Tuesday, 27 December 2005

Apsal nih? Huhu..


Assalamualaikum...

Semoga semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

Harap semua sehat la hendaknya in-syaAllah. As for me, alhamdulillah setakat nih sehat la lagi. Cumenye sejak abih exam, agak sebok(ke buat2 sebok? :P) dengan segala macam urusan dan tugasan serta tanggungjawab, cewahh!! Ditambah lagi ngan ketiadaan, kekeringan idea serta kemalasan dan sikap suke menangguh2 yang ntah bile nak diatasi, maka blog dibiar tak berupdate. Bukannya tak check blog nih, tapi setiap kali bukak blog and rasa nak update, tetibe ilang idea and mood. Heh.

Baru balik dari PUISI. Tak. Aku bukan gi kem blaja bersajak atau berpuisi. Tapi program yang melibatkan ramai pelajar2 Ireland dan UK. Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyyah Seluruh Ireland. Tahun nih buat kat Waterford. Satu kawasan atau 'county' antara Cork ngan Dublin. Nanti la aku cite bile mood nak taip panjang2 tuh datang.

Esok in-syaAllah akan bertolak ke Glasgow. Nak gi program musim sejuk kat sana. Akan diceritakan juge apa yang berlaku bile mood bercerita tuh datang. Kalo takdek sapa nak baca pon takpe, biar jadi rekod untuk diri aku sendiri, so mana la tau, 10 tahun lagi aku nak tengok balik kenangan kat Ireland, bukak je blog kan.. :P

Ok..maaf kepada semua, terpaksa berhenti di sini, lagipon sebab pinjam komputer orang nih.

Doakan aku selamat dalam perjalanan, sepanjang kat sana, dan masa nak balik. Pendek kata, doakan aku selamat selalu. Amiin.

Wassalam