Bray..
Assalamualaikum..
Pekaba? Aku sehat alhamdulillah, at least for now sebab skang nih dah rasa cam nak demam jek, huhu. Anyway, walaupon skang nih actually tengah bz cari mende untuk PBL esok, yang mana terdapat banyak gile la info2 yang tak berkaitan langsung ngan apa aku kene cari, yang mana berjaya mentensenkan aku. So sebab tensen and bosan, maka aku ingat nak tulis la kat sini.
For the last few days, nothing special happened. Semalam pegi Trinity Hall lagi untuk tolong sket2, sambung buat model Masjidil Haram untuk Islamic Awareness Week yang akan start esok(moh le kome datang ramai2, heh). Skali rupenye ade jamuan makan plak sempena Chinese New Year. Tak cadang pon nak pegi, skali dak2 nih semua ajak pegi sebab dah lapar. Maka aku follow la. Sebbaik la ade klasmet kitorang yang Muslim masak skali, so bleh la jugak makan makanan halal kat situ.
Harini? Bangun awal gile sebab teringat yang tak solat Isya' lagi. Maka bangun and tak tido2 dah pastuh. Ngadap anatomy sket, recap about thorax. Sambil2 tuh check email. Kul 830 pagi, siap2 untuk masak nasik goreng sebab dalam masa sejam lagi bertolak ke DART station kat Pearse Street. Nak gi Bray. Group usrah buat piknik+usrah kat sana. Kami pergi berlima termasuk naqib.
Naik DART dalam kul 1140 pagi. Alhamdulillah cuaca sangat baik, cerah and tak hujan. Bray ialah kawasan tepi laut. Memang akan expect angin yang sangat kuat la kan. Dah la angin kuat, sejuk plak tuh. Huhuh. Sampai2 jek, terus menuju ke bukit berhampiran untuk dipanjat. Nak cari tempat untuk buat usrah. Panjat la sampai ke puncak. Memang terasa bagai jungle trekking sungguh. Sampai jek kat atas, subhanallah, cantik betol pemandangan. Memang tak puas la amik gambar(gambar sendrik, member2 lain dan juga scenery). Tapi lupa nak charge battery camera maka takleh la amik banyak sangat gamba pon.
Kat atas takdek tempat sesuai. Maka turun balik. Pergh, penat toksah kata la. Tapi seronok tuh menyebabkan tak rasa sangat la penat tuh. Sampai kat tempat duduk. Makan dulu sambil dengar kaset tazkirah. Dan nasyid. Nasik goreng aku agak laku, eheh :P. Naqib bawak mee goreng. Kawan2 lain bawak snack and air and swiss roll and banyak la lagi. Alhamdulillah semua berjalan lancar tapi buat sekejap jek sebab sejuk teramat!! Angin makin kuat. Terus kemas2 dan menuju ke DART station.
Dalam DART, 3 dari 5 orang terlelap kepenatan. Aku termasuk dalam orang2 yang lelap la tuh. Heh. Tapi tak bape sangat la sebab kene tengok gak. Kang tak pasal2 terlepas station. Eheh. Sampai Pearse dalam kul 440 petang la lebih kurang. Solat Asar dulu. Then aku yang berbasikal ke kolej pagi tadi(DART station dekat ngan kolej), menolak jek beskal sebab tak larat dah nak ngayuh. Sampai umah kul 6. Rasa cam nak lelap lepas maghrib, tapi mengenangkan PBL tak siap2, maka terpakse bertahan sebentar.
Esok ade lecture lagi. To go, or not to go, that is the question. Eheh. Question mende, pegi ah!! Esok jugak in-syaAllah ade tayangan muvi "The Message"(once spelled "The Massage" masa kat KMYS dulu, ade la satu chalet nih share cite nih tapi silap spell, kontroversi betol, ahaha)kat Davis Theatre. So in-syaAllah pegi la kot kalo diri ini larat. Kalo tak larat, pulang la aku ke rumah agaknye. Sebab esok PBL abih paling lewat kul 4 and aku sure takkan abih selewat itu. In-syaALlah paling lambat tutor aku akan bagi lepas ialah kul 315. Heh.
Dah, tatau nak cakap apa dah. Fikiran agak buntu. Kebelakangan nih aku terasa diri nih banyak buat mende2 remeh yang sangat la bodohnye kalo dipikirkan balik kenapa aku buat mende2 tuh. Kenapa mesti dipikirkan pon sedangkan masanya masih blom sampai untuk dipikirkan perkara2 tak berkaitan ngan keadaan and tanggungjawab aku skang. Cheh, Tun Mohd Azlan, anda sungguh lemah! Dugaan gini pon tak larat hadapi. Astaghfirullah. Aku mohon kekuatan dari-Mu Ya Allah.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment