Exhibition..
Assalamualaikum..
Dengan berakhirnye Islamic Exhibition kat GMB, Trinity College Dublin kul 9 malam semalam, maka berakhir lah Islamic Awareness Week untuk tahun nih. Exhibition bermula kul 6 petang. Antara yang dipamerkan ialah poster2 mengenai al-Quran, yang menerangkan sedikit sebanyak mengenai kandungan Al-Quran, hikmah2 di dalamnye dan keajaiban2 di dalam al-Quran. Then ade jugak dipamerkan beberapa biografi ringkas pasal "Great Men in Islam" seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Khwarizmi dan lain2.
Kemudian kat satu sudut dalam biik pameran tuh, diletakkan satu laptop untuk bahan multimedia presentation. Bahan diamik dari website harunyahya.com. Mengenai "The Miracles of Al-Quran".
Kat satu sudut lain, ade booth untuk memperkenalkan konsep hijab untuk pompuan. Basically mengenai "Women in Islam", peranan2 wanita dalam Islam dan sebagainya. Ade booth yang sediakan tudung, just in case ade pengunjung2 yang bukan Islam nak try pakai tudung, ade kamera so that bleh la diorang amik gambar and tengok camne rupe diorang kalo pakai tudung.
Then ade model Masjidil Haram(oversimplified version of it I should say)bersama2 ngan poster menerangkan pasal "Five Pillars of Islam" a.k.a Rukun Islam. Ade jugak model Baitul Maqdis. Model Masjidil Aqsa lengkap ngan model Dome of the Rock. Tambah lagi ade tunjuk pasal gates yang digunakan untuk masuk ke kota Baitul Maqdis. Ade Damascus Gate, Jaffa Gate dan sebagainya.
Ade jugak poster2 yang menerangkan mengenai Rasulullah s.a.w, sifat2 Baginda dan keperibadian Baginda. Patutnye ade booth untuk terangkan mengenai solat, tapi sebab ruang tak cukup kot? Tapi bile masuk waktu Maghrib, kami solat kat satu sudut dalam bilik pameran sebab takdek ruang lain. Ade plak yang amik gamba, huhu.
Kat tengah2 bilik pameran, ade satu meja untuk letak segala risalah mengenai Islam, al-Quran dan lain2.
Pameran dihadiri mostly oleh Malaysians la kan. Ade jugak Irish, atau secara senangnye, orang2 putih nih datang tengok2. Diorang nampak sangat interested. Ade yang walaupon sebok, sanggup datang gak, amik beberapa risalah, tengok2 mana yang sempat, dan terpaksa beransur. Ade jugak yang datang dan memang nampak berminat, siap mintak dipakaikan tudung(kat booth tudung tuh la).
Ade jugak sorang pakcik nih, keje kat TCD. Omputeh la. Dia ade tanya or cakap something kat aku. Aku terkujat2 nak pikir apa patut aku cakap so that pakcik nih tak dapat maklumat salah. Alhamdulillah, sebbaik ade sorang kawan aku kat situ, maka aku mintak tolong dia yang explain. Huhu.
Ade jugak booth jual makanan. Ade samosa, cucur ikan bilis, nasik lemak pon ade! Pergh. Just talking about it makes the G cells in the wall of my stomach start secreting gastrin already. Lapar plak, huhu :P.
Kul 9 tepat, start kemas2 bilik tuh. Selesai kemas dalam kul 930 kot. Balik naik bas. Sampai umah dalam kul 10 malam. Alhamdulillah, walaupon penat, tapi rasa seronok.
Banyak jugak cabaran dan dugaannya nak terangkan Islam kat orang eh? Time bagi flyer, tak ramai yang nak amik. Time pameran tuh pon, tak ramai yang datang, tapi dengar kata lagi ramai dari tahun lepas. Alhamdulillah pencapaian yang baik la tuh. Takpe la kalo yang dah taknak datang tuh kita nak buat camne kan? Mungkin hidayah Allah belom tiba untuk mereka. Moga2 kita semua sentiasa mendapat rahmat dan hidayah Allah sentiasa in-syaAllah. Ade yang tak bape puas ati sebab tak ramai yang datang. No komen.
Bagi aku, asal ade yang bukan Islam dan benar2 nak tau pasal Islam, dah datang pameran tuh and tunjuk minat plak tuh, bagi aku dah cukup dulu buat masa terdekat nih. Moga2 Allah kurniakan hidayah dan petunjukNya kepada mereka2 nih untuk masuk Islam dan turut sama ngan kita bantu Islam in-syaAllah.
Patutnye ade PBL. Tapi aku tak pegi. Dah nak pegi tadi. Tetibe perut mencadangkan agar aku tak pergi. Terpaksa berlari turun ke..ke mana? Sambung sendrik. Haha. Bukan sengaja ok? Well..maybe ade la sket sengaja, tapi sket je la. Huhu.
Bangun pagi dalam keadaan agak sejuk. Tengok luar. Semua putih jek. Salji agak tebal kali nih. Boleh la nak kumpul2 untuk buat snowball. Heh, dah nak abih winter, tapi salji makin selalu plak. Plek2. 2-3 hari selalu jek hujan ais or hujan batu or whatever you may call it. Lebat plak tuh. Sebbaik la kecik2 jek. Sure jalan licin pasnih.
Erm, skang nih alhamdulillah aku rasa hati dah makin tenang. Masalah2 yang melanda diri sepanjang 2 atau 3 minggu lepas, yang memberatkan kepala, semangat dan jiwa seolah2 dah takdek. Hilang gitu jek..kot. Tapi syukur sangat2 kepada Allah sebab berikan ketenangan. Moga ngan ketenangan nih, lebih mudah aku nak beribadah in-syaAllah. Amiin.
Anyway. I think that's all about it. Takdek mende dah. Exam lagi sebulan. Study gigih lagi pasnih in-syaALlah. Semangat2!! :P
Wassalam.
No comments:
Post a Comment