Thursday, 2 June 2005

Abih dah..


Assalamualaikum..

Pekaba korang semua? Aku alhamdulillah sehat jek.

Hmm..apa nak cakap pon dah tatau la, lama betul dah tak tulis, even though takdek la sampai 2 bulan tak tulis pape kan, still cam tak reti dah. Heh.

Hari Selasa, kul 4 petang waktu Dublin, tamat la last paper untuk final exam tahun nih. Anatomy Viva(pronounced 'vaiva'). Mende viva tuh? Aku pon tatau camne nak cakap, cam oral la lebih kurang. Camne kait ngan anat plak? Kire cam dia panggil 4 orang at a time, ade 4 stations so each will go to the designated station. Kire sorang satu station la. Each station ade sorang examiner. Basically soalan tanya mende sama each station. Anyway, aku ditanya pasal kidney memula. Ditunjuknye x-ray bladder, ureter, minor and major calyces, renal pelvis. Suh bagitau mende yang aku nampak. Pastu ade la lagi soalan2 lain. Pasal jantung lagi,surface marking nak dengar bunyi yang dihasilkan oleh apex of the heart. Pasal anatomical snuffbox, apa lalu situ. Pasal kat mana flexor carpi ulnaris ngan radialis attach distally. Pasal tulang apa yang make up the carpal a.k.a wrist and what structure will be damaged if there is a fracture or slight movement of the capitate bone at the wrist. Urgh.

Rasa cam banyak yang ditanya, examiner tuh yang jawabkan. Cuak gile ah aku camni. Harapnya ok la in-syaAllah exam aku nih. Dah usaha sedaya yang mampu, sekarang nih tawakkal dan berserah jek.

Sepanjang seminggu before exam and masa minggu exam, makan memang tak terurus la. Ade satu minggu tuh, aku makan nasik 2 kali jek. Hari2 lain makan biskut, takpon roti, takpun makan kismis ngan air masak jek. Eheh. Masa minggu exam tuh plak, tido plak tak terurus. Bleh kata tiap2 ari pegi tido kat Trinity Hall sebab study past years questions ngan dak2 nih. Makan plak manjang makan kat luar jek. Banyak gak ah duit kuar minggu lepas.

Skang dah abih exam. Tapi still tak rasa cam relax slagi result betol and list viva tak kuar. Plus banyak gak keje and tanggungjawab duniawi nak kene buat. Kene cari kedai2, tanya diorang whether diorang nak kitorang iklankan kedai diorang kat dalam wallplanner IMAM for next year, obviously for a certain price la. Tanggungjawab ukhrawi takyah cakap la. Tuh yang lebih utama kan.

Tadi nih baru balik. Syukran jazilan wa jazakallahu khairan kathira kepada Abadi kerana temankan aku pegi masuk kedai2 tuh. Daripada 6 kedai yang kene pegi, kitorang cume pegi 4 kedai jek sebab kuar rumah pon lambat. Daripada 4 kedai yang kitorang masuk, 2 jek yang cam mintak contact number kitorang ataupon mintak kitorang contact diorang balik. Lagi 2 tuh terus terang kata taknak. Well, what to do kan. Aku bukannya reti sangat mintak2 duit orang nih. Tapi tuh la, pikir2 balik, bile lagi nak blaja cari pengalaman buat mende2 gini kan. In-syaAllah esok akan kuar lagi.

Hmm..exam. Semua orang cuak bile sebut exam. Cuak sebab apa? Bukan sebab tak reti, tapi sebab tak redi, tak prepare, tak sedia. Semua suka tangguh sampai 2-3 minggu nak exam baru nak pulun gile2. Sedangkan masa sebulan lebih paling singkat dan yang paling lama tempoh diberi ialah 3 bulan untuk study and revise dibiar berlalu gitu jek. Bukan la kata tak study langsung tapi tak segigih dan maybe tak seserius macam masa lagi 2-3 minggu nak exam. Ouh well, semua orang ade masalah masing2. Paham la tuh so takleh la aku nak komen lelebih.

Exam kali nih jugak ade mengajar aku erti tawakkal dan berserah. Memula tuh memang tak sedar jugak, risau, cuak dan segala macam lagi rasa lepas jawab satu2 paper. Namun, peringatan yang diberi oleh seorang sahabat, alhamdulillah dah mengingatkan aku akan kenyataan nih. Segala apa yang kita akan lakukan, dan yang telah kita lakukan, semuanya sebenarnye telah Allah tetapkan, semuanya telah termaktub di Lauh Mahfuz. Tak bleh diubah melainkan Allah nak ubah la kan. So bile berjaya, alhamdulillah, bila gagal atau tak dapat apa yang kita nak, mohon perlindungan Allah agar tak bersungut atau merungut atau mengeluh atau menyesal dengan apa yang menimpa. Mungkin boleh menyesal tapi dengan niat bukan la untuk tak redha ngan apa yang Allah dah tetapkan, tapi untuk jadi pengajaran di kemudian hari agar jadi lebih baik in-syaAllah. Usaha memang wajib sebab Allah dah sebut dalam Al-Quran yang Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya terlebih dahulu kan?

Sahabat aku tuh jugak cakap, kalau dah tawakkal dan berserah pada Allah, patutnya takleh ade lagi rasa risau dan takut tuh sebab kita dah tau yang Allah memang takkan bagi kita melainkan apa yang terbaik untuk kita. Tapi kita manusia yang lemah iman, walau diingat berkali2, tetap rasa takut dan risau tuh datang jugak. But then again, tuh la pasal kene diingat berkali2. Doa memang jangan dilupa sebab doa juga salah satu usaha. Moga peristiwa exam kali ni betul2 jadi pengajaran bahawa masa yang ade kene guna ngan sebaiknya, jangan tangguh kerja sampai last minute, and bersabar ngan apa yang menimpa dan redha in-syaAllah. Sungguh, final exam Trinity Term nih bleh kata "eye-opener" la jugak.

Adus. Cakap memang berapi. Harapnya aku tak la jadi orang yang hanya cakap saja tapi bila tibe perlaksanaan, tak semarak kata2 atau tulisan2 aku. Moga aku betol2 insaf and bila masuk term baru Oktober depan, in-syaAllah akan berubah menjadi lebih baik and tak buang masa dah. Amiin..

Esok jugak in-syaAllah kalo setel hal cari kedai nih, akan berangkat ngan 20 orang lebih lagi ke Belfast. Gi camping dan mancing dan ntah apa lagi aktivitinya sampai hari Ahad. Then 7 Jun in-syaAllah malamnya tuh akan berangkat ke Newcastle. Saje jalan2 ke UK, tak penah pegi lagi. Balik Dublin on the 13th in-syaAllah. Harapnya dapat la selesaikan keje2 nih sebelum gi jalan2 in-syaAllah.

Ouh ye, exam kali nih jugak dah menyedarkan aku..blaja psychology ni sebenarnye best rupenye. Mungkin sebab suasana kelas yang tak bape merangsang motivasi yang buat nampak blaja mende tuh tak best. Yang aku kata blaja human development tuh, ade la jugak blaja pasal psychology. Behavioural psychology, developmental psychology, learning psychology and apa ntah lagi..

Erm..ade tertinggal apa2 lagi ke? Takdek dah kot. Ok la sampai sini jek, moga apa yang aku tulis nih ade beri manfaat and ade keberkatan kepada diri aku dan jugak kepada sapa2 yang membaca in-syaAllah.

Wallahu a'lam

Wassalam..

No comments: