Tuesday, 2 March 2004

Aku,10 Muharram dan vector...


Assalamualaikum...hari ini ,Selasa 2/3/2004..bersamaan dengan 10 Muharram 1425 Hijriah. Hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram, bulan pertama dalam Islam ini juga dikena sebagai Hari 'Asyura(which is Arabic for sepuluh...kan? Dak2 blaja arab,betulkan aku kalo salah). Pada hari ini umat Islam digalakkan berpuasa sunat. Masa Fit bagi tazkirah semalam, ade dia ceritakan pasal hari ni...aku rasa korang semua pon dah tau tapi takpe la aku citer jugak la just in case ade yag taktau.

Masa Rasulullah s.a.w berada di Madinah, baginda sering melihat orang2 Yahudi berpuasa bila tibenye 10 Muharram. Lantas satu hari tuh baginda bertanya kepada mereka,"Kenapa aku sering lihat kamu semua berpuasa pada 10 Muharram?". Mereka menjawab," Ini untuk mengingati hari di mana Nabi Musa dan kaum Bani Israil diselamatkan oleh Allah s.w.t daripada kekejaman Firaun. Baginda s.a.w pon lantas berkata,"Sepatutnya kami orang2 Muslim lah yang patut berpuasa kerana kami lebih dekat kepada Nabi Musa a.s daripada kamu semua." Then Rasulullah s.a.w dan orang2 Muslim pada ketika itu pon berpuasa la setiap tibenye 10 Muharram. Dan ade jugak riwayat yang kata kalo kite nak pose sunat Hari 'Asyura nih,kene pose pada 9 Muharram jugak. Kisahnya begini..suatu hari seorang sahabat berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata kepada baginda,"Ya Rasulullah, kenapa kite kene puasa sama seperti orang2 Yahudi, iaitu pada 10 Muharram?" Lalu setelah difikirkan, Rasulullah pon menyarankan agar orang2 Muslim pada waktu itu berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Namun Rasulullah s.a.w tidak sempat untuk berbuat demikian pada tahun berikutnya kerana baginda telah wafat. Oleh itu, kirenye cam..bleh la kalo tak pose 9 Muharram pon. Hm..yang pasal pose 9 Muharram tuh pon aku baru tau semalam. Huhuhu..alhamdulillah aku dapat ilmu baru.

Well...pose nih sunat je kan, tapi kalo kite benar2 mengharapkan redha Allah, maka tak kisah la sunat ke tak ke, in-syaALlah kite akan berlumba2 mengerjakannya. Fadhilatnya pose 10 Muharram nih, in-syaAllah Allah akan mengampunkan orang2 yang berpuasa tuh dari dosa2nya yang terdahulu, tapi dosa2 kecil sahaja kerana dosa besar hanya akan terampun melalui taubat nasuha. But come to think of it, dosa kecik yang banyak pon bleh jadik dosa besar kan? So kalo semua dosa kecil terampun, in-syaAllah bebanan dosa besar tuh akan kurang dan kebarangkalian untuk dapat dosa besar yang disebabkan oleh dosa kecil yang terkumpul adalah sangat tipis in-syaAllah. Bayangkan, selain pose sunat nih,sorang tuh buat amalan2 lain yang in-syaAllah, juga akan menyebabkan dosa2 kecilnya diampunkan, tak ke tuh maknanya dia dah bersih dari dosa2 kecil? Haa...korang taknak ke camtu? Aku nak wooo....dah ade peluang nih kan...

Actually, petang nih adelah petang yang sangat la panasnya. Aku rasa lagi panas dari petang semalam...sampaikan aku yang tengah menelaah p3(vector) bleh tetido kat meja, huhuhu~(heh,padahal memang kapla angin,asek nak tido jek,hoho~). Ade la orang tego aku kat MSN, setengah jam lepas dia tego tuh baru aku sedar dia tego. Aku ingat nak lelap 15 minit jek. Entah bape lama aku lelap, wallahu a'lam...huhuhu...aku memang tensen tul la baca handout vector yang cikgu aku bagi. Sure korang tanya,"Ko baca math? Bukan kene baut latihan ke baru paham?". Memang la..tapi nak buat latihan, kene la paham konsep kan...skali dalam handout tuh..apa ditulis aku pon tak paham, AaAaAAaAAaa!!! Bleh tak bagi ayat2 yang lebih susah difahami? Aparaa...huhu,riso aku...takpe takpe...

Bio plak, baru jek abih bab regulation and control tuh. Banyak sangat, dalam syllabus A2, bab tuh la yang kirenye paling banyak nak dibaca. Kalo baca skali terus melekat dalam hati orait gak(heh,bajet Imam Syafi'i la?), nih tak. Nak kene ulang baca 2-3 kali baru la nak paham. Tuh baru paham, blom ingat bebetul lagik tuh. Entah arh, aku harap aku takdek la lupa balik apa aku dah baca tuh, in-syaALlah.

Aku rasa la kan, sebab apa aku takleh nak tangkap maksud ayat2 dalam handouts tuh ialah sebab kepala aku dah tepu, saturated, muahaha!!~ Hmph..akan kukhatamkan jugak bab vector nih walaupon aku dah mula rasa cam tak suka kat bab nih. Patut ke aku rasa gitu? HUhu...wassalam...

No comments: