Seminggu lagi...
Assalamualaikum....
Just got back from Cork semalam. Well, takdek apa pon yang aku buat kat Cork melainkan gi jalan2 kat city, dok umah mengabihkan makanan diorang dan tengok tv, ahaha. Sebab diorang dah ade Sky, lepas nih maybe umah diorang masuk internet plak, menandakan yang kalo aku datang lenkali, most probably aku takkan kuar rumah langsung kot? Kuikui, takdek ah, in-syaAllah lenkali kalo aku datang, aku nak gi jalan2. Aritu tak sempat sangat sebab ade tetamu nak datang umah diorang and keadaan cuaca plak kadang2 tak bape sesuai untuk gi jalan2, tambah lagi duit kurang ade, hehe :P. So maknanya aku memang tak amik gambar la sepanjang aku kat Cork. Well, lenkali, kalo dak2 UK nak datang Ireland, aku nak join ah jalan2 gak.
Apa yang bleh aku kata pasal Cork ialah, Cork sangat selesa diduduki. Kurang sejuk nak banding ngan Dublin. Rumah Zul, yang aku dok tumpang 3-4 hari lepas, sangat besar and selesa, dan juga sewanya murah. Bukanlah tak bersyukur, tapi nak banding ngan Dublin yang memang mahal la even to other European countries, sewa rumah mahal tapi rumah kecik. Well, again, aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. At least aku ade rumah untuk diduduki, berbanding ngan sesetengah orang yang takdek rumah. Huhu. Alhamdulillah..syukur dengan segala nikmat yang Allah dah bagi kat aku. Harapnye aku tak jadi hamba yang taktau bersyukur dan harapnye aku tak jadi hamba yang suka bersungut dan merungut.
Err..apa nak cite? Ade family kepada kawan aku datang umah, sebab diorang nak gi jalan2 ke Dublin dan juga ke Belfast. Skang diorang kat Belfast la kot. So diorang tumpang satu malam kat umah aku yang kecil ini. Takpe, tetamu mesti dimuliakan. Moga2 kedatangan diorang membawa bersama rahmat dari Allah dan menghapuskan dosa kami seisi rumah, in-syaAllah. Sebbaik gak lagi 2 orang housemates aku tak balik dari melancong2. Bleh la aku ngan sorang lagik housemate aku dok bilik mereka2 yang tak puas2 melancong nih, eheh. Kire skang bilik aku yang memang dah tersedia kemas tuh, dikemaskan lagi. Mak kawan aku kata cam dok kat hotel, muakaka!!! Dak2 Cork, korang dengar tu, ade ke mak dia kata gitu kat korang aritu? Ahaha..astaghfirullah..sombong plak..huhu.
Aku gerak gi Cork rabu lepas, amk bas kul 2 petang. Sepanjang perjalanan ak bape rasa nak tido sebab ade buku ite yang beh dibaca. 1511H [Kombat] tajuk buku tuh. Sangat best. Best gile ah. Taknak aku cite apa kandungan buku tuh, nak gi beli, banyak jek kat KL tuh aku rasa, kat UK or Ireland nih aku tatau, heh. Sampai dalam kul 7 malam. Zul dah tunggu. Naik bas gi umah dia. The rest of my activities dah dibagitau di perenggan di atas sana. Hehe.
Balik ke Dublin semalam, amik bas kul 2 gak. Tunggu bas kul 1 dekat2 ngan umah Zul, skali takdek bas. Kul 115 petang, decide nak jalan kaki gi bus station kat city. Took us almost 40 minutes. Penat gile, sampai2 jek, orang dah beratur nak naik bas. Alhamdulillah sebbaik sempat. Tersandar aku dalam bas. Tido la sepanjang perjalanan. Sampai pon lebih kurang pergi jek, nak dekat kul 7 malam. Balik naik bas. Layan net, tengah malam, mandi then solat pastu tido. Heh.
Tuh je la kot...okeh, dah start merepek. Baik aku stop.
Wassalam
No comments:
Post a Comment