Monday, 31 January 2005

Biase jek..


Assalamualaikum..

Erm, actually takdek apa nak tulis pon, tapi tetap rasa nak tulis jugak kat dalam nih. Tengok la, mana la tau tengah merepek2 ade mende nak tulis jugak akhirnye kan. Heh.

Kejap jek dah sebulan yang pertama abih dalam tahun 2005 nih. Cepat betol. Kang tau2 dah bulan 12. Dah nak masuk 2006 plak. Maknanya aku dah 3rd year kat Trinity College tuh. Isk. Tapi nape skang nih aku rasa cam banyak main2 jek lagi nih? Bila aku nak start serius nih? Takleh jadik, kene start skang jugak. Huhu.

Alhamdulillah duit JPA masuk Khamis lepas dan secara automatiknye mengangkat atau melenyapkan status "nearly getting bankrupt" aku. Fuh, alhamdulillah, baru la bleh rasa cam nak bernafas dalam2 sket. Kalo tak tuh, memang rasa sesak betol ah. Tapi kene beringat gak la. So skang nih aku dalam perancangan merancang budget, yang mana sebelum nih tak pernah terpikir. Haha.

Last Jumaat, lepas PBL. Kul 11. Aku keluar dari kawasan kolej. Menuju St Stephen Green Mall. Nak gi Dunnes Store. Beli donut. Wedges. Coklat. Makan kt St Stephen Green Park. Sorang2. Dah abih, start jalan balik ke kolej. 100 meter di hadapan, nampak "makcik Bosnia bersama anaknya yang kecil itu" sedang kejar sapa ntah nak mintak duit. Masa nak gi Dunnes Store tuh, nampak gak dia ngan kawan dia kat satu lorong kecik nih. Tuh yang buat aku berwaspada masa nak balik.

Erm, rasa tak patut pon ade sebab aku baru lepas makan tapi diorang plak tak makan2(well, I think diorang tak makan2). Nampak jek makcik tuh, aku patah balik, masuk Clarendon Street. Cam aku cakap, aku tak kisah dah, jauh pon jauh la. Huhu.

Oh ya, Khamis lepas. Kul 630. Ade interfaith dialog between this Christian Prof,Chawkat Moucarry(camtuh ke eja dia tak ingat plak) yang ade PhD dalam Islamic Studies ngan sorang penceramah Muslim dari Kanada kot, Syabir Ali, yang ade Bachelor dalam Islamic Studies. The result? Syabir Ali lebih menarik perhatian ramai berbanding Chawkat. Dia nampak lebih berpengalaman. Lebih fluent dalam bagi hujah2 dia. Chawkat? Agak tak best. Banyak pusing2 ayat. Mengelirukan semua orang. And he even said one point which, in other points that he stated later after that, contradicted what he had said earlier.

Sabtu. Ade seminar pasal "Strategi Musuh Menentang Islam". PPIMI yang organised. Kire cam usrah grand la. Sedih. Lelaki tak ramai yang datang. Erm, diorang ade hal lain yang lebih penting agaknye. Takpe ah. Papehal, memang best.

Ahad. Takdek buat apa. Dok umah jek. Hehe.

Harini? Start klas balik la cam biase. Aku harap this week, all will go well in-syaAllah.

Wassalam.

No comments: