Kesilapan yang membawa rahmat..
Assalamualaikum..heh, kali nih aku buat dua entry, lupa aku nak masukkan dalam entry yang baru jek aku masukkan tadik. So apa kene ngan tajuk aku yang nih?
Gini..aku selalu terbayang dan terfikir, camne agaknya kalo imam terbatal, makmum nak ganti imam tuh? Maksud aku, camne prosedurnye? Bukan la aku tatau, cuma aku pon tak sure camne caranya yang betul. Maka, hajat aku nak tau caranya tuh dikabulkan oleh Allah..alhamdulillah. Citernye gini..semalam masa solat asar, aku masbuk. Aku masuk masa imam dah masuk rakaat ketiga. Kirenye aku sempat la join masa rakaat ketiga tuh. Tapi di kala tengah2 aku tunggu imam nak teruskan solat, tetibe imam tuh kuar, terbatal wudhu' dia agaknya. So aku terpikir la(heh, kantoi ke tak khusyuk?), nih la peluang aku nak tau camne caranya nak ganti imam. So ade la sorang sahabat aku nih ke depan sket then dia plak jadik imam. Then sket demi sket dia ke depan la ke tempat imam. Oooo...baru la aku tau camtuh caranya, bukan la apa, aku nak tau gak, mana la tau kot satu hari nanti mende tuh terjadik lagik dan aku plak berada kat blakang imam. Haa..tak ke haru namanya.
Okeh, memula ingat dah setel la. Skali ade lagi satu mende yang agak membingungkan kami para jamaah. Masa rakaat ketiga tuh la tetibe imam ganti tuh dok tahiyat awal lagi skali. Well..tuh takdek hal lagi, kami ikut jek la..then cam di'expect', dia bangun untuk rakaat ke-5. Aku ngan beberapa orang perasan la mende tuh, tapi disebabkan kami nih dok kat hampir ngan hujung saf, so camne nak tegur, aku rasa jadi tanggungjawab orang yang dekat ngan imam la untuk tegur, kan? Tapi, secara tetibe imam terus sujud sahwi, duduk tahiyat, dan beberapa ketika lepas tuh, bagi salam. So cube la bayangkan, aku yang masbuk nih, camne nak setelkan rakaat aku tuh? Nak kire rakaat ke-5 tuh as 1 rakaat atau tak? Last2 aku buat keputusan sendrik, keputusan yang bila aku pikir balik, patutnya aku takleh buat gitu. Aku consider the fifth rakaat as 1 rakaat untuk aku, so aku just gantikan 1 rakaat jek lagi. Padahal patutnya aku kene lebih kan satu, then sujud sahwi la kan. Hmm..lepas jek solat tuh terus aku gi jumpa imam ganti tuh.
Maka, semua jamaah yang join jamaah tuh, tunggu sebab memasing kompius. Tepon Ustaz, Ustazah. Yang ustaz kata, patutnya imam ganti tuh kene abihkan rakaat tuh then sujud sahwi, yang Ustazah plak kata, betulla apa yang imam tuh buat tadik, terus duduk. Tapi sebabkan kami tak sure nak kene buat camne, kami decided nak solat balik. Ade gak jamaah tak solat balik sebab diorang dah mufaraqah siap2. Bagus tul, apsal tak tego jek imam tuh? Tak kisah la, mende dah lepas..
Then malam tuh, sebelum isya', Ustaz bagi penerangan sebenar. Betulla yang imam tuh buat; terus duduk sebaik sahaja teringat akan kesilapan dia tuh. Then aku tanya la ustaz yang rakaat tuh dikire sebagai 1 rakaat atau tak. Dan jawapannya, tak dikira. Fuh...alhamdulillah, sebbaik la aku solat balik tadik. Kalo tak, burn la asar aku tadik...huhu...so tuh la pasal tajuk entry nih sebegitu rupa.
Kesimpulannya, ade beberapa perkara yang terbukti di atas keperibadian sebahagian dari kami. Nih yang aku perhatikan la, so bleh la kalo nak ditolak pon..1) Kite nih ikut jek apa orang kata, apa pemimpin buat tanpa pikir, and maybe sebab takut nak tegur, takut kite plak yang salah..2) Semua tak khusyuk..3) Ade jugak pihak yang mufaraqah, kenapa mufaraqah? Sebab maybe dia sedar imam dah buat salah. Then kenapa mufaraqah? Kenapa tak tego jek imam tuh? Satu jawapan yang aku peroleh ialah, sebab dia sendrik tak yakin apa yang perlu dia buat..so amik jalan mudah, mufaraqah. Hmm..aku bukan nak salahkan sesapa, betulla apa dia buat tuh. Aku pon tak berani nak komen lelebih sebab satunya, mende tuh dah terjadik pon, nak sound pon tak guna. Keduanya, aku pon bukannya banyak ilmu sangat nak cakap lelebih. So terpulang pada penilaian memasing. Yang pastinya, aku memang sangat bersyukur la sebab mende nih jadik. At least tau kat sini, ade rujukan. Kat oversea nanti camne? Maybe la ade gak yang bleh dirujuk, tapi bape ramai? Ntah, aku pon tatau sebab aku tak sampai oversea lagik, haha!
No comments:
Post a Comment