Tuesday, 5 October 2004

Alhamdulillah dah sampai


Assalamualaikum..

At last dapat gak aku bukak page nih, dari pagi tadik aku try nak bukak sampai kejap tadik tak bleh nak bukak, skang la baru bleh. Erm, skang aku kat ruang tamu rumah baru. Hehe. OK, meh cite sket.

Malam tuh tido kul 3 pagi. Kul 345 pagi mak aku kejut suh bangun. Dalam kul 410 pagi tuh gi mandi and siap2 semua. Pastu jenuh la kejut2 sedara mara yang ade kat rumah aku time tuh, suh mandi. Punya la susah mak aku kejut, haha. Sian mak aku. Ouh ya, malam sebelum aku fly tuh, ramai gile sedara mara datang. Yang jarang datang umah aku pon, tetibe aritu datang. Seronok gile aku rasa time tuh.

Okeh, then dalam kul 510 pagi, gerak ke KLIA. Memula ingat nak kuar dalam kul 430 pagi, skali memasing tengah makan la, mandi la apa la. Heh. Dalam kereta memasing senyap, aku ngan abah aku jek dok borak. Aku bukan apa, taknak ah tido sebab time tuh sejuk gile aircond.

Sampai KLIA dalam sejam lepas tuh. Sampai jek tengok dah ramai orang tengah beratur kat kaunter C17. Aku tunggu punya tunggu dah kul 630. Gi la solat dulu. Abih jek solat, tetibe aku dibagitau yang nama aku dah dekat 3 kali dipanggil. Huhu, cuak gile aku. Terus aku gi jumpa encik tuh and then mintak passport ngan boarding pass. Selesai tu, dah timbang beg semua, jumpa la makcik2 and pakcik2 yang datang dari rumah. Amik2 gambar semua. Pastu cousin aku datang ngan kawan2 dia. Haa.sebbaik la kawan2 dia ramah, kalo tak, aku borak ngan dia je la. Heh. Thanx ah ye Wani sebab datang, menyusahkan kamu. Hehe.

Dalam kul 730, gerak gi gate. Time tuh agak sebak sket. Salam makcik2 and pakcik2, salam opah, salam adik, salam akak, salam and cium Abah and Mak. Time mintak diorang redha aku nak pergi tuh la aku hampir nangis. Eheh, tapi still bleh kontrol. Aku skang agak mampu nak kawal emosi nih. Hohoh. Terasa cam famous gile ah time tuh. Lepas jek dari barrier passport tuh, kumpul jap, then naik aerotrain.

Naik plane dalam kul 9. Tapi take off kul 930. Time tuh best la jugak. Gile ah, aku rasa cam naik roller coaster masa plane take off. Dengan bunyi enjin yang power gile pastu thrusting force lagi, hoho, rasa cam nak lagi. Eheh :P. Dalam tuh, 1st thing aku check TV depan mata ngan TV guide. Layan Spidey 2. Hehe. Then main game la, dengar radio la. Tido. Brunch ngan Lunch yang diorang served, aku mintak yang western jek. Padahal ade jek nasik lemak and nasik lauk kari daging, hahaha :P. Aku still tak tuka time kat jam aku. So dalam kul 9 lebih waktu malaysia, sampai ke Heathrow. Kirenye kat situ kul 315 la. Agak sejuk, aku ingatkan sebab aircond dalam bangunan yang tak tutup pintu, rupenye memang sejuk. Then terus gi x-ray barang la apa la. Then dalam kul 5 tuh(ok, start skang aku guna waktu sini la ye?), gi ke terminal untuk transit. Plan asal masuk plane kul 715, tapi plane lambat due to strong wind. Dalam 8 lebih sket, baru gerak. Tapi time tuh ngantuk gile sebab kat Malaysia dah pukul 3-4 pagi. Memang time tido. Tido jek la. Rupenye 45 minit jek. Sampai kat Dublin Airport, lepas immigration, amik beg, Ipin dah tunggu. Finally sampai gak ke Ireland. Rasa cam tak caya jek aku kat negara orang skang nih.

Sampai umah, lepas solat and angkat beg, makan la. Then tido.

Pagi tadik bangun. Radzli ajak gi tengok2 pekan. Dia bawak aku ngan Mambang sementara dia on the way nak gi kelas. Tapi kitorang tak gi jauh pon. Gile sejuk wehhh!! Sampai aku takleh rasa hidung aku kat mana. Haha. Dah jalan tuh aku ngan Mambang balik rumah. Plan tengah ari kang baru kuar cari duvet. Dah masuk pekan, jalan2 dulu jauh sket ke depan lagik tapi tak banyak mende tuh makin ke depan. Coz makin banyak rumah. So patah balik, beli duvet and then balik. Masa jalan tuh, memang rasa terasing sket la. Ye la, ramai orang diorang. Orang Malaysia time tuh, aku rasa, aku ngan Mambang jek. Tapi kata Ipin, tuh sebab aku tak tengok kat City lagi. Maybe sana lagi ramai orang kite kot?

Cadangnya lepas solat nak masak lunch la kan, skali memasing konon nak try duvet baru. Hampeh, sedar2 dah kul 6. Haha. Tertido la maknanya tuh. Dah la kul 630 nak kene gerak gi Malaysian Hall. Sebbaik la Radzli balik. Kalo dia balik lambat, tak bangun la kitorang. Heh.

Kat Malaysian Hall. Ade briefing sket. Then isi borang untuk Malaysia Embassy. Then makannn. Elok la tuh, kami pon dah lapar nih. HEhe. Pastu lepas borak and beramah mesra, balik jalan kaki. Angin kuat gileeerrr!!! Sejuknye lagi, rasa naki melayang lagi. Hehe. Exaggerate la nih.

Sampai rumah, baru la layan net lepas minum air milo panas. Borak2 then update. Hehe, pendek gile aku citer. Sejak bila aku pandai summarise aktiviti aku nih? Maybe sebab aku dah tak bape ade idea kot. Tambah lagik ngan sejuk nih. Taip pon selalu salah huruf. Tangan gigil. Amik wudhu' ke, nak mandi ke, memang termenung jap depan shower. Bagi biasa dulu ngan sejuk bilik air pastu baru mandi. Even ade electric shower, tapi bila abih mandi tuh, sejuk balik ah badan nih. Huhu.

Okeh la. Tatau nak cakap apa. Takleh nak call sesapa lagi sebab tak beli nombor tepon lagi. Calling card pon tak jumpa lagi kedainya. Tunggu la dak2 nih free baru best jalan ngan diorang. In-syaAllah dah ade semua tuh senang la sket kot.

Nak bukak akaun bank pon takleh lagi sebab kene register dulu kat uni baru bleh bukak akaun.

Erm, okeh la. Kang lagi banyak plak. Nak solat and then nak tido.

(signing off at 1140pm local time)

Wassalam.

No comments: