Monday, 31 January 2005

Biase jek..


Assalamualaikum..

Erm, actually takdek apa nak tulis pon, tapi tetap rasa nak tulis jugak kat dalam nih. Tengok la, mana la tau tengah merepek2 ade mende nak tulis jugak akhirnye kan. Heh.

Kejap jek dah sebulan yang pertama abih dalam tahun 2005 nih. Cepat betol. Kang tau2 dah bulan 12. Dah nak masuk 2006 plak. Maknanya aku dah 3rd year kat Trinity College tuh. Isk. Tapi nape skang nih aku rasa cam banyak main2 jek lagi nih? Bila aku nak start serius nih? Takleh jadik, kene start skang jugak. Huhu.

Alhamdulillah duit JPA masuk Khamis lepas dan secara automatiknye mengangkat atau melenyapkan status "nearly getting bankrupt" aku. Fuh, alhamdulillah, baru la bleh rasa cam nak bernafas dalam2 sket. Kalo tak tuh, memang rasa sesak betol ah. Tapi kene beringat gak la. So skang nih aku dalam perancangan merancang budget, yang mana sebelum nih tak pernah terpikir. Haha.

Last Jumaat, lepas PBL. Kul 11. Aku keluar dari kawasan kolej. Menuju St Stephen Green Mall. Nak gi Dunnes Store. Beli donut. Wedges. Coklat. Makan kt St Stephen Green Park. Sorang2. Dah abih, start jalan balik ke kolej. 100 meter di hadapan, nampak "makcik Bosnia bersama anaknya yang kecil itu" sedang kejar sapa ntah nak mintak duit. Masa nak gi Dunnes Store tuh, nampak gak dia ngan kawan dia kat satu lorong kecik nih. Tuh yang buat aku berwaspada masa nak balik.

Erm, rasa tak patut pon ade sebab aku baru lepas makan tapi diorang plak tak makan2(well, I think diorang tak makan2). Nampak jek makcik tuh, aku patah balik, masuk Clarendon Street. Cam aku cakap, aku tak kisah dah, jauh pon jauh la. Huhu.

Oh ya, Khamis lepas. Kul 630. Ade interfaith dialog between this Christian Prof,Chawkat Moucarry(camtuh ke eja dia tak ingat plak) yang ade PhD dalam Islamic Studies ngan sorang penceramah Muslim dari Kanada kot, Syabir Ali, yang ade Bachelor dalam Islamic Studies. The result? Syabir Ali lebih menarik perhatian ramai berbanding Chawkat. Dia nampak lebih berpengalaman. Lebih fluent dalam bagi hujah2 dia. Chawkat? Agak tak best. Banyak pusing2 ayat. Mengelirukan semua orang. And he even said one point which, in other points that he stated later after that, contradicted what he had said earlier.

Sabtu. Ade seminar pasal "Strategi Musuh Menentang Islam". PPIMI yang organised. Kire cam usrah grand la. Sedih. Lelaki tak ramai yang datang. Erm, diorang ade hal lain yang lebih penting agaknye. Takpe ah. Papehal, memang best.

Ahad. Takdek buat apa. Dok umah jek. Hehe.

Harini? Start klas balik la cam biase. Aku harap this week, all will go well in-syaAllah.

Wassalam.

Wednesday, 26 January 2005

Isk lagi...


Assalamualaikum..

Huhu, harini agak meletihkan. Starting ngan PBL kul 9 pagi, aku kuar rumah kul 830 pagi, selepas melantak sepinggan nasik ngan seketul daging kambing masak kari, woohoo!! Alhamdulillah. Huhu. Pepagi makan daging kambing. Sebbaik tak sakit perut. Lapar, malam tadik tak makan nasik, so compensate ah, eheh. Jalan ngan lajunye, sampai ke tempat dituju dalam kul 9 tepat. Alhamdulillah.

Anatomy kul 2. Dissection arini. Dissect jantung. Heh, agak menarik juge tengok keadaan jantung manusia nih. Dulu pernahgak dissect jantung, tapi disset jantung kambing jek. Eh, ke lembu ar? Aku pon tak ingat, tapi yang pastinye bukan jantung orang la. Jantung pisang lagi ah bukan, huhu(Wooo, lawak 'lame'..huhu).

Lepas solat zohor, borak ngan senior. Budak 3rd Med. Cite la pasal makcik Bosnia tuh. And somewhat I got a glimpse of truth about that "makcik Bosnia dengan anaknye yang kecil itu". Kata senior sorang nih, makcik tuh dah lama ade kat sini, sejak senior nih 1st year lagi. And she told him the same story when he bumped into her, 2 years ago. See? And another thing he told me was that that makcik is not even a Muslim. Sejauh mana benarnye info nih aku tatau ah. But if I see her next time, I definitely going to take a detour. Jauh pon jauh la, penat pon penat la, asalkan aku tak kene tarik ngan makcik tuh.

After PBL, kul 11, went to comp lab to check my email. Got email from JPA. 2 days ago I sent them an email, informing them about my previous winter exam result, since they asked for it by sending a letter to my home in Malaysia. Alhamdulillah, luckily my sister was at home that time, so I asked her to read and tell me what the JPA had to say to me in the letter. So I emailed them my result. And today, I got a reply from JPA, asking me to send the hard copy of the result. I was, like, "whatt???!!" at that time.

Aku dengar duit Feb-Apr nak masuk Jumaat nih, tatau la betol ke tak. And aku dengar kalo tak anta result, duit tak masuk. Huhu. Jangan la weh! Senak dah nih, huhu. Harap duit masuk la jugak. In-syaAllah.

Sepotong hadis Rasulullah s.a.w(Hadis nih Hadis Qudsi sebenarnye)..

[Holding Grudges]

The gates of Paradise will be opened on Mondays and on Thursdays, and every servant [of Allah] who associates nothing with Allah will be forgiven, except for the man who has a grudge against his brother. [About them] it will be said: Delay these two until they are reconciled; delay these two until they are reconciled.

It was related by Muslim (also by Malik and Abu Dawud).


Wallhu a'lam.

Wassalam..

Tuesday, 25 January 2005

Isk..


Assalamualaikum..

Erm..pekaba? Aku sehat alhamdulillah. Finished class quite early today, the last class ended at 11am. Patutnye ade klas Ethics, tapi tunggu punya tunggu, takdek lecturer datang pon, so aku pon blah la pulang ke rumah, maleh nak tunggu situ lelama pon.

The weather today was really nice. Great, in fact. Sunny day, although the morning was really cold. And there I was, crossing Nasseu Street, walking with a cheerful and happy feeling because of the early leave from college. And I decided not to walk into Grafton Street, one of the reason was to avoid the "makcik Arab dengan anaknye yang kecil itu".

I passed one Garda guy. Ok no problem with that. Then suddenly, with the bright sunlight pouring over my face, I saw something I have always trying to avoid and will always avoid it as long as I am in Ireland. Or should I say, someone. Can you guess it yet? No? Well, maybe some of you have guessed it. Yes, it was the "makcik Arab dengan anaknye yang kecil itu" laaa!!! Huhuh. Too late to turn back and "run", I just decided to walk to her, deep in my heart, hoping and praying that she won't stop me. Hah! Not a chance. I was the only one walking towards her that time. Terpaksa la berenti.

"Assalamualaikum, mister, you're a muslim, I'm a muslim, please help me, we haven't eaten for 2 days. Wallah(demi Allah), I'm a muslim".

Decided to confront,"Where are you from?".

"I'm from Bosnia, my husband is in Bosnia right now" while showing me her cute little baby. Ok she wasn't an Arab. "How long have you been here?".

"8 months".

"I'm sorry, I really don't have any money right now, I only can give you coins" sambil mengeluarkan wallet dari dalam beg, tengok kiri kanan kot2 ade lagi orang2 cam dia tengah tunggu peluang nak terkam aku, huhu.

Keluarkan beberapa sen,"I'm sorry, will this be enough?".

"Wallah, I'm a muslim, pity us we have not eat for 2 days". Time tuh baru la aku tau, takdek sapa penah bagi dia nih duit kot. "I'm sorry, this is all I got". Kesian gak.

"Well, please go to the bank and take out your money". (Amboih makcik nih)

"I'm sorry, I don't even have any money in the bank right now. I'm the same as you. Wallah, I really don't have money to give". In what sense that I am the same like her, ntah ah. Maybe in the sense of sengkek kot skang nih? Huhu :P. Well, dia dok cakap "Wallah", and since dia takkan caye kalo pon aku cakap betol, aku pon tunjuk la wallet aku yang memang kosong, and aku pon cakap la "Wallah" setelah mendapat idea dari makcik tuh.

Aku terpaksa kata "Wallah" tuh ok, kalo tak sure dia taknak lepaskan aku punya ah. Huhu, lepas dia buat muke sedih sket, terus dia blah. Aku pon blah ngan rasa sedikit tak best dan plek. 8 bulan kat sini? Camne dia bleh sampai sini all the way from Bosnia? 8 bulan? Takdek orang report? 8 bulan? And aku baru jek selisih ngan Garda, camne makcik tuh tak kantoi?(maybe Garda tuh pon lari dari makcik tuh kot? Hmm..). Bukan la aku nak makcik tuh kantoi sebab sian la dia kan. Tapi takkan 8 bulan nih dia idup ngan mintak orang bagi duit kat dia? Is she for real? Kat mana dia tido kalo malam? Alhamdulillah takdek sapa datang terkam aku lepas tuh. Huhu.

Aku anta mesej kat kawan aku yang time tuh tengah tunggu bas tak jauh dari tempat kejadian. The reply? "Ko suruh jek dia carik keje". Heh, a very sound solution. Tak teringat plak aku nak sarankan kat makcik tuh. 8 bulan? Anyway..aku rasa maybe payah gak dia nak dapat keje sini, sebab boleh jadik dia sampai sini takdek permit. Ntah ah. Tapi sedikit sebanyak aku rasa ketenteraman terganggu la jugak ngan orang2 gini.

Aku dah la jenis suke jalan balik sorang2. Selalu sepanjang jalan balik, especially kat Grafton Street, and jalan2 kecik2 sekitar tuh, selalu ade orang panggil2 orang tengah jalan2 kaki nih. Kadang tuh nak promote mende la, nak cite la mende projek or aktiviti group dia tengah buat cam charity ke apa ke. Maleh la nak berenti dengar. Bukan ade apa aku bleh bagi pon. Why don't you all just let me pass without ever trying to stop me coz I won't be bothered of what you're trying to offer! Huhu. Kadang tu terpaksa la buat2 cam tengah tepon ke, tengah reply msg ke, cakap "Sorry, I'm in a hurry" ke. Aiseh..bukannye best bohong2 nih, tapi nak buat camne kan?

Maybe sebab aku banyak lupa Allah kot. Aku sangka aku dah rancang ngan baik untuk escape dari makcik tuh and lupe bersyukur. Astaghfirullah. Aku merancang, Allah juga merancang dan Allah juala sebaik2 perancang. Allah jualah yang menentukan. Maka ditakdirkan untuk aku jumpa makcik tuh lagi. Untuk bagi aku sedar, aku bukan la orang yang paling susah kat dunia nih. Bagi aku sedar, supaya banyak bersyukur ngan apa yang ade, bukannya mengeluh dengan mende yang takdek.

Wassalam....

Saturday, 22 January 2005

Selamat AidilAdha


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum..

Amacam raya haji korang? Dah dapat daging korban blom? Aku tak dapat lagi arr, aritu ingat ade distribute kat Malaysian Hall, tapi takdek plak, kat Masjid Dublin pon takdek gak menurut kata kawan aku. So bilenye nak dapat daging korban nih? Ke aku yang dah terlepas?

Raya haji kat Ireland nih jatuh pada hari Khamis lepas sebab sini ikut Arab Saudi, so pagi Khamis tuh memang aku tak gi 2 lecture, Physio ngan Biochem. Takbir kat sini start kul 9 pagi, solat kul 10 pagi. Lepas solat ade jamuan skettt. Heh, aku seperti biase, 2 round adelah capacity minima aku. Haha, so aku memang makan 2 round la. Ala, lagipon memang banyak lebih, and aku bukan makan sampai kenyang takleh bernafas pon.

Jumaat, hanya ade PBL kul 9 pagi and practical Biochem kul 2 petang. And arini, Sabtu aku takdek buat pape sangat pon, dok umah jek. Lunch masak nasik goreng, best woo. Haha, arini ujan manjang ngan angin kuat, so takdek rasa nak kuar langsung. Dah la bangun pon lambat. Patutnye dak2 nih ajak main futsal, nak buat camne, aku tak terbangun, so tak pegi la, eheh :P

Azam baru : taknak escape lecture lagi. Nak jadi tegas ngan diri sendrik pasnih. In-syaAllah.

Erm, teringat kat parents ngan opah aku kat Makkah skang nih. Apa khabar diorang skang agaknye? Moga2 urusan ibadah diorang dimudahkan oleh Allah, moga amalan2 diorang diterima oleh Allah. Moga diorang, and semua jamaah dilindungi Allah dari bahaya.

Erm, tatau nak buatpe skang. Tengah voice chat ngan kawan aku kat Malaysia. Heh, best gile, dah la tak pernah guna voice chat nih. Nanti bleh voice chat ngan adik aku. Dulu tak bleh, skang bleh plak. Alhamdulillah. Eheh.

Monday, 17 January 2005

Kenapa nih? Apsal aku plek sangat nih?


Assalamualaikum..

Cadangnye nak start ngan gaya karangan surat tak rasmi cam Sid cakap, tapi tak ngape lah, maleh plak nak buat gitu.

Tatau nak kata apa.

Arini satu hari tak gi klas. Bukan sebab takdek klas, tapi sebab memang..er..just don't feel like going. Teruk gile aku skang. Rasa malas tuh makin membuak2. Apsal ngan aku? No definite answer to that. Even I can't give the answer.(Adik, jangan bagitau abah ngan mama, angah tak gi klas arini, eheh :P)

Sometimes I wonder, what is wrong with me? Often I feel like I'm having some kind of heavy thoughts, like there is a very heavy burden being put on my back and I have to carry it alone, without anyone else being allowed to help me. Well, its my burden after all, why would I let anybody do the carrying? Even so, I don't know what kind of burden I am carrying right now, so how can I ask anyone to help me carry even half of it? I really despise this kind of feeling, this kind of thought,this kind of heavy feeling inside my heart. Sometimes I feel like I am about to break.

Well, I am not the kind that like to involve others into my problems, my burden. I like to look as if I had nothing that worries me, but on the inside, its like the whole world is my responsibility. Let's just say, half of me always looks fine, while the other half doesn't. Sometimes it feels like I am empty inside. Not my stomach la. Err..currently memang tengah lapar pon, ahaha :P

Pernah dengar, kalo hati terasa kosong, kene cepat2 isi ngan mengingati Allah. Sebab memang sunnatullah, setiap yang kosong pasti akan diisi oleh something. Erm..mungkin aku kene isi hati nih dengan mengingati Allah. Sebab kalo tak, ianya akan diisi oleh syaitan yang akan memberi harapan palsu, angan2, rasa kecewa, putus asa, lemah semangat, malas, susah hati dan kesedihan. Takleh gitu. Erm, Rasulullah s.a.w pon dah ajar doa mintak perlindungan Allah daripada rasa susah hati dan kesedihan. Dalam ma'thurat ade. "Sesungguhnye dengan mengingati Allah, hati2 akan menjadi tenang.."(err..surah apa tuh ek? lupa plak, huhu).

Kadang2 tuh, pernah gak rasa diri nih cam alone. Rasa cam nak gak ade someone(paham2 la). So that bleh la jugak cite mende2 gini. At least ringan la sket rasa gelisah dalam hati nih. Heh, apa aku tengah cakap nih? Astaghfirullah. Dah dah, semua tuh dugaan. Rontaan nafsu jek semua tuh. Nafsu yang datang dari hati yang berpenyakit. Yang datang dari persekitaran yang mencabar keimanan. Jangan biar diri terlalai. Tak semestinye kene ade someone jek bleh cite2 masalah. Kawan2 still ade, mak abah pon ade gak. Yang paling penting, Allah ade. Cite semua kat Allah in-syaAllah rasa tenang. Isk, what exactly makes me to think about it ever again? Padahal awal2 aritu dah janji pada diri sendrik, nak blaja dulu. Taknak beratkan kepala ngan mende2 gini. Mak abah letak harapan tinggi.

Nak rasa rindu kat orang? Nak cinta kat orang? Cinta pada Allah camne? Kalo tuh tak setel, payah la sket. Rindu pada mak ayah camne? Kalo dok ingat orang lain lagi banyak dari ingat Allah, baiklah tak payah dulu. Latih diri untuk lebih banyak ingat Allah lagi baik. In-syaAllah bleh, akan dan cube dilaksanakan.

As I am writing this, it is snowing. Yeah, again! I think maybe the whole Ireland is snowing at the moment as my friend in Galway also told me the same thing.

Erm..Ya Allah, kurniakan aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan. Angkatlah rasa berat dan kesusahan nih dari hati dan diriku..

Dah, abaikan aku yang tengah merepek nih. Pahal tah arini cam plek jek aku nih.

AaAAaArGhhH!! Pahal henpon aku nih?! Manjang off sendrik, aku campak jugak ke luar tingkap kang! Huhuhu..

Wassalam..

Friday, 14 January 2005

A day to remember


Assalamualaikum...pekaba? Sehat hendaknye in-syaAllah, aku sehat alhamdulillah. Lapor sket skang nih sebab tak makan lagik, heh.

Harini aku rasa cam agak best. Sebab apa? Sebab satunye harini ialah hari Jumaat, penghulu segala hari, hehe. Arini jugak sangat best sebab aku bangun awal gile, tak pernah aku buat sepanjang aku kat sini bangun kul 6 pagi. Well maybe sebab aku tido awal gile gak semalam, kul 8 malam dah terbongkang atas katil, err, bawah duvet yang selesa la tapi. Letih gile ah sebab semalam kene gi jumpa tutor untuk family case study tuh. Erm..perjalanan semalam sangat best sebab ari sangat cerah. Naik DART(cam KTM komuter la), lalu sepanjang tepi pantai, sangat cantik pemandangan, sebbaik tak bawak kamera, kalo bawak, dah amik gamba dah kot, hehe.

Arini jugak, patutnye ade PBL kul 9 pagi, tunggu punye tunggu, tutor tak timbul2. Maka kami sekumpulan mengisytiharkan aritu takdek PBL. But still kami dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab, bincang la jugak apa learning goals untuk next problems, and it only took us 2 minutes. Then aku pon jalan kaki la pulang ke rumah, time tuh baru pukul 920 pagi. Jalan pulang dengan gaya bersenang lenang. Menikmati nyamannya pagi, langit mendung.Bertembung ngan sorang lelaki yang tengah bawak 2 ekor anjing dia jalan2. Hitam. Besar. Aku rasa setinggi anak rusa, huhuh. Cuak gile aku. Dah ah tak dipegang anjing2 tuh, biar lepas gitu jek, sebbaik la tak kaco orang.

Pastu ke depan sket lagi. Jumpa plak sorang ibu ngan strollernye, sebelahnye ade anak kecil, tengah tolak stroller gak, tapi mainan la(stroller ialah kerusi sorong yang selalu letak budak kecik tuh, kan?). Comel gile ah anak kecil tuh. Best tol tengok dia tiru gaya mak dia tolak kerusi sorong tuh. Tapi aku tak berenti tengok la, aku teruskan perjalanan.

Skang nih kalo aku jalan kat Grafton Street, sure aku akan cam cuak2 sket. Bukan cuak apa, ade sorang makcik Arab nih, selalu bawak anak kecik dia, and mintak2 duit kat orang yang lalu lalang. Dah 2 kali gak aku kene, and 2 kali tuh jugak la aku terpaksa menolak permintaan dia supaya bagi dia duit. Bukan aku taknak bagi, aku sendrik takdek duit. Camne nak bagi. And setiap kalo menolak tuh la aku akan rasa bersalah. Tuh pasal aku taknak jumpa or bertembung ngan makcik tuh lagi. Arini nampak gak makcik tuh dari jauh masa nak gi kolej pagi tadi. Maka awal2 lagi aku dah mengelak, huhu. Sori la makcik.

Err..banyak lagi mende nak cakap, tapi aku lupa apa nak cite sepanjang kejadian harini. Haha.

Maybe summer nih balik umah pertengahan bulan Jun kot. In-syaAllah. Ergh, tak sabar nak makan nih! Haha. Tiket tak beli lagi. Actually asalnya ade plan lain masa summer before balik Malaysia, tapi nampaknye plan terpaksa dibatalkan. Takpe la, ade rezeki in-syaAllah plan tuh dapat gak dilaksanakan, amiin.

Tatau nak kata apa dah. Sure korang boring bace pepanjang pon. So sampai sini la.

Wassalam.

Wednesday, 12 January 2005

Apsal ar?


Assalamualaikum..

Pekaba korang semua arini? Harap²nye korang semua sehat belaka..aku alhamdulillah sehat jek.

Now, kat komputer lab. Just finished PBL session half an hour ago. I was the chairman for today's 1st-hour session. And I can say that I'm not a very good person for the job. And for the second session(since it is a 2-hour session), I didn't talk at all. Yes, not at all. Just kept quiet, and listened to others giving their opinions. The topics, or I should say, the problems in the block book for this week until the end of next week are about ethics.

I dunno why, or what, but somethings seem to be distracting me lately. I can't really concentrate in class. And, did I tell you, I didn't talk at all just now? I dunno, just don't feel like talking today. I know it's gonna cost me my personal marks, but..ntah ah. Nak kata still holiday mood, takpon. Fully-cured from the holiday mood, or so I thought, heh. Seriously, memang hilang terus semangat nak bercakap tadik. Ya Allah, berikan aku kekuatan..huhu.

Entah..entah...aku pon tatau apsal..

By the way, my parents and my grandmom are currently in Makkah al-Mukaramah right now. Departed on the morning of 11th January(waktu Malaysia). Moga mereka selamat dalam perjalanan, selamat masa kat sana, selamat menunaikan ibadah, selamat pulang ke Malaysia and most importantly, moga Allah mengurniakan kepada mereka dan semua jamaah haji yang lain dengan haji yang mabrur, in-sya Allah.

Oh ya, a very selamat hari lahir ke-21 to Sid. Moga panjang umur, dimurahkan rezeki and bertambah amalan ko sepanjang tahun nih, amiin. Patut ah pagi tadik rasa cam today's date is something, dalam PBL tadik baru teringat arini besday ko, haha. Sori ah encik. Dah tua ko ye? Hoho.

Wassalam..

Friday, 7 January 2005

Bored..


Assalamualaikum...kaifa halukum jami'an? Eceh, cakap arab sket, dah lama tak cakap arab, eheh. Cam la dulu selalu cakap pon..

Well, really, seriously, got nothing to scribble in here this time. Just thought I could, well at least write about one or two things, anything coz I am so dead boring right now. Well, ok, I'm not dead but I am bored. This is the thing I dislike most, don't have anything to do, and feeling bored. Bored is bad, don't you think?

Angin kuat gile malam nih, since lepas maghrib tadi tak berenti2. Kuat gile, seolah2 cam nak ribut. Riso gak bile dengar bunyi angin. Time2 nih teringat kisah yang pernah aku baca satu masa dulu. Rasulullah s.a.w, setiap kali ternampak awan hitam, atau setiap kali angin bertiup kencang gile, baginda akan jadi pucat dan segera masuk ke masjid menunaikan solat sunat. Sahabat semua plek sebab apa Rasulullah s.a.w jadi pucat gitu.

Then Rasulullah s.a.w bagitau la para sahabatnya yang sedang kepelikan itu, mengenai kaum2 yang terdahulu, Allah memusnahkan mereka dengan menurunkan azab seksa berupa angin kencang dan batu2 dari awan hitam yang disangka awan pembawa hujan. So Rasulullah s.a.w masuk ke masjid, solat sunat, berdoa agar Allah tak turunkan azab dengan angin tu.

Erm..kita skang camne? The appropriate question sebenarnye ialah, aku skang camne? Takdek teringat pon nak masuk masjid bile angin kuat gini. Rasa biase lagi ade ah, takdek rasa teringat segala peringatan yang Allah dah bagitau dalam Al-Quran. "Ala, angin jek, takdek apa punya ah". Huhu. Ade gak aku penah dengar la, digalakkan masuk ke masjid kalo time2 angin kuat. Erm, mungkin itu yang terlintas di hati kebanyakan saudara2 kita di Acheh sana. Not necessarily angin kuat, kalo bencana tiba, seek refuge ke masjid. Subhanallah, yang masuk masjid semua selamat.

Erm, kan dah jadi panjang cite. Housemates aku yang 2 orang lagi dah balik. Dah puas melancong agaknye. Aku ingat taknak balik dah, heh.

Isnin. Kelas akan mula balik, cam biasa. Jadual? Aku tak tengok lagi. Well, muka depan booklet jadual tuh ade la tengok aritu. Ade lecture apa Isnin ni? Ntah. Haha. Apsal cam tak bersemangat nak balik ke sekolah? Isk, takleh jadi, semangat semangat!! Erm..mula balik klas, mula balik practical, mula balik nengok muka2 dak2 Irish satu klas, mula balik family visit, mula balik Behavioural Studies(aiseh, kene gi hospital lagi), mula balik PBL..what?! Aiseh, PBL lagi..huhu. Takpe2, sabar, tak lama, 6 bulan je lagi. Tahun depan takdek PBL dah.

Family visit. Hmm, nak rasa apa eh? Tak sabar sebab nak tengok baby yang cute itu ke? Haha, ye la kot. Rasa cam next visit nak bawak kamera ah. Amik gambo ngan baby tuh. Orait gak tu. Rasa2nya mak dia bagi ke ar? Hmm...ntah ah, tanya je la nanti, heh.

Okeh, doakan aku sentiasa kuat melawan nafsu malas dalam diri nih. Amiin. Bukak term baru, nak study bebetol, taknak memain. Nak score, so that bleh balik Malaysia dengan rasa puas hati, in-syaALlah.

Wassalam..

p/s: Oh ya, selamat hari lahir ke-20 la kat cousin aku, cik Nurazwani(aku tau ko baca nih, hehe). Moga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bertambah amalan selaras dengan bertambahnye usia. Heh, kite dah sebaya skang, ngaku la ko dah tua, muahaha!! :P

Monday, 3 January 2005

Seminggu lagi...


Assalamualaikum....

Just got back from Cork semalam. Well, takdek apa pon yang aku buat kat Cork melainkan gi jalan2 kat city, dok umah mengabihkan makanan diorang dan tengok tv, ahaha. Sebab diorang dah ade Sky, lepas nih maybe umah diorang masuk internet plak, menandakan yang kalo aku datang lenkali, most probably aku takkan kuar rumah langsung kot? Kuikui, takdek ah, in-syaAllah lenkali kalo aku datang, aku nak gi jalan2. Aritu tak sempat sangat sebab ade tetamu nak datang umah diorang and keadaan cuaca plak kadang2 tak bape sesuai untuk gi jalan2, tambah lagi duit kurang ade, hehe :P. So maknanya aku memang tak amik gambar la sepanjang aku kat Cork. Well, lenkali, kalo dak2 UK nak datang Ireland, aku nak join ah jalan2 gak.

Apa yang bleh aku kata pasal Cork ialah, Cork sangat selesa diduduki. Kurang sejuk nak banding ngan Dublin. Rumah Zul, yang aku dok tumpang 3-4 hari lepas, sangat besar and selesa, dan juga sewanya murah. Bukanlah tak bersyukur, tapi nak banding ngan Dublin yang memang mahal la even to other European countries, sewa rumah mahal tapi rumah kecik. Well, again, aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. At least aku ade rumah untuk diduduki, berbanding ngan sesetengah orang yang takdek rumah. Huhu. Alhamdulillah..syukur dengan segala nikmat yang Allah dah bagi kat aku. Harapnye aku tak jadi hamba yang taktau bersyukur dan harapnye aku tak jadi hamba yang suka bersungut dan merungut.

Err..apa nak cite? Ade family kepada kawan aku datang umah, sebab diorang nak gi jalan2 ke Dublin dan juga ke Belfast. Skang diorang kat Belfast la kot. So diorang tumpang satu malam kat umah aku yang kecil ini. Takpe, tetamu mesti dimuliakan. Moga2 kedatangan diorang membawa bersama rahmat dari Allah dan menghapuskan dosa kami seisi rumah, in-syaAllah. Sebbaik gak lagi 2 orang housemates aku tak balik dari melancong2. Bleh la aku ngan sorang lagik housemate aku dok bilik mereka2 yang tak puas2 melancong nih, eheh. Kire skang bilik aku yang memang dah tersedia kemas tuh, dikemaskan lagi. Mak kawan aku kata cam dok kat hotel, muakaka!!! Dak2 Cork, korang dengar tu, ade ke mak dia kata gitu kat korang aritu? Ahaha..astaghfirullah..sombong plak..huhu.

Aku gerak gi Cork rabu lepas, amk bas kul 2 petang. Sepanjang perjalanan ak bape rasa nak tido sebab ade buku ite yang beh dibaca. 1511H [Kombat] tajuk buku tuh. Sangat best. Best gile ah. Taknak aku cite apa kandungan buku tuh, nak gi beli, banyak jek kat KL tuh aku rasa, kat UK or Ireland nih aku tatau, heh. Sampai dalam kul 7 malam. Zul dah tunggu. Naik bas gi umah dia. The rest of my activities dah dibagitau di perenggan di atas sana. Hehe.

Balik ke Dublin semalam, amik bas kul 2 gak. Tunggu bas kul 1 dekat2 ngan umah Zul, skali takdek bas. Kul 115 petang, decide nak jalan kaki gi bus station kat city. Took us almost 40 minutes. Penat gile, sampai2 jek, orang dah beratur nak naik bas. Alhamdulillah sebbaik sempat. Tersandar aku dalam bas. Tido la sepanjang perjalanan. Sampai pon lebih kurang pergi jek, nak dekat kul 7 malam. Balik naik bas. Layan net, tengah malam, mandi then solat pastu tido. Heh.

Tuh je la kot...okeh, dah start merepek. Baik aku stop.

Wassalam

Wednesday, 29 December 2004

Peringatan


Assalamualaikum..

Erm, apa kaba semua? Heh, dah banyak kali aku dok tanya apa kaba every time aku update, padahal bukan ramai bace pon. Tadek hal la tuh..

Baru lepas baca Utusan. Sedih baca pasal pasangan yang kehilangan 5 orang anak sekaligus sebab tsunami yang melanda. Bila dibayangkan ikut apa yang diceritakan, sebak rasanya. Moga anak2 mereka jadi pembantu di akhirat kelak in-syaAllah.

Banyak dah berita pasal gempa bumi and tsunami tuh kat mana2 paper. Terbaru yang aku baca, gegaran tuh actually melanda seluruh bumi, bumi bergegar pada paksinya. Pulau2 di dan berhampiran pusat gegaran tuh berubah tempat. 20 meter dari kedudukan asal, satu peralihan yang besar. Peta Asia berubah. Nak tau lebih lanjut, baca la Utusan 29 Disember, arini punya la. Klik sini.

Bila baca pasal gempa nih, terlintas di fikiran, teringat peringatan Allah dalam surah Al-Zalzalah...

"
(1)When the earth is shaken with its mighty shaking,
(2)and when the earth brings forth its burdens,
(3)and the human ask: "What is the matter with it?",
(4)On that Day it shall proclaim its news,
(5)for your Lord will have revealed to it,
(6)On that Day mankind shall issue in scatterings to see their deeds,
(7)Whosoever has done an atom's weight of good shall see it,
(8)and whosoever has done an atom's weight of evil shall see it"

Well, walaupon ayat2 dalam surah nih menerangkan keadaan gegaran bumi ketika tibanya Hari Kiamat, tapi kita still kene amik pengajaran dari peristiwa yang baru jek berlaku. Gempa bumi yang berlaku merupakan peringatan dari Allah untuk kita, supaya kita cepat sedar, kiamat dah terlalu hampir. Mungkin gegaran yang berlaku merupakan sebahagian kecil dari gegaran besar yang bakal berlaku. Still, gegaran 8.9 skala Richter, and yang terbaru dah naik jadik 9.0 pon dah cukup untuk buat bumi bergegar sket, kemusnahan yang sangat dahsyat dan kematian yang tak terkira.

Tengok la, baru sedikit Allah bagi bencana, tapi kita manusia dah tak mampu nak tanggung. Tapi still kita sebagai manusia nih, sombong. Masih lagi berjalan di atas muka bumi dengan sombong and bongkak. Lupa yang hidup nih bukan kat dunia nih aje. Still leka ngan dunia, amal pon cam nak taknak, cam tak bape nak ade, tak bape nak cukup nak selamatkan kita di Akhirat nanti. Huhu. Peringatan yang diperoleh nih, sangat la surenye, hanya sedikit yang akan amik iktibar and berusaha memperbaiki diri. Mostly, akan lupa..nama pon manusia. Diambil dari perkataan "Nis-yan" bak kata Ustaz Irfan, yang bermaksud lupa. Kalo ade yang ingat, kesannya tak sedalam mana. Harap2nye kite termasuk dalam golongan yang amik iktibar ngan sungguh2 dan baiki diri, tambah amalan, kurangkan dosa ngan sungguh2 gak in-syaAllah.

Dari pandangan aku yang da'if nih, peringatan yang diberi adalah untuk mengingatkan kita, memberi bayangan secara kasar, bagaimana lebih dahsyat keadaan yang akan berlaku pada Hari Kiamat. Aduss..taknak taip dah..takut bile memikirkannya. Moh la kite amik iktibar dari apa yang berlaku, moga2 kita jadik orang yang lebih baik and lebih bertaqwa after this, in-syaALlah. Aku cakap memang pandai, tapi buatnye belom tentu. Takpe, in-syaAllah aku akan buat apa yang aku cakap..

Wassalam.

Monday, 27 December 2004

Mende putih..


Assalamualaikum..how are you guys doing out there? Hope you guys are realy in a good condition. Me? Alhamdulillah, still breathing and alive. :)

So apa aku nak cite kali nih? Harini hari Isnin, erm. Most of kawan2 aku yang datang dah balik pon. Semalam Zul dah balik Cork. Sian plak ngan Zul, spek mata dia kene pijak masa tgh solat kat Masjid Clonskeagh Jumaat lepas. Well, takleh nak marah la sebab yang pijak ialah budak kecik yang tak tau apa2. So terpaksa bersabar je la. Sabor ye encik Zul? Ala, ko ade spare kan? Heh, elok2 la main salji kat Cork, jangan ko demam lagi dah, hoho.

Ouh ya, cakap pasal salji. Last Saturday, Dublin was snowing!! Pergh!! It was really wonderful. Well, I might sound like overexcited, but who won't when its the least expected thing to happen in Dublin and it was my first encounter with snow since..err..never! So gimme a break will ya? Heh. But seriously, the sight was very..err..tatau nak kata camne..great!! Pagi tuh suasana sangat sejuk, sebbaik la pasang heater satu malam. Bangun pagi tuh, tergerak hati nak jenguk tengok suasana pagi yang indah. Sekali tengok kat rumput rumah jiran sebelah, ade mende putih. Aku ingat dia saje tabur mende putih tuh, skali tengok kat kereta2 lain, ade gak. So dah cam frust sket sebab ingat kot dah terlepas snow. And agak2 tuh cume ais jek sebab sejuk sangat. So tak kisah la. Dalam kul 1105 pagi, Black sound aku ngan Zul, kata tengah snow. Tengok luar tingkap, pergh, memang snow pon. So aku ngan Zul apa lagi, amik kamera memasing, amik gambar la depan rumah!! Memasing memang cam jakun gile la. Peduli la kan, yang penting best, ahaha. Tapi tak lama snow, 20 minit jek, then berenti. Orait la, lepas la hasrat hati nak tengok salji. Subhanallah, suasana time tuh rasa cam best gile.

Then petang lepas Asar tuh kuar rumah. Aku ngan Anep bawak Black ngan Zul jalan2 gi South Circ, gi umah senior. Pastu ade makan2 sket. Heh, peristiwa yang tak dapat dilupakan kat umah orang tuh, ye Zul? Kuikui :P Lepas tuh, gi umah member jap, tengah jalan2 tuh, salji turun lagi!! Waaa...kirenye satu hari tuh salji je la.

Jumaat lepas, bawak Black ngan Zul jalan2 city, skali kuar agak lambat. So ingat nak solat Jumaat kat Goldsmith Hall kat kolej, skali Wadi kata tutup plak. Nak gi patah balik ke Dublin Mosque memang tak sempat, so amik bas la gi Belfield, solat kat Masjid Clonskeagh. Ingat dah lambat, alhamdulillah, masa sampai tuh bebetol khutbah baru abih. Lepas solat Asar, balik ke city. Jalan2. Makan2. Then balik, Anep ajak gi umah dia, dia buat makan2 sket, eheh :P

Ingat kot semalam ade Boxing Day tuh, skali semua kedai tutup. Yang ade bukak ialah kedai makan, tuh pon tak semua, so jalan2 je la. Dalam kul bape tah kitorang jalan balik. Sebelum tuh, gi anta Zul kat Busaras(bus station), di nak balik Cork. Tak sabar nak main salji kot, dengar cite salji kat Cork 3 inci tebal, siap bleh buat snowman, ahah.

Harini la Boxing Day tuh. Hampir semua kedai sale, barang agak murah nak dibandingkan ngan harga hari2 biasa. Pagi tadik dalam kul 1030, gi ikut Black gi Dublin Airport, Black nak balik London dah. Then jalan2 kat city ngan Anep, dia nak beli kasut. Aku? Aku tengok2 je la. Duit tak bape nak ade, kalo ade dah lama aku beli jaket ke, kasut ke pape ke. Heh.

Then lepas nih tatau nak buat apa. Mambe dah balik from UK. Nik ade sini, esok kot dia balik Cork. Aku tak ikut kot. Tapi in-syaAllah Rabu or Khamis nih gi Galway la jalan2, tengok la camne. Bosan gak dok umah takdek buat apa.

Aku ade dengar pasal gempa bumi yang berlaku kat Acheh tuh. Sangat terkejutla bila dengar yang tsunami tuh sampai ke Malaysia, even sampai ke Eastern Africa. Jauh tuh. 8.9 Richter scale tuh sangat kuat tu. No wonder the wave bleh sampai Somalia nun. Harini tengok, on the front page of every newspaper cite pasal that disaster. There was even a picture of a part of Langkawi Island after the catastrophic event. Kat Skynews, asek cite pasal tuh jek, siap tunjuk lagi ombak2 besar. Aku sangat sedih, masa aku baca Utusan semalam, rasa nak nangis. Sebak betol. Sian aku mengenangkan nasib orang2 yang berkelah kat tepi pantai ngan family. Huhu. Moga Allah merahmati roh mereka..

Itulah, antara tanda2 kiamat dah dekat. Ya Allah, amalku masih lagi begitu sedikit nak banding ngan dosa yang menggunung tinggi nih. Astaghfirullah...ampuni kami semua Ya Allah.

Ingat nak call umah tadik, tapi tak sempat plak. Tengok la, in-syaAllah akan call esok. Rindu kat semua orang kat Malaysia. Abah, Mama ngan Mak nak gi menunaikan haji, akan bertolak 9 Januari ni kot in-syaAllah. Mesti call before mereka bertolak.

Wassalam..

Friday, 24 December 2004

What next..?


Assalamualaikum...agak2nye, pekaba la korang semua ek? Aku sehat alhamdulillah, well, penat sket sebab baru balik dari PUISI. Ouh ye, pembetulan, PUISI stands for Perhimpunan Ukhuwah INSANIYYAH Seluruh Ireland, bukan Islamiyyah macam yang aku cakap dalam entry yang lepas. Tapi tak kisah la, pengisian masa PUISI semuanya Islamik, sangat la best!

Bertolak dari rumah seawal 755 pagi, tuh pon dah dikira cam lambat, dah la nak kene gi ATM dulu kuarkan duit. Ye la, walaupon nak gi Glendolough yang takdek apa melainkan bukit bukau dan permandangan yang indah, tapi kene gak la siap2 ade duit, kot2 la nak bayar or beli pape ke, ade sesapa kesempitan duit ke, bleh la jugak tolong2 bayarkan dulu kan? So aku ngan Anip pon gerak kuar dengan lajunye. Dah lama aku tak bawak beg pakaian so rasa lain sket. Bas nak gerak dari Malaysian Hall kul 830 pagi, jarum jam besar kat jalan Rathmines tuh dah tunjuk kul 805 pagi. Sempat ke tak? Tak kisah la. Lepas kuar duit, terus gerak pantas ke Hall. Sampai2, lagi 3 minit nak kul 830, bas dah ade, tapi orang tak ramai pon yang dah tiba. Alhamdulillah, sempat la tarik napas.

Gerak dalam kul 915 pagi, sampai dalam sejam lepas tu. Subhanallah, permandangan sepanjang perjalanan sangat la lawa. Memang aku dah bawak kamera siap2 sebab dengar cite dari orang yang penah pegi tempat tuh, memang lawa. So amik la beberapa gambar scenery masa dalam perjalanan tuh. Tuh blom kire aku amik gambar2 scenery lain sepanjang 4 hari aku kat situ. Tak puas betol amik gamba.

Overall, program yang disediakan memang best. Penceramah dijemput dari Dundee(ade 2 orang penceramah tuh housemates kawan aku, Amirin. Pergh, Mirin, PUISI tahun depan ko la bagi ceramah plak, eheh). Best betol kawan aku sebab ade housemates ustaz, senang hidup. Nak tanya pape pon senang. Anywayss..PUISI memang best, memang takdek komen lebih dah. Makan pon masyuk. Makan dalam dulang. PErgh!! BEst best! Ceramah plak basically kupasan pasal buku by Sheikh Jamal al-Din Zarabozo, "How to understand and approach Al-Quran". Aku ade tempah buku tuh, tapi tak sampai lagi, ade masalah sket sebab Krismas kan, so lambat la sket diorang hantar. Sangat banyak ilmu yang aku dah dapat sepanjang program, banyak yang buat aku sedar apa aku dah tak buat or silap buat selama nih. Lama tak dapat tazkirah, skali dapat, best gile, hehe. Alhamdulillah... Malam akhir, ade Malam Gema Islam. Every Muslimin group kene perform, so group aku, ade poet sorang, di samping kene berlakon, nasyid, ade gak la sajak dia sediakan dalam satu malam jek, pergh!! Handal betol kawan aku sorang nih..

Tempat penginapan pon selesa sangat, pastu kalo nak gi dewan ceramah, kene jalan, masa tuh ah amik2 gambar. Ade skali tuh, between the dewan ngan hostel, masa jalan tuh, ade sekor anak anjing yang perasan cute ah, dok kejar kitorang. Hampeh punya anak anjing. Sebbaik la tak kene. Memang rapat betul la. Siap ade skali salah sorang AJK tolong bawak ustaz balik hostel, naik kete. Elok jek kete berenti, tak alih2 jek anak anjing tuh melompat masuk kete tuh. Huhuh.

Black ngan Zul ade kat umah aku nih. Diorang ikut balik umah lepas PUISI, nak jalan2 Dublin before balik ke tempat memasing. Aihh, aku gak tak gi memana. Ade yang gi Scotland, ade yang gi Spain. Takpe la, simpan duit dulu. Lenkali dah ade duit baru gi jenjalan. Ntah apa silapnye, aku tak dapat lagi duit untuk bulan nih ngan Januari. Dak2 lain dah dapat. Erm, takpe la, aku redha je la. At least aku still ade duit nanti di kala orang lain dah kureng sket duit diorang. Huhu.

Pasnih cam ade cadangan nak gi Cork and Galway in-syaAllah. Tapi tuh pon tengok gak keadaan duit camne. Pergh, susah betul bile kesempitan wang nih, ujian ujian. Moga aku dikurniakan kesabaran and kekuatan. Mende kecik jek nih, in-syaAllah bleh handle punya.

Gambar2 yang aku amik, in-syaAllah aku akan upload kat fotopages some other time la ye? Kali nih agak banyak gak gambar aku amik. Sedar tak sedar ade dekat 100++ pictures.

Erm, apa lagi aku nak cite nih? Takdek idea la plak. Esok in-syaAllah gi jalan2 ke rumah2 member2 berhampiran, Trinity Hall ke, South Circular ke, memana la, bawak Black ngan Zul nih. Eheh, bajet cam aku tau sangat la rumah diorang nih, takpe, ade sorang lagi, Anip. Bukan Anip KMYS tuh, Anip sini la. Dak UCD.

Masa PUISI tuh, ade diselitkan slide presentation about Palestine. Rasa sedih, sebak, pilu, sakit hati tengok saudara2 seagama kene tindas, seksa, bunuh. And rasa sedih, sebak, pilu, sakit hati sebab terasa takleh nak buat pape. Hanya mampu terpaku di tempat duduk. Hampir lagi aku menangis, tapi aku tahankan jek air mata, tak suka orang tengok mata aku merah sebab menangis, biar la aku nangis dalam hati jek. Ade jek kawan aku merah mata terus sebab nangis. Sangat sebak, serius!!

Okeh la, rasanya sampai sini la dulu kot. Serius takdek idea dah, rasa nak tido je dah nih, eheh.

Wassalam

Sunday, 19 December 2004

LOTR character?


Assalamualaikum..

Well, I really has nothing to say or write right now, just wanna paste this 'quiz result' which I just did. Frodo?


What LoTR Character Are You?


"You are most like Frodo. You're very friendly, and you have a great personality. Although you like to have fun, you can also be pretty serious at times. It's pretty hard to get you mad, but once you're mad...everybody better look out! Keep that temper under control and realize that you're better off than you may think."



Do you guys really think that description fits me? Well, maybe some of it..

Wassalam..

Saturday, 18 December 2004

Dah abih exam pon..


Assalamualaikum...

Alhamdulillah exam pon dah abih. Jangan tanya la amacam exam..sebab tak rasa cam dapat buat yang elok jek. Well, padan la muka kat aku sebab banyak main and tak bape prepare. Kalo setakat prepare last minute, takyah la nak expect yang best, just expect yang..yang apa ntah, sambung sendrik, heh.

Last Sunday, before exam tu, tetibe ade orang ajak gi open house. Waaa, bagai orang ngantuk disorong bantal, orang lapar cam aku di'offer' makan, aku pegi je ah. Makan bihun sup ngan kuih jala ngan nasi impit. Pergh, sangat kenyang. Terasa cam esoknye takdek exam plak.

Esoknye, Isnin tuh, exam MCQ Physiology. Orait la, sebab MCQ, and mende tuh pon cam dah blaja masa A-level(well, most of it), so in-syaAllah terasa cam bleh buat la. Then esoknye plak, Selasa, Biochem. Err...paper nih walaupon aku rasa cam dah pulun lebih dari paper lain, tapi bila jawab essay, terasa cam tengah merepek gile, siap ade yang tatau apa aku tengah cite, tapi aku jawab la semua 5 soalan. Betol ke tak tuh tatau la, huhu.

Esoknye plak, Rabu, paper Anatomy. Spot test. Tau tak spot test camne? Camni, ade 12 stations, kirenye 12 questions la. In each station, whether dia letak cadaver atau pon tulang ataupon x-ray film. Every station akan diberi 3 subsoalan. Malam sebelum exam anat nih, aku tak bape sehat la plak. Tetibe jadik pening, maka tido awal lepas makan nasik and ubat. Study anat pon pagi tu sebelum turn aku untuk pegi stations tuh. So bleh jawab upper limb jek sebab dah study before. Lower limb cam kantoi jek, aiseh.

Tadik result Anat dah kuar pon. Takyah tanya la. Cukup la aku kata, aku dah insap, lepas nih nak study sungguh. Huhu. Abih jek paper Anat, malam tuh ade buat makan2 sket kat Trinity Hall. So aku pon pegi la. Tido sana lagi. Esoknye, Khamis, kul 1045 pagi baru bertolak balik.

Angin sangat la kuat cam dok tepi pantai walaupon matahari sangat terang. Aku naik beskal. Aku masuk simpang. Aku kayuh beskal naik bukit. Angin datang dari depan aku. Maka aku pon kayuh ngan sepenuh tenaga tapi terpaksa berenti sebab tak larat, heh. Masuk simpang lain, still angin datang dari depan aku gak. Aku pon tak paham la pola tiupan angin kat Dublin nih. Cewahh!!

Harini, Jumaat, aku gi solat Jumaat kat Goldsmith Hall, kat kolej. Saje nak bagi cukup bilangan jamaah. Kang tak cukup takleh plak kan? Skali cam, kul 1 tengah hari baru kuar, pecut ngan beskal la. Huhu. Kul 2 lepas Asar, aku kuar dari kolej untuk jumpa Ajak yang datang dari UK. Lama tak jumpa dia nih. So jalan2 la ke city centre sampai Maghrib baru balik umah. Ramai gile la orang tadik. Semua dah mode cuti kot.

Duit JPA pon dengar citenye dah masuk. Alhamdulillah, aku pon memang dah sesak gile nih. Well, bukan aku sorang yang sesak nih, ramai lagi. Esok in-syaAllah nak jalan gi city lagi, kot2 la bleh shopping ke. Aku ingat nak cari meja study, lampu meja study and kerusinye skali. Bajet2nye tak lebih €100 pon, so orait la. Eheh. In-syaALlah la..

Next week in-syaALlah gi PUISI. Harapnye dapat la ilmu untuk diri nih. Memang kene manfaatkan majlis tuh. Lagipon orang kata tempat diorang buat tuh lawa, bleh la memenuhkan memory card aku ngan gamba2 permandangan yang lawa2.

Okeh la..tatau nak cakap apa dah. Eheh. Ade tetamu kat rumah nih. Sebab esok diorang nak gerak gi UK, so tumpang la kejap kat rumah aku nih.

Wassalam...
(signed off at 2311, 17/12/2004)

Sunday, 12 December 2004

Nak exam dahh


Assalamualaikum kalian, heh..

Pekaba? Aku setakat nih alhamdulillah masih sihat walafiat, moga2 aku terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan oleh Allah, in-syaAllah.

Ok, apsal harini sangat sejuk? Nape manjang mendung jek sejak pagi? Well, one thing yang aku perasan pasal cuaca kat sini ialah, kalo malam tak sejuk, in-syaALlah pagi esoknye akan jadik sangat sejuk and mendung. Kalo malam sejuk, kemungkinan besar esoknye tak sejuk, matahari pon menampakkan sinarnye(cewahh), takpon akan terus sejuk..huhu.

Aaanywayys...semalam alhamdulillah aku berjaya menjejakkan kakiku ke library skali lagi. Tapi agak lambat la sampai, kul 1210 gitu. Well, what can I say, I was ''delayed''. 1st delay was because sakit perut. Eheh, then 1130am, kuar rumah(sori Wadi, janji jumpa kat library kul 1130, tapi baru kuar plak, eheh). Then the 2nd delay was when I just reached Grafton Street. Suddenly there was an urge in me taht longed for hot chocolate. And there it was, Butler's Chocolate Cafe, only 20 paces away in front of me. Despite the queue, which I don't care much, aku beratur gak and managed to get myself a nice, warm(hot actually), hot chocolate with cream. Hoho. Nothing beats the hot choc in the middle of a cold afternoon. Well, takdek la sejuk sangat pon, saje jek nak beli hot choc gak, ahaha.

Then sampai library la. Study biochem, alhamdulillah managed la jugak tak tido. Dalam kul 4 gerak balik. Tetibe Wadi kata, dak2 umah dia nak buat solat hajat, baca Yasin and tahlil sket. So aku pon join la. Lepas abih semua tuh, ade makan2. Best gile. Aiseh, rugi gile aku tak bawak kamera. Dah teringat2 nak bawak masa kuar rumah tadi.

Then borak2, tengok TV, then sambung study sket. Tido Trinity Hall lagi. Tido kul 2 lebih. Bangun kul 730 pagi. Lepas solat, dapat la study biochem lagi, sejam setengah. Alhamdulillah..hehe. Sebbaik tak tido walaupon ngantuk. Dalam kul 10, gerak balik ah. Buatpe dok situ lelama. Lalu depan kedai tepon, singgah jap tepon Malaysia. Huhu..best2.

Esok dah nak exam. Walaupon dalam entries aku, cakap gaya cam banyak gile aku study, actually tak pon. Ade lagi aku nak kene study nih. Adoi..esok in-syaAllah paper MCQ Physiology kul 930 pagi. Eh?! Aku tatau katne venue exam!! Adoi..takpe ah, jap lagi tanya orang, huhu. Kul 10 setel satu paper. Then tatau nak buatpe, lepak library lagi la kot in-syaAllah. Heh, teringat plak masa A-level, dah nak dekat2 exam, rajin tol gi library.

Erm, lapa plak. Harini turn aku masak ke ar? Tak kot? Entah ah..ish, bila nak cuti niii..

Wassalam..

(signed off at 1247, 12th December 2004)

Saturday, 11 December 2004

Tensen..huhu


Assalamualaikum...

Apa citer korang skang? Aku alhamdulillah cam biase jek. Tetibe baru start rasa pressure nak exam. Awal2 dulu takdek plak rasa pressure, apsal ar? Yang tambah buat aku pressure ialah, everytime I try to read and do some revision on biochem, sure ngantuk gile, sure nak tido walaupon baru 15 minit bace. Huhu, someone please bagitau ah camne cara nak study biochem ngan berkesan. Heh, well, it's a little bit too late to be asking that question right now. So skang nih apa yang bleh aku buat ialah teruskan membaca dan menghafal mana2 yang bleh. And I don't think I can finish covering all that I have learnt for the past 2 months. Luckily, physiology paper only counts for 4% of the final marks.

Biochem nih plak, 30% wehh!!! 10% on MCQ, 20% on essay paper. MCQ plak ade 20 soalan kene setelkan dalam masa setengah jam(I have never sat for an exam that only last for 30 minutes :P). Then essay plak, ade 8 soalan kene jawab 5 soalan. 3 jam. Tatau ah camne niii!!! Aku harap sempat cover, huhu.

Semalam patutnye kene gi St Patrick's Hospital. Behavioural Studies. Kire ala2 PBL gak ah. Since it was the last session for the term, memang rasa malas gile nak pegi, tambah lagi sejak pagi tak kuar rumah sebab takdek klas. No point of going there and start session kul 330 petang, then 'borak2' sket for 1 hour, then balik. Well, pada aku no point la. So memang berura2 taknak pegi ah. Tapi setelah di'brainwash' dan di'marahi' oleh sorang kawan aku, maka aku pon ubah pikiran, nak pegi plak.

Selesai mandi, naik atas, tetibe dapat SMS from groupmate aku, kata klas batal, yeayy!! Bersorak betol aku semalam, eheh :P. Siap aku mesej kawan yang brainwash aku tuh lagi, bajet nak bagi dia bengang, skali takdek reaksi plak. Kuikui..

Anywayss, harini aku jejakkan kaki ke kolej setelah 3-4 hari tak jejak kaki sebab takdek klas. Harini ade physiology practical. Practical pasal haemology plak. Kire kaji darah sket la arini. Orang yang amikkan darah aku tadik ialah salah sorang dari demonstrator anatomy kitorang. Well, had a little conversation with him while he pricked my basilic vein(heh, ye ke basilic vein?) and took my blood sample. Here goes..

"GL:'Your veins are visible, that's good'.".
"Me:'Well, that's an advantage of being skinny'".
"GL:'Yeah, kurus sangat'"(got the point here? Yeah, dia cakap BM)."
"Me:'Are you from Malaysia?'
"GL:'Yup'"
"Me:'Which part of Malaysia?'"
"GL:'KL'"
"Me:'Which part of KL?'"
"GL:'Seksyen 17, PJ'"
"Me:'Oohh..how long have you been here?'"
"GL:'10 years'"

By then, he's done taking my blood sample and handed the tube to me. When I got back to my bench, my benchmate asked me,"Why is your blood sample less than mine?". I realised then, he must've been tired of me interrogating him. Haha, nasib la. Sapa suh cakap BM ngan aku, cube kalo dia cakap english jek, sure tak kene tanya bebanyak ah, kuikui :P.

Lagi satu yang tensen nih, bil letrik ngan gas sampai dahh!! Banyak la plak nak kene bayar. Semalam tuan rumah datang kutip duit sewa. Aduss...duit dalam bank tinggal €200 jek nih, baru ingat nak menyimpan sket. Duit bulan nih tak masuk lagi. Dengar kata 15/12 nih, ade gak dengar kata 26/12. Uish, jangan ah lambat sangat. Harap2nye bleh la simpan duit. Nak gak gi jalan2 time cuti easter ke, spring ke. Ade kawan aku nak gi Morocco. Rasa cam nak ikut. Bile lagi kan? Tapi tuh ah, harap ah duit cukup. Tak penting, yang penting skang nih tensen gile. Nak study pon cam takdek semangat sangat time nih. Dah mode cuti nih. Huhu. (Monolog : Jangan malas wehhh!!! Manjang malas jek, bile nak rajin? Camne nak score gini, kata nak jadi doc..huhu. Baik sedar diri skang, nanti nyesal tak guna dah..huhu). Ok ok...aduss..payah tul kalo study senang ngantuk nih. Apa masalah aku nih pon aku tatau ah. Buat mende lain tak plak ngantuk.

Dah ah..bebel plak aku nih. Esok nampaknye kene gi library lagi ah nih. Nak cari pasal cell cycle. Buku yang aku ade nih takdek cite plak pasal topik tuh. Huhu. Lenkali plak.

Wassalam...

(signed off at 2300, 10th December 2004)

Tuesday, 7 December 2004

Apa cite?


Assalamualaikum...

Aih, patutnye kene study skang nih, masa dah makin suntuk. Arini klas aku kul 2 kang jek, sampai kul 5. Klas anatomy. Dissection lagi arini, tapi last la. Memang la, next week dah exam, lepas exam terus cuti. Tapi takpe la, update la sket.

Actually aku dah try update Ahad lepas, skali ntah apa silapnye, tetibe ilang semua yang aku taip. Huhu. Aku highlight semua sebab nak copy and paste somewhere, dalam usaha highlight tuh la ilang semua. Tensen, terus tak jadik nak update, huhu.

Well, Sabtu lepas aku gi library. Dapat la study biochem sket, tuh pon bleh terlelap. Sebbaik la sebelah aku ialah Wadi, bukan orang Irish. Kalo dak sure kene gelak dah. Pastu dia bagi tengok gambar jamuan raya aritu dia baru cuci. OK la, segar la sket lepas gelak2. Eheh. Pastu sambung. Ingat bleh stay lelama, tau2 jek kul 4 dah nak tutup dah. Ler...sempat baca 2 chapter jek.

Lepas tuh, gi ikut Wadi gi Trinity Hall. Usrah and discussion sket. Naqib ialah Mozo. Citer pasal hadis ke-2 dari hadis 40. Islam, Iman dan Ihsan. Rasanya kalo disebut pasal hadis nih, sure ramai penah dengar. Pasal Yang suatu hari, masa para sahabat sedang dengar kuliah dari Rasulullah s.a.w, tetibe datang sorang lelaki yang putih bersih pakaiannya, hitam rambutnye dan tak ternampak padanya kesan2 dari perjalanan yang jauh, duduk depan Rasulullah, bertemu lututnye dengan lutut Baginda, dan bertanya pasal Islam, Iman dan Ihsan dan juga tanda2 hari kiamat. Hadis nih jugak dikenali sebagai hadis Jibril. Sebab lelaki yang datang tuh ialah Malaikat Jibril a.s.

Naqib terangkan pasal rukun Islam, rukun Iman, Ihsan iaitu "kamu beribadat seolah2 kamu melihat Allah, kalo kamu tidak melihatnya, sesungguhnya Allah melihat kamu". Pastu diterangkan antara tanda2 kiamat yang terdapat dalam hadis tuh,"perempuan2 hamba melahirkan tuannya,dan kamu melihat orang2 miskin, tidak berbaju dan berkasut, menggembala kambing, berebut2 membina bangunan tinggi2", begitulah lebih kurang maksud hadis. Pastu ade gak maksud tersirat dalam hadis. Adab2 menuntut ilmu. Nak tunjukkan yang kalo nak menuntut ilmu tuh, perwatakan dan pakaian kene bersih. Pendek kata, bersih segala2nya, zahir dan batin.

Lepas usrah, Wadi masak begedil kentang ngan kentang goreng. Aku makan sampai kembong walaupon sebelum gerak dari rumah nak ke Hall nih aku dah makan sepinggan nasik ngan sup ayam, ahaha. Then tido umah dia jek. Esoknye bangun, then dalam kul 10 pagi gerak balik. Singgah satu kedai nih nak buat international call. Tepon Malaysia la. 10 sen seminit. Orait la. Dah lama tak tepon umah. Cakap 15 minit, so kene la bayar €1.50. Bleh la aku call umah tetiap minggu gini. Hehe. Kedai tuh pon tak jauh, dalam 10 minit jalan kaki. In-syaAllah bleh call kalo ade duit. Dah la duit JPA tak masuk lagi nih. Huhu.

Skang nih klas pon cam dah banyak takdek. Sebab dah abih syllabus untuk term nih. Yang tinggal pon biochem la. PBL dah abih semalam. Yeay, tuh maknanya esok aku takdek klas langsung. Study!!

Oqeh la, tatau nak cakap apa dah. Lenkali plak update.

Wassalam..


Tuesday, 30 November 2004

Makan lagi..


Assalamualaikum...

Sekali lagi aku kat computer lab nak update mende nih. Aku rasa skang nih net kat rumah lebih stabil, cuma komputer aku plak bermasalah. Komputer housemates aku yang lain semua ok jek. Dah la bile aku on wireless, signal from router memang dapat, tapi bila nak masuk net, takdek plak kuar pape kat window tuh. Pastu bila aku sambung guna LAN kat router tuh, dapat la jugak paling sekejap 3 minit, paling lama setengah jam. Pastu laptop aku start sending more bytes than it received, making the net slower and slower and eventually ilang terus. Apa nih? Apa dah jadi ngan komp aku? Kalo ade sesapa tau camne nak solve masalah aku nih, tolong bagitau aku ek? Tenkiu..

Hehe. Jumaat lepas MSA-TCD buat jamuan raya kat Trinity Hall. Aku patutnye kene jadi penyambut tetamu, tapi sori la kengkawan, aku ade physio practical plak time tuh. Abih pon dalam kul 4 lebih, nak beli barang lagi, then balik rumah kejap amik lauk. Oh ye, jamuan nih guna cara "Pot Luck". So everyone kalo bleh bawak la makanan, air pon takpe. Heh. So aku ngan Mambang kuar rumah dalam 630 petang. Cycling. Sejuk. Sampai dalam 15 minit. Terus amik laksa ngan segala makanan. Ahaha. Takyah la jadik penyambut tetamu, diorang tau masuk sendiri. Kuikui. Makan memang best. Lagi ramai and lagi lambat orang datang bermakna more food, not to mention more delicious. So aku makan sampai kembong. Well, maybe sebab banyak minum air gas kot.

Selesai dalam 9 lebih. Then aku kene gi basuh pinggan mangkuk la plak. Huhuh, tuh la sapa suh tak jadik penyambut tetamu, heh. Tapi aku tak kisah. Ala, basuh pinggan jek. And aku tak basuh pon, kawan aku basuh, aku tolong lap jek. Orait ah tuh, tak pressure sangat. Aahaha..sambil² tuh amik la gambar. Nanti aku upload. Gambar raya aritu pon tak upload lagi. Dah bape kali kata nak upload. Heh. Balik dalam kul 10 lebih. Sorang sebab Mambang dah blah dulu. Takdek hal.

Balik ngantuk tido terus. Huhuh. Sebbaik la esoknye Sabtu. Bleh lepak sket. Lepak? Exam dah dekat. Study study!! OK la kengakwan, got to go. Orang sebelah aku dah dok usha bila aku nak blah. Walaupon dia tak cakap tapi aku tau la sebab komputer sebelah nih takleh guna. Ahaha.

Wassalam.

Wednesday, 24 November 2004

net hampehh!!


Assalamualaikum...

Heh, skali lagi aku update blog aku nih, and aku rasa cam bleh la kalo nak cakap banyak, coz lepas nih takdek klas. Satu jek klas aku arini, and bukannya klas la. Cam biasa, PBL kul 9-11 tadik. So skang nih lepak kat computer lab, sambil cari bahan untuk next PBL session, sambil check email, sambil update. Orang pon tak ramai nak guna, so aku bleh la update blog ngan sesuka hati walaupon perutku dah nyanyi2 suh diisi. Huhu.

Kul 9-10 tadik, 1st half of the PBL session. Aku jadik chairperson. And for the 1st time la aku rasa, aku cakap agak banyak arini. Hoho. Maybe sebab dah tukar group kot? Ke sebab tutor yang best? Ke sebab groupmate yang best dan sangat meriah? Ntah, and aku harap aku bleh jadik lagik banyak cakap masa discussion lepas nih in-syaAllah.

So apa nak cite? Semalam parents aku call. Lama gak tak dengar citer dari Malaysia. Aku nak call, takdek duit la plak nak beli calling card, umah aku manade fixed line lagi. At least not now la. So kalo nak tau pape pon SMS je la. And parents aku call sebab nak bagitau, orang JPA tepon umah tanya abah aku suh mintak kat aku no akaun aku kat sini. Muahaha!! Gile ah, aku ingatkan borang maklumat akaun dah sampai coz aku hantar lagi awal dari aku hantar kad raya ke rumah. Well, bukan la aku yang masukkan dalam postbox tuh, tapi maknanya dah hantar la. Kad raya pon dah sampai last week, apsal plak surat a.k.a borang tuh tak sampai lagik? Tensen gile nih. Jangan tak masuk duit dah la. Bukannya sebelum nih taknak email tapi bila masuk comp lab jek, leka buat PBL, so terlupa. Alhamdulillah harini tak lupa dah. Duit tuuu..Hehe..

So far hidup aku alhamdulillah sehat jek. Cuma batuk yang tak kebah2. Tensen gak manjang batuk jek. Nak gi farmasi, malas plak. Nak kene duit lagi tuh kalo nak beli cough syrup. Sini manade mende free. Servis kutip sampah pon kene bayar weh! Heh.

Well, about tajuk entry. aku rasa aritu aku gembira terlalu awal la. Irish Broadband tak best gile. Ke sebab aku dok agak sipi2 ngan coverage wave diorang? Ntah la. Tapi yang penting aku ngan seisi rumah dah naik tensen sebab signal selalu dapat jek, tapi bila nak masuk net manjang takdek. Kadang tuh dah dapat masuk tapi tetibe ilang gitu jek. AaAAAAaaA!!! Nak buat camne, mende bayar murah pon. Heh, ade gak cadang nak try servis lain yang lebih reliable. Hmm, duit gak tuh. Huhuh. Tengok la camne, bincang ngan dak2 rumah dulu. Aiseh. Kalo dah ade net, takyah ah nak tepon rumah, voice chat jek ah skang kan. Hehe.

Exam dah dekat. Maybe dalam 2 minggu lebih lagik. And aku still tatau camne bentuk exam diorang nih. Maksud aku bentuk soalan. Nak kene mintak past year papers nih. Study? OK la alhamdulillah buat masa nih okeh lagi. Even though I haven't covered all, in-syaAllah I'll managed. Cuma perlukan semangat dan kekuatan. Everytime bukak buku, 15 minit kemudian, mata jadik berat, tensen tul. Huhu..

Adoih, nih yang malas cari bahan kat internet nih. Banyak betul info sampai tatau nak amik yang mana. Pastu ade yang tak berkaitan plak ngan apa yang aku kene cari. Yang aku nak cari, susah betul nak jumpa. Huhuh. Ini lah cabaran seorang pelajar, kuikui. Tapi orait la, dapat la jugak sket tadi. So aku rasa cam nak blah dah nih. Nak gi solat, then balik rumah study, in-syaAllah. Last resort ialah bukak buku Physiology jek. Tak banyak info pon takpe, asalkan aku pandai la mencelah or tambah2 apa diorang cakap Jumaat nih. In-syaAllah.

Okeh la. Got to go. Lenkali in-syaAllah aku update lagi.

Wassalam...

Saturday, 20 November 2004

Ade nettt!!


Assalamualaikum..

Brr..sejuk sejukkk!!! This morning, it was reported that the temperature had gone as low as -1 degree! No wonder la sejuk beku gile pagi tadi. Housemate aku cakap pagi tadik ade ais2 kecil atas kereta jiran2. Birm, Sheffield, Cambridge dah snowing. Dublin aku rasa 2-3 hari lagi salji la kot? Heh, harapan. Ishhh...aku gigil nih.

Ouh ya!! Semalam adelah hari pertama umah aku dah ade net balik! Yeay, alhamdulillah, pasnih bleh la beremail dan voice chat ngan family di rumah. Eheh. Bila la agaknya tuh ek? And bleh la cari bahan PBL tanpa perlu pegi kolej, kalo nak gi kolej pon, sebab nak print jek la.

Harini terpaksa cycle ke kolej. Sebab siap lambat, PBL kul 11, bahan aku tak print lagi, and kul 1020 tak kuar lagi, so terpaksa la berbasikal. Cepat sket. Tapi terpaksa la bersejuk jugak. Ingatkan semalam jek sejuk sebab hujan, rupenye harini lagi sejuk.

Adoi, takleh berpikir secara tetap la apa nak tulis dalam nih sebab sejuk sangat nih. Tambah plak sakit kepala sebab demam aritu ade lagi sket, huhu. So maka terpaksa stop sini dulu.

Wassalam..