Tuesday, 30 November 2004

Makan lagi..


Assalamualaikum...

Sekali lagi aku kat computer lab nak update mende nih. Aku rasa skang nih net kat rumah lebih stabil, cuma komputer aku plak bermasalah. Komputer housemates aku yang lain semua ok jek. Dah la bile aku on wireless, signal from router memang dapat, tapi bila nak masuk net, takdek plak kuar pape kat window tuh. Pastu bila aku sambung guna LAN kat router tuh, dapat la jugak paling sekejap 3 minit, paling lama setengah jam. Pastu laptop aku start sending more bytes than it received, making the net slower and slower and eventually ilang terus. Apa nih? Apa dah jadi ngan komp aku? Kalo ade sesapa tau camne nak solve masalah aku nih, tolong bagitau aku ek? Tenkiu..

Hehe. Jumaat lepas MSA-TCD buat jamuan raya kat Trinity Hall. Aku patutnye kene jadi penyambut tetamu, tapi sori la kengkawan, aku ade physio practical plak time tuh. Abih pon dalam kul 4 lebih, nak beli barang lagi, then balik rumah kejap amik lauk. Oh ye, jamuan nih guna cara "Pot Luck". So everyone kalo bleh bawak la makanan, air pon takpe. Heh. So aku ngan Mambang kuar rumah dalam 630 petang. Cycling. Sejuk. Sampai dalam 15 minit. Terus amik laksa ngan segala makanan. Ahaha. Takyah la jadik penyambut tetamu, diorang tau masuk sendiri. Kuikui. Makan memang best. Lagi ramai and lagi lambat orang datang bermakna more food, not to mention more delicious. So aku makan sampai kembong. Well, maybe sebab banyak minum air gas kot.

Selesai dalam 9 lebih. Then aku kene gi basuh pinggan mangkuk la plak. Huhuh, tuh la sapa suh tak jadik penyambut tetamu, heh. Tapi aku tak kisah. Ala, basuh pinggan jek. And aku tak basuh pon, kawan aku basuh, aku tolong lap jek. Orait ah tuh, tak pressure sangat. Aahaha..sambil² tuh amik la gambar. Nanti aku upload. Gambar raya aritu pon tak upload lagi. Dah bape kali kata nak upload. Heh. Balik dalam kul 10 lebih. Sorang sebab Mambang dah blah dulu. Takdek hal.

Balik ngantuk tido terus. Huhuh. Sebbaik la esoknye Sabtu. Bleh lepak sket. Lepak? Exam dah dekat. Study study!! OK la kengakwan, got to go. Orang sebelah aku dah dok usha bila aku nak blah. Walaupon dia tak cakap tapi aku tau la sebab komputer sebelah nih takleh guna. Ahaha.

Wassalam.

No comments: