tengah bosan gile nih. Bosan tahap melampaui batasan kebosanan manusia biasa, heh. Exaggerate skett. Dah la kat chalet takdek net, maka aku bersama Saudara Yusuf telah bersepakat untuk berkunjung ke RC setelah selesai menunaikan solat Isya' dan menyelesaikan amanah orang kat aku. Aku kene serahkan something kat sorang kawan nih, atas permintaan seorang kawan yang tak dapat nak bag isendrik sebab dia kene gi house dinner la plak. Takpe, demi sahabat, aku buat la. Bukan susah pon, heh.

Aku rasa cam malam nih nak layan muvi sebanyak mungkin. Haha, niat yang tak wajar ke? Patutnye niat ah nak baca Quran ke, baca buku ilmiah ke apa ke, nih nak layan muvi plak. Heh, amik ko, nasihat untuk diri sendrik, nak ikut ke tak? Hmm..depends, tengok ah nanti, kuikui.

Adehhh..serius bosan gilerr!!! Esok in-syaAllah aku balik rumah jap. Nak gi potong rambut. Rambut dah panjang. Eh, aku dah cite la pasal rambut aku nih. Apa la aku nih. Huhu. Tapi maybe aku balik petang sket la kot, maybe lepas Zohor ke. Sebab parents aku nak gi kenduri dulu kat Sungai Besar. Cadangnya aku nak ikut, tapi pikir2 balik, banyak mende tak setel lagik, so batalkan je la.

So sebab aku dah sangap, aku pon nak berangkat balik ke bilik. Tadik blog hopping. Erm, tak ramai yang update. Hampir semua aku dah baca. So cam, bosan ahhh!! Huhuhu. Apa la kan? Before exam pon bosan, masa exam lagik ah bosan, dah abih exam pon bosan gak ke? Of course ah, dah takdek mende nak buat. So..saje je tulis entry nih, sementara tunggu kawan aku abih nengok video mende ntah. Lenkali la cite..wassalam.

Wednesday, 9 June 2004

Entry lepas exam


Assalamualaikum...alhamdulillah exam dah pon tamat..lega betul rasanya..no more public exam bak kata kawan aku..selesai sudah penyeksaan untuk tahun nih..eh ehh..sure ramai yang kata "waa,best ah dah merdeka". Heh, at one hand memang ah best,ilang segala rasa stress, but on the other hand, sebenarnya banyak lagi mende nak kene pikir. So sebenarnye takdek la apa pon..kot

Paper terakhir tamat kul 1130 tadi. Paper option chem yang sangat nyakitkan ati, tuh la aku takdek rasa best sangat pon exam abih..ntah, takdek perasaan actually. Tak kesah la, mende dah lepas, tawakkal je yang mampu aku lakukan sekarang, moga2 result yang aku dapat adelah result aku sangat inginkan.

So...cukup ah rasa down, maleh nak layan. Seperti yang dijanjikan, JOM BLOGGING SAMPAI PITAM!!! Hahaha!! First of all, apa aku nak cite? Adoii..tadi punya la banyak idea mencurah2 nak cite, tetibe skang takdek plak. Okeh laa..mula2 lepas abih exam tadi. Tetibe Ms. Kasturi nak jumpa. Bukan aku sorang la, tapi ngan 11 orang lagi. Dia cakap Isnin depan nih, in-syaAllah orang from Notts Uni akan datang kolej nak interview kitorang(takdek la dia cakap in-syaAllah, tuh aku yang cakap). Kitorang yang still takdek offer uni lagi nih. Tapi bukan semua yang akan diinterview. Hanya 4 atau 5 orang yang akan dipilih. Tuh pon still tatau lagi sapa. Isnin nih, kul 8 pagi kene kumpul jumpa Ms. Kasturi. So aku skang dah sampai point yang takdek mengharap sangat dah. Kang kalo aku letak harapan tinggi, tetibe tak dapat, down lagik. Maleh aku. Aku serah pada Allah aje. Kalo ade rezeki, alhamdulillah.

Dah abih jumpa tuh, takdek buat apa pon. Lepak2 kat Kebun Jepun tuh ngan beberapa orang kawan. Nak aku sebut ke sapa? OK laa aku sebut. Ngan Sid, Si Anip, Ngocop dan Wafi, heh. So buat bising la kat situ jap. Aku yang agak ketensenan telah melalak2 ngan lagu apa aku tatau, aku blasah je. Kuikui. Lepas makan, cam biasa ah lepak bilik. Pastu tadi lepas balik Zohor, masuk chalet, tetibe pintu tengah tuh takleh nak pusing tombol dia. Payah tul. Pusing punya pusing, takleh gak. Sebbaik la chaletmate aku terel bukak pintu terkunci nih, heh. Kalo tak, bermukim la aku kat common room tuh.

Skang nih dah tatau nak buat apa. Ade cadangan? Aku baru came out with a plan..plan apa? BASUH BAJU!! hahaha..gile hambar plan aku. Tengok la kalo aku rajin. Lagi bape hari jek nak menamatkan sesi sebagai pelajar KYUEM formerly known as KMYS nih. Aku cadang Sabtu nih nak balik. Tapi tak sure lagi ah. Nak bawak balik sket barang, pastu nak gi potong rambut. Gile panjang rambut aku skang(hehe, takdek ar panjang mengurai). Nak gak smart2 sket gi student dinner Selasa depan. Tapi aku takdek baju smart pon, pakai je la baju yang sama yang aku pakai masa student dinner tahun lepas. Baju gak kan?

Apa lagi aku nak cite nih? Takdek rasa nak pitam lagi nih. Erm, dah abih paper. 14 papers. Sekejap jek, dulu tengok punya la banyak, tau2 dah setel. Malam nih orang dah ajak aku nengok movie marathon. Haha, tengok ah kalo aku larat.

Haa...aku dah tukar lagu. Sayu ke tak sayu lagu nih? Teringat plak masa ICAN tahun lepas, ke IAW? Yang dak2 Diamond nyanyi lagu nih, siap ade pelakon latar lagi(Ap ngan sapa ntah,muahaha). Aku jugak dah salin lirik lagu nih, sapa ntah aritu mintak aku letak lirik skali sebab dia nak karaoke. Haha. Tipu jek, tapi memang ade aritu yang mintak aku letak lirik skali. So nih la, aku dah letak.

Adeh adehhh..dah nak pitam, hehe. Aku dah tatau nak tulis apa sebenarnye. Sekarang nih, nak plan apa nak buat plak time tengah free gile nih. Aku nak abihkan baca buku2 cite yang aku dah tangguh baca dekat setengah tahun yang lalu. Takpon, ikut cadangan kawan aku. Gi library, baca ensiklopedia kat sana. Pergh, sahabat, sungguh berilmiah cadanganmu itu. Adoiii, cakap pasal library, baru aku teringat aku ade buku kene pulang Isnin lepas, lupa la plak. Erm, that's gonna cost me RM1 for sure. Bila plak la aku nak gi naik atas nih. Dah malas nak naik nih. Huhu~

Kepada sahabat2 juniorku...korang punya perjuangan tak tamat lagi. Teruskan usaha korang. Utilise every minute you got. Setiap kerja yang bleh setel harini, setelkan harini. Jangan jadi cam aku, tangguh keje, last2 susahkan diri sendri. Jangan banyak main, nanti nyesal. Bleh nak main, kang korang jadi orang yang membosankan plak. Tapi proportionnye kene la sesuai ngan study. Dekat2kanlah diri dengan Allah, in-syaAllah korang akan berjaya. Kepada rakan2 senpaiku, moh kite ronggenggggg!!! HAhaa..takdek ah. Perjuangan kite pon blom tamat lagi, banyak lagi nak kene buat nih..apa yang nak kene buat, pikir2 la sendrik. Aku dah start merepek so baik aku stop skang, adeh, nak pitam...kroih kroih..ZzZzZz :P