Friday, 13 May 2005

Betapa keimanan seorang Badwi..


Assalamualaikum..pekaba semua? Aku sehat alhamdulillah. Getting more and more stress as the days passed by, exam is approaching.

Just nak kongsi email, forwarded by a very good friend of mine. Syukran ya? :)

"Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang
hilang,

Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang
hilang,

Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya
telah hilang dari diri seseorang.


"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik
bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf,
sambil
berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu
lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim!
Ya
Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya
"Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh
ke
belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan
yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,
kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana
ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada
kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu
bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"
"Belum,"jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum
pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum
pernah
bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah
aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat
Nabi
di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk
untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah
s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi
orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang
mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit
dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu
dan
bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di
hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil
mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian
pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat
perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan
dengannya!"
kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan
Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran
maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.

Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan
memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun
menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu,
air
mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun
lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga
Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.

Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,
juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni
semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa
sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la
lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "


Betapa keimanan seorang Arab Badwi..bagaimana pula dengan kita?

Wallahu a'lam.

Wassalam

Monday, 9 May 2005

Belaian ibu..


Assalamualaikum...sempena Hari Ibu..dedicate lagu nih untuk mak aku..Belaian Ibu from Hijjaz. Sesuai didengari oleh orang2 yang homesick cam aku, huhu :P

Tertanam
Naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di wajahmu berolak tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu


Lagu nih in-syaAllah akan terus dimainkan kat blog sampai aku abih exam, which will start 23/5/2005 and all the way until 31/5/2005. No break between the days except for weekend and on Monday. Doakan aku!

Wassalam

Sunday, 1 May 2005

Hay fever?


Assalamualaikum..

Apa kabar semua eh? Moga kita semua sehat sejahtera dan dilindungi, dirahmati dan diredhai Allah sentiasa in-syaAllah. Got something to share..

"Commonly known as hay fever, allergic rhinitis is inflammation of the lining of the nose. This is triggered by environmental allergens such as house dust, molds, dust mites, cockroaches, pollens and pet dander.

When your upper respiratory tract (the area from your nose to your lungs) is exposed to the offending parties, your immune system steps up, producing antibodies to eradicate them. Antibodies, made in the lymph nodes, release protective chemicals called histamines, which in turn cause the inflammation that leads to your uncomfortable symptoms. Common symptoms of allergic rhinitis, which can occur during any season of the year include itchy eyes, scratchy throat, stuffy nose and endless bouts of sneezing.

Is It Allergic Rhinitis or A Common Cold?

While both come with nasal congestion and drainage, allergic rhinitis is marked by an itchy nose and itchy often watery eyes, post nasal drip and -- a tell-tale sign -- not just one sneeze, but many in a row.

A cold often comes with a fever, and nasal drainage may be discolored. A cold also gives you some advanced warning -- you're likely to feel achy and fatigued before symptoms hit. With an allergy, all symptoms descend at once, and most often last longer than a cold, which usually leaves your system in 7-10 days.(whoaaaa~)

Physical Symptoms

People with colds or allergic rhinitis can both experience:

* Sneezing
* Stuffy nose
* Runny nose
* Postnasal drip

People with allergic rhinitis may also have:

* Sudden onset of symptoms
* Itchy throat, eyes and ears
* Red eyes
* Wheezing
* Nasal discharges that remain clear, thin and watery unlike the thick yellow or green mucus that accompanies a cold"


Being a little bit unwell for the past few days. Well bukan la tetiap hari..kire "on and off" la. Manjang selsema jek. Kejap2 bangun tido jek, kepala rasa semacam, tau2 jek selsema dah. Actually it has been quite some time la jugak. Sejak masuk spring nih. Mak kata, aku allergic pollen. Yes, or as you guys medic students may have guessed it, hay fever. Suggestion from my mom's friend, gi jumpa doktor and ask for a nasal spray. My first reaction was,"What? No way ma, I am not going to spray anything into my nasal cavity." Heh, takdek la aku kata gitu kat mak aku, tapi aku memang kata takyah la. Degil taknak dengar cakap mak, padan muka..~sneeze, sneeze..sneeze again..and some more..more..ok dah..wait..one more..huhu~

Erm, takdek hak untuk mengeluh. Ada hikmah Allah turunkan sakit ni. Ade sebab. And satu jek sebab utama dapat aku fikirkan ialah dosa yang makin banyak walaupon sedar diri tengah buat mende Allah tak suka. Masa sehat tak sedar diri. Moga sakitku ini adelah sebagai kafarah penghapus dosa2 yang menggunung. Moga sakitku ini bukanlah tanda kemurkaanMu kepadaku Ya Allah..

Erm, takdek hak untuk mengeluh. Nih baru sket jek sakit. Tuh pon sekejap jek Allah nak bagi pon. Sedangkan dah hampir 21 tahun hidup(wha?! Nak 21 dah ke? huhu~), bape banyak dah nikmat Allah bagi, lebih banyak dari derita yang diturunkanNya. Adakah kesyukuran yang dinyatakan dan dirasakan lebih banyak atau sama banyak ngan nikmat yang diberi? Ataupon kurang? Ke takdek langsung? Jangan sampai takdek langsung..

"Sekiranya kamu bersyukur maka akan Aku tambahi (nikmat) itu kepada kamu, dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Nabi Ayub a.s sakitnye lebih dahsyat lagi. Dia tak mengeluh, malah makin bersyukur pulak. Ulat2 yang jatuh, dikutipnya kembali letak kat kepala dia. Bila malaikat2 cadangkan kat Nabi Ayub supaya doa kepada Allah mohon disembuhkan, dia taknak and rasa kurang selesa buat gitu. Bila isteri dia, Rahmah minta dia doa dikeluarkan dari kesempitan tu, jawab Nabi Ayub,"Berapa lama kita dah hidup dalam kesenangan?" "8 tahun" "Berapa lama dah kita hidup menderita?" "7 tahun" "Sungguh aku rasa malu untuk meminta kepada Allah untuk menghilangkan kesusahan ini kerana penderitaan yang ku terima adalah kurang dari nikmat2 yang pernah ku terima". Erm, mampu ke aku jadik begitu? Moga aku dikurniakan kesabaran begitu Ya Allah..

Well, I think I have all the physical symptoms of hay fever. Ok la ma, angah admit angah kene hay fever. In-syaAllah bebila rajin and sempat angah gi jumpa doktor(heh, tengok tuh, still degil lagi, huhu~). Oh ye, maaf la tak update bape lama. Study, exam kurang dari sebulan, prep tak bape banyak. Plus, aku takdek mende yang bermanfaat yang mampu aku sampaikan or mampu aku fikirkan, untuk disampaikan kat semua. Taknak la menulis mende sia2 jek kat blog nih kan, membuang masa aku and membuang masa korang jek plak membacenye kang.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 kepada kesabaran"

Moga entry kali nih ade manfaatnya untuk semua yang datang. Maaf kalo aku terbuang masa kalian andainya entry nih cume entry yang kosong tak bermanfaat.

Wallahu a'lam

Wassalam..

Wednesday, 20 April 2005

Selamat Besdayy!!


Assalamualaikum..

Semalam(19/4/2005), genapla adik aku umur 14 tahun. Huhu. Sedar tak sedar umur dia dah 14. How time flies by...

Heh, aku call dia semalam. Katanya malam before tuh aku yang 1st wish kat dia. Wahaha, whatever la. Yang penting, aku dapat call umah, borak2 ngan semua. Agak dah lama juga aku tak call umah. Huhu. Cume tak dapat cakap ngan mak sebab dia gi makan2. Takpe, in-syaAllah nanti call lagi.

Kepada adik, if you are reading this, angah doakan moga diberkati dan dirahmati oleh Allah selalu. Moga amalan kebajikan makin bertambah selaras dengan bertambahnya usia. You're the apple of everybody's eye in the family.

Makin bertambah usia, makin banyak tanggungjawab kene laksana and pikul. Moga diberi kekuatan menghadapinya. Dekatkan diri dengan Allah. Jadi la anak solehah penyejuk mata dan hati mama ngan abah. Jangan kerek2 arr :P

Err..tatau nak cakap apa dah. Sayu dah nih. Heh, cheh. Sentimental betol. Dah, last but not least, selamat hari lahir ke-14 la ye, dari angah yang menyayangimu(cheh, karattt, rasa cam nak "temesis" plak, haha :P),kepada adik, Tun Nur Hamizah binti Mohamed Nor..

Wassalam.

postscriptum : "temesis" adelah term yang bermaksud "muntah", contohnye "hemotemesis" bermaksud muntah darah, harap maklum..

Monday, 18 April 2005

The many faces of Bojol..


BeforeImage hosted by Photobucket.comAfter

Eheh, dah lama sebenarnye aku nak buat entry yang didedikasi khas untuk kawan aku, Bojol of Warwick. Baru hari ini tergerak and teringat nak buat. Nih la gamba before and sehari after "beramal". Haha..tak paham? Tak paham takpe, biarla aku dan sapa2 yang pegi Ireland Trip aritu jek yang tau. Kalo ade yang gi Ireland Trip aritu tak paham gak, tak dapat le teman nak nolongnye..kuikui

Kepada Bojol di Warwick sana, jangan marah ar..kang marah2 kang..arr..sambung sendiri..haha :P Selamat menghadapi exam ah kat ko ye? Kuikui..mintak maaf banyak2 eh?

Wassalam..

Sunday, 17 April 2005

Ermm..


Assalamualaikum..

Harap korang sehat. Aku alhamdulillah sehat. Hari penat sket, penat semalam actually tak ilang2 lagi. Apsal penat. Sebab aku gi main bola semalam kat Belfield. Yes, you read it right, aku main bola. Mana tak pancit, last main masa form 5, tuh pon main masa PJ. Haha. :P Tak kesah la. "Al-aqlussalim fil jismissalim" kan?(Akal yang sehat datang dari tubuh badan yang sehat). Most of the time aku dok tepi padang je la tapi, dah aku sub jek, kuikui :P. Semalam punye la sejuk. Tapi by tengah hari dah panas sket la sebab ade matahari.

Bangun awal harini. Sebab semalam tido awal. Subuh pon dah awal skang. 359 pagi. Syuruq kul 620 pagi. Skang siang makin panjang.

Berita sedih. Minta kalian bacakan al-fatihah untuk arwah ayah klasmate aku kat sini, Omar Khan. Ayah dia meninggal Khamis malam Jumaat yang lepas. Myocardial Infarction a.k.a heart attack. Sangat terkejut bile dia umumkan lepas solat Jumaat. Sebak betol. Tapi, walau camne sedih pon aku rasa, tetap tak dapat rasa apa yang dia rasa. Moga jika ada pahala dari bacaan al-fatihah tu, minta Allah sampaikan pada arwah ayah dia. Al-fatihah..

Bila terkenang pasal tu, insaf plak. Cam baru tersedar, mati bleh datang bebila jek. Whether we are ready or not, expecting it or not, sakit atau sehat, masa tengah muda atau dah tua, it will come.

Bila terkenang pasal tu, rasa takut. Camne kalo tengah tido, tetibe Allah panggil balik? Camne plak kalo time tengah jalan2? Tengah makan? Dosa plak makin hari makin menimbun. Amalan yang ade belum tentu cukup nak tampung or compensate dosa yang ade. Still, dengan kesedaran tuh, buat dosa gak lagi. Tengok mende yang tak sepatutnya, pandangan tak dijaga, solat pon lewat and kadang2 tinggal, sakiti orang lain sama ade ngan lidah atau perbuatan..urghh, banyak lagi ah! Huhu, Ya Allah, ampuni kami semua..

"Bagi tiap2 umat ada ajalnya, apabila datang ajal mereka itu, tiada dapat mereka minta mengundurkannya dan tiada pula minta mendahulukannya sesaat jua pun" - Surah al-A'raaf ayat 34.

"Rabbanakhtim lana bi husnilkhatimah, walaa takhtim 'alaina bi suu ilkhatimah"(Wahai Rabb kami, matikanlah kami dengan kesudahan yang baik, dan janganlah Engkau matikan kami dengan kesudahan yang buruk). Amiin ya Rabbal 'alamiin.

Wallahu a'lam.

Wassalam.

Wednesday, 13 April 2005

Ngumpat, backbite, ghibah..


Assalamualaikum..

Apa khabar semua eh? In-syaAllah semuanya tengah sehat la. Aku alhamdulilah sehat, cume ade la 2-3 hari asek selsema ngan sakit kepala jek. Tak kesah la. Adelah manfaatnye yang aku tatau tu.

So apa nak cite? Takdek apa. Just teringat nak postkan entry yang kali nih pasal backbite, atau ngumpat la senang cite. Sebab baru baca entry about ngumpat kat blog Asma'. So aku rasa, sebagai tambahan baik gak la aku letak gak entry nih. Moga2 kite semua dapat manfaat dari entry kali ni, dapat kurangkan dan seterusnye hapuskan terus kegemaran mengumpat dan mengata keburukan orang lain, sekaligus dapat elakkan diri kite dari melakukan sesuatu yang lebih besar dari membunuh ni.

Ramai orang yang sebenarnye keliru ngan mende yang dikata ngumpat ni. Ade antara orang yang sebenarnye tengah ngumpat, tapi dia tak sedar. Atau pon pada anggapan dia, dia tak ngumpat pon, "bukan nak ngumpat, just bagitau jek". Atau yang lebih kurang ngan ayat tuh la. So meh sama2 baca tazkirah pasal ngumpat yang di'email' kepada aku then renungkan, selama nih kite dah ngumpat bape ramai orang dalam sehari?..

Guises of Backbiting

Shaikhul-Islam Ibn Taimiyyah said that there are those from the people that backbite or listen to backbiting, and they do so to please the company they keep, with the awareness that the victim is likely to be innocent of some of the things that are uttered about him. Often such offenders feel that if they were to attempt to end such conversation in a gathering, their presence might become unwelcome or burdensome.

There are many methods and guises that are employed when one mentions another in a negative way.

Under the pretence of being informative, one could say that it is not one's habit to mention others, except for the sake of relating another's condition to someone.

Or one could state that by Allah, indeed so-and-so is one to be pitied, thereby showing superiority over one who is to be rejected.

Another method might be to say that so-and-so is a good person; however, he has such and such qualities. Again, one is justified in revealing another's faults.

One could also simply state that we should forget so-and-so, and make supplication for their forgiveness as well as our own, intending only to belittle the one that was mentioned.

In reality, all these tactics are designed to try to deceive Allah (the Exalted) and to please the creation; and in reality, the many that follow these methods only serve to deceive themselves.

Source:
"The Many Guises of Backbiting" - Islaam.com


So..dah dapat gambaran ke blom? Harap lepas nih, kalo rasa2 nak cite pasal orang, pikir dulu, kite suke tak kalo orang lain cite pasal keburukan kita? Kalo tak suka, toksah nak ngumpat orang lain plak. KAlo ade apa yang tak puas hati, gi cakap kat dia terus. Tak mampu? Diamkan aje, doa kepada Allah moga diberi kesabaran. Jangan pegi cite kat orang lain sampai menimbulkan rasa benci orang lain yang takdek kene mengena kepada orang yang diumpat. Hanya ade 3 golongan jek yang boleh dikata. Tapi aku tak ingat la plak. Yang aku ingat ialah "Pemerintah yang zalim". Lagi 2 aku tak ingat, minta sapa2 yang ingat, tolong bagitau.

Wallahu a'lam.

Segala salah dan silap harap dimaafkan.

Wassalam.

Monday, 4 April 2005

The Fast Car


Assalamualaikum..

Harap kalian sehat2 la in-syaAllah. Just nak kongsi sama2 email yang aku pernah dapat, tapi before nih tak pernah teringat plak nak letak kat blog. Moga kita sama2 dapat manfaat dari isi kandungan email nih.

If the life of this world is an illusion, the period of greatest illusion occurs during youth. It is a period of high energy and great enthusiasm, coupled with an air of invincibility and perpetuity. Like the driver of a fast car, one may also develop a disdain for the slower cars on the highway of life. It is difficult to imagine that the car will run out of fuel and that one day the engine will wear out.

For the moment though the car is fast and it can go places!

For this reason there are special warnings for the youth and glad tidings for the person who uses this energy wisely. A famous hadith tells us that on the Day of Judgment no man will be able to move from his place until he answers five questions. "How did he spend his life? How did he utilize his youth? How did he earn his wealth? How did he spend it? And, how did he practice what he learnt?" [Sunan al-Tirmidhi]. While the first question asks generally about one's life pattern, the second especially focuses on the period of youth.

On the other hand, the person who devoted his youth to the worship of Allah will be among the selected seven kinds of people: "There are seven people for whom Allah will provide His shade on the day when there will be no shade except His shade:

1. A just ruler.
2. A youth who grew up in the worship of Allah.
3. A man whose heart is attached to the mosque.
4. Two men who love each other for Allah's sake; they meet for the sake of Allah and part company for His sake.
5. A man who is invited by a woman of beauty and position [to sin], but he refuses saying: 'I fear Allah.'
6. A man who gives in charity secretly such that his left hand does not know what his right hand gives.
7. A man whose eyes shed tears as he remembers Allah in private."

[Bukhari, Muslim].

Hence the profound advice in another famous hadith to value five things: "Youth before old age, health before sickness, wealth before poverty, free time before preoccupation, and life before death."

A fast car is dangerous if it does not have strong controls. And that is where Shaitan targets the vulnerable --- by loosening the controls. It has been his time-tested trick to work through temptations and make desires look irresistible. The path of deviation looks good. It is cool. It is fun. It is endlessly entertaining. The only problem is, it leads to assured disaster.

Source:
"Youth: On Culture, Religion, and Generation Gap" - Khalid Baig


Peringatan untuk semua umumnya dan untuk diri sendiri yang makin leka khususnya.

Harini dah mula skolah balik, huhu. Exam lagi sebulan lebih. Huhu. Blaja2!! Huhu.

Wallahu a'lam

Wassalam

Wednesday, 30 March 2005

A trip well-ended alhamdulillah..


Assalamualaikum..

How are you guys doing? Hope all of you are in the greatest of health in-syaAllah. As for me, alhamdulillah I am fine. 20 minutes ago, 3 of my friends from UK, Pojoe of Notts, Bojol of Warwick and Aiman of IC just got into a cab and went to the airport as their flight to London is scheduled to be at 805 am. For the whole week, we had had a very great time together with my other friends, Azmir of Warwick, Si Anip and Zul of Cork, Adilla, Hani and Zawani of Galway, Shila of Dublin, Lion and Yatt of..err..korang kat mana ar? :P We went to a trip around the Ireland, mainly to Dublin, Cork and Galway.

I had been very busy after the Hilary Term exam. Not really doing something really beneficial, but well, just giving myself somethings as a relaxation. By submitting my spotter test answer sheet to the demonstrator at 1030 am, 16th March 2005, the exam ended with a slight relief. Maybe not because of the I-think-the-paper-was-not-very-bad mentality, perhaps only because the exam was over, that's all.

On the 19th, there was an event held by PPIMI(Cuti-cuti Musim Bunga a.k.a CCMB). 1st event called Islam Ceria. An inter-dublin universities(UCD, TCD, DBS and RCSI) quiz about Islam. I was one of the participants representing TCD. We didn't make it through the final though. Then there were workshops; Learn to speak Arabic, bakery, literature and Tajwid. Went for the Arabic, bakery and the Tajwid workshops. LAter that evening was a play by the RCSI students entitled "Mencari Jalan Pulang". Was a very great play. Went home at about 9 something pm.

Next day was paintball day!! 1st timer nii!! Best gile main paintball. But I felt really bad because most of my friends had injuries all over their bodies due to the speeding pellets hit them while I had no injuries at all except for some scratches. What really made me sad was that I just realised that I still don't have the spirit of fighting for the team's goal. I'd rather save myself and my bullets rather than 'charge and die'. Can I defend my faith and my religion, when I can't even dare to let myself being hit by the paint pellets? Hmm..

On Monday and Tuesday, went to the ETOC a.k.a End The Occupation Conference organised by FOSIS and Islamic Human Right Commision. I was one of the delegates. Cheh, bunyi gempak jek, padahal gi dengar jek. Eheh :P There were Masooud Shadjareh, Carlo Nero, Imam Mohammad al-Asi, even Yvonne Ridley who was captured by the Taliban during the occupation of US upon Afghanistan.

Later that Tuesday, went straight to the airport to pick up Azmir, Aiman, Pojoe and Bojol. Their flight was delayed so I expected to see them at about 1030 pm. Reached the airport at 950 pm, I sat under the escalator where it was quite dim-lighted and less people sitting on the bench there. Fell asleep. Heh. Realised someone was approaching, opened my eyes and saw Aiman and Pojoe in front of me. Luckily they found me or all of us will spend the rest of the night at the airport. Hehe. Took a van cab back to 39, Mount Drummond Square.

Next day, went to Powerscourt's House and Waterfall. Both are in County Wicklow. We went there with some of the girls. One hour travel by bus to Powerscourt's House and at 2 pm, we walked all the way to the waterfall which is about at least 5 km from the House. Yes, we walked! 1 and a half hour later we got there. Alhamdulillah our hard efforts were really paid off. Tempat tuh, subhanallah cantik betol!! Hilang semua penat2. Solat Asar kat situ, sangat la terasa kebesaran Allah. Terasa kekerdilan dan kelemahan diri nih. Moga keinsafan terus hadir dalam diri dan hati nih in-syaAllah. Balik naik bas la kan. Then singgah rumah our seniors. MAkannn!!! Balik umah semua terbongkang, letih woo!!

Khamis, packing up. Cork here we come!! Pagi tuh kuar ngan Azmir gi beli tiket bas. Cadang nak breakfast ngan sorang lagi member dak Dublin, tapi dia pon bangun lewat daa. Maka aku bawak la Azmir masuk TCD, tengok2, amik gambar, jalan2 city. Jumpa kawan Azmir. Then balik umah sampai dalam kul 10 lebih. Cepat2 kemas, then kul 1 amik bas gi Busaras. Naik kul 2 and sampai Cork kul 7 lebih. Si Anip ngan Zul dah tunggu.

Jumaat. Gi jalan2 city then solat Jumaat. Lepas solat, gerak gi Blarney Castle. Amik bas kul 4. Sampai dalam kul 430 pm. Orait la tempat tuh. Tengok la gambar kalo tak caye. Balik kul 6. Sampai umah, solat then semua terbongkang lagi.

Sabtu. Kuar agak awal sebab nak gi Fota. Fota nih nama tempat. Kat situ ade Wildlife Park. Kire ala2 zoo la. Sangat best. Sebbaik tak terpengaruh ngan kata2 beberapa orang member yang kata tempat tuh bosan. Best jek. Apa la korang. Kul 1 lebih gerak balik sebab nak gi Galway plak. Nak kejar bas kul 325 petang. Alhamdulillah sempat. Sampai Galway dalam kul 6 lebih. Adilla ngan Hani amik and gi makan kat umah diorang. Then amik cab gi umah Zawani.

Ahad. Kuar awal pagi jugak. Sebab nak gi Cliff of Moher. Travel using one of the travel agent. Cliff sangat la cantik. Subhanallah, skali lagi sangat terasa kekuasaan Allah dan kerdilnya diri nih. Kat sini tak bape banyak bergambar sebab tak bape sehat satu hari. Flu attack plak dah. Memang hilang mood sket. Tapi takpe, in-syaAllah menjadi kafarah dosa...Malam tuh pegi umah Dilla lagi, makan lasagna. Sementara diorang buat tuh, dak2 nih main ape ntah. Aku tido je la, tak sehat kan. Balik jalan kaki ke rumah Zawani.

Isnin. Pegi ke Salthill. Tempat tuh ialah tepi pantai sebenarnye. So sangat la indahnya. Alhamdulillah haritu pon sangat cerah. Cam biase, aku amik gamba scenery bebanyak, sampai abih memory capacity kamera aku. Huhu. Dalam 230 petang tuh jalan balik. Siap2 nak balik Dublin. Cadangnya nak amik bas kul 530, tapi aku telah menyusahkan semua orang sebab aku leka main game. So terlepas bas kul 530 and terpaksa tunggu bas kul 630. Sori korang!! Huhu..perjalanan amik masa dalam 4 jam. Sampai umah 10 lebih.

Selasa. Jalan2 Dublin. Bawak diorang nih gi city and jumpa kawan Bojol and Pojoe; Ja ngan Ely. Petang tuh gi makan. Then malam tuh gi makan lagi kat umah Lan Helmy. Wahaha!! Sesat tak jumpe umah dia. Tak penah pegi la katakan.

Skang nih kat umah aku ade Si Anip, Nik ngan Ngocop. Hmm..at least tak la sunyi sangat. Tapi maybe Khamis nih Ngocop nak balik Newcastle dah. Kembali la rumah nih kepada keadaan asal. Dengar kata dak2 UK ramai betol gi Paris cuti Easter nih. Huhu. Enjoy la korang. Jangan lupe diri dah la ye?

Ucapan terima kasih dan jazakumullahu khairan kathira kepada semua2 yang telah memberi layanan yang sangat superb kepada kami2 ini(Zul, Si Anip, Zawani, Dilla, Hani dan lain2) sebab kalo tak, sure trip nih sangat la tak bestnye. Yang bestnye trip nih sebenarnye ialah kite dapat sama2 kumpul balik and jumpe and buat aktiviti same2. Moga lenkali dapat gi trip gini lagi. Maybe tempat lain la plak kot? In-syaAllah.

Ok aku rasa takat nih je la kot. Panjang sangat kang tak larat korang nak baca kang. Segala salah dan silap tuh adalah di atas kelemahan diri aku, mohon maaf dan ampun kepada korang2 yang datang dari UK, and yang terlibat ngan trip ni kalo ade aku terkasor bahase ke, ter'menyusah'kan korang ke. Maaf sangat2..Moga tautan ukhuwah nih makin kukuh and terikat dengan nama Allah in-syaAllah.

Wallahu a'lam

Wassalam.

Friday, 18 March 2005

Update la sket..


Assalamualaikum..

How are you guys doing? Hope korang sehat walafiat and sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah and moga kita sentiasa mendapat petunjuk dah hidayahNya in-syaAllah.

Ergh..still cannot come out with anything to write...

Gonna tell some of the things that occured for the past few days. Selasa ngan Rabu lepas exam. Exam ari Rabu alhamdulillah aku rasa ok la kot, tak la pressure cam exam ari Selasa tu, kire ok la in-syaAllah. Tawakkal je la skang nih kan. Semalam St Patrick's Day. Aku pon tatau apa significant ari tuh untuk orang2 kat Ireland nih. Perlu ke untuk tau? Tak kot...aku dengar ade parade malam semalam. And arini masa aku gi Grafton Street lepas solat Jumaat, tetibe ade satu band datang kat situ buat performance. Pakaian ala2 boy scout, tapi takkan la kot, ntah ah..

Harini alhamdulillah cuaca sangat la baik. Matahari menampakkan cahaya. Angin bertiup gak tapi tak sesejuk winter dulu. And aku dah bleh pakai t-shirt short sleeve jek dalam umah(perlu diingatkan, rumah aku sangat sejuk ok..hehe :P). Tapi masa kuar tadik agak pening2 lalat. Orang2 Irish nih semakin galak plak smoke kat luar..aku jalan jek sure kene tempuh asap rokok diorang nih. Tuh yang buat aku pening kot. Ataupon mungkin sebab perubahan cuaca?(Aku gi pakai cap hitam aku tuh, sapa suruh, padan la pening, huhu). Went to the college this morning to pick up the result transcript for last winter's exam. JPA mintak la kan. Skali tanya akak yang keje kat situ, katanya, kene blaja kat situ, complete at least a year baru diorang bleh kuarkan transcript. Ah sudah, kene bagitau JPA cepat nih..

Esok, sempena event "Cuti cuti musim bunga"(CCMB), ade buat kuiz agama a.k.a Islam Ceria(maybe ala2 Family Ceria la menurut kata kawan aku). Kat exam hall RCSI kul 930 pagi. In-syaAllah aku akan jadik salah sorang wakil TCD. Huhu. Kuiz agama..ntah. Pengetahuan agama aku, tak la sedalam mana. Takpe, masuk jugak, bleh test sejauh mana aku tau mengenai Islam, cara hidup yang memang takdek cara hidup yang lebih sempurna lagi selainnya. More details about the quiz will be posted in the next entry, probably tomorrow in-syaAllah.

Cuti ni patutnye kene mula study untuk Trinity Term a.k.a final term sebab final term nih adelah sangat singkat, ade la dalam sebulan lebih jek then final exam. Padahal yang nak kene cover adelah segala2 yang dah blaja selama setahun nih. Pergh!! Moga urusanku dimudahkan oleh Allah, amiin..Tapi memandangkan baru jek lepas exam, sila la bagi peluang untuk berehat2 masa cuti nih. Next week in-syaAllah some of my friends from UK will be coming. We planned to go on a trip across Ireland(Dublin-Cork-Galway-Dublin) during the whole week and will be coming back to Dublin in-syaAllah by the 28th or 29th of March. Hope everything will turn out as planned in-syaAllah.

Erm, macam2 mende dah berlaku sejak kite masuk tahun 2005 nih. Tsunami, gempa bumi, kemarau kat Malaysia, PM Lebanon kene bunuh, Israel nak berundur(yeah rite), Aminah Wadud dan solat Jumaat campor laki pompuan tambah lagi ngan dia nak bagi khutbah dia, perang, penyakit, kes bunuh, kes ragut, kes tikam, kes orang yang tak sedar diri hanyalah hamba Allah, yang akan bertemu denganNya suatu hari nanti yang mana hari tu dah tak jauh, tak lama. Kalo ditengok balik segala peristiwa nih, rasa2nya cam tanda2 kiamat je kan? Betol tak? Tanda2 yang makin jelas..sila nampak skarang. Meh la sama2 kite taubat cepat2. Takut sangat ni..

Oh ye. Nampak cam sebilangan orang jugak yang suke ngan lagu yang aku letak kat blog nih. Yeah, the point that the nasyid is trying to convey, IMHO, is about reminding those around us. Reminding about our true purpose and reason of being humans. Of being here. Reminding us what we should or should not do according to what Allah has told us in Al-Quran and what our beloved Rasulullah s.a.w had taught us in his Sunnah.

"Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang2 yang beriman"-Surah Adz-Dzariyat ayat 55

"And I(Allah) created not the jinn and mankind except that they should worship Me(alone)"-Surah Adz-Dzariyat ayat 56

Kita memang sentiasa perlukan peringatan. Kerana kita, manusia nih, adelah makhluk yang pelupa. Senang betul lupa. Sebab tuh la kita dinamakan manusia. Dikatakan(aku tak ingat hadis ke, sapa2 ingat, tolong bagitau eh?) bahawa kalo hati nih tak terima peringatan atau tazkirah selama 3 hari, maka hati tuh akan jadi keras. Hati, bila dah keras, maka susah la nak terima peringatan, susah la nak menangis bile terkenangkan dosa, susah la nak sedar diri tengah buat dosa. Allah ade berfirman dalam Al-Quran(tak ingat surah dan ayat mana, tolong bagitau kalo ade sapa2 yang tau, bleh?), bahawa hati manusia nih bleh jadik lagi keras dari batu. Kenapa? Batu, walaupon keras, tapi akan terbelah juga sehingga air bleh mengalir di celah2nya, kerana takutnya batu tuh kepada Allah. Tapi hati manusia, kalo dah keras lantaran dosa yang sangat banyak bertompok2, adalah amat payah untuk dilembutkan melainkan kalo Allah nak bagi hidayah petunjuk kepada orang yang berkenaan. Marilah sama2 berdoa moga kita sentiasa mendapat cahaya petunjuk dan hidayah Allah sepanjang masa. Amiin..

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

-Mata Hati by Hijjaz

Err..maaf la kalo dah buang masa korang bace entry yang tak seberapa nih. Takdek flow sebab kebelakangan nih idea nak menulis memang takdek. Kering. In-syaAllah pasni akan cube post entry yang lebih bagi manfaat kepada diri sendrik dan jugak kat semua yang datang blog nih.

Sampai sini jela dulu kot. Nak turun makan, lapar gile nih. Eheh :P

Wallahu a'lam

Wassalam

Thursday, 17 March 2005

Site bermanfaat...especially for sisters..


Assalamualaikum...

Takdek apa nak tulis sebab takdek mood..nak cadangkan korang semua, sile la tengok2 site nih, and bace sampai abih, and amik iktibar in-syaAllah..

http://www.amrkhaled.net/articles/articles498.html

Wallahu a'lam..

Wassalam..:)

Tuesday, 15 March 2005

Update masa exam..eheh


Assalamualaikum..

Agak lama jugak aku tak update. Cam cakap dulu, taknak update sampai abih exam, and ade gak cadang taknak online kat YM or MSN. Hehe, the latter was really hard to resist. Tapi berjaya dikurangkan aktivitinye la..or did I? :P

Tapi arini terasa nak update jugak. Erm, tadi dah mula la exam. Bukan final. Bleh la kata midterm. 2 hari. Integrated physio ngan anat. Kire gabung paper la. Tadi MCQ ngan short answer questions. Esok plak ade spot test..huhu..tadi ok la kot in-syaAllah, serah kepada Allah je la skang. Kene tumpu kat esok plak, tapi rest la kejap..

Tazkirah sket in-syaAllah..

Laa ilaha illallah. Setiap muslim pasti tau kalimah nih. Memang kene tau kerana kalimah ini ialah pengakuan penyerahan diri kita kepada Allah s.w.t. Tanpa pengakuan nih, yang diikuti ngan pengakuan bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah Rasul dan Utusan Allah s.w.t, maka tidaklah seseorang itu dikatakan seorang muslim.

Tiada Tuhan melainkan Allah. Atau lebih tepat lagi maksudnya Tiada Ilah melainkan Allah. Kalimah nih merupakan anak kunci pintu syurga. Sesiapa yang berpegang ngan kalimah nih, in-syaAllah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. Namun, tak cukup dengan hanya melafazkannya sahaja. Kalau setakat lafaz, yang bukan Islam pon bleh melafazkannya. Kene faham dan amalkan apa yang terkandung di sebalik makna kalimah tayyibah ini.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Jathiyah ayat 23 yang bermaksud,"Dan pernahkah kamu melihat (orang) yang mengambil hawa nafsunya sebagai Ilahnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya, dan mengadakan tabir atas pandangannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk selepas Allah(membiarkannya sesat)? Mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran?"

So, apa yang dimaksudkan dengan Ilah itu? Maksud Ilah boleh la dibahagikan kepada 6 bahagian.

1)Yang bermaksud dengan pengertian yang lazim, iaitu Ilah bermaksud Tuhan.
"Allah telah menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Dia, dan begitu juga para malaikat dan orang2 yang berilmu, dan Dia sentiasa mengekalkan keadilan dalam penciptaanNya. Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"-Surah Ali 'Imran ayat 18.

"It is He Who is the only Ilah in the heaven and the only Ilah on the earth. And He is the All-Wise, the All-Knower"-Surah az-Zukhruf ayat 84.

Dalam kedua2 contoh ayat menyatakan maksud perkataan Ilah sebagai Tuhan. Dan hanya Allah sahaja Tuhan untuk sekelian alam.

2)Matlamat pengabdian
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu"-Surah Adz-Dzariyat ayat 56

"Katakanlah(wahai Muhammad),'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam"-Surah al-An'aam ayat 162.

"They (Jews and Christians) took their rabbis and their monks to be their lords besides Allah and (they also took as their lord) al-Masih, son of Maryam, while they were commanded(in the Taurat and Injil) to worship none but One Ilah(Allah), none has the right to be worshipped but He. Praise and glory is to Him,(far above is He) from having the partners they associate (with Him)"-Surah at-Taubah ayat 31

3)Ilah sebagai tempat perlindungan.
"(He alone is) the Lord of the east and the west, none has the right to be worshipped but He. So take Him Alone as Wakil(Disposer of your affairs)"-Surah al-Muzzammil ayat 9.

"Katakanlah (wahai Muhammad),'Adakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak berkuasa memberi mudarat atau manfaat kepada kamu? Dan Allah, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"-Surah al-Ma'idah ayat 76

4)Ilah sebagai tumpuan kecintaan
"Say:'If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your kindred, the wealth that you have gained, the commerce in which you fear a decline and the dwellings in which you delight are dearer to you than Allah and His Messenger, and striving hard and fighting in His Cause, then wait until Allah brings about His Decision(torment), And Allah guides not the people who are al-Fasiquun'"-Surah at-Taubah ayat 24.

"And of mankind are some who take (for worship) others besides Allah as rivals (to Allah). They love them as they love Allah. But those who believe, love Allah more (than anything else). If only, those who do wrong could see, when they will see the torment, that all power belongs to Allah and that Allah is Severe in punishment"-Surah al-Baqarah ayat 165.

5)Ilah sebagai pemberi rezeki
"They are the ones who say:' Spend not on those who are with Allah's Messenger, until they desert him.' And to Allah belong the treasures of the heavens and the earth, but the hypocrites comprehend not"-Surah al-Munaafiquun ayat 7

6)Ilah sebagai sumber perundangan
"Verily, We did send down the Taurat(to Musa), therein was guidance and light, by which the Prophets, who submitted themselves to Allah's Will, judged for the Jews. And the rabbis and the priests (too judged for the Jews by the Taurat after those Prophets), for to them was entrusted the protection of Allah's Book, and they were witnesses thereto. Therefore fear not men but fear Me and sell not My Verses for a miserable price. And whosoever does not judge by what Allah has revealed, such are the Kafiruun(disbelievers-of a lesser degree as they do not act on Allah's Laws)"-Surah al-Ma'idah ayat 44.

So berbalik kepada ayat 23 surah al-Jathiyah tadi, orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai Ilah, bermaksud dia telah mengambil hawa nafsunya bukan sahaja sebagai tuhannya, malah juga sebagai matlamat pengabdiannya, tempat perlindungannya, tumpuan kecintaannya, pemberi rezekinya dan juga sebagai cara menetapkan sumber perundangannya. Segala apa yang dilakukannya, adelah berdasarkan pandangan hawa nafsunya, bermatlamatkan kepada keinginan dan kepuasan hawa nafsunya.

Sebagai seorang yang mengaku dan benar2 muslim, apabila melafazkan "La ilaha illallah" bermakna dia bukan sahaja mengakui dan mengambil Allah sebagai Tuhannya, malah dia juga meletakkan Allah sebagai matlamat dan tumpuan pengabdiannya, hanya Allah yang layak disembah dan menjadikan seluruh urusan kehidupannya dalam ubudiyyah kepada Allah. Juga meletakkan perlindungan secara mutlak datangnya hanya dari Allah dan tahu bahawa perlindungan yang diberikan oleh makhluk adalah bersifat sementara. Lalu hilang rasa gentar dari dalam hatinya terhadap makhluk. Dia juga perlu meyakini dan meletakkan Allah sebagai tumpuan kecintaannya.

Narrated by Anas: The Prophet said, "Whoever possesses the following three qualities will have the sweetness (delight) of faith: 1. The one to whom Allah and His Apostle becomes dearer than anything else. 2. Who loves a person and he loves him only for Allah's sake. 3. Who hates to revert to Atheism (disbelief) as he hates to be thrown into the fire."

Juga perlu meyakini melalui perkataan Ilah itu bahawa Allah sahaja yang memberi rezeki, makhluk hanya sebagai penyampai atau pembawa dan bukannya sumber yang boleh menambah atau mengurangkannya walau sebesar zarah. Dan akhir skali, meyakini bahawa Allah adelah zat yang kepadaNya kita rujuk untuk dapatkan ketentuan dan hukum.

Oleh itu sebagai kesimpulan, apabila kita melafazkan kalimah "La ilaha illallah", kene la sedar yang kita bukan sekadar melafazkan "Tiada Tuhan melainkan Allah" tapi juga "Tiada tumpuan pengabdian dan kecintaan, tiada tempat perlindungan, tiada pemberi rezeki dan tiada sumber perundangan melainkan Allah". Dengan kesedaran itu, in-syaAllah kita akan dapat lebih menghayati apa yang kita lafazkan dan dapat diamalkan supaya dengan amalan yang sepatutnya, barulah dapat kita jadikan kalimah itu sebagai anak kunci kepada pintu syurga. Bila dah ade anak kunci, in-syaAllah dapat la masuk ke dalam syurga yang penuh nikmat dan kekal di dalamnya selama2nya.

"Nikmatnya kalimah zikir,nikmatnya kalimah La ilaha illallah,bagaikan nikmatnya meminum air sejuk di kala hari panas mencengkam"-Sufyan ath-Thauri.

"La ilaha illallah adalah bentengKu, barangsiapa yang masuk ke dalam bentengKu, dia akan terselamat dari azabKu"-sabda Rasulullah s.a.w dalam satu hadis Qudsi.

Err..rasanya setakat tuh je kot yang aku bleh bagi. Moga2 apa yang aku sampaikan nih, bleh la sama2 amalkan. Lebih2 lagi bagi aku yang menyampaikan dan melekatkan kat entry blog aku nih lagi ah kene amalkan. In-syaAllah akan diamalkan dalam kehidupan seharian. Moga terhindar dari sifat poyo, cakap lebih tapi tak amalkan. Kerana sangat besar kemurkaan dan dosa di sisi Allah bagi orang2 yang cakap tapi tak buat. Moga terhindar la aku and kita semua dari sifat2 tuh. Amiin. Mohon keampunan dari Allah atas segala salah kata dan perkataan..

Ok. Off to my anatomy book again!! Doakan aku ye?

Wallahu a'lam

Wassalam..

Tuesday, 1 March 2005

Pehal..


Assalamualaikum..

In the comp lab a.k.a Laser Hut a.k.a kabin skang. Check² email jap. Patutnye ade lecture physio la kul 10 tadi. Kuar rumah kul 920 pagi, punya la aku rushing gile. Jalan tak ingat punya laju. Kat Grafton Street selisih ngan 2 orang dak klas aku. Omputeh la. Nampak dari jauh jek. Plek gak, diorang ni tak gi klas ke? Tak kesah ah tuh.

Sampai depan lecture hall. Tak sedap ati, sebab tak nampak dak² lain. Aku nih dah lambat ke? Baru kul 955. Skali masuk, takdek orang langsung. Tetibe kat blackboard depan kata klas kensel. Erghhh!!! Penat nihhh!!

Tak ngape la. Kalo aku takdek klas lagi dah arini memang aku balik ngan penatnya. Tapi ade practical physio petang maka kene la stay sini. Ish. Study ah in-syaAllah.

Ouh ye. Takkan update dah pasnih. I mean dalam masa 2-3 minggu nih sebab exam lagi 2 minggu. 15 and 16/3. So nak study ngan gigih in-syaAllah. Maybe tak online kat YM or MSN juga. Check² email tuh maybe ade la kot. Sebab nanti sure nak kene cari mende PBL lagi kan. Tengok ah camne..

Ok..study study!

Wassalam..

Friday, 25 February 2005

Ergh..


Assalamualaikum..

Arini tido lewat sket daripada biasa. Sebab ujung minggu kan. Takpe la kot. Cuma harapnye esok dapat bangun awal la in-syaAllah. Then in-syaAllah kalo mampu,nak study satu hari, huhu. Mampu la hendaknye in-syaAllah.

Arini PBL mula kul 10. Tapi aku tak diberitahu, maka aku yang dah terlambat kuar dari rumah kul 830 pagi, telah rushing secara maksima ke kolej, merempuh kesejukan hari yang makin dah nak abih winter nih makin sejuk plak. Sampai2, lagi 5 minit kul 9 pagi. Tengok2 takdek sapa dalam klas. Lagi la aku kompius. Nekad dalam hati, kalo kul 915 takdek sapa muncul, aku akan pergi somewhere else. Maybe balik rumah, maybe pegi komp lab.

Tetibe datang sorang groupmate bagitau klas kul 10. AaAAaaAa!! Tensen jugak ah time tuh. Tapi takleh nak cakap apa la kan. Turun2 komp lab, tengok ade lagi 2 orang groupmate. Apa la korang tak bagitau aku, huhu.

Tetibe masa PBL, 5 orang jek datang. Cheh. So PBL mula kul 10, abih kul 1030. Hoho.

Patut ade usrah kat umah aku malam nih, skali batal plak. Memasing ade hal. Hmm, tak ngape la kalo gitu. In-syaALlah Ahad nih la.

OKeh..gamba masa buat usrah kat Bray aritu dah di'upload'. Bleh jek pegi kat link 'My Pictures' tuh.

Ok sampai sini jek. Ade mende lain nak cakap sebenarnye tapi diri ini dah mengantuk amat. Mungkin esok atau lusa in-syaAllah

Wallahu a'lam.

Wassalam

Wednesday, 23 February 2005

Exhibition..


Assalamualaikum..

Dengan berakhirnye Islamic Exhibition kat GMB, Trinity College Dublin kul 9 malam semalam, maka berakhir lah Islamic Awareness Week untuk tahun nih. Exhibition bermula kul 6 petang. Antara yang dipamerkan ialah poster2 mengenai al-Quran, yang menerangkan sedikit sebanyak mengenai kandungan Al-Quran, hikmah2 di dalamnye dan keajaiban2 di dalam al-Quran. Then ade jugak dipamerkan beberapa biografi ringkas pasal "Great Men in Islam" seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Khwarizmi dan lain2.

Kemudian kat satu sudut dalam biik pameran tuh, diletakkan satu laptop untuk bahan multimedia presentation. Bahan diamik dari website harunyahya.com. Mengenai "The Miracles of Al-Quran".

Kat satu sudut lain, ade booth untuk memperkenalkan konsep hijab untuk pompuan. Basically mengenai "Women in Islam", peranan2 wanita dalam Islam dan sebagainya. Ade booth yang sediakan tudung, just in case ade pengunjung2 yang bukan Islam nak try pakai tudung, ade kamera so that bleh la diorang amik gambar and tengok camne rupe diorang kalo pakai tudung.

Then ade model Masjidil Haram(oversimplified version of it I should say)bersama2 ngan poster menerangkan pasal "Five Pillars of Islam" a.k.a Rukun Islam. Ade jugak model Baitul Maqdis. Model Masjidil Aqsa lengkap ngan model Dome of the Rock. Tambah lagi ade tunjuk pasal gates yang digunakan untuk masuk ke kota Baitul Maqdis. Ade Damascus Gate, Jaffa Gate dan sebagainya.

Ade jugak poster2 yang menerangkan mengenai Rasulullah s.a.w, sifat2 Baginda dan keperibadian Baginda. Patutnye ade booth untuk terangkan mengenai solat, tapi sebab ruang tak cukup kot? Tapi bile masuk waktu Maghrib, kami solat kat satu sudut dalam bilik pameran sebab takdek ruang lain. Ade plak yang amik gamba, huhu.

Kat tengah2 bilik pameran, ade satu meja untuk letak segala risalah mengenai Islam, al-Quran dan lain2.

Pameran dihadiri mostly oleh Malaysians la kan. Ade jugak Irish, atau secara senangnye, orang2 putih nih datang tengok2. Diorang nampak sangat interested. Ade yang walaupon sebok, sanggup datang gak, amik beberapa risalah, tengok2 mana yang sempat, dan terpaksa beransur. Ade jugak yang datang dan memang nampak berminat, siap mintak dipakaikan tudung(kat booth tudung tuh la).

Ade jugak sorang pakcik nih, keje kat TCD. Omputeh la. Dia ade tanya or cakap something kat aku. Aku terkujat2 nak pikir apa patut aku cakap so that pakcik nih tak dapat maklumat salah. Alhamdulillah, sebbaik ade sorang kawan aku kat situ, maka aku mintak tolong dia yang explain. Huhu.

Ade jugak booth jual makanan. Ade samosa, cucur ikan bilis, nasik lemak pon ade! Pergh. Just talking about it makes the G cells in the wall of my stomach start secreting gastrin already. Lapar plak, huhu :P.

Kul 9 tepat, start kemas2 bilik tuh. Selesai kemas dalam kul 930 kot. Balik naik bas. Sampai umah dalam kul 10 malam. Alhamdulillah, walaupon penat, tapi rasa seronok.

Banyak jugak cabaran dan dugaannya nak terangkan Islam kat orang eh? Time bagi flyer, tak ramai yang nak amik. Time pameran tuh pon, tak ramai yang datang, tapi dengar kata lagi ramai dari tahun lepas. Alhamdulillah pencapaian yang baik la tuh. Takpe la kalo yang dah taknak datang tuh kita nak buat camne kan? Mungkin hidayah Allah belom tiba untuk mereka. Moga2 kita semua sentiasa mendapat rahmat dan hidayah Allah sentiasa in-syaAllah. Ade yang tak bape puas ati sebab tak ramai yang datang. No komen.

Bagi aku, asal ade yang bukan Islam dan benar2 nak tau pasal Islam, dah datang pameran tuh and tunjuk minat plak tuh, bagi aku dah cukup dulu buat masa terdekat nih. Moga2 Allah kurniakan hidayah dan petunjukNya kepada mereka2 nih untuk masuk Islam dan turut sama ngan kita bantu Islam in-syaAllah.

Patutnye ade PBL. Tapi aku tak pegi. Dah nak pegi tadi. Tetibe perut mencadangkan agar aku tak pergi. Terpaksa berlari turun ke..ke mana? Sambung sendrik. Haha. Bukan sengaja ok? Well..maybe ade la sket sengaja, tapi sket je la. Huhu.

Bangun pagi dalam keadaan agak sejuk. Tengok luar. Semua putih jek. Salji agak tebal kali nih. Boleh la nak kumpul2 untuk buat snowball. Heh, dah nak abih winter, tapi salji makin selalu plak. Plek2. 2-3 hari selalu jek hujan ais or hujan batu or whatever you may call it. Lebat plak tuh. Sebbaik la kecik2 jek. Sure jalan licin pasnih.

Erm, skang nih alhamdulillah aku rasa hati dah makin tenang. Masalah2 yang melanda diri sepanjang 2 atau 3 minggu lepas, yang memberatkan kepala, semangat dan jiwa seolah2 dah takdek. Hilang gitu jek..kot. Tapi syukur sangat2 kepada Allah sebab berikan ketenangan. Moga ngan ketenangan nih, lebih mudah aku nak beribadah in-syaAllah. Amiin.

Anyway. I think that's all about it. Takdek mende dah. Exam lagi sebulan. Study gigih lagi pasnih in-syaALlah. Semangat2!! :P

Wassalam.

Monday, 21 February 2005

Sedih..bengang..marah..terkilan..(peringatan untuk diri)


Assalamualaikum..

Pekaba korang? Aku sehat alhamdulillah, cume Jumaat aritu tak bape sehat sket, dah ok dah alhamdulillah.

Sabtu gi shop, beli jaket. Alhamdulillah ade la jaket lain..(pasni sure ade yang kata,"hek elee..itu pon nak cite kat blog". Lantak ko la..heh)

Baru lepas baca email2 yang diberi oleh beberapa orang kawan..email2 yang berjaya buat aku tambah sedar camne situasi Islam dan umat Islam skang nih.

Tak perlu aku cite panjang lebar, aku yakin korang pon tau apa dah jadi skang, apa dah jadi beberapa hari, or minggu or tahun2 kebelakangan nih..

Takdek apa yang aku bleh cakap dah..perasaan campur baur..sedih, bengang, marah, terkilan..semua ade..

Sedih, sebab makin hari umat Islam makin ditindas, agama Islam makin dipijak2, hak kita ditolak ke tepi, dinafikan bahkan dihina. Umat yang bertuah ini, berpecah belah.

Bengang, sebab ade pihak2 yang bukan sebahagian dari agama suci nih, makin berani. Secara terang2an diorang cube menjatuhkan Islam. Cube merosakkan ajaran suci yang telah diturunkan oleh Allah. Cube menghilangkan terus agama nih dari muka bumi nih. Mereka berbicara tentang Islam seolah2 diorang tau segala2nye tentang Islam.

Marah, sebab ade jugak umat Islam sendrik, yang ikut sama dengan usaha pihak2 bukan Islam nih, untuk mencela Islam, menghina dan menjatuhkan Islam. Apa nih? Kadang2, diorang nih lebih hebat lagi menentang agama yang diorang anuti nih. Ade siap terang2an lagi tunjuk rasa tak puas hati kat public, dalam TV dan sebagainye. Ade pulak yang bergerak dengan menggunakan nama agama kononnye. Tak malu ke? Menjadi perosak agama di atas nama agama!

Terkilan, sebab aku tak mampu nak buat pape. Apa yang mampu aku buat? Hanyalah berdoa dan terus berdoa moga Allah kembalikan kegemilangan Islam, bagi kemenangan kepada umat Islam. Apa yang mampu aku buat? Hanyalah meluahkan rasa sedih dan marah dalam blog yang tak seberapa nih. Hmm..

Bila la nak sedar? Apa nak dijawab depan Allah nanti agaknye ye? Makin hari kita makin leka. Tak sedar apa yang sebenarnye jadi kat kita. Tak sedar apa yang sebenarnye dah dan sedang dibuat ke atas diri kita. Kadang malu ngan diri sendrik, makan sedap, dalam masa yang sama, teringat pasal nih, tapi belasah makan jugak sampai kenyang.

Dah, taknak aku nak cakap banyak lagi. Takut nanti kata2 aku dipengaruhi emosi, tak pasal2 aku tersilap kata, maka merosakkan diri aku sendrik.

Ya Allah, bantulah Islam dan umat Islam...wallahu a'lam..

Wassalam.

Friday, 18 February 2005

Heheh..


Assalamualaikum..

Skang kat comp lab a.k.a Laser Hut. Well. Harini ade satu klas jek. PBL, like always. Pepagi Jumaat nih klas apa lagi aku ade, PBL je la. Kul 9 pagi start. Aku ingat aku dah lambat dah. Jalan sket punya laju. Sesampai jek, tengok ade 5 orang jek dalam bilik tuh, tutor aku pon tak sampai lagi. 5 minit lepas aku dok tutor aku pon sampai la. Rupenye kitorang berenam je la arini yang datang PBL. Dak² lain tak datang; ade yang balik umah, ade yang tak sehat, ade yang balik Canada(balik umah dia la), ade yang tatau and malas kot? Kalo ikut aku, taknak gi gak sebenarnye pagi tadi tapi keinginan tuh tak kuat la sangat pon. Nak pegi tuh lagi kuat.

Disebabkan orang tak ramai, maka aku terasa cam bleh plak nak cakap banyak. Ye ah, selama nih ramai sangat omputeh, aku nak nyampok pon payah, diorang nih banyak gile cakap, heh. Alasan. PBL abih 45 minit kemudian. Both problems discussed. I mean for the 2nd problem, we just brainstormed ourselves through the problem la. Tuh yang tak lama sangat. Dah orang pon sket. Ala, kalo ramai pon learning goals tetap sket. Hehe.

So skang takdek klas dah sampai la ari Isnin. Yeay! Esok dengar kata ade cam rehlah kat Phoenix Park, tapi aku tak pergi kot. Anyway..

Semalam ade buat lagi skali tayangan movie "The Message". And alhamdulillah balik dari St Patrick's Hospital, gi solat Asar, then Maghrib. Kul 6 terus gi Edmund Burke Theatre. Aku ingat dah penuh la orang, skali baru ade sorang. Campur aku, 2 orang. Tunggu la sampai 615, last2 yang datang bape kerat jek. Lantak la. Aku tetap stay nak tengok gak. Movie abih kul 9. Berjalan kaki la aku balik tuh. Sorang. Sebab dak² lain balik naik bas. Sedang aku takdek rambler atau duit kecik untuk beli tiket bas. Plus, I prefer to walk.

Cuak gak jalan sorang². Menempuh sekumpulan anak² dole nih. Ngan orang² yang mencurigakan lagi. Dalam hati time tuh, doa bebanyak moga tak jadik apa² mudharat kat aku. Ngan kat tangan ade botol setengah terisi air Fanta Oren 500ml(hoho), aku berjalan ngan muka yang buat2 yakin padahal dalam hati cuak gak. Alhamdulillah tak dikacau walau pada mulanya aku nampak dari jauh anak² dole tuh cam interested jek nak kaco. Huhu.

Sampai umah, baca buku citer sket, ngantuk terus tido. Kul 4 lebih bangun solat Isya'. Hoho. Tabah betol.

Rabu lepas. Takdek pape program pon. So lepas kuar dari dissection room, gi solat Asar. Aku ngan sorang kawan aku menuju ke tempat aku letak beskal. Skali aku pon cam plek, beskal aku takdek. Aku ingatkan aku dah lupa aku letak kat situ or tempat lain. Bila check bebetol, nampak dalam 8 kaki dari tempat aku berdiri, tayar depan beskal aku ngan kunci beskal jek yang tinggal terikat kat besi letak beskal tuh. Ahaha. Terkejut gak la sekejap. Tapi lekas sedar.

Memula ade gak nak bengang ke apa ke. Pikir² balik, tak jadik. Well. Bengang sebab apa? Sebab tempat letak beskal tuh, walaupon cam tersorok sket, tapi sket jek tersorok. Kalo ade orang nak amik beskal, sure orang lain akan nampak la. Plus, beskal aku di'ambil' without its front wheel. Wasn't it obvious? Tapi teringat la. Beskal tuh di'pinjam'kan oleh Allah, maka adalah hikmahnye beskal tuh di'ambil'. aku nih kurang bersyukur agaknye. Bile ade beskal, maleh nak naik, sejuk la apa la. Bila dah takdek? Berjalan la ke sana ke mari. Tapi best gak jalan. Alhamdulillah masih ade kaki untuk berjalan. Mungkin juga Allah nak ganti ngan lebih baik? "Mungkin nanti ko akan dapat kereta plak," kata kawan aku. Haha. Merepek, kereta mende? Apa² hal, ade sebabnye mende nih berlaku. Tak kesah la. Mende dah jadik pon. To make a fuss about it is not a very good thing.

Pergh. Ade gak mende menarik berlaku eh? Ahaha. Pengalaman berharga. Maybe bile aku bukak and baca balik entry aku nih setahun lagi, atau beberapa tahun akan datang, masa aku dah keje ke, sure aku akan tergelak mengenangkan semua nih. Cam tadik before post entry nih, aku bace balik my past entries. Ade yang aku dah tak ingat pon aku ade tulis tapi bila bace, teringat terus setiap peristiwa, cam dimainkan balik dalam kepala nih. Subhanallah. Cepatnye masa berlalu.

Banyak mende dah berlaku. Banyak mende dah dilupakan. Banyak perkara yang kita lakukan, kita sendrik tak ingat kite pernah buat. Tapi di akhirat nanti, setiap amalan kita, SETIAP amalan, dari sekecik², yang kita anggap tak penting and insignificant sampai la ke sebesar², yang kita ingat sampai bebila atau kite anggap penting, akan diperhitungkan dan ditunjukkan balik kat kite. Tak cukup ngan buku amalan, ditunjuk plak depan kite cam tayangan video. Time tuh, dosa yang kite buat senyap², time tengah sorang² akan diperlihatkan depan jutaan manusia dari zaman Nabi Adam a.s sampai la ke manusia terakhir di dunia nih. Time tuh baru nak nyesal and nak malu sebab tak sempat taubat. Atau tak sempat nak pikir mende salah yang dah dibuat tuh memang bebetol salah tapi masa buat tuh tak terasa salah, tak terasa bersalah bahkan ade plak yang bangga ngan dosa yang dilakukan(I mean, bangga masa kat dunia).

"And if you could only see when the Mujrimun shall hang their heads before their Lord(saying),"Our Lord! We have now seen and heard, so send us back(to the world), that we will do righteous good deeds. Verily! We now believe with certainty."Surah As-Sajadah, ayat 12.

So, tak ke dah terlambat sungguh nak menyesal ketika tuh, ketika mana tiada lagi tempat berlindung selain dari Allah? Sekarang kita mungkin tak terasa. Kite buat salah seolah2 mende tuh takdek apa. Kite buat gurauan² yang kita anggap lawak, sekadar nak berseloroh, nak menyedapkan bicara. Tapi pada hakikatnye, kat mana kita dah letak diri kita ngan gurauan² gitu? Nabi s.a.w pernah bagitau, sangat ramai orang² yang dicampakkan dalam neraka, hanya kerana dosa yang disebabkan oleh lidah² mereka. Dosa sebab lidah nih, bukan sekadar hanya berbohong, tebar fitnah, berdusta, mengadu domba, mengumpat dan mengata. Tapi juga disebabkan oleh kata² dan perkataan² yang kita sebut semasa percakapan dan perbualan kite sehari². Kite mungkin tak sedar. Tuh la guna kawan² yang baik untuk menegur andai kite terbuat salah.

Kawan umpama cermin kepada kita. Baik kawan kita, maka dia in-syaAllah akan bawak kite untuk jadik baik, or setidak²nye, tergerak hati kite and in-syaAllah mudah²an terbukak hati nak jadik baik. Buruk peribadi kawan kite, kalo kite tak tarik dia jadik baik, dia tarik kite jadik lagi teruk. Na'udzubillah. So, moh la kite semua sesama berusaha memperbaiki diri, supaya kita dapat jadik kawan yang baik untuk kawan² kite, supaya kita dapat jadik anak yang baik untuk parents kite dan yang paling penting, supaya kite dapat jadik hamba yang baik, yang dekat dan rapat ngan Allah, so dengan tuh kite dapat dan sentiasa berada dalam keredhaan Allah, in-syaAllah. Apa lagi yang lebih utama untuk kite selama²nye, selain dari mendapat keredhaan Allah?

Ah, aku banyak cakap. Aku? OK ke? Ntah, wallahu a'lam. In-syaAllah aku akan laksanakan setiap apa yang aku dah sebut. Taknak jadik cam apa yang Allah sifatkan dalam Surah As-Saff ayat 2 dan 3,"O you who believe! Why do you say that which you do not do? Most hateful it is with Allah that you say that which you do not do." Marilah bebanyak istighfar setiap kali kite sedar kite dah buat silap and moh le kite berhati² setiap kali nak berkata². Wokeh?

Wallahu a'lam

Wassalam..

Wednesday, 16 February 2005

Apa eh?


Assalamualaikum..

Erm..dah hari rabu dah, kejap betol rasanya eh? Kang tau2 dah nak exam. Huhu. Exam tengah bulan Mac nanti in-syaAllah.

Hari Isnin. Lepas Subuh gi tido balik plak. Padan muka, maka terbangun la kul 10 pagi. Terlepas 2 lecture. Amik ko. pastu disebabkan dah malas nak rushing maka aku pon tak pegi lecture Anatomy tengah hari tuh. Aku cume kuar rumah dalam kul 1 untuk pegi PBL. PBL cam aku cakap ah, abih kul 315 petang, kebetulan plak aku teka mengena. Eheh. Sepanjang perjalanan pergi kolej and nak balik, sana sini aku tengok ramai orang bawak jambangan bunga. Kire agak plek gak nih. Sebab tak biasa kot ngan pemandangan gitu. Ye ah, kat Malaysia mana pernah tengok orang bawak bunga ke hulu ke hilir masa the so-called Valentine's Day. Ke aku jek yang tak perasan? Heh, pedulik apa aku. Hmm, kalo la diorang tau sejarah sebenar di sebalik kewujudan Valentine's Day, sure diorang tak sambut..huhu. Ye ke? Or even diorang tau pon sejarah sebenarnye, would they even bothered? Tak paham.

Did I say anything about a movie show that was going to be held that Monday night? The Message? Yeah, i didn't go to watch it. Why? Coz due to my repetitive event of not going to Physiology lectures and also becoz i was absetn for Anatomy lecture, I decided to study that night. Alhamdulillah managed to study the anatomy of liver sampai abih. Harap ade manfaatnye in-syaAllah.

Semalam? Semalam takdek apa yang menarik melainkan Dr Azzam Tamimi datang untuk bagi talk about "Muslims and terrorisms". Sadly enough, only a third of the hall was full. Orang takdek sebab clash ngan Islamic Awareness Week of other Universities(i.e UCD and RCSI). Tak kisah la. Yang penting isi talk tuh semalam memang sikit sebanyak bukak juga minda aku nih. Alhamdulillah. Sampai umah kul 830 malam. Jalan kaki sambil menolak basikal sebab malas nak cycle, sejuk ah!

Harini? Skang nih aku baru selesai PBL. Jadik chairman untuk 1st session. Not bad. Alhamdulillah, eheh. Lepas nih kene gi dissection room. Tengok liver. Yeahh!! Harapnye apa yang aku dah bace Isnin aritu bagi manfaat kat aku arini and sampai bebila. Amiin.

Dah, saje jek nak tulis nih. Takdek apa pon. Oh ya. Ade stau mende yang aku sangat perlukan penjelasan di sini. Harituh ade chat ngan sorang kawan aku kat Jepon sana. Antara topik yang keluar tetibe ialah katanya, ade ustaz kat tempat dia kata, kitab tanbihul ghafilin banyak mengandungi hadis2 maudhu'. Err..mintak tolong sesapa leh clarify? Wallahu a'lam

Wassalam.

Sunday, 13 February 2005

Bray..


Assalamualaikum..

Pekaba? Aku sehat alhamdulillah, at least for now sebab skang nih dah rasa cam nak demam jek, huhu. Anyway, walaupon skang nih actually tengah bz cari mende untuk PBL esok, yang mana terdapat banyak gile la info2 yang tak berkaitan langsung ngan apa aku kene cari, yang mana berjaya mentensenkan aku. So sebab tensen and bosan, maka aku ingat nak tulis la kat sini.

For the last few days, nothing special happened. Semalam pegi Trinity Hall lagi untuk tolong sket2, sambung buat model Masjidil Haram untuk Islamic Awareness Week yang akan start esok(moh le kome datang ramai2, heh). Skali rupenye ade jamuan makan plak sempena Chinese New Year. Tak cadang pon nak pegi, skali dak2 nih semua ajak pegi sebab dah lapar. Maka aku follow la. Sebbaik la ade klasmet kitorang yang Muslim masak skali, so bleh la jugak makan makanan halal kat situ.

Harini? Bangun awal gile sebab teringat yang tak solat Isya' lagi. Maka bangun and tak tido2 dah pastuh. Ngadap anatomy sket, recap about thorax. Sambil2 tuh check email. Kul 830 pagi, siap2 untuk masak nasik goreng sebab dalam masa sejam lagi bertolak ke DART station kat Pearse Street. Nak gi Bray. Group usrah buat piknik+usrah kat sana. Kami pergi berlima termasuk naqib.

Naik DART dalam kul 1140 pagi. Alhamdulillah cuaca sangat baik, cerah and tak hujan. Bray ialah kawasan tepi laut. Memang akan expect angin yang sangat kuat la kan. Dah la angin kuat, sejuk plak tuh. Huhuh. Sampai2 jek, terus menuju ke bukit berhampiran untuk dipanjat. Nak cari tempat untuk buat usrah. Panjat la sampai ke puncak. Memang terasa bagai jungle trekking sungguh. Sampai jek kat atas, subhanallah, cantik betol pemandangan. Memang tak puas la amik gambar(gambar sendrik, member2 lain dan juga scenery). Tapi lupa nak charge battery camera maka takleh la amik banyak sangat gamba pon.

Kat atas takdek tempat sesuai. Maka turun balik. Pergh, penat toksah kata la. Tapi seronok tuh menyebabkan tak rasa sangat la penat tuh. Sampai kat tempat duduk. Makan dulu sambil dengar kaset tazkirah. Dan nasyid. Nasik goreng aku agak laku, eheh :P. Naqib bawak mee goreng. Kawan2 lain bawak snack and air and swiss roll and banyak la lagi. Alhamdulillah semua berjalan lancar tapi buat sekejap jek sebab sejuk teramat!! Angin makin kuat. Terus kemas2 dan menuju ke DART station.

Dalam DART, 3 dari 5 orang terlelap kepenatan. Aku termasuk dalam orang2 yang lelap la tuh. Heh. Tapi tak bape sangat la sebab kene tengok gak. Kang tak pasal2 terlepas station. Eheh. Sampai Pearse dalam kul 440 petang la lebih kurang. Solat Asar dulu. Then aku yang berbasikal ke kolej pagi tadi(DART station dekat ngan kolej), menolak jek beskal sebab tak larat dah nak ngayuh. Sampai umah kul 6. Rasa cam nak lelap lepas maghrib, tapi mengenangkan PBL tak siap2, maka terpakse bertahan sebentar.

Esok ade lecture lagi. To go, or not to go, that is the question. Eheh. Question mende, pegi ah!! Esok jugak in-syaAllah ade tayangan muvi "The Message"(once spelled "The Massage" masa kat KMYS dulu, ade la satu chalet nih share cite nih tapi silap spell, kontroversi betol, ahaha)kat Davis Theatre. So in-syaAllah pegi la kot kalo diri ini larat. Kalo tak larat, pulang la aku ke rumah agaknye. Sebab esok PBL abih paling lewat kul 4 and aku sure takkan abih selewat itu. In-syaALlah paling lambat tutor aku akan bagi lepas ialah kul 315. Heh.

Dah, tatau nak cakap apa dah. Fikiran agak buntu. Kebelakangan nih aku terasa diri nih banyak buat mende2 remeh yang sangat la bodohnye kalo dipikirkan balik kenapa aku buat mende2 tuh. Kenapa mesti dipikirkan pon sedangkan masanya masih blom sampai untuk dipikirkan perkara2 tak berkaitan ngan keadaan and tanggungjawab aku skang. Cheh, Tun Mohd Azlan, anda sungguh lemah! Dugaan gini pon tak larat hadapi. Astaghfirullah. Aku mohon kekuatan dari-Mu Ya Allah.

Wassalam..

Monday, 7 February 2005

Sejuk..


Assalamualaikum...

Skang patutnye kene bace Physio sebab esok ade assessment, tapi takpela, update la kejap,abih nih terus sambung bace, in-syaAllah. Eheh.

Weekend baru nih memang agak busy la. Aku rasa aku tak lekat kat rumah langsung. Jumaat tuh lepas practical biochem, balik rumah kejap jek sebab nak amik laptop. Naqib nak pinjam buat presentation usrah. Usrah kat Trinity Hall, rumah kawan aku sorang nih. Usrah tamat kul 8 lebih. Lepas abih tuh gi dapur, makan2 and borak2 sket. Tau2 dah kul 9 lebih. Kawan aku ajak tido umah dia, maka tido la aku kat rumah dia.

Sabtu tuh balik umah kejap. Mandi, then gi Hall balik sebab nak tolong siapkan model Masjidil Haram untuk Islamic Awareness Week. Miniature model jek. Aku pernah tengok model yang agak besar masa aku gi Cork. Fairuz la buat tuh. Gile ah. Yang aku tolong buat tuh kecik je la sebab tapaknye pon kecik jek. Dari kul 3 lebih buat, lepas lunch sampai la kul 1030 malam. Dak2 lain buat peta Palestin atas kain putih. Tido kat sana lagi.

Ahad. Stay sekejap kat Hall, then tengah hari balik. Dok umah la buat pape yang patut. Masa kat Hall, aku beli aprikot. Saje beli sebab dah lama tak makan. Pastu malam semalam aku 2-3 kali kuar masuk toilet. Ahaha. Banyak sangat makan aprikot kot?

Sejak semalam, Ireland nih sejuk semacam. Lebih sejuk dari sebelom2 ni. Semalam kuar jap beli barang. Tengah cycling tuh tetibe hujan. Tak cukup ngan tuh, tetibe butir2 air hujan tuh jadik keras. Aku tengok mende2 putih turun laju. Bukan salji la. Tapi ais2 kecik. Pergh. Sebbaik tak besar. Kalo butir besar, kene kapla, mau mengong kejap tuh. Huhu. Sedikit payah la. Sebbaik dah siap2 ade raincoat dalam beg. Sejuk gile ah. Harinih pon sejuk gak.

PBL kul 2 tadik. Heh, best gile. Aku rasa sesi kali nih adelah sesi paling singkat. 245 petang dah setel. Selama nih, lagi tak cukup 2 jam(paling cepat pon sejam setengah), toksah harap nak balik la. Heh.

2-3 harinih jugak banyak perkara yang membengongkan kepala dan akal fikiran aku telah berlaku. Apa mendenye biar aku je la yang tau. Tapi kadang2 bile dipikirkan, tensen gak jadiknye. Tak pikir pon takleh gak. Isk. Payah tul la. Tolong jangan buat aku bengong lagi bleh tak? Huhu, aku cakap ngan sapa nih? Entah ah...aku pon tatau.

Okeh, nak sambung study.

Oh ya. Kepada kawan2 aku yang selalu tanya nape aku senyap tak kontek2 diorang dah skang nih(ye ke aku senyap?), sori la. Bukan taknak kontek, text, miskol, email or apa2 la, tapi kadang2 tuh agak sebok. Jangan la tensen plak eh? Bukannye tak ingat kawan. Lagipon, aku tau korang pon sebok ngan urusan memasing.

Wassalam.