Wednesday, 25 August 2004

Jalan² lagik..


Assalamualaikum..pekaba? Aku sehat alhamdulillah. Cam biasa la. Aku harap korang pon sehat la jugak. Sila la jaga kesihatan anda, lebih² lagi di kala dah nak tiba masa untuk korang² yang nak ke oversea tuh untuk fly. Kalo tak sehat, travel pon tak best la jadiknye kan? So dah start pack barang? Or dah setel packing, tunggu nak fly jek? Or baru nak shopping? Aku tak beli pape pon lagi, tak start beli pape pon lagi, hehe. Untuk kawan² kat Malaysia, jaga la kesihatan jugak. Kalo tak sihat, blaja pon tak best, camne nak score exam, ye tak?

Arini aku kuar lagik. Best. Aku nak gi jumpa kawan aku actually, tapi tibe kat KL Sentral, kebetulan sepupu aku ade kat situ sebab dia baru balik dari Kelantan. Cheh, tau ar cuti, travel sampai Kelantan tuh. Hoho. So aku ajak la dia gi ikut aku sekali jumpa kawan aku tuh. At least ade la jugak teman aku masa nak balik tuh nanti.

Kuar rumah awal gak. Jumpa sepupu aku kul 10 lebih. Then naik komuter lagik kul 1040. Sempat la jumpa kawan aku tuh. Aku tak kisah travel jauh sket, sebab aku akan dibelanja makan pastuh. Hahaha. Best².

Sepanjang perjalanan dalam komuter masa nak pergi and masa balik, aku takleh berenti sembang ngan sepupu aku. Seronok tul dapat jumpa dia. Lama gak la tak jumpa dia. Huhu. Pastu yang lagi best ialah masa balik tuh. Tetibe sorang pompuan Cina yang tenah mengandung nih, dok depan aku ngan mengendong anak kecik dia yang aku rasa baru umur 10 bulan kot. Sangat laaa kawaiinye. Bila dia tengok aku, siap senyum lagik tuh(budak tuh la, mak dia nak buat apa, heh :P). Rasa nak cubit jek pipi dia yang sangat tembam itu(lagi skali, pipi budak itu la, mak dia buatpe).

Aku call kolej tadik. Nak tanya pasal interview tuh punya cite la. Result still tak kuar lagi. In fact, tadi diorang interview lagi 2 orang kawan aku. And sorang kawan aku, known as Dilla(bukan nama sebenar, eh jap jap, nama sebenar kot, kuikui :P), dia salah sorang yang baru di'interview' tadik. Dia ade tanya orang tuh bila bleh tau result. Orang tuh kata maybe seminggu lagi. That's it la. Maknanya maybe aku pon kene tunggu lagi seminggu la kot. Sebab kan semalam pon aku tengok borang aku tak dihantar lagik. Takpe la. Better for me to stay calm and be patient. In-syaAllah ade la rezeki aku kalo aku sabar. Amiinn..

Wassalam...

No comments: