House trip
Assalamualaikum...hehe...aaaa...alhamdulillah selamat sampai ke rumah from Langkawi, lega tul dapat mandi kat rumah semula..haha...so entry kali nih in-syaAllah memang akan didedikasikan untuk cerita pasal house trip aritu laa...so selamat tergolek la korang membacanya, maybe akan panjang sebab aku nak citer dari hari aku pegi sampai la hari aku balik ke rumah semula..muahaha!
After my last entry tuh kan, parents aku datang dalam kul 12 lebih gitu, so maknanya memang takkan jumpa cikgu2 la, muahaha!! Sebab apa tak jumpa? Sebab ayah aku ade hal kene gi Rawang, so aku pon follow je la. Kesimpulannya diorang kata, nanti dah last day aku kat kolej baru la diorang nak gi jumpa cikgu, ade ke lagi Parents Day before Awards Day? Entah la, aku pon tak sure. So lepas gi Rawang, dah lunch semua..sampai rumah dalam kul 1515. Solat zohor dulu, then mak aku suruh aku gi potong rambut la plak, huhu. Baru ingat nak ensem ngan rambut yang bajet panjang la jugak time tuh, heh. Tapi aku selaku anak yang soleh, pegi je la potong rambut. Bila dah potong tuh, erm, lagi ensem dari before, hahah!! (Bagi la can aku nak perasan weh, heh). Then balik tuh, mandi, pack barang, then solat asar plak. Baru aku teringat, aku tertinggal topi Nike aku rupenye, huhu. Terpaksa la bawak topi Ecotrip jek, tak kisah la, topi gak kan?
Parents aku hantarkan aku ke KL Sentral. Aku ingat nak mintak diorang hantar aku sampai Stesen Komuter Kepong jek, rupenye hantar sampai sentral. Plek gak aku memula, skali baru la aku paham, sebab kakak aku gi midvalley, so dah alang2 tuh, hantar aku, amik kakak aku skali kat sana. Kire antara 42 orang yang pegi tuh, aku yang paling awal sampai. Yang gerak dari kolej pon tak sampai lagik, semangat tul aku nih, haha! So aku tunggu je la, dalam kul 1820 tuh diorang pon sampai, tapi kitorang cume berhimpun dalam kul 1845 sebab kene jumpa tour guide kitorang dulu. Then dia kata kumpul balik kul 1945 sebab train nak gerak dalam kul 2000. Dah lama aku tak naik train gi kuar dari KL nih weh, last time aku naik masa ecotrip tahun lepas. tapi actually train tuh bebetul gerak kul 2015 gitu kalo tak slaah aku, so kire sempat la kitorang solat jama' maghrib dan isya'.
Basically kitorang tak buat apa pon dalam train. Makan, main kad(ade yang main Uno, ade yang main blackjack), aku main saidina jek kat cafe train tuh bersama beberapa orang rakan(memang la, mana bleh main saidina sorang2, haha). Pastu aku balik seat aku, baca buku yang aku bawak(of course bukan buku akademik, tapi manfaat la jugak aku baca). Then sebab tak tahan, aku gi cafe balik dalam kul 0030 tuh, tuh pon sebab ade sorang junior nih mintak aku belanja dia air milo, haha. Tak kisah la. Sambil tuh kitorang borak2 la, lama gak borak, kul 0230 baru memasing rasa ngantuk. So balik seat memasing, tido...zZZzZz..
Setelah lebih kurang 12 jam dalam train(perghh..sakit badan weh!!), akhirnya kitorang sampai Stesen Ketapi Alor Setar dalam kul 0820 tuh, turun2 jek dah ade bas tunggu kitorang. Terasa cam tourist plak, heh memang tourist pon, tapi local la kan, hehe. Bas tuh bawak kitorang ke Jeti Kuala Kedah, melalui Pekan Rabu. Tuh la first time rasanya aku nengok Pekan Rabu depan mata sendrik, before this tengok dalam tv jek, muahaha! Sampai sana kul 0930, so basically kitorang ade setengah jam jek nak breakfast sebab feri dijadualkan gerak kul 1000. Lantak ah, makan jek roti canai sekeping, sebab entah kenapa aku tak lapar sangat, excited kot, haha!
Perjalanan menyeberang laut ke Pulau Langkawi amik masa dalam sejam setengah rasanya. So dalam kul 1130 tuh kitorang sampai ke Jeti Kuah. Then kitorang kene tunggu bas plak nak ke rumah sapa ntah, katanya rumah Aziz Desa(yer, Aziz Desa yang TV3 punya orang tuh). Tapi sampai sana jek, aku terpikir,"Betul ke rumah dia nih?". Rupenye kalo tak salah aku, tuh bukan rumah dia, dia cuma sponsor lunch haritu jek. Entah aku pon tatau, aku tau makan jek, haha. Makan pon masyuk, memang memenuhi selera aku la. Then lepas makan tuh, kitorang naik bas semula. Terus dibawa ke Beringin Beach Resort. Sampai sana jek, cam tak caya lagi sekali. "Kita kene dok sini ke?". Sebab apa? Sebab sampai jek sana, tengok ramai budak pakai seluar biru ade celoreng. Yaaa, you've guessed it, ade plak budak2 PKN kat sana. Adoih, takkan nak kene kongsi pantai ngan diorang kot, haha. Lepas semua dah check-in, aku plak ade masalah, satu chalet kene ade paling ramai 4 orang. Semua chalet dah penuh, tinggal la aku ngan sorang kawan aku tercari2, huhu. Last2 dapat chalet hujung, satu chalet ngan Bob and Fit, orait ah tuh. Asal ada tempat tido, aku dah ngantuk gile time tuh, everyone did. Aku tido cam hape jek, ingat nak tido jap jek sebab tak solat lagik, skali tau2 bangun kul 1615, tuh pon sebab Apu kejut coz petang tuh kene kumpul tepi pantai, ade aktiviti. Bergegas aku bangun, solat jama' zohor ngan asar. Alhamdulillah sempat.
Pastu pegi la tepi pantai, tapi malangnya aktiviti yang sebenarnya nak dijalankan tak jadik plak. Sebab keadaan pantai yang time tuh tak mengizinkan, ditambah plak kitorang takleh nak masuk kawasan dak2 PKN tuh, cis, kaco jek diorang nih, haha! So last2, setelah berbincang sesama sendrik, buat aktiviti sendrik, dak pompuan main galah panjang, dak laki main bola. Guess what? Aku main bola, haha! Bukannya aku tak reti main ok, aku reti cuma selama nih malas jek nak main. Tapi memang pancit la disebabkan aku yang dah lama tak beraktiviti. Tapi serius memang best main bola tepi pantai. Dalam kul 1830 tuh kitorang berenti. Tapi tak balik chalet terus, tengok plak dak2 PKN main volleyball. Skali tetibe diorang ajak kitorang main. Aku tak join la sebab aku dah tak larat, aku tengok dari tepi jek, dok ngan petsis aku. Boleh gak borak ngan dia, lama tak borak ngan dia. Lagipon sebelum main bola tuh aku dah main volleyball ngan dak2 kolej aku. However, my heart was filled with burning desire nak main sebab aku memang minat main volley, cuma macam aku cakap, malas jek nak main, haha.
Then dalam kul 2000 tuh, lepas solat maghrib, kumpul balik kat lobby untuk dinner, then pastuh kitorang dibawa ke pekan untuk aktiviti bebas gi shopping. Hmph, to our surprise, malam kat Pulau Langkawi tak happening langsung. Kul 2130, kedai2 semua dah start nak tutup. Group akuk yan gsampai dalam kul 2130 tuh la ternganga jek nengok. Dah la orang tak ramai, pastu kedai pon dah nak tutup. Lama lagik plak tuh nak kene ade kat situ sebab kul 2300 baru van datang balik amik kitorang.
So aku ngan beberapa orang rakan, dok melepak kat Mcd kat shopping complex tuh. Sebbaik la McD tuh ade meja kat luar, bleh gak lepas situ, dalam kul 2240 tuh van datang, aku antara yang 1st la dihantar balik. Tapi sebelum tuh, kitorang singgah ATM jap sebab ade member nak kuar duit. Disebabkan GIRO cuma ade kat jeti jek, so kitorang dibawa ke sana. Kebetulan time tuh tuh dak2 yang still kat complex tuh pon dah nak balik. Bila member tuh dah selesai kuarkan duit, ade plak lagi 2 orang dak pompuan kuar, nak kuarkan duit gak tapi ATM tuh jauh sket dari GIRO tuh. Pakcik tour guide tuh suh aku turun, tunggu diorang sementara dia gi anta dak2 lain balik resort. Aku memula cam reluctant nak turun, "apsal dia taknak tunggu jek?", tapi dia cam bleh baca fikiran aku, dia kata sebab sian kat dak2 kat complex tuh. Diorang tunggu lama, so aku yang ala2 gentleman nih, pegi la turun, kang apa2 jadik kat dak2 pompuan tuh, payah gak kan. Dah la tempat tak ramai orang.
Tunggu punya tunggu, "mana pakcik nih tak datang2?". Aku pon call la dak2 yang still ade kat complex. Surprise2, diorang kata diorang dah sampai resort. Gile apa pakcik nih. Aku ingatkan bila dah amik dak2 tuh, terus amik kitorang kat jeti, rupenye dia gi balik dulu. Cuak gak aku, dah la aku sorang jek laki. Dak2 pompuan tuh pon dah emo semacam jek sebab pakcik tuh buat gitu. Apa la pakcik tour guide nih.
Setengah jam pastuh baru dia sampai. Sampai jek kat resort, salah sorang dka pompuan tuh memang dah cam nak ngamuk la, bukak pintu van tuh cam nak tercabut pintu tuh, takut aku seketika, huhu~. Then aku lepak lobi, dengan viewcam kat tangan, aku rekod segala luahan tak puas ati mereka2 yang baru balik dari shopping, termasuk la dak2 pompuan yang skali ngan aku tuh. Tetibe aku dikejutkan ngan berita, ular masuk chalet aku. HUhuh...cuak gile, dah la aku rasa beg aku tak tutup, mau dia masuk beg aku tak ke nahas tuh. So malam tuh lepas aktiviti campfire, aku tido chalet orang, depan chalet aku jek la. Malang, aku tido bebetul bawah air-cond.
Hari tuh aku selsema teruk natijah dari tido bawah air-cond dengan tak berselimut, masa nak tido tuh tak perasan air-cond bebetul atas kepala. Dah bangun tuh baru perasan, huhu. Aku memang tak tahan excessive sejuk nih. Tapi memang tido nyenyak cam hape la. Bangun dalam kul 0600, solat subuh, then mandi. Aku beranikan diri balik chalet. Mandi, alhamdulillah takdek pape perkara buruk berlaku. Pastuh terus gi breakfast, then tunggu bot datang sebab hari tuh kitorang dijadualkan gi island hopping. Kitorang dibawa gi Pulau Dayang Bunting. Korang sure pernah dengar lagenda pasal tasik yang kalo orang takdek anak, minum air atau mandi kat tasik tuh, in-syaALlah akan dapat anak pastuh. Kitorang gi tengok tasik tuh la. Rupenye jadik tempat orang mandi manda sungguh, tapi aku tak terjun la. Taknak la aku, sebab petang tuh dah nak balik. so aku taknak tambah berat beg aku ngan baju basah plak. Aku ngan Azmir main paddle boat jek, masyuk gak, berpeluh dibuatnya. Dalam perjalanan nak ke pulau nih la, topi Ecotrip aku terbang melayang ditiup angin, huhu. Sebbaik la aku ade lagi 2 kat rumah. Alhamdulillah, memang ade hikmahnya aku terlupa bawak topi Nike aku tuh, sayang woo topi tuh kalo ilang kat tengah laut gitu, huhu.
Pastuh gi tengok kawanan helang jalankan aktiviti tangkap ikan, memang masyuk ah, and I got it all recorded. Then kitorang dibawa plak ke Pulau Beras Basah. Air memang crystal clear la. Aku yang pada mulanya bleh tahan keinginan nak terjuna dlaam air laut tuh, tak dapat tahan lagi bile tengok hampir semua gi terjun. Aku pon terjun la skali, and memang masyuk la. siap main game ala2 polo air lagi kat situ, haha. Abih basah baju aku, takdek hal.
Kul 1210, kitorang balik chalet. Lunch dulu, then mandi pastuh kemas barang sebab kene check-out dalam kul 1330. time tuh la selsema aku jadik makin teruk. Amik tisu chalet tuh bebanyak. Naik bas dalam kul 1340, gerak gi cari kedai coklat and souvenir dulu. Aku beli coklat2 yang mana jumlah harga semuanya bebetul lagi 40 sen nak RM50. Hehe. Jadik la. Then kul 1450 tuh gi Jeti Kuah. Naik feri kul 1500. Dalam feri aku takleh nak buat apa, skait kepala makin menjadi disebabkan selsema tuh. Tido jek, kul 1630 baru sampai Jeti Kuala Kedah. Turun tuh, cam hari 1st, dah ade bas tunggu. Terus gerak gi Stesen Ketapi Alor Setar. Train dalam kul 1900 baru sampai. So sementara tunggu tuh, kitorang solat dulu, then gi ronda2 City Plaza kat Alor Setar tuh. Aku ngan Azmir memang dah plan, jumpa jek shopping complex, sila cari arked, nak main game racing, haha. Tetibe aku minat main game racing lepas tengok citer Initial D, heh. Saje nak try buat drift dalam game tuh, jadik la sket, haha.
Sebelum tuh aku gi jumpa kawan cyber aku yang memang dah lama aku kenal tapi tak penah jumpa. Gambor pernah le tengok. So since dia pon dok Alor Setar, amik peluang la jumpa jap. Lagipon dia pesan aku beli coklat, aku bagi je la, haha. Disebabkan dia pompuan and aku pon ade hal nak gi City Plaza tuh, kitorang jumpa tak lama. Buatpe lelama pon kan?
Train sampai bebetul kul 1900, kalo tak salah aku la. Tapi kali nih berbeza sket, sebab akan ade dak2 yang turun between Alor Setar ngan KL Sentral, so kirenye sampai KL Sentral tuh tak seramai masa bertolak dulu la. Huhu, sedih gak, tapi takdek la sangat sebab nanti bukak kolej jumpa lagi kan?
Dalam train pon takdek aktiviti apa sangat pon, cam hari 1st tuh, main kad, tido, makan nasik lemak(aku tak makan la, heh), minum milo kat cafe, amik gambor. Tapi sejuknya lagi horror dari train hari 1st tuh. Good thing I brought my sweater. Kul 0030 gi cafe, mintak tolong akak cafe tuh chargekan bateri kamera, sebbaik la bleh, kalo tidak, takleh la aku nak record detik2 terakhir house trip. So sementara tunggu bateri di'charge', aku borak kat cafe tuh sampai kul 0230. Then balik seat, main Uno. Kul 1530 baru tido. Bangun balik kul 0600.
Sampai KL Sentral kul 0800. Turun tuh kami semua bergambar kali terakhir sebelum berpecah menuju haluan memasing. Aku balik naik komuter la. Ngan Azmir and sorang junior nih, sebab Azmir tumpang barang kat rumah aku. Dalam kul 0900 tuh sampai rumah, bawak diorang gi breakfast. Then hantar diorang gi komuter balik. Pastu pepandai la diorang gi Pudu sendrik. Bukan taknak hantar gi Pudu, tapi lesen tak gi renew lagik and aku jugak tak sure jalan mana nak ikut, haha! Balik tuh memang tido la selama satu hari. Bangun kul 1845, lepas zohor semua. Asar tuh pon sebbaik jek la sempat. Huhu, tapi alhamdulillah selamat sampai rumah. Serius letih gile, ngan selsema ngan sakit badan lagik yang aku pon tatau nape and camne bleh sakit. Suara pon skang nih cam taknak kuar jek, heh.
So basically, that's just wrapped up the whole story. Aku ade record almost all that happened la masa trip, tapi aku tatau lagik camne nak masukkan dalam komputer. Maybe balik kolej nanti la baru aku cari jalan camne. Nanti kalo dah bleh, aku letak la kat blog nih, in-syaAllah. Gambar plak aku rasa pas cuti gak la kot baru aku sharekan kot. Tengok la camne.
Aku rasa house trip kali nih memang best la kalo nak banding ngan house trip tahun lepas. Walaupon sangat sedikit orang yang join(senior 8 orang jek yang pegi), tapi aku rasa bagus jugak, at least kitorang bleh rapatkan ukhuwah sesama senior ngan junior, kalo ramai yang pegi, maybe kitorang akan duduk sesama kitorang jek, sama keadaan ngan kat kolej, baik takyah gitu kan? Walaupon ade gak sket2 mende yang tak puas hati, tapi biasa la kan, manade mende perfect kat dunia nih kan. Thanx la kat juniors yang organise house trip nih, aku memang puas hati la, tahniah la kat korang!! :)
Aku kat opis mak aku nih. Sebab aku lupa bawak balik wire laptop, so takleh nak depend on the battery itself. Battery tuh tahan 3 jam jek. Lagipon, aku cadang nak study kat opis mak aku nih, tenang sket. Jangan aku tertido sebab tenang sangat dah le. Haha..so amacam, panjang tak? Tergolek tak korang membacanya? Haha...aku pon dah tatau nak cakap apa. My next entry maybe abih cuti nanti la kot. Takpon kalo aku rajin gi CC, aku update la in-syaAllah. So..until then..wassalam...study2!
No comments:
Post a Comment