Erm..
Assalamualaikum..
Apa khabar ar korang? Aku arini sedikit tak sehat, sket je laa. Bleh la nak jalan lagi, heh. Aku pon baru balik dari opis mak aku. Ade hal sket kene setel. Pastu mak aku bagi bawak kete balik. Whoh, ini sesuatu yang baru nih. Ahaha. Alhamdulillah aku berjaya sampai ke rumah dengan selamat.
Jumaat lepas besday mak aku, aku dah cakap kan? Tapi malam tuh aku tak sempat jumpa dia sebab aku kuar gi KLIA anta dak² nak gi Galway ngan UCD. masa dalam komuter nak gi KL Sentral, aku call mak aku. "Ma dapat bungaaaa!!" kata mak aku lepas jawab salam. Ahaha. And mak aku nangis katanya, terharu kot sebab tak pernah dapat. Yeahh!! Plan berjaya alhamdulillah. Then sampai KLIA dalam kul 945 malam, dak² tuh dah turun lepas gate departure tuh dah. So tak sempat la jumpa, sempat jumpa Dilla jek. Orait la dapat jumpa Dilla je pon. Time tuh Sid ngan Izrie ngan sapa lagi ntah dah sampai.
Aku sampai rumah malam tuh kul 1 pagi. Shaq tolong anta aku balik. (Baik gile ah ko Shaq, dah la amik aku kat Stesen Kelana Jaya, pastu balik tuh blanje aku makan nasi goreng pataya ngan chocolate ice blended lagi. Pastu anta aku balik umah lagi. Huhuh, tenkiu la kawan, jasamu kukenang sampai bebila in-syaAllah.) Heh. Gile ah. Takpe, skali skala takpe. Jangan selalu. Lagipon, gi anta kawan² jek, bukan gi buat mende lagho pon. Tul tak? Heh.
Esoknye aku gi kuar lagi. Gi UM, cari buku akademik nak bawak ke sana nanti. Skali takdek la plak. Tuh pon lagi skali thanx kat Shaq sebab tunggu aku kat Stesen Taman Jaya ngan Raimi dan adiknya. Sori la korang. Aku lambat la plak. Tertido meh, hehe :P. Jumpa Syake kat sana sebab dia jek yang tau kedai buku kat UM tuh kat bahagian mana. sebab takdek and keadaan cam dah nak hujan and sebab aku dah tepon kedai buku lain tapi buku takdek jugak, maka aku pon berangkat la pulang ke rumah. Heh.
Ahad plak. Erm.. aku gi mana arr Ahad aritu? Tak ingat. Heh, aku dok umah jek Ahad aritu. Oh ya! Gi umah pakcik aku kat UPM Serdang. Sebab dia jadik penjamin kedua. So nak mintak sign dia ngan makcik aku plak jadik saksi dia.
Isnin lepas. Gi JPA lagi skali sebab Ketua Pengarah a.k.a Abah kepada Hana dak kolej aku nak bagi ucapan sket. So aku kuar la skali ngan parents aku. Naik LRT kat Abdullah Hukum. Gi Sentral. Then tunggu kawan aku sorang nih, sebab janji nak gi Putrajaya skali ngan dia. Program mula kul 9 pagi. Pastu kawan aku ade masalah kat rumah dia maka dia gerak kuar dari rumah agak lambat. Dia sampai Sentral dalam kul 840 pagi. And ERL gerak kul 9. Aku call Mas siap² mintak tolong dia amik kat Stesen ERL Putrajaya. Sampai sana dalam kul 915. 10 minit kemudian Mas sampai. So sampai kat JPA kul 930. Turunkan dulu kawan aku sorang nih then aku ngan Mas gi cari parking. Terserempak ngan Syed Farid (yang dah gerak gi Newcastle Selasa lepas). Tunggu la dia kat lobi sampai kul 10 baru naik atas. Duduk dengar Tan Sri berucap. Kul 1030 dah abih. AaAAAaAAa!!! Aku ingatkan ade apa mende. Huhu. Tapi takpe, lunch tuh celebrate besday Husna ngan Aisyah. Aisyah sambut awal sket ek Aisyah? Ahaha :P. Pastu ingat nak gi KL cari buku. Skali ujan lebat la plak. Tak jadik. Balik umah lepas solat Zohor kat rumah Sid. Sid turunkan kat komuter Serdang.
Selasa. Gi kolej. Jumpa cikgu dan cikgi dengan Mas. Sampai sana dalam kul 12. Mas bagi macam² ah kat beberapa staff ngan cikgu. Aku takdek bagi apa². Tatau ah nak bagi apa. Ehehe. Dok sana sampai kul 330. Then gerak gi Sunway Pyramid. Celebrate besday Aiman Selasa tuh. Saje je. Tuh last minute decision sebab Mas asalnya nak shopping sket kat situ. Alang² Aiman dok dekat. Pastu cadangnye aku nak gi KLIA lagi. Tapi tak jadi sebab tak sedap ati. Maka aku turun kat ERL Bandar Tasik Selatan. Then ikut parents gi JJ Kepong. Shopping sket lagik.
Rabu. Takdek gi mana². Dok umah tido. Haha.
Khamis. Semalam la. Parents aku amik cuti. Bawak aku gi JPA sebab nak anta agreement yang dah siap ngan medical checkup report. Lepas minum kat kafe, gerak gi Sg Wang Plaza. Heh, my 2nd time there. Gi cari mouse baru untuk laptop sebab yang ade nih dah rosak. Skali Abah belikan digicam. Huhu. Thanx Abah!! Tak terbalas sungguh. Pastu gi Pusat Bandar Damansara, amik laptop yang dah diservis. Then baru balik.
So tuh je la kot yang berlaku. Aku rasa dalam 2 minggu nih, skali seminggu jek aku bebetul dok umah except for Ahad la. Busy ke aku nih? Hehe, agak la. Takpe, bila lagi aku nak kuar jalan² kat KL nih. Pasnih 5 tahun lagi la plak kot baru aku nampak KL balik. Tuh pon kalo aku tak balik la dalam masa 5 tahun nih.
Esok sabtu ketiga. Parents aku cuti. So cadangnye nak balik kampong belah Abah, in-syaAllah. Tok sedara aku dah dok tanya bila nak buat kenduri kat sana plak. Ok la ok la. Kitorang nak balik la nih. Lagipon, opah aku dah panggil sebab durian dah luruh kat kampong aku. Muahaha :P
Okeh la weh, kepala sakit la plak. Baru ingat nak main game. Takleh jadik nih, kene tido jap. So sampai sini la dulu kot.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment