Sunday, 21 January 2007
Waaahh!!
It has been a while. Last entry was almost 3 months ago. Hoho. Baru ingat nak buat rekod tak tulis pape selama 6 bulan, hampir berjaya. Skali sebabkan bosan, maka tulis la sket.
Skang nih ialah zaman pegi rotation sebulan kat hospital dan sebulan lagi lecture then exam. Sebulan pertama rotation : Semangat pada minggu pertama, masuk minggu kedua still semangat walaupon kurang dah. Bulan kedua : Kembali bersemangat ke rotation walaupon kurang lagi daripada 1st. Masuk minggu kedua, dah tak semangat. Tapi still stay sampai petang (most of the time :P). Bulan ketiga : Pegi pagi untuk ward round, tengah hari tuh dah balik rumah. Sebab mengikut nasihat doktor. Tak perlu stay lama2. Datang tunjuk muka kat consultant masa ward round, do history-taking with a patient, present it to registrar ke, intern ke. Then balik. Yes sir! Will do sir! :D
Anyway..almost all of us sure penah dengar perkataan "broken heart". Which is selalunye dikaitkan dengan putus cinta, kecewa, patah hati dan sebagainya, yang mana umumnya kita tau sebagai emotional stress la jugak. Whoa, lek2. Bukan aku nak cite aku putus cinta ke ape. Ade ke..
Well, selama nih aku anggap mende tuh cume lah disebabkan jiwa yang kacau. And takde pape effect pada our physical except the obvious and dah well-established, that is tekanan darah tinggi la kan.
Then, when I watched an episode of 'Scrubs' (ye, i know, kene study, but, kamon..), I came across a term known as "Takotsubo Cardiomyopathy" a.k.a broken heart syndrome. Read almost all about it here.
Hoho. I never know before that the heart literally can be broken due to emotional stress. I mean, primarily damaged. Bukannye secondary to pulmonary embolism ke, hypertension ke ape ke.
Hmm. Teringat doa yang Nabi s.a.w sarankan kita baca untuk mengelakkan daripada rasa sedih dan rasa resah gelisah sebab masalah yang melanda.
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada rasa resah dan sedih, dan daripada rasa lemah dan malas, dan daripada sifat pengecut dan bakhil, dan daripada cengkaman hutang dan penindasan orang."
Penah la terbaca. Tak ingat mana sumbernya. Kita disarankan baca doa nih supaya terhindar daripada rasa sedih dan gelisah antaranya. Sebab rasa sedih dan gelisah yang berpanjangan dan excessive bleh membawa mudarat dan penyakit kepada tubuh. Hmm. Memula sangkakan cume bleh bawak psychological disorder ke. Then bila dah buat medic, tahap sangkaan menjangkau kepada boleh menyebabkan hypertension, hormone imbalance dan sebagainya. Rupenye memang bleh directly affect the heart juge. Huhu. Ok ok, maybe I am the only who just discovered this recently. Heh.
Meh la sama2 amalkan doa nih bile selesai solat. And doakan juga moga kita ditetapkan keimanan kepada Allah. Diberi kekuatan untuk amalkan apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Doakan juga supaya Allah bantu kita semua dan umat Islam seluruhnya yang sekarang nih menjadi mangsa penindasan dan penjajahan musuh yang bencikan Islam sejak dahulukala lagi, be it penjajahan negara, ekonomi, politik dan minda.
Keadaan dunia makin pelik dari hari ke hari. Mende tak elok and tak bawak faedah makin dibanggakan, yang elok and baik makin lama makin ditinggalkan. Kita selalu diperdengarkan masa kecik2 dulu, cerita mengenai orang yang dok kejar harta dunia sampai sanggup ambik harta orang lain, tak peduli dah zalim ke tak ke. Yang penting, perut sendiri mau kenyang, poket sendiri mau penuh. Seolah2 hidup di dunia nih ialah hidup yang sebenarnye. Takde hidup dah kat tempat lain selain dunia yang kecik nih. Kite penah dengar cite Qarun yang ditelan bumi sebab perkara yang sama. Kita sangka, cerita begitu seolah2 hampir tak terbayang di minda. Macam mana bleh ade orang yang tak pikir pasal harta yang dia dapat/ambik? Tak pikir ke harta yang dia ade tuh dikire harta curi? Huhu..itulah sebabnya Allah bagitau kite di dalam Al-Quran. Sebab orang2 yang macam tuh pasti ade dari awal masa sampai akhir masa.
Haih..moga kita semua dijauhkan daripada bebrbuat perkara yang serupa yang sekarang nih kite rasa disgusting. If we disconnect ourselves from Allah, don't blame anybody but ourselves, our own arrogance, negligence and ignorance for all the corruptions, disasters, troubles, problems etc. that happen in our world today.
Moga kita diberi kekuatan..in-syaALlah..
Wassalam.
Monday, 30 October 2006
Hmm..
Assalamualaikum..
Moga kite semua sentiasa dalam rahmat dan redha dan kasih sayang Allah in-syaAllah.
Selamat Aidilfitri kepada semua, mohon maaf segala salah dan silap. Moga2 latihan yang kite dah terima selama sebulan dalam bulan Ramadhan ade hasil yang baik in-syaAllah. Sama2 la kita doa..
Haih..lama juge la tak menulis. Sket je lagi dah nak 4 bulan since my last 'hypertensive' entry. Bukan taknak tulis dah, takde plan pon nak stop. Cumenye tuh la, masa cuti buat2 busy, bile dah start klas, macam malas nak tulis, takde idea, heh.
And, err..skang nih takde la rasa cam taknak drive dah across KL, sebab lepas je entry tuh, manjang aku gi drive sana-sini, kuikui :P.
Anyway, terasa nak sampaikan satu citer yang dibagitau oleh sorang sahabat semasa kami duduk2 borak2 dan bincang2 lepas solat.
"Ade satu masa di masa yang telah lama berlalu meninggalkan kite, terdapat seorang hamba Allah yang sangat rajin beribadah. Sangat rajin, banyak betol amalan ibadah dan kebaikan dia.
Tapi suatu masa, Allah bagitau pada malaikat bahawa Dia akan masukkan hambaNya nih ke dalam neraka. Malaikat pon pegi la bagitau hamba ALlah ni bahawa dia akan dimasukkan ke dalam neraka.
Setelah dengar apa malaikat tu cakap, tapi hamba Allah nih tetap rajin beribadah.
Malaikat tanya hamba Allah ni, kenapa dia still rajin ibadah sedangkan dia akan masuk neraka?
Apa jawab hamba Allah ni?
'Tidak kira la aku akan dimasukkan ke dalam neraka sekalipun, tetapi Allah tetap berhak dan wajib disembah'. Dan disebabkan jawapan hamba Allah ni, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga."
Ok ke? Maka moral of the story ialah, kenapa plak mesti berhenti menyembah Allah bile dah tau akan masuk neraka? Takkan nak jadi macam Iblis yang sombong dan derhaka? Sedangkan kite tetap tak dapat lari dari hakikat bahawa kita hanyalah hamba kepada Yang Maha Perkasa, dan Allah adalah Pencipta dan Pemilik kita?
Allah takkan rugi walau sebesar zarah pon kalo kita tetibe enggan dan decide nak stop sembah Allah. Tapi kita la yang akan rugi. Rugi yang serugi2nya. Rugi yang takleh nak cakap lagi la camne.
So, moh le kite sama2 doa, moga Allah tetapkan hati kita atas keimanan kepadaNya, moga kite sentiasa tetap di atas jalanNya, moga kita tak jemu dan takkan pernah merungut untuk berbakti kepada Allah, Pemilik kita. Doa moga Allah tak pesongkan hati kite dan moga kite tidak terikut ke arah kesesatan. Moga2 Allah melindungi kite in-syaAllah..amiin.
Ya Allah, lindungi kami, berikan petunjuk dan pertolonganMu kepada kami, ampunilah kami, pandanglah kami dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah, janganlah pandang kepada kami dengan pandangan murkaMu, terangilah jalan yang gelap di hadapan kami, terangi hati kami..
Hm..apa lagi ye..minggu dah start rotation kat hospital balik. This month I'll be doing endocrinology medicine. Dunno what to expect. Moga2 aku dapat belajar banyak kali ni in-syaAllah.
Tatau ah nape, skang nih aku rasa cam ade yang tak puas hati/marah/dendam ngan aku. Ade ke? Kalo ade antara sahabat2 yang simpan perasaan gitu dalam hati terhadap aku, sudilah maafkan aku. Aku mohon maaf dengan sangat. Mungkin aku tak sengaja terbuat apa yang kalian marahkan tu.
Wassalam.
Friday, 7 July 2006
Remind me
Assalamualaikum..
Haih, guys, remind me to find a home close to where I work or to find somewhere else out of KL to go for work, after I graduate.
I am sick and tired of driving in KL. I guess its true though, KL drivers are the 3rd rudest drivers in the world. No doubt about it. (Can't believe there are 1st and 2nd rudest in the world, or were the survey teams just being nice to us?)
That's it, no more driving in or across KL. I don't think I even want to drive even though the distance is just as near as from my home to TTDI. I might just end up with hypertension or whatever.
Huhu.
Wassalam
Thursday, 6 July 2006
Apa nih?
Assalamualaikum..
Pekaba ar? Harapnye kite semua sentiasa dalam rahmat dan redha Allah in-syaAllah.
Dah lebih seminggu aku balik. Haih, kejapnye la masa berlalu. Takde banyak mende pon yang aku buat lagi sepanjang dok umah. Cumenye ade la beberapa kali dalam masa seminggu lebih nih teman mak bawak opah gi checkup kat hospital.
Erm, nih pon baru je balik dari hospital. Aku takde la pegi masuk skali bilik doktor tuh, mak ngan opah je yang masuk, walaupon ayah aku slalu suh aku masuk skali so that aku tau la apa yang doktor tuh buat, tapi tak ngape la, taknak bagi bilik tuh penuh plak kang. So biasenye aku akan tunggu kat luar je.
Bosan juge la menunggu kat luar. Abih 2 paper aku bace, tak selesai lagi. Dalam pada duduk tuh, memerhati la setiap orang yang lalu lalang depan mata. Ade budak kecik, orang tua, doktor, patient, nurse, yang sakit, yang sehat, yang datang nak checkup, melawat sedara yang sakit etc etc. Everyone got their own story.
Melintas seorang budak kecik. Aktif betol lari sana sini. Melintas plak sorang pakcik dengan tongkat, jalan perlahan. Terpikir aku, pakcik nih dulu pon macam budak kecik tuh jugak..kot. Anyways, maksud aku, lincah and aktif ke sana ke mari. Probably, the sky is the limit. Tapi bile tibe masa tua, bertongkat juga akhirnya. Tak mampu lagi buat pape. Semuanye perlukan pertolongan orang lain. Hanya menunggu masa.
And then, mengingatkan aku, kite semua akan jadi gitu. Betapa kita rasa kita kuat, mampu buat apa saja, rasa semuanya kite kene dapat masa skang nih. Sampai kadang2, ade antara kita lupa, apa yang ade skang nih, segala bangunan tinggi, taman2 yang lawa2 tuh, bile tibe masa, akan ilang juge. Admit it. Kite semua sebenarnye selalu terlupa semua nih tak lama.
"Dan sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami kembalikan dia kepada asal kejadiannya (serba lemah), maka mengapakah mereka tidak memikirkan?"- Surah Yaasin ayat 68.
Kite sehat skang, tapi akan sakit juge. Kita kuat skang, tapi akan lemah juga. Kita muda skang, tapi akan tua juga. Tapi ade antara kita tak peduli tuh semua. Yang penting, poket mau penuh. Lupa dah. Rasa sini je la tempat dia akan idup selama2nya dan takkan ade kehidupan lain. Lupa dah. Dari mana datangnya punca tumbuhnye daging tubuh badan dia pon tak peduli dah.
Kita selalu lupa, kan? Suatu hari kite akan jumpe Pencipta kita. Pemilik kita. And satu apa pon tak dapat tolong dah, melainkan apa2 yang diizinkan oleh-Nya.
Em, ntah la. Cuak ke tak?
By the way, read a story in the paper while I waited. Cadangan nak memanjangkan tempoh pusat2 hiburan untuk bukak sampai kul 5 pagi, so that tourists yang datang negara kita takde la melangut tatau nak buat apa di malam hari? Hm, elok la tuh. Macam la tourists tuh nak sangat. What with the jetlags and all. Aku rasa diorang lebih prefer tido je. Pastu yang penuh kat tempat tuh kang, orang2 kita jugak.
Pastu timbul la segala masalah yang skang ni semua sedang susah ati camne nak selesaikan. Camne nak selesai ntah. Tutup pili air sini, pili air sana bukak plak. Camnenye air dalam tempayan nak berenti melimpah? Suke la sangat cari pasal.
Dah2 la tu. Cukup la hiburan2 yang ade skang nih. Fikiran dan minda kami nih nak la jugak diisi ngan mende2 yang lebih mengembangkannya. Kalo dok diisi ngan seronok and hibur je, bilenye kami nih nak matang? Haih.
Wallahu a'lam.
Wassalam.
p/s : nape la tempat nih jadi gini skang. Kalo bukan sebab tempat orang tuh sejuk, and aku lahir sini, and family aku semua kat sini, aku prefer dok kat tempat orang jek.
Tuesday, 27 June 2006
Alhamdulillah
Assalamualaikum. Pekaba semua agaknye ar? Aku alhamdulillah sehat je.
Alhamdulillah dah selamat mendarat kat KLIA kul 722 pagi semalam. 12 jam perjalanan, bape kali turbulence, tapi alhamdulillah selamat juge sampai. Sesampai je parents dah tunggu, say what you like, but aku lapang bile nengok muke diorang. Alhamdulillah.
Kuar dari rumah kul 4 pagi, amik teksi ke airport. Alhamdulillah masa aku tibe tuh takde ramai orang. So takde la beratur panjang sangat. Flight kul 720 pagi 25 Jun. Tibe Heathrow kul 8 lebih. Next flight ke KLIA kul 12 tengah hari. Walaupon nampak ramai kelibat Malaysian tapi sorang pon aku tak kenal, haha.
Tengah tunggu kat borading gate, tetibe ade makcik dari Wales sorang nih dok sebelah aku, nak minum air gas. Bukak2 maka terpancarlah air gas tuh ke serata tempat. Tak kesah la, tak bawak mudarat pon. Maybe makcik tuh sangat ramah, ataupon rasa bersalah sebab air dia kene aku, tetibe makcik tuh banyak plak cerita macam2 kat aku. Tapi takpe, aku anggap makcik tuh ramah la. Eheh. Dia tengah nunggu adik dia kot datang ngan ipar dia, nak gi Vietnam, transit kat KLIA. Best juge la borak ngan dia. Tapi tak borak abih sebab aku dapat naik plane dulu.
Dalam plane, takde apa menarik, banyak tido je.
Sampai2 je, lepak2 jap ngan parents, then kuar balik gi buat report polis for my lost IC, then terus gi buat IC baru, wahah. Alang2 parents aku cuti nih kan.
Masih cube nak adapt ngan waktu kat sini. Semalam je tido 12 jam, huhu. Jetlag punye pasal. Takleh jadi nih, kang tak jalan segala aktiviti aku kalo terus diikutkan jetlag ni.
Hmm. Masih takde apa aktiviti yang dirancang masa cuti nih. Mungkin banyak masa dihabiskan di rumah je..kot. Haha. Nombor tepon pon masih belum ade. Yang aku tau, balik nih nak makan banyak la. Pastu dengar kata kat kampung durian dah start luruh. Isk, nih yang tak sabar nak balik kampong nih. Siap la ko sepupu, membuat aku derita dengan cerita2 durian ko, haha.
Dah, aku melalut.
Wassalam
Monday, 19 June 2006
Segenggam Tabah
Assalamualaikum...hmm..lama juge la tak update. And kali nih pon bukan nak update sangat pon. Cume nak paste lirik lagu nih. Nak dengar lagunye sile la klik kat player kat tepi tuh.
Tak sabo nak balik nih..skang nih memerap je kat rumah, tak bape nak kuar ke mana2. Takpe2...sabo2...
Tidak ditempah hidup sengsara
Bagaikan camar pulang senja
Segenggam tabah dipertahankan
Telah tertulis suratan nasibmu
Biarpun keruh air di hulu
OK dah...buat masa nih masih takde idea lagi nak update apa. Tapi in-syaAllah akan update juge, mungkin bile dah jejak kaki ke Malaysia nanti in-syaAllah. :)
Wassalam
Thursday, 20 April 2006
Update la sket...
Assalamualaikum..
Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah, and sentiasa sehat dan riang ria selalu in-syaALlah.
Adoi la, lama gile la plak tak update sejak takde internet kat rumah nih. Sekarang nih pon kat PAC Room kat hospital (kire cam computer lab la). Kene siapkan presentation untuk research group. Aku cam dah takde keje sangat skang nih. Tapi riso gak sebab nengok group members aku semua cam busy gile jek. Kang kata aku tak buat keje plak. Tapi bile pegi kat diorang, aku nengok cam keje aku memang dah abih. Tak berani plak aku nak balik lagi, kang kata aku lari plak. So aku pon cube la memerah otak untuk pikir apa nak cite.
Perah punye perah, still takde mende nak cite. Hmm...
Well, banyak sebenarnye mende yang berlaku sepanjang last aku update ngan entry yang ni. Yang best pon ade, yang tak best pon ade. Yang best tuh, kalo bleh taknak la lupekan, yang tak best tuh plak, tengah cube melupakan tapi taknak lupe2 plak. Haih..(tak paham takpe, teruskan tak paham. Yang paham tuh, teruskan buat2 tak paham).
Exam result untuk exam before cuti Easter aritu dah kuar last week. Alhamdulillah result aku ok. Lepas la semua. Aku cam dah cuak gile paper Molecular Medicine aku. Sebab cam tak bape yakin ngan apa aku jawab aritu. Tapi alhamdulillah, dapat pass. Syukur sangat2 masa tengok result tuh sebab aku memang dah cuak gile and cam timbul sangkaan2 negatif yang aku maybe kene balik awal lagi tahun nih. Ye, in-syaAllah summer nih aku balik lagi.
Haritu ternampak sekor spider nih tergolek kat atas lantai bilik air yang basah. Sian gile aku tengok. It was struggling for its life. So aku try la amik bekas plastik so that dia bleh paut ke. Alhamdulillah idup lagi. Aku letak dekat ngan pintu. Dipanjat la pintu tu. Aku tengok je. Dah tinggi dia panjat, dah lepas level kepala aku dah, tetibe dia jatuh balik. Sebbaik aku dah letak bekas plastik tuh kat bawah. So kirenye dia jatuh dalam bekas tuh la instead of lantai yang basah tu. Lama gak aku tengok dia tak gerak2. Ingatkan mati dah. Skali gerak balik. Dipanjat lagi pintu tuh tapi kali nih ikut different path plak. Aku tengok lagi sampai la dia masuk celah pintu and ilang ke mana aku tatau, maleh nak ikuti perkembangan semasa spider tuh, heh.
Memang betul la. Apa yang berlaku kepada kita, yang berlaku kat sekeliling kita, semuanya ade hikmah yang Allah cube tunjukkan pada kita. Takde apa yang berlaku secara kebetulan. Sikit atau banyak sure ade cause and effectnye. Aku yang tengah bengong di kala tu cam tetibe terpikir. Ada kalanye dalam hidup nih, kita akan berada dalam situasi yang sangat sempit dan menekan. Tapi jangan biar situasi tu menyebabkan kita putus asa daripada rahmat ALlah. Keep on doa. Mungkin spider tu doa kat Allah mintak diselamatkan, so dia diselamatkan daripada lemas.
Then ada masanya lepas dari kesusahan tu, kita dapat pegi lebih jauh and ke level yang lebih tinggi atau lebih baik. And bile kita dah selesa dalam keadaan tu, ade masanya kita akan jatuh gedebuk ke part yang sangat dalam. So, adekah time tuh kita akan terus berada dalam keadaan down dan bersedih ngan apa yang berlaku, atau adekah kita patut bangkit balik dari kejatuhan tu and try a different option? Memang betul, jatuh adalah perkara yang sangat menyakitkan. Ade orang yang lepas jatuh tu tak bangkit2 dah. Ade orang yang lepas sekian lama tergolek tu baru ade kekuatan untuk bangkit. Ade yang bleh bangkit terus.
Macam spider tadi, lama jugak lepas dia jatuh tu baru dia bergerak balik. Tapi dia tetap cari kekuatan untuk bangun. And bile dia jumpa kekuatan tu, dia terus gerak ke depan tanpa toleh lagi ke belakang, dengan mengambil jalan lain plak sebagai option yang lain. Paham ke apa aku merepek nih? Kirenye cam, masa kita jatuh tu, jangan la terbaring lama2. Doa minta kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk bangkit. Amik iktibar daripada kejatuhan, atau kesedihan tu. Sentiasa berbaik sangka ngan Allah. Kita tatau apa yang Allah cube tunjukkan pada kita. Boleh menoleh ke belakang skali skala, tapi sebagai mengambil pengajaran dan kekuatan, bukan untuk kembali bersedih dan tak bersemangat.
Allah tidak akan bagi kita sesuatu yang pada pandangan kita itu adelah sangat kita tak suka dan memudaratkan. Baik sangka la ngan Allah. Setiap yang Allah bagi kat kita, ade hikmah dan kebaikan yang tersembunyi yang mungkin kita tak sedar pada masa kita dapat musibah tu, tapi in-syaAllah kalo baik sangka, maka kebaikan tu akan ditunjukkan, akan timbul jugak. Jangan la mengeluh bile datang musibah. Allah tak uji hamba2Nya melainkan dia tau yang hamba2Nya mampu menghadapi ujian tu.
Satu artikel yang aku penah bace, antara ayat yang penulis tuh tulis.."Allah bagi kita banyak pilihan untuk kita lalui, untuk kita pilih. Tapi Dia akan sentiasa bimbing dan tunjuk kat kita jalan yang paling baik untuk kita." Entah ah. Aku pon tatau nak cakap camne. Sebenarnya aku tulis nih pon untuk pujuk hati aku gak ni.
Memang kita takkan dibiarkan menghadapi ujian-Nya bersendirian, tanpa bimbingan. Cumenye kene slalu baik sangka ngan Allah. Tatau la camne lagi nak cakap. Tadi cam banyak sangat nak cakap, tetibe skang nih ilang plak apa nak cakap tadi.
The point is, jangan la sedih lama2 ngan musibah yang menimpa. Doalah kepada Allah mintak Allah beri kekuatan, mintak ditunjukkan pilihan jalan yang terbaik. Mintak supaya tak berputus asa ngan rahmat Allah. And jugak, jangan la dok tengok satu option jek, in-syaAllah, dengan satu pintu rahmat yang ditutup, ade banyak lagi pintu rahmat yang dibuka. Tak gitu?
Em, tuh je kot. Lenkali plak la.
So aku dah update ni..jangan bising2 lagi wokeh? :P
Wassalam
Friday, 13 January 2006
Cite ayam ngan helang
Assalamualaikum..
Moga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah. Moga sentiasa dikurniakan kesihatan juga in-syaALlah.
Akhirnya terasa nak update jugak la blog yang dah ditinggalkan agak lama nih. But I'm not going to update about how I spend my winter holiday. The three-week holiday, memang tak lekat kat umah. Lagi 2-3 hari nak mula klas, baru la sampai ke Dublin. Lepas PUISI, pegi Glasgow, then Leicester, then Sheffield, then balik Dublin.
Masa tengah jalan sepanjang canal untuk ke kelas pagi semalam, ternampak la seekor angsa(read: swan) tengah terbang. Tetibe cam plek and terpikir, angsa besar gitu bleh terbang, tapi ayam takleh plak.
Tetibe jugak teringat cite yang penah terbaca masa kecik2 dulu. Pasal camne asalnya ayam suke patuk2 tanah, and ngape helang suke makan ayam, eheh. Tak sure la korang penah dengar ke tak.
"Dulu2, helang ngan ayam nih kawan baik. Satu hari tuh, ayam tanya helang camne dia bleh terbang sedangkan ayam ade sayap gak tapi takleh terbang pon. Helang pon cakap la, dulu dia pon takleh terbang, tapi lepas dia jahit sayap dia guna jarum emas, lepas tuh dia pon bleh la terbang.
Ayam pon cam kagum. Dia mintak kat helang, nak pinjam jarum tuh. Helang rasa ragu2 and mulenye taknak bagi sebab takut ilang. Tapi lepas ayam janji akan jaga jarum tuh baik2, helang ngan rasa tak bestnye bagi jugak la dengan syarat ayam kene jaga jarum tuh elok2 jangan bagi ilang, and mintak pulangkan bile dah siap jahit sayap dia.
Lepas dapat jarum tuh, ayam balik rumah dia(read: reban, kot.. :P) and mula la kerja2 menjahit. Halfway through the job, dia dah rasa kepaknye ade perubahan, lupa diri and terus berkokok sambil terbang ke dahan pokok yang berhampiran. Ayam2 lain tanya la camne dia bleh terbang. Dia bagitau pasal jarum tuh. Semua ayam nak guna. Last2 jarum tuh ilang. Ayam yang 1st tadi dah cuak gile, cakar2 tanah sambil mintak tolong ayam2 lain cari.
Setelah beberapa lama, helang datang menuntut jarum emasnya. Ayam tatau nak cakap apa, dia dalih kata bagi tempoh sebab tak abih jahit lagi. Bape kali helang datang, tu la jawapannya. Last2 helang bengang ar, mintak jugak. Ayam terpaksa cakap yang jarum tuh dah ilang. Helang tambah bengang, terus terbang dari situ sambil mengumumkan permusuhan keturunannya ngan keturunan ayam. Kalo dapat, akan dimakan anak2 ayam yang berkeliaran."
So tuh la asalnya ngape ayam suke patuk2, cakar2 tanah and ngape helang suka makan ayam.
So apa aku nak cakap sebenarnya kat sini? Antara pengajaran yang dapat aku amik dari cite ni ialah :
1) Bersyukur la dengan apa yang Allah dah bagi kat kita. Bukan nak kata kita takleh berusaha ke arah yang lebih baik, tapi jangan sampai tak bersyukur. Ade hikmah ngape ayam dijadikan takleh terbang(well, takleh terbang sebagus helang, ade je ayam leh terbang tapi tak tinggi la kan? Ke aku salah nih?). Semua kita dijadikan ade fungsi kita masing2 kepada persekitaran kita, kita tak dijadikan sebab Allah saja suka2 nak jadikan kita tanpa ade fungsinya. Maha Suci Allah.
2) Buat kerja jangan la separuh jalan, and jangan sombong. Allah suka kalo kita buat sesuatu amalan tuh dengan berterusan walaupon sedikit. Allah tak suka sikap sombong. Dalam Al-Quran ade sebut, "Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dalam keadaan sombong, sesungguhnya kamu tak mampu menaiki gunung ataupun menembusi bumi"(tak ingat ayat dalam surah apa, and mintak tolong betulkan). Sekali lagi, bersyukur la bila dapat nikmat. Firman Allah, "Jika kamu bersyukur maka akan Aku tambahi nikmat-Ku, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras".
3) Jangan cepat lupa diri. Walau sehebat mana pon kita, kita masih manusia biasa, lemah, kita masih seorang hamba. Allah jualah yang Maha Sempurna, Yang Maha Hebat. Ade kelebihan, ade kekurangan.
4)Jangan la suka berdendam, or rather, jangan berdendam langsung. Dendam hanya akan memakan diri seperti api memakan kayu2 kering. Kalau helang tak berdendam dan maafkan ayam, atau lebih baik lagi tolong sama2 cari jarum tuh, maybe akan mudahkan kerja. Kalau helang tak bunuh semua keturunan ayam yang dia bleh dapat, maka lebih banyak ayam bleh tolong cari jarum tuh. Tapi soalnya kat sini bukan la nak salahkan ayam atau helang, yang diceritakan cumalah cerita. Telah jadi sunnatullah, ayam memang akan jadi makanan helang. Pengajarannya yang patut diambil, jangan berdendam. Dendam yang terpendam, akan jadi penyakit dalam diri, yang akan terkesan ialah hati. Bila hati jadi rosak, maka rosaklah seluruh tubuh badan.
Well..tuh je antara pengajaran yang aku bleh pikirkan dari cite tuh. Sure korang dapat pikir pengajaran yang lain, in-syaAllah moga2 dapat jadi iktibar.
Hehe, saje tetibe rasa nak bercerita plak. Lagipon, aku memang suke tengok burung terbang. Rasa kagum tengok camne ngan gerakkan sayap je, burung2 bleh terbang tinggi. Laju plak tuh tanpa ade masalah kawalan atau berlanggar ngan bangunan. Atau kemalangan masa landing. "..Tiada yang menahan mereka(burung2 itu daripada jatuh) melainkan yang Maha Pemurah..". Subhanallah..
Ok. Dah. Panjang sangat plak. In-syaAllah lenkali rajin update lagi(ntah bile plak la tuh :P).
Wallahu a'lam.
Wassalam.
Tuesday, 27 December 2005
Apsal nih? Huhu..
Assalamualaikum...
Semoga semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.
Harap semua sehat la hendaknya in-syaAllah. As for me, alhamdulillah setakat nih sehat la lagi. Cumenye sejak abih exam, agak sebok(ke buat2 sebok? :P) dengan segala macam urusan dan tugasan serta tanggungjawab, cewahh!! Ditambah lagi ngan ketiadaan, kekeringan idea serta kemalasan dan sikap suke menangguh2 yang ntah bile nak diatasi, maka blog dibiar tak berupdate. Bukannya tak check blog nih, tapi setiap kali bukak blog and rasa nak update, tetibe ilang idea and mood. Heh.
Baru balik dari PUISI. Tak. Aku bukan gi kem blaja bersajak atau berpuisi. Tapi program yang melibatkan ramai pelajar2 Ireland dan UK. Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyyah Seluruh Ireland. Tahun nih buat kat Waterford. Satu kawasan atau 'county' antara Cork ngan Dublin. Nanti la aku cite bile mood nak taip panjang2 tuh datang.
Esok in-syaAllah akan bertolak ke Glasgow. Nak gi program musim sejuk kat sana. Akan diceritakan juge apa yang berlaku bile mood bercerita tuh datang. Kalo takdek sapa nak baca pon takpe, biar jadi rekod untuk diri aku sendiri, so mana la tau, 10 tahun lagi aku nak tengok balik kenangan kat Ireland, bukak je blog kan.. :P
Ok..maaf kepada semua, terpaksa berhenti di sini, lagipon sebab pinjam komputer orang nih.
Doakan aku selamat dalam perjalanan, sepanjang kat sana, dan masa nak balik. Pendek kata, doakan aku selamat selalu. Amiin.
Wassalam
Tuesday, 25 October 2005
Di penghujung Ramadhan
Assalamualaikum..
Moga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah. Moga sentiasa dalam keimanan dan ditetapkan hati di atas jalan yang diredhai oleh Allah.
"We have indeed revealed This(Message) in the Night of Power. And what will explain to you what the Night of Power is?. The Night of Power is better than a thousnad months. Therein come down the angels and the Spirit(Jibril) by Allah's permission on every errand. Peace! This until the rise of Morn"- Surah Al-Qadr ayat 1-5*
Sedar tak sedar kita dah pon masuk ke hari ke-22 dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini. Begitu cepat masa berlalu..Kini dah masuk 1/3 yang terakhir dalam bulan Ramadhan, 1/3 yang mana merupakan bahagian yang dijanjikan perlepasan dari api neraka in-syaAllah.
Di 10 malam yang terakhir ini juga terdapat satu malam yang mana telah Allah sebutkan dalam al-Quran, Surah Al-Qadr, yang dinamakan Malam Al-Qadr(tak sure la apa maksud al-Qadr tuh). Malam yang begitu istimewa, yang lebih baik tarafnya daripada 1000 bulan. Maknanya kalo sesiapa yang beribadah pada malam hari dan di dalam Lailatul Qadr nih plak, in-syaAllah ibadahnya pada malam tuh lebih baik daripada ibadah selama 1000 bulan.
Dikatakan kalo ikut matematiknya, 1000 bulan menyamai 83 tahun lebih sket. Pergh! Tak ke lama tuh. Jangka hayat hidup umat akhir zaman rata-rata dalam 63 tahun. So kalo la dapat jumpe Lailatul Qadr, masya-Allah..Dalam terjemahan Al-Quran oleh Abdullah Yusuf Ali plak,"'A thousand' must be taken in an indefinite sense, as denoting a very long period of time. This does not refer to our ideas of time, but to 'timeless Time'. One moment of enlightenment under Allah's light is better than thousands of months or years of animal life, and such a moment converts the night of darkness into a period of spiritual glory."
Tak kisah la. Yang pentingnya skang nih, Rasulullah s.a.w, kalo tibe 10 malam terakhir, akan menambahkan ibadahnya di malam hari. Petikan dari email yang aku terima Jumaat lepas, nak aku kongsi ngan korang semua, moga dapat beri manfaat kepada semua in-syaALlah..
Three Ways to Seek Laylat ul-Qadr
Laylat ul-Qadr is the most blessed night. A person who misses it has indeed missed a great amount of good. If a believing person is zealous to obey his Lord and increase the good deeds in his record, he should strive to encounter this night and to pass it in worship and obedience. If this is facilitated for him, all of his previous sins will be forgiven.
1. Performing Night Prayer (Qiyam)
It is recommended to make a long night prayer during the nights on which Laylat ul-Qadr could fall. This is indicated in many hadiths, such as the following:
Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) narrated that the Messenger (peace be upon him) said: "Whoever stands (in qiyam) in Laylat ul-Qadr [and it is facilitated for him] out of faith and expectation (of Allah's reward), will have all of his previous sins forgiven." [Al-Bukhari, Muslim, Ahmad]
2. Making Supplications
It is also recommended to make extensive supplication on this night. Aishah (may Allah be pleased with her) reported that she asked Allah's Messenger (peace be upon him), "O Messenger of Allah! If I knew which night is Laylat ul-Qadr, what should I say during it?" And he instructed her to say: 'Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fafu annee - O Allah! You are forgiving, and you love to forgive. So forgive me.'" [Recorded by Ahmad, Ibn Majah, and at-Tirmithi. Verified to be authentic by Al-Albani]
3. Abandoning Worldly Pleasures for the Sake of Worship
It is further recommended to spend more time in worship during the nights on which Laylat ul-Qadr is likely to be. This calls for abandoning many worldly pleasures in order to secure the time and thoughts solely for worshipping Allah. Aishah (may Allah be pleased with her) reported: "When the (last) ten started, the Prophet (peace be upon him) would tighten his izaar (i.e. he stayed away from his wives in order to have more time for worship), spend the whole night awake (in prayer), and wake up his family." [Al-Bukhari and Muslim]
Source:
“How to Seek Laylat ul-Qadr” – Muhammad Nasir-ud-Deen al-Albani
Ya Allah..temukanlah aku dengan Lailatul Qadr..
Wallahu a'lam
Wassalam
*terjemahan diambil dari "The Meaning of The Holy Quran" oleh Abdullah Yusuf Ali
Sunday, 16 October 2005
Apa nak letak tajuk nih...
Assalamualaikum..
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memerintah serta memilik seluruh alam dan isinya. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. Perbanyakkan selawat kepada Baginda, moga2 dengan selawat itu dapat menjadi syafaat kepada kita di hari tidak ade syafaat melainkan siapa2 yang diizinkan oleh Pemilik hari di mana segala amal perbuatan akan diperlihatkan kepada sekelian makhluk untuk dipertanggungjawabkan.
Sure la dah bosan asek dok nengok tajuk "Gi Belfast lagi.." jek manjang. Takdek apa untuk ditulis. Ingat nak tulis something masa memula Ramadhan tapi disebabkan sikap suke bertangguh yang entah bile nak kurang nih, maka tertangguh la sampai ke pertengahan Ramadhan. Oh ye, rasanya bleh la kot kalo nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua. Walaupon dah lambat and dah tengah bulan Ramadhan, tapi takpe la kot nak ucap jugak.
Moga2 bulan Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang mana kite penuhi dengan amal2 yang in-syaAllah dapat membantu kite di akhirat kelak. Moga2 Ramadhan kali nih, lebih banyak diisi dengan perkara2 berfaedah dan mendatangkan pahala yang amat banyak kepada kita. Moga ibadah2 khusus dapat dilaksana dengan lebih baik dan moga ibadah2 umum dan sunat dapat ditambah, diperbanyak dan dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah, in-syaAllah. Ramadhan merupakan bulan yang mana Allah bagi peluang kepada kita untuk mentarbiyah, mendidik dan mengasuh jiwa, hati dan akhlak kite, moga dapat mengarah kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik, yang mana bile tibenye akhir Ramadhan, kite bukan saja akan bergembira dengan hadirnya Aidilfitri, tapi juga gembira kerana, in-syaAllah, berjaya memperoleh matlamat utama Ramadhan, berjaya menamatkan dan melengkapkan "kursus pengajian intensif selama sebulan" di dalam "Universiti Ramadhan".
"Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa"- Surah Al-Baqarah ayat 183.
Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum sangat bergembira bila datangnya bulan Ramadhan. Mereka akan berkata dengan gembira "Ahlan wasahlan ya Ramadhan". Bila Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya, mereka akan bersedih. Sedih kerana mengenangkan apakah mereka akan sempat ntuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya. Semasa di dalam bulan Ramadhan, mereka akan berlumba-lumba menambahkan amal kebajikan masing2. Nabi Muhammad s.a.w yang memang dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah, makin bertambah pemurahnya di dalam bulan Ramadhan ini.
Kita plak camne agaknye eh? Bulan Ramadhan dah dekat ke, dah masuk ke, dah nak tamat dah pon, tapi rasa cam takdek apa2 perbezaan. Dirasa cume seperti hadir dan perginya bulan-bulan lain, tanpa ade rasa gembira nak menyambutnya. Tanpa ade apa2 persediaan, be it physically, mentally or spiritually, sebagai persiapan di dalam bulan ini. Masih lagi leka dengan keseronokan hidup sehari2. Masih boleh membuang masa buat mende2 takdek faedah. Sedangkan masa yang ada bleh jek nak isi dengan perkara2 yang menambahkan pahala. Tak cukup dengan itu, masa bulan Ramadhan plak la, maksiat yang tak bape dilakukan masa bulan-bulan lain, makin bertambah plak. Lewatkan atau tinggal solat dengan alasan mengantuk, letih, lapar dan sebagainya. Lewatkan atau tinggalkan solat, semata2 kerana nak melayan muvi atau main game misalnya. Bangun subuh lewat, dan kadang2 tinggal solat subuh terus, tapi masih boleh bangun tanpa ade rasa bersalah dan masih mampu bergelak ketawa dan tersenyum. Dan bermacam2 lagi yang tak mampu nak dihuraikan. Memang la walaupon syaitan itu diikat, tapi masih ade hawa nafsu yang menahan kekuatan diri untuk melawan pengaruh syaitan tuh. Ok tak dinafikan tak semua yang begini. Alhamdulillah masih ramai yang sangat bergembira dengan kehadiran Ramadhan, tak melepaskan peluang untuk beribadah sebanyak mungkin, dan bersedih bile tibenye penghujung Ramadhan. Hmm..dalam golongan mana kita, aku terutamanya, ya?
Hmm..Kelas dah seminggu bermula. In-syaAllah kali nih dimulakan dengan azam yang baru. Semangat yang baru. Keinginan yang sama. Ingin berjaya. Memenuhi harapan ibu bapa. Dan in-syaAllah, demi memenuhi tanggungjawab utama aku sebagai seorang muslim. Walaupon baru seminggu, dah terlihat 'tough'nya tahun yang akan dilalui. Nampaknya tahun nih lebih mencabar, lebih banyak mende nak kene bace dan pelajari, dengan tempoh masa yang sama, 24 jam. Isk, selalu jugak terasa cuak. Risau memikirkan kemampuan diri sendrik. Boleh ke nak cope ngan segala tajuk2 baru nih? Dengan segala aktiviti luar akademik lagi. Tido, makan dan sebagainya. Selalu jugak terasa yang masa tak cukup. Astaghfirullah. Manusia memang tak pernah bersyukur and rasa cukup ngan apa yang ada eh?
Moga2 dalam usaha aku mengejar kejayaan dunia, aku tak lupa dan tak abaikan tanggungjawab dan matlamat sebenar aku;"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"-Surah Adz-Dzariyaat ayat 56.
Moga2 segala peringatan yang aku sendrik tulis, akulah yang mula2 menjadikannya sebagai benteng untuk mengawal diri sendrik. Moga2 dapat aku amalkan apa yang aku tulis, yang baik2 je la kan of course..moga2 aku tak jadi orang yang hanya pandai cakap tapi buatnye tak..na'udzubillah..
Ya Allah..jadikan Ramadhan kali nih, yang lebih baik buatku dari yang sebelumnya. Berikan kekuatan kepadaku untuk mengejar rahmat, pengampunan dan lepasnya aku dari azab siksaMu dengan memberi kekuatan kepadaku untuk beramal dan mendidik jiwa, hati dan akhlakku di bulan Ramadhan, agar dapat pula dipraktikkan dengan istiqamah selepas berlalunya Ramadhan. Moga amalan2ku bukan la aku lakukan hanya di bulan Ramadhan, tapi jugak diteruskan sepanjang hidupku.
Ya Allah, jauhilah aku dari melakukan maksiat sepanjang bulan yang mulia ini. Jauhkan aku dari melakukan maksiat sepanjang tahun ini.
Ya Allah, berilah peluang kepadaku untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang..
Wallahu a'lam
Wassalam
Saturday, 24 September 2005
Gi Belfast lagi..
Assalamualaikum..
Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah in-syaAllah.
Baru sampai rumah. Tadi ke Belfast dengan one of my housemates and 2 orang lagi wakil IMAM Eire Student Chapter. Skang nih IMAM Eire sedang rancak buat 'road show' ke seluruh Ireland untuk introduce IMAM kepada students, especially kepada student2 junior. Moga dapat lebih banyak participation in-syaAllah.
Keluar dari rumah pukul 0630 tadi. Sebab nak catch-up bas kul 8 pagi ke Belfast. Pergh! Sejuknye toksah cakap la. Tapi normal la sebab pagi kan. Tahun nih Ireland agak lewat sket sejuknye. Bandingkan ngan time aku sampai dulu, rasanya time nih dah start sejuk dah kot..eh ke memang skang nih pon dah start? Lantak la..sejuk tuh tetap akan datang kalau diizinkan oleh Allah kan?
Anyway, naik bas. Turun kat O' Connell Street. Menapak ke stesen bas. Tunggu lagi 2 orang, diorang plak lambat, selalunye dak pompuan yang awal kalo mende2 gini. Heh. Pegi beli tiket. Dengan yakinnya aku mintak 4 return tiket nak gi Belfast. 12 euro sorang! Isk. Then sebab dah tak sempat, tak la check tiket tuh. Kul 8 bas gerak seperti dijadualkan. Tiba ke Belfast dalam pukul 1115 gitu la. Sebenarnye student2 Malaysia kat Belfast pun tengah buat SPB(Sambutan Pelajar Baru) kat Malaysian Center(kire cam Malaysian Hall kat Dublin la, but more comfortable!). So alang2 tuh IMAM buat aa presentation skali. Housemate aku tuh yang bagi presentation. Acara dimeriahkan lagi ngan pelbagai ragam anak2 student yang dah berumah tangga yang join skali SPB tuh, hehe. Acara semua setel dalam kul 2 gitu, kalo tak silap la.
Lepas solat, dalam kul 1530, gi jalan2 melihat bandar Belfast yang aritu masa gi Belfast tak sempat lagi nak tengok bandarnye. Baru la nampak. Agak meriah jugak la. I was half-expecting the riots will happen. Siap dah bawak camera, one of the reasons was that kalo jadi riots tuh, bleh dapat gambar 1st hand..jual kat CNN diorang nak tak agaknye? :P Astaghfirullah, tak baik tol la aku..huhu..on the way ke bandar, aku ngan housemate aku ngan kawan dia ditegur oleh seorang lelaki Algeria yang komplen pasal kebersihan masjid. Kami plek sebab masjid tuh tak la se'tak bersih' seperti yang laki tuh kate. Maybe he just got there at a bad time kot? Wallahu a'lam. Tapi bagus la jugak. At least tau la jugak apa jadi kan. Takdek la orang ignore jek.
Agak sejuk and hujan dah macam malu2 nak turun. Dalam kul 1715 gitu tunggu dah la kat stesen bas dekat ngan Europa Hotel. Sebab nak catch-up bas kul 1815. Skali bile bas sampai, driver check tiket, tetibe dia kata tiket tuh tak valid. Rupe2nye, tiket tuh adelah untuk dari Dublin ke Newry. Newry nih kire between Dublin ngan Belfast la. Ish, camne bleh silap plak print tiket nih. Aku dah specifically mintak tiket gi Belfast, terang2 lagi aku cakap. Cuak gile. Harga memang bayar harga nak gi Belfast. Gi kaunter, alhamdulillah dia kata bleh. Sempat la naik bas tuh, kalo tak, mau kene tunggu kul 8 lebih punye bas. Ish..silap aku la sebab tak check dulu tiket tuh. Pengajaran : check dulu tiket tuh walau selambat mana pon anda. Huhu.
Tak larat dah, dalam bas manjang tido jek. Sampai Dublin dalam kul 2100 gitu. Jalan kaki la balik sebab cam nak singgah umah member dulu untuk solat. Yang 2 orang lagi naik la bas. Lagipon aku memang nak tengok nightlife kat Dublin camne. Hmm, maybe sebab awal lagi kot so tak bape nampak lagi la. Tapi sempat gak la toleh2 dalam bar2 dan pub2 yang tingkap memang transparent. Meriah betol dalam tuh. Baru kul 9 tuh. Kalo tengah malam ntah camne la plak. Hujan mule lebat..
Dok umah member sampai kul 2230. Then lepas makan, balik ah. Tak larat dah. Tapi jalan kaki gak balik tuh. Heh. Alhamdulillah selamat sampai umah. Pergh, satu hari jalan nih.
Macam2 mende la nampak and dapat arini. Kawan baru pon dapat. Best tul la kalo slalu jalan2 tempat orang nih. Well, that's what it is all about pon. Networking. Jalin dan teguhkan silaturrahmi. Time nih la pon nak buat connection. Nanti bile dah grad, keje(in-syaAllah) and sedia menghadapi dunia yang lebih mencabar, network yang dah established nih la yang sket sebanyak dapat tolong and mudahkan keje kite in-syaAllah. Jauh berjalan luas pengalaman orang kate. Allah pon suh kite bertebaran di muka bumi, berfikir mengenai kebesaran Allah. And Allah jadikan kite berbilang bangsa so that kita bleh kenal2. Camne nak kenal kalo dok memerap je kat umah. Tak gitu? Hehe, cakap memang pandai, memang senang...
Ok la..maka diri ini telah pon letih la and nak tido.
Wallahu a'lam.
Wassalam
Saturday, 17 September 2005
Masa senggang
Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Moga kite semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah in-syaAllah. Moga keadaan iman kita sentiasa di tahap yang baik, malah makin meningkat. In-syaAllah.
So skang nih dah abih exam. Nih 1st entry lepas exam, ehehe. Supplemental exam biochemistry tamat kul 5 petang 14 September yang lepas. Alhamdulillah segala2 berjalan lancar. Alhamdulillah, aku rasa cam ok la. Bleh la jawab. Sekarang nih tunggu result. Risau. Harap2nye ok la result aku in-syaALlah.
So between post-exam period ngan bukak klas merupakan masa yang sangat senggang. OK la. Limit sket, post-exam ngan result kuar. Masa senggang yang mana Rasulullah s.a.w telah ingatkan kita, salah satu dari 5 perkara yang kene beringat2. "Masa lapang sebelum sempit". Masa lapang adalah nikmat yang Allah berikan pada kita, yang biasanya kebanyakan kita tak sedar and taktau apa nak dibuat dengan masa lapang yang sangat la best tuh. Betul la kan? Sapa antara korang yang bace entry nih rasa cam masa lapang tuh tak best? Ok maybe skang kata,"Ish, boring gile takdek apa nak buat". Tapi bile dah sebok sampai tak sempat nak duduk, mula la dikenang masa lapang tuh. Kan kan?
So nih la nak kongsi isi email yang aku dapat semalam..moga kite dapat ambil iktibar in-syaAllah. Pendek jek..
Leisure Time or Lost Time?
Do we consider how much time we spend on activities that are not truly beneficial?
On the issue of how one benefits from one’s free time, the Messenger of Allah (peace be upon him) said,
“There are two blessings whose profit [or reward] many people lose: good health and free time” (Al-Bukhari)
One may ask, “What, from the Shareeah point of view, is the problem with, for example, watching a football game for three hours?”
It is not just a question of “what is the problem with it?” The issue for a Muslim is: do I really have that time to spend wherein I am not benefiting myself at all? Can I afford to lose that time which I will never get back again? When I stand in front of Allah, can I really feel that I have used that free time, which is a bounty from Allah, in an acceptable fashion?
When the goal and purpose of a Muslim’s life is clear in his mind [to please Allah and achieve Paradise], he will not waste a lot of time in doing things that do not benefit him in achieving that goal and purpose. All his activities will be focused on the idea of moving him toward his goal—neither away from it nor in a static position with respect to it.
Of course, there is nothing wrong with rest and relaxation when needed. Indeed, it is a necessity. However, it could be argued that there are some ways that are simply non-beneficial or perhaps even harmful.
Source:
“Purification of the Soul”-Jamaal al-Din M. Zarabozo
Ouh ye..kepada sahabatku, Aiman, Selamat Hari Lahir ke 21 la ye..maaf la lambat wish, heh. Moga amalan kebajikan dan ibadah makin bertambah selaras dengan bertambahnya usia in-syaAllah.
Okeh, apa lagi nak cite..takdek dah.
Wallahu a'lam.
Wassalam
Monday, 5 September 2005
Pulang semula ke Dublin, huhu
Assalamualaikum..
Yeah, my 1st entry lepas balik semula ke Dublin. Alhamdulillah selamat mendarat kat Dublin Airport kul 2305 waktu Dublin atau kul 0605 waktu Malaysia atau 0505 waktu Indon, eheh :P
Keluar dari rumah kat Malaysia dalam kul 0830, 4/9/2005. Makcik datang ngan family. Saje la datang. Tapi tak ikut skali la gi airport. Dalam sejam lebih sket tibe ke KLIA. Gi collect tiket kat pejabat MAS, check-in then lepak2 ngan family sementara tunggu kul 1115. Kali ni tak ramai plak yang anta cam last time, wakaka. Tak kesah la. Ramai2 pon buatpe ye dak?
Cam masa aku balik Malaysia, kali nih aku balik sorang jugak.
Elok turun dari aerotrain, gate dah bukak, orang dah ramai beratur. Sebbaik la tergerak hati nak turun kul 1115. Asalnya nak turun kul 1130. Masuk plane. Betol2 kat sayap belah kiri, aiseh takleh nampak bawah. Manjang tido jek dalam plane, takpon layan muvi. Bawak la jugak bape helai pages from buku Lippincott Biochem(oh yes, my Lippincott's pages are 'detachable', hehe), dapat la bace beberapa perenggan sebelum aku terpengaruh ngan segala cite2 best yang ade, heh :P
Sepanjang hampir 13 jam travel memang tak bangun gi memana langsung. Gile ah letih kaki, blakang semua. Huhu. Sampai Heathrow Airport dalam kul 0100 waktu Malaysia, or kalo kat sini kul 1800 la lebih kurang. Pastu aku dah tatau nak pegi mana. Lepas solat, ke hulu ke hilir aku cari kaunter Aerlingus. Pegi depan Terminal 3(apa aku buat gi Terminal 3 aku pon tatau, tuh nak balik Malaysia balik bleh la), tanya pakcik jaga, dia kata ade kat dalam, kat Zone C. Cari2 tak jumpe pon, tanya abang jaga sorang lagi, skali aku salah terminal. Kene pegi Terminal 1. Huh, jauh gile jalan. Thanx la pakcik jaga ye? :P
Selesai check-in dalam kul 1930. And siap2 tunggu depan boarding gate. Nak tetido aku dibuatnye. Flight kul 2110 patutnye tapi delay sebab kat Dublin hujan. Anyway, tengah tunggu2, tetibe ditegur oleh sorang nih dalam BM. Heh, alhamdulillah, ade la jugak kawan aku 2 orang naik sama flight. Flight diorang kul 0900 tarikh yang sama ngan aku. Tapi kapal terbang yang diorang naik ade masalah so kene turun jap kat Abu Dhabi. Gile ah cuak.
Sepanjang flight ke Dublin, tido lagi(wei, don't blame me, jetlag ok? :P). Sampai2, amik beg, tunggu dak 2 orang tuh tak sampai2. Last2 aku blah dulu ngan cab. Alhamdulillah sampai umah kul 2330. Takdek la berhabuk sangat umah. Surat punye banyak. Unpack. Tapi 1st thing ialah log in to internet dulu. Hehe. Tido lagi. Bangun solat Subuh. Takde mende nak makan! Dah la sejuk...tak biasa lagi, huhu. Harapnye jetlag nih pon tak lama la. Kene study..
Haa..dah..kesimpulannya, alhamdulillah perjalanan selamat. Kat Heathrow pon takdek masalah sekuriti. Well. A week left before the exam. Study2!!
Wassalam
Friday, 2 September 2005
Merdeka..ke?
Assalamualaikum..
Huh, dekat setengah bulan tak update. Kat rumah nih agak malas plak untuk update sebab cam banyak mende plak bleh dan perlu dibuat. Antaranya, study(?), tengok TV, makan, main game, jalan² kat KL, hantar parents, gi daurah, kursus, programs. Pergh banyak sangat sampai memang tak dapat nak cite pon kat sini. Cheh :P
Rasanya belom terlambat nak ucap Selamat Hari Merdeka yang ke-48 kepada semua. Dah 48 tahun rupenye kite dimerdekakan dari kawalan dan cengkaman penjajah, yang menggenggam tangan-tangan mereka ke atas setiap sudut dan pelosok dan hal tanahair kita. Ekonomi? Politik? Hak memerintah? Apa yang diorang tak kawal dulu? Kalo masa blaja sejarah kat sekolah dulu, cume hal ehwal Agama Islam dan adat istiadat Melayu je la yang diorang tak kaco...ye ke tak kaco? So moga kita hargai la apa yang kita dah dapat. And moga² kita sedar yang penjajahan minda oleh mereka² nih masih lagi berlaku. Maknanya kite nih dah merdeka ke tak nih? Hmm..
Heh, patriotik plak aku nih.
Baru kejap tadi terdengar jiran sebelah mengalunkan azan. Sebab apa? Sebab jiran sebelah nak bertolak ke airport, in-syaAllah nak buat umrah. Moga ibadahnya diterima oleh Allah, in-syaAllah. Sayu aku dengar azan dialunkan.
Erm, Ahad nih in-syaAllah akan bertolak ke Dublin. Flight kul 12 tengah hari. So ade sapa² nak anta ke? Hehe, tak ngape la. Erm..dapat ke lagi dengar azan dialunkan di udara? Most unlikely. Kalo nak dengar azan, kene pegi masjid la. Takpon, pasang la azan kat laptop. Tapi nak dengar azan laung kat ruang udara Dublin...hmm..
Isk..cepat sangat dah nak balik nih..sebulan awal dari time skola bukak balik..tahun depan nak balik ke tak? Heh, awal sangat dah plan, lek dulu..
Kepada kawan² yang aku tak sempat nak jumpa, mintak maaf la ye? In-syaAllah ade masa aku balik lagi jumpe la. Kepada kawan² yang blaja kat UK and especially Ireland, in-syaAllah korang balik nanti jumpa la jugak.
Ok la..merepek dah..
Wassalam
Wednesday, 17 August 2005
Apa cite
Assalamualaikum..
Isk..lama betol tak tulis pape dalam nih. Bukan taknak tulis. Selalu tuh ade jek mende nak tulis, tapi disebabkan suka tangguh², last² cite pon dah cam lemau, kuikui.
Skang nih, aku dah kekurangan perkara untuk ditulis. Taknak la tulis mende ngarut and membuang masa.
Jerebu. Yang skang melanda negara. Huhu. Memang teruk betol jerebu kali ni. Seingat aku kes jerebu paling teruk kat Malaysia dulu pon tak seteruk yang baru jadi nih. Kat Kepong nih aku rasa memang paling jauh bleh nampak adela dalam 500-700m. Ngan bau asap lagi. Huhu.Tapi skang alhamdulillah dah kurang and takdek dah kot.
Baca paper masa jerebu aritu. Hmm..seluruh masyarakat berdoa,as one newspaper quoted,"asking for divine intervention". Alhamdulillah..at least masyarakat masih percaya ade kuasa yang lebih hebat menguasai dan mengawal segalanya. Walaupon di kala fahaman² tak percayakan Tuhan dan fahaman humanism semakin menular dan dipromosi hebat oleh pihak² yang mungkin di sebalik memperjuangkan fahaman itu atas platform hak asasi manusia dan sebagainya, sebenarnye mempunyai perancangan yang halus dan bersifat memusnah. Contohnya, mungkin dengan memperkenalkan dan menyebarkannya ke seluruh dunia, menyebabkan diorang² yang jadi pelopor idea² nih akan dipandang masyarakat sebagai orang yang paling mampu untuk membimbing manusia, seterusnya diberikan mandat untuk jadik pemimpin. Got what I am trying to say here? Nak kejar nikmat dan kemewahan dunia berupa pangkat dan jawatan la senang cite.
Jerebu nih sememangnya ujian daripada Allah. Nak menguji bagaimana penerimaan manusia, bagaimana tindakan dan reaksi manusia, bagaimana tahap keimanan manusia. Allah Maha Mengetahui. Allah dah tau apa manusia akan buat. Tapi yang taktau tuh ialah manusia tuh sendiri. Bila dah datang bencana begini, baru manusia nampak siapa lebih berkuasa. Manusia kembali berserah dan berharap kepada Penciptanya. Tapi jangan la anggap musibah yang melanda sebagai hukuman. Sebab dalam setiap kesusahan ade kesenangan. Kalau takdek musibah, manusia tak belajar, maka takdek la inisiatif nak selesaikan masalah and bergerak ke hadapan. Contohnya, takdek jerebu nih, maka manusia takkan sedar yang sebenarnya pencemaran udara dah teruk tapi sebab pembakaran tuh jadik lagi teruk. Nih contoh je la. Allah Maha Penyayang. And then again, Allah Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Wallahu a'lam.
Semalam ternampak satu headline kat satu paper nih. Pasal orang yang agak popular la skang nih. No lah! Bukan dak2 AF tuh. Bukan Mawi, bukan Amylea, bukan Felix dan bukan Marsha. Tak reti pon aku nak cite pasal diorang. Headline nih bagitau pasal a website built by one of the members of the most ridiculous, most unbelievably stubborn cult group of the decade. Yerp, the one leads by the 'famous' Ayah Pin. The site said something about the haze. That the haze occured because we defied and denied the power and authority of Ayah Pin.
Aih..nih jugak mungkin boleh dikatakan sebagai ujian dari Allah. Bagaimana manusia yang mampu dan boleh berfikir nak terima pendapat seorang yang dah tak bape betul cara pemikirannya. Namun dalam tuh pon, masih ramai yang nak ikut orang camni. Bila duduk and baca paper pasal diorang nih, selalu jadi risau. Camne la nasib generasi masa depan kalau kegiatan² camni tak dihapuskan cepat. Ya Allah, jauhi dan lindungilah kami dan generasi² masa depan kami daripada golongan² yang sesat dan di dalam kesesatan mereka tuh, mereka menyesatkan orang lain. Tunjukilah kepada kami jalanMu yang benar dan lurus dan tetapkan hati dan pendirian kami dalam keimanan yang sebenarnye kepadaMu Ya Allah..
Hujung minggu nih ke Pangkor in-syaAllah. Program yang dianjur oleh IMAM a.k.a PPIM a.k.a Persatuan Perubatan Islam Malaysia. Sunathon la. Atau dalam bahasa mudahnya, program berkhatan untuk anak² penduduk² kampung kat Pangkor tu. 20-22 Ogos. Mungkin aku akan pegi sana 20-21 je kot in-syaAllah.
Hmm..in-syaAllah 4/9/2005, kul 12 tengah hari, aku akan berada dalam kapal terbang MAS untuk berangkat pulang ke Dublin. Huhu. Kenapa balik awal? Ade la hal yang aku kene setelkan. Isk, ade la 2 minggu lebih sket je lagi aku dok Malaysia nih. Takpe la, mujahadah la sket in-syaAllah.
Ok tatau nak kata apa dah. Mohon maaf dari kalian kalau ade yang tak puas ati, link untuk komen ade, tag board pon ade, feel free to comment. Astaghfirullah, aku memohon keampunanMu Ya Allah atas segala kesalahan dan dosaku..
Wallahu a'lam
Wassalam
Friday, 22 July 2005
Berani betol..
Assalamualaikum. Sehat la hendaknya in-syaAllah. Moga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah selalu.
Malaysians, never cease to amaze me. Tadi kuar ngan mak and akak. Akak gi amik baju kat Gombak. On the way, heavy traffic congestion sebab jalan kecik. Skali tetibe ade la satu kereta nih, drove by a lady. Tetibe dia kuar, ingat kot kereta rosak ke tapi tak pasang hazard light plak. Then tetibe lagi dia lari ke depan, kejar satu kereta Kenari nih. Dia tahan kereta tuh. Muke cam nak gaduh jek suh driver tuh kuar. Aku cakap kat akak aku toksah berenti. Pape ah, tengah2 jam tuh pon nak gaduh lagi, isk.
Lagi satu kes berani. Ade bace berita arini? AS nak serang Mekah? Wah wah...lebih dah diorang nih. Bukan la nak kata before nih tak melampau, tapi kali nih its beyond melampau dah nih. Cam..terpikir plak. Kenapa nak balas all those bombings ngan serang Mekah? Diorang samakan tube2 tuh ngan Mekah? Then terpikir lagi. Hmm..nampak sangat la plak, yang rancang serangan tuh ialah orang diorang sendrik. Bleh la guna alasan tuh untuk serang kepentingan Muslim plak kan? The fact is, as we all have known, memang dah lama pon diorang nak serang Mekah tuh pon. Ye tak? Hmm..
Nih pasal Yahudi nak tetibe undur? Uish, tetibe jek akur plak? Bukan la nak kata tak bagus..tapi cam..hmm..awal2 tuh teruk betol diorang resist, skali tetibe setuju plak. Ade komplot kot? No komen..
Isk..kite dah sampai akhir zaman sungguh dah nih.
"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).' Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah"-Surah Al-Baqarah ayat 120
Taknak cakap banyak. Maaf kalo tersalah kata atau bicara.
Wallahu a'lam.
Wassalam
Tuesday, 19 July 2005
Isk lagi..
Assalamualaikum..
1st of all, alhamdulillah syukur kepada Allah sebab masih lagi dapat hidup dalam keadaan masih menikmati nikmat Iman dan Islam in-syaAllah. Masih lagi dapat bernafas, masih lagi diberi peluang nak tambah amal kebajikan, tambah pahala in-syaAllah. Masih lagi diberi kesihatan jasmani untuk teruskan hidup. Moga ruhani turut sama sehat in-syaAllah.
2nd of all, alhamdulillah syukur kepada Allah sebab internet kat rumah dah ok. Semalam dah oknye. Harapnye lepas nih keje2 jadi lebih mudah sebab tak perlu nak gi CC lagi in-syaAllah. And abah bagi greenlight untuk online 24 jam sehari sebab bilnye fixed. Cume larat ngan tak larat nak online sepanjang masa jek. Eheh.
Erm. Baru balik dari kedai mamak. Member ajak minum plak. Eheh, pegi je la ikut, dah lama tak jumpe dia pon. Lepas dia park kete, lalu sebelah kedai. Tengok ade satu kereta nih, salah satu tayarnye masuk dalam parit la plak. Aku ngan kawan aku yang lalu situ "terpanggil"(ke kene panggil? :P) untuk tolong orang2 lain keluarkan kereta laki yang malang nih.
Ramai2 la angkat belah depan kereta tuh so that bleh kuarkan. Ade ke patut takdek orang dalam kereta. Mana maunye nak bawak kuar kereta tuh. Laki yang malang tuh masuk la and start kereta and kitorang start angkat. Aku ngan 2 orang lagi betol2 depan kereta tuh. Aku ingat dia nak reverse, adeh..dia gi ke depan la plak. Alhamdulillah dia reti kontrol kereta tuh. Buatnye dia terlebih tekan minyak, tak ke aku kene langgar? Tak pasal2 korang kene ziarah aku kat spital, dengan membawa segala buah2an tempatan ngan air teh ais :P
Khamis lepas pegi kolej. KYUEM la (yes I've said this banyak kali, formerly known as KMYS and I prefer KMYS). Tetibe kene ajak bagi talk la plak kat dak2 baru masuk nih. Huhu. Segan gile aku. Bukan apa, aku nih kan low-profile, wakaka. Aku pegi ngan Yusuf(Ngocop la, skang dia kat Acheh, misi kemanusiaan, huhu). Aku, Fairuz Azmi ngan Yusuf kene bagi talk. Cite la pape pengalaman yang ade. And macam2 soalan gak yang dapat sepanjang 50 minit punya sesi tuh. Takyah la cite soalan apa. Yang agak kekok aku nak jawab pon ade. Bagi la kat Fairuz, huhu.
Since aku tak biase bercakap depan khalayak ramai, maka aku pon cakap la apa yang terlintas, cam takdek point yang agak teratur. Sure la dak2 tuh bosan. Nengok pon memang nampak bosan jek, heh, lantak korang la. Harap2nye diorang paham la apa point aku.
Ade yang tanya,"Betul ke ade pendapat kata kita kene dedahkan @ biasekan diri ngan budaya2 barat supaya tak jadi culture shock?". Jawapannya,aku rasa la, bagi aku takdek pon culture shock nih. OK la, maybe yang dikatakan terkejut tuh ialah bila dah sampai sana, secara tetibe cam dapat kebebasan yang hampir2 mutlak. Parents jauh. Kite buat apa pon diorang tatau. Yang ade untuk tegur and ingatkan ialah kawan2. Tuh kalo kite mix with kawan2 yang baik. Itu pon, banyak mana yang kawan tuh leh tegur kalo nak banding ngan parents punye teguran. Last2 sure kawan tuh pon cam tatau nak tegur camne kalo dah "biut*"sangat bak kata orang Perak.
Tak perlu la nak dedahkan diri ngan budaya diorang. OK, a few exceptions la such as kerajinan diorang and lain2 budaya yang baik2. Memang apa2 yang baik patut jadi contoh la kan. Tapi kalo diorang ajak gi pub ke club ke, takyah la ikut. Pendapat yang kata, "kalo diorang ajak skali tapi korang taknak ikut then diorang takkan ajak gi pape saje program diorang and diorang akan anggap korang sombong", adalah sangat salah. Diorang tak kesah pon. Kalo dah majlis tuh ade mende2 tak elok, kite stick to stand kite yang taknak pegi sebab ade mende2 tuh, and in-syaAllah diorang paham and respect jek. So jangan la malu nak amalkan apa yang agama kita dah ajar ye? Sebaliknye diorang akan hormat plak lagi. Mungkin jugak akan menjadi sebab ade antara diorang yang akan masuk Islam. Kan kite jugak dapat pahala in-syaAllah. Tak gitu?
Ergh, aku dah cakap lebih dari yang sepatutnya. Moga2 aku tak buat mende yang kontras ngan apa aku dah cakap nih. Moga Allah beri kekuatan pada aku untuk amalkan apa yang aku cakap nih. Amiin. Astaghfirullah. Harap2 aku tak tersalah cakap.
Dah la. Takut plak aku nak tulis lagi banyak. Papehal, tuh memang 1st experience aku bagi "ala-ala talk", cakap depan khalayak nih. Cuak. Eheh. Dah abih tuh, borak ngan junior skolah aku. Then ngan Ustaz Malikie, Abang Hamdan ngan yang lain. Then Fairuz blanje minum kat cafe, yeahh!
Cafe dah ade tv. Dok tayang imbasan konsert AF kat @15 tuh. Sapa tah cakap kat aku, dah jadik cam kelab malam plak bisingnye. Bukan ramai pon time tuh tapi sebab tv tuh.
And jugak ade SC punye office? kat belah satu lagi cam ruang Dot.Co tuh. Ntah. Tak sempat tengok padang kolej yang katanya setengah juta nak buat balik? Tak tengok pon sebab malam.
Ok dah tatau nak cite apa.
Wallahu a'lam.
Wassalam
*biut=degil
Saturday, 9 July 2005
Isk..
Assalamualaikum semua..
Maaf la lama tak update. Ala korang bukan kesah pon ye tak? Kalo ade yang kesah tuh, mintak maaf la sangat2 sebab umah still takdek net and kekangan masa kadang2 tak mengizinkan aku untuk gi cc selalu sangat, not to mention duit yang takdek, huhu.
Tatau dah nak cite apa. Banyak sangat mende but my time here is limited. Lama sangat dah aku kat cc nih. Check email yang dah bape lama tak bukak, bertimbun2..
Isnin lepas gi tengok War of The Worlds bersama rakan2 se'KMYS' dulu. Azizul, Aiman, Sid, Syam, Asma', Dilla and Layen. So secara ringkasnya, apa yang aku dapat simpulkan lepas tengok cite tuh ialah..
1) Alien2 tuh sangat bengong. Thousands of years of studying human beings, and they forgot to study about microorganisms that exist on Earth and how humans can survive for thousands of years on Earth when not even dinosaurs can do it. so you can guess how the aliens died.(opss, sorry for the spoiler).
2) Betapa hebat pon sesuatu makhluk, betapa maju pon teknologi, betapa kuat pon tentera yang dimiliki, betapa canggih alatan yang dibina, sesungguhnya makhluk, tetap makhluk. Tetap sesuatu yang dijadikan, penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Memula tengok cite tuh sampai la dah nak abih, I thought there is no more hope for mankind. But then suddenly the aliens' shield went down. And that's when the humans bombarded them with Gustavs and Javelins. And that's how the winning alien went down. Wondering what the hell just happened, the narrator of the story finally said,"..but God with His wisdom, had created something so small yet it brought to the fall of the aliens.."(at least that was how I remembered it, doesn't matter, got my message?). Time tuh baru aku tersedar, yang kite nih sebenarnye lupe, aku sebenarnye lupa, alien tuh tetap makhluk yang lemah ( kan memula aku ingat there is no more hope for mankind?), setiap sesuatu tuh Allah jadikan ade kelebihan dan kekurangan.
Oleh itu, jangan kita merasa sombong dan takabbur dengan kekuatan dan kelebihan yang Allah dah beri pada kita. Kerana sesungguhnya kelebihan dan kekuatan yang ade tuh, bukan la sesuatu yang patut diambil untuk claim yang kita dah sempurna and yang lemah tuh bleh kite tindas sesuka hati. Takdek yang sempurna melainkan Allah. Kalo tak sedar mende nih, Allah bleh hantar apa saje yang Dia kehendaki untuk musnahkan kita. Ingat cite Raja Namrud? Dia mati sebab apa? Seekor nyamuk yang kecil dan tempang. Kecik jek nyamuk tuh kalo nak diikutkan, tapi kalo Allah nak, apa2 pon bleh jadi. Allah dah kata dalam Qur'an yang dia tak perlu hantar malaikat pon untuk musnahkan. Tengok plak cite WOTW tuh, alien tuh mati sebab apa? Memang la sebab manusia bunuh, tapi asalnya diorang jadik lemah sebab kene infection, by the time diorang get on the Earth, the inhaled our air, they first step their tripod feet on the ground, they have been infected with the germs and microorganisms that we have become immuned of.
Heh, ye ye jek aku berkata2..tapi tuh la yang aku dapat dari tengok cite tuh. Alhamdulillah ade jugak kesedaran yang aku terima. Kire tak sia2 la aku pegi tengok cite tuh kat Midvalley aritu, hehe.
And..Hari tuh jugak, berlaku peristiwa yang memang tak best. Peristiwa yang aku memang tak sangka terjadi. Buat aku tak senang hati and tak senang duduk.
Renungan..
"Seseorang di antara kamu ditikam kepalanya dengan jarum besi lebih baik baginya daripada menyentuh seseorang yang tidak halal baginya"-riwayat Bukhari.
"Seorang lelaki bersentuhan dengan khinzir yang berlumuran lumpur lebih baik baginya daripada bersentuhan dengan wanita yang tidak halal baginya(untuk menyentuhnya)"- riwayat Bukhari(atau lebih kurang begitulah maksud hadis2 ni)
Moga jadi ingatan kepada kite semua, kepada sapa2 yang suka sangat pegang2 laki/pompuan yang bukan mahram atas alasan suka sama suka ke, kapel ke apa ke, moga2 beringat. Jangan sebab cinta, perintah Allah dilanggar dan dosa dilakukan. Sapa2 yang takdek rasa bersalah bile dah salam atau sentuh pompuan yang bukan mahram, sile check balik. Moga2 kite dijauhkan dari melakukan perkara2 yang Allah murkai in-syaAllah.
Wallahu a'lam.
Wassalam
Monday, 27 June 2005
2 minggu kemudian..
Assalamualaikum..
Pekaba korang? Harapnya sehat, aku sehat alhamdulillah. Skang kat Malaysia dah la. Mendarat kat KLIA kul 340 petang 16 Jun 2005. Supposedly sampai an hour earlier tapi sebab delay kat mana ke..kat Bangkok lama gile delay.
Flight dari Dublin kul 645 pagi 15 Jun, maka aku keluar dari 39, Mount Drummond Square dalam kul 430 pagi, teksi datang. Sampai airport terus check in, time tuh pon dah ramai orang beratur kat kaunter BMI, aku ingat pagi2 buta orang2 Ireland nih dok tido lagi. Agaknye diorang nih bukan Irish kot, hmm..Luggage 20.9 kg, elok la tuh. Apa berat sangat? Aku isi souvenir sket ngan coklat banyak ngan buku2 serta past year question papers untuk Biochem. Oh yeah, aku kene resit Biochem sebab aritu punya result Biochem tak bape best. Takpe la..alhamdulillah Biochem jek kene resit, paper lain alhamdulillah ok.
Sampai Heathrow dalam kul 8 pagi. Terus check in lagi. Dalam kul 915 pagi tuh gate untuk flight gi Bahrain dah bukak. Dah la jauh gile nak kene jalan dari arrival ke bas nak bawak gi Terminal 3 tuh. Huhu. Kat sini delay. Patutnye kul 1015 pagi dah depart, tapi naik plane, kul 1115 baru depart. Best jugak la.
Sampai Bahrain dah malam kat sana. Dah nak masuk Isya'. Kul 7 lebih aku sampai. Pergh. Tak la besar mana airportnye tapi selesa la. Baru aku tau Bahrain tuh pulau rupenye. Well, no wonder, namanya pon bermaksud "2 laut". Maybe pulau tuh terletak between 2 laut kot. Laut apa tatau la plak. Sile rujuk atlas kalo rajin. Solat la kat prayer room. Flight kul 1015 malam kalo ikut jadual.
9 lebih gate bukak. Masuk and dok dalam plane. Sampai ke Bangkok tak ingat la kul bape tapi dalam 9 lebih jugak la. Dah sampai Bangkok tuh mule dah terasa panasnya Asia nih, eheh. Tapi tak rasa sangat lagi la sebab still ade aircond kan. Rasa Malaysia dah dekat sangat dah time tuh. Terus check in lagi. Tak sabar dah nih.
Sementara tunggu gate bukak, aku dok la sambil layan Sudoku. Sebab aku dah abih bace buku yang aku beli kat Newcastle aritu. "Five people you meet in heaven". Ouh, Sid, FYI, buku tuh tak memerlukan kemampuan intelek yang tinggi la untuk bace. Bukannya buku motivasi atau psychology ke apa. Buku cerita biase jek. Unless kemampuan intelek ko memang tahap bace buku citer biase pon tak bleh? Ahaha :P
Sementara duduk tuh, nampak la dari jauh sekumpulan pakcik2 dan makcik2 Melayu. Diorang nih bercuti kot. Maka bile gate bukak and aku beratur skali ngan diorang, aku takleh stop untuk senyum walau aku struggle untuk stop senyum. Sebbaik diorang tak nampak. Eheh, bukan apa. Cume rasa gembire berada di kalangan orang2 yang aku familiar. Bukan la kata aku kenal diorang, but then 8 bulan berada among orang2 yang cakap bukan bahasa kita, tetibe kat Bangkok, keliling tuh ramai plak dengar cakap Melayu. Maka cam seronok.
Dalam plane, dok sebelah sorang mamat dari Oman. Cikgu. Datang Malaysia sebab nak jumpa adik dia. Hmm. Mungkin adik dia blaja kat UIA kot. Dia tatau nama aku tapi aku tau nama dia. Ahaha. Anyway. Sepanjang sejam lebih terbang dari Bangkok, tengok map display, aku jadik makin tak sabar plak. Bila la plak nak sampai nih. Eheh.
Landing jek, skali lagi aku senyum. At last! Alhamdulillah selamat sampai Malaysia. Then naik la aerolink tuh, amik beg, then tukar duit. Then amik KLIA Ekspres ke KL Sentral. Simpan beg, amik LRT gi opis abah aku. Plan asal sejak 2-3 bulan lepas. Nak bagi surprise, so yeah aku tak bagitau parents aku bile aku balik. Skali sampai2 opis dia, abah aku dah balik arr. Maka ubah plan. Balik umah naik komuter and teksi. Sampai umah dalam kul 7 malam 16 Jun 2005. Haha, padan muka aku.
Best jugak balik sorang2 nih. Cam Azila cakap, agak tenang and tenteram. Bleh buat apa ko nak and bleh duduk mana2 ko nak. Eheh. And dalam 3-4 airport yang aku pegi, ade 2 jek airport luar dari Malaysia yang ade prayer room. Kat Heathrow aku rasa ade gak kot, tapi multifaith prayer room la. Lagi satu kat Bahrain. Memang khas untuk Muslims. Kat Bangkok tak sure plak.
Sepanjang flight jugak aku manjang dapat dok tepi tingkap. So bayangkan view yang aku dapat tengok. Awak yang berkepul2 tuh sebelah aku jek. Subhanallah! Memang cantik betul, aku memang takleh lepas mata tengok pemandangan ciptaan Allah yang sangat la cantik and sangat la luas mata memandang.
And then, masa tengah termenung tengok alam, hati terdetik. Semua yang ade, tak kekal lama. Suatu masa nanti, semuanya akan musnah dalam satu masa yang dah Allah tetapkan. Suatu masa nanti, semua akan jadi rata. Suatu masa nanti, semua akan dihimpunkan. Suatu masa nanti, dah terlambat kalau nak bertaubat. Tapi sedar jek tak guna, kalo takdek tindakan kan? Aku jadi tersedar, keciknya aku nih, keciknya manusia nih nak banding ngan ciptaan Allah yang lain. Kalo la tak kerana akal yang Allah bagi, kita manusia nih takdek apa2 yang lebihkan kita dari makhluk lain. Still..tak ramai yang gune akal nih, kan?
Balik ke Malaysia. Panasnya tak la seteruk yang slalu aku dengar. Aku dengar dari senior2, kata kalo balik nanti panas gile la apa la. Well alhamdulillah panas memang la panas tapi takdek la sampai takleh tahan. Biase jek. And macam2 jugak program TV baru yang aku dapat tau. AF memang dah biase, yang aku pon tak paham nape nak kene ade lagi mende tuh. Skang ade yang baru, Mentor? What the? Kenapa mesti dirosakkan lagi umat ini..
Got to go, dah lama sangat kat CC nih.
Ouh ye..sapa2 yang ade nombor hp aku dulu, aku still guna nombor dulu. 345021343...heh, so sapa yang tau nombor aku dulu, pandai2 la korang decipher nombor tuh.
Wallahu a'lam
Wassalam