Monday 27 June 2005

2 minggu kemudian..


Assalamualaikum..

Pekaba korang? Harapnya sehat, aku sehat alhamdulillah. Skang kat Malaysia dah la. Mendarat kat KLIA kul 340 petang 16 Jun 2005. Supposedly sampai an hour earlier tapi sebab delay kat mana ke..kat Bangkok lama gile delay.

Flight dari Dublin kul 645 pagi 15 Jun, maka aku keluar dari 39, Mount Drummond Square dalam kul 430 pagi, teksi datang. Sampai airport terus check in, time tuh pon dah ramai orang beratur kat kaunter BMI, aku ingat pagi2 buta orang2 Ireland nih dok tido lagi. Agaknye diorang nih bukan Irish kot, hmm..Luggage 20.9 kg, elok la tuh. Apa berat sangat? Aku isi souvenir sket ngan coklat banyak ngan buku2 serta past year question papers untuk Biochem. Oh yeah, aku kene resit Biochem sebab aritu punya result Biochem tak bape best. Takpe la..alhamdulillah Biochem jek kene resit, paper lain alhamdulillah ok.

Sampai Heathrow dalam kul 8 pagi. Terus check in lagi. Dalam kul 915 pagi tuh gate untuk flight gi Bahrain dah bukak. Dah la jauh gile nak kene jalan dari arrival ke bas nak bawak gi Terminal 3 tuh. Huhu. Kat sini delay. Patutnye kul 1015 pagi dah depart, tapi naik plane, kul 1115 baru depart. Best jugak la.

Sampai Bahrain dah malam kat sana. Dah nak masuk Isya'. Kul 7 lebih aku sampai. Pergh. Tak la besar mana airportnye tapi selesa la. Baru aku tau Bahrain tuh pulau rupenye. Well, no wonder, namanya pon bermaksud "2 laut". Maybe pulau tuh terletak between 2 laut kot. Laut apa tatau la plak. Sile rujuk atlas kalo rajin. Solat la kat prayer room. Flight kul 1015 malam kalo ikut jadual.

9 lebih gate bukak. Masuk and dok dalam plane. Sampai ke Bangkok tak ingat la kul bape tapi dalam 9 lebih jugak la. Dah sampai Bangkok tuh mule dah terasa panasnya Asia nih, eheh. Tapi tak rasa sangat lagi la sebab still ade aircond kan. Rasa Malaysia dah dekat sangat dah time tuh. Terus check in lagi. Tak sabar dah nih.

Sementara tunggu gate bukak, aku dok la sambil layan Sudoku. Sebab aku dah abih bace buku yang aku beli kat Newcastle aritu. "Five people you meet in heaven". Ouh, Sid, FYI, buku tuh tak memerlukan kemampuan intelek yang tinggi la untuk bace. Bukannya buku motivasi atau psychology ke apa. Buku cerita biase jek. Unless kemampuan intelek ko memang tahap bace buku citer biase pon tak bleh? Ahaha :P

Sementara duduk tuh, nampak la dari jauh sekumpulan pakcik2 dan makcik2 Melayu. Diorang nih bercuti kot. Maka bile gate bukak and aku beratur skali ngan diorang, aku takleh stop untuk senyum walau aku struggle untuk stop senyum. Sebbaik diorang tak nampak. Eheh, bukan apa. Cume rasa gembire berada di kalangan orang2 yang aku familiar. Bukan la kata aku kenal diorang, but then 8 bulan berada among orang2 yang cakap bukan bahasa kita, tetibe kat Bangkok, keliling tuh ramai plak dengar cakap Melayu. Maka cam seronok.

Dalam plane, dok sebelah sorang mamat dari Oman. Cikgu. Datang Malaysia sebab nak jumpa adik dia. Hmm. Mungkin adik dia blaja kat UIA kot. Dia tatau nama aku tapi aku tau nama dia. Ahaha. Anyway. Sepanjang sejam lebih terbang dari Bangkok, tengok map display, aku jadik makin tak sabar plak. Bila la plak nak sampai nih. Eheh.

Landing jek, skali lagi aku senyum. At last! Alhamdulillah selamat sampai Malaysia. Then naik la aerolink tuh, amik beg, then tukar duit. Then amik KLIA Ekspres ke KL Sentral. Simpan beg, amik LRT gi opis abah aku. Plan asal sejak 2-3 bulan lepas. Nak bagi surprise, so yeah aku tak bagitau parents aku bile aku balik. Skali sampai2 opis dia, abah aku dah balik arr. Maka ubah plan. Balik umah naik komuter and teksi. Sampai umah dalam kul 7 malam 16 Jun 2005. Haha, padan muka aku.

Best jugak balik sorang2 nih. Cam Azila cakap, agak tenang and tenteram. Bleh buat apa ko nak and bleh duduk mana2 ko nak. Eheh. And dalam 3-4 airport yang aku pegi, ade 2 jek airport luar dari Malaysia yang ade prayer room. Kat Heathrow aku rasa ade gak kot, tapi multifaith prayer room la. Lagi satu kat Bahrain. Memang khas untuk Muslims. Kat Bangkok tak sure plak.

Sepanjang flight jugak aku manjang dapat dok tepi tingkap. So bayangkan view yang aku dapat tengok. Awak yang berkepul2 tuh sebelah aku jek. Subhanallah! Memang cantik betul, aku memang takleh lepas mata tengok pemandangan ciptaan Allah yang sangat la cantik and sangat la luas mata memandang.

And then, masa tengah termenung tengok alam, hati terdetik. Semua yang ade, tak kekal lama. Suatu masa nanti, semuanya akan musnah dalam satu masa yang dah Allah tetapkan. Suatu masa nanti, semua akan jadi rata. Suatu masa nanti, semua akan dihimpunkan. Suatu masa nanti, dah terlambat kalau nak bertaubat. Tapi sedar jek tak guna, kalo takdek tindakan kan? Aku jadi tersedar, keciknya aku nih, keciknya manusia nih nak banding ngan ciptaan Allah yang lain. Kalo la tak kerana akal yang Allah bagi, kita manusia nih takdek apa2 yang lebihkan kita dari makhluk lain. Still..tak ramai yang gune akal nih, kan?

Balik ke Malaysia. Panasnya tak la seteruk yang slalu aku dengar. Aku dengar dari senior2, kata kalo balik nanti panas gile la apa la. Well alhamdulillah panas memang la panas tapi takdek la sampai takleh tahan. Biase jek. And macam2 jugak program TV baru yang aku dapat tau. AF memang dah biase, yang aku pon tak paham nape nak kene ade lagi mende tuh. Skang ade yang baru, Mentor? What the? Kenapa mesti dirosakkan lagi umat ini..

Got to go, dah lama sangat kat CC nih.

Ouh ye..sapa2 yang ade nombor hp aku dulu, aku still guna nombor dulu. 345021343...heh, so sapa yang tau nombor aku dulu, pandai2 la korang decipher nombor tuh.

Wallahu a'lam

Wassalam

Monday 13 June 2005

Rehlah ke UK


Assalamualaikum

Pekaba semua? Harpnye semua sehat2 in-syaAllah. Aku sehat alhamdulillah cume agak kepenatan sebab baru balik dari rehlah ke UK.

Selasa, 7 Jun 2005 : Kul 6 petang kuar la dari rumah. Member semua bising sebab kata nanti tak sempat la apa la sebab jam la. Takpe la. Kuar je la kul 6. Ingat nak amik bas tapi takdek plak bas nak gi airport. Alhamdulillah ade cab berenti. Takdek la jam sangat pon. 40 minit kemudian sampai la ke airport dalam kul 7 malam gitu.

Sorang2 nih agak kekok jugak ah. Sebab cam takdek tempat nak refer or tanya2. But then that's the part where you'll gain experience right? Alhamdulillah semua selamat. Flight kul 825 malam. Tapi, tengah2 summer nih, 825 malam still terang cm kul 6 petang. Anyway, selamat sampai Newcastle an hour later. 15 minutes later, Ngocop, Tuan, Syedfa and Sid sampai untuk menjemput beta. Wahaha.

Rabu, 8 Jun 2005 : Jalan2 kat bandar Newcastle. Ngan Sid and kawan dia, and sorang dak Newcastle, kawan kepada kawan Sid itu. Heh. Alhamdulillah cuaca ok, panas. Tapi jalan2 tak lama. Dalam kul 3 lebih dah balik umah Tuan. Then petang tuh gerak lagi gi jumpe ex-skoolmate Sid kat South Tyneside College, Chichester. Balik umah dalam kul 9 lebih.

Khamis, 9 Jun 2005 : Siang tuh jalan ngan dak2 nih. Pergi ke merata tempat. Ke Metro Centre. It is said that its the biggest? Biggest kat mana aku tatau, tapi cam tak jek pada pandangan aku. Ntah. Sempat la beli seluar jeans sehelai. Ngan buku 3 buah. Bought this one book, Sudoku. Its a puzzle book actually. Related with numbers. And I mean lots of it. Huhu. Sangat menarik sebab buat otak aku beraktiviti la at least. Tapi pening gak. Well, that's the challenge. Balik umah dalam kul 5. Kul 7 gerak balik gi masjid kat bandar. Join dak2 nih punya study circle. Alhamdulillah best jugak ah. Banyak ilmu dapat.

Jumaat, 10 Jun 2005 : Takdek buatpe sangat pagi tuh. Solat Jumaat kat masjid semalam. Lepas tuh Syedfa bawak jalan2 kat Uni of Newcastle-upon-Tyne. Amik2 gamba. Banyak juga gamba2 abstrak yang aku ngan Sid amik, tak gitu Sid? Wakaka :P Balik umah dalam kul 5 sebab nak catchup train kul 620 petang. Alhamdulillah sempat. Sepanjang dalam train, selain borak ngan Sid ngan kawan dia, aku cube start main Sudoku tuh. Pergh! Memang mencabar betol la. Sampai Leicester dalam kul 9 lebih.

Sabtu, 11 Jun 2005 : Pagi2 bangun, tolong Sid masak nasik goreng for breakfast. Arini pegi Peak District. Malaysian Society Uni of Leicester yang organised. Memula tuh cuak jugak ah aku. Banyak muka2 baru. Haha, padahal aku yang muke baru kat situ. Memula memang agak senyap jugak la aku. Well, membiasakan diri la katakan. Lelama tuh ok la jugak. Best2! Jalan sampai malam. Malam tuh dinner kat restoran nama Flame. Balik bilik Sid dalam kul bape ntah.

Ahad, 12 Jun 2005 : Lepas Subuh, terbongkang sampai kul 10. Then kemas barang semua sebab nak gerak gi Birm plak tengah ari tuh. Tket bas kul 150 tengah ari. Dalam sejam lebih sket pastuh tibe la ke Birm. Jalan2 la kat bandar Birm tuh. Agak sebok juga la. Sebab banyak shopping complex kan. Dalam kul 5 tuh gerak gi tempat Reza, my KMYS senior. Stay kat umah dia for a night before my flight on Monday the 13th balik Dublin.

Isnin, 13 Jun 2005 : Kul 830 kuar umah gerak gi airport. Check-in then tunggu tak bape lama pastuh. Kul 1040 pagi the plane took off and sepanjang perjalanan aku tertido2 sebab malam tuh aku tak tido the whole night sebab takut lewat bangun.

Sampai2 umah, tepon housemate. Dia kuar and dia lupa bawak kunci umah! Maknanya aku stranded la nih. Alhamdulillah housemate yang lain ade tinggalkan kunci kat sorang kawan yang nak tumpang umah kitorang sepanjang kitorang takdek. Ade la seminggu dia nak stay sini. Tapi kene tunggu sampai kul 6 baru budak tuh balik dari hospital. Huhu. Before that sangat struggle la aku call semua orang. I even make several direct calls to Malaysia, only to ask one of my housemates what is our landlord's mobile number. Huhu. Last2 dok umah Arep, my KISAS senior. Tertido kat umah dia la plak sekejap.

So sampai sini je la kot. Tak banyak sangat pon yang bleh dicerita. Aku dah tak pandai bercerita panjang lebar cam dulu2. Nih summary je la kot? Kuikui. Gambar kemudian la upload.

One thing to mention, aku sangat2 menghargai trip kali ni. Syukran jazilan wa jazakumullahu khairan kathira kat Tuan, Ngocop, Syedfa, Adri ngan Sid for the great hospitality they've given me sepanjang aku kat sana. Really had a great time. Special thanx and appreciation kat Tuan ngan Sid. Korang memang betol2 buat aku rasa cam ade kawan la. Ahaha :P Berpisah ngan korang memang agak tak best. Moga pertemuan dan perpisahan kita kerana Allah, moga pertemuan dan perpisahan kita ade nilainya di sisi Allah in-syaAllah.

Wallahu a'lam.

Wassalam

Monday 6 June 2005

Rehlah di Belfast


Assalamualaikum...

Yerp, aku update lagi. Apa khabar korang? Sehat2 hendaknya. Aku sehat alhamdulillah. Moga2 kita semua sentiasa berada di dalam rahmat dan redha Allah hendaknya, in-syaAllah.

Jumaat lepas, kul 5 petang, lepas selesai pegi ke kedai2 yang sepatutnya untuk cari sponsor, kemas2 baju dan terus gerak gi 322, SCR. Sebab akan bertolak ke Northern Ireland.

Tunggu kereta sewa datang, kul 7 baru gerak. 4 buah semuanya. So lebih kurang dalam 19 orang jugak la yang pegi. Sepanjang perjalanan, well, awal2 perjalanan masih bleh bertahan tapi bila dah tengah2 tuh mula la ngantuk. Tak peduli ngan driver yang bawak seolah2 tengah kat racing circuit, aku tido jek, heh. Sepanjang perjalanan hujan turun tak berenti, kejap lebat kejap renyai2. Sampai ke camping site dalam kul 10 lebih rasanya.

Ketibaan kami disambut ngan agas2 yang sangat la banyak. Habih semua orang kene gigit. Then tibe kat site, pasang2 khemah, nyalakan unggun api. Tiba masa solat, amik air kat jeram(jeram ke?). Pergh sejuk toksah nak kata la. Sedang hutan kat Malaysia pon airnya sejuk, kat sini apa lagi. Even skang nih summer.

Malam takdek buat apa sangat. Semua pon dah letih. Cadangnya nak stay up sampai tibe waktu Subuh, tapi takleh tahan. So tido la jugak. Dalam kul 330 dikejut solat Subuh. Lepas solat sambung tido sebelum mulakan aktiviti haritu. Sebelum kemas2 khemah, sorang diwakilkan bace 5 hadis dari buku Hadis 40. Lepas tuh kami bergerak ke dua tarikan pelancong la jugak kat Northern Ireland nih; Carrick-a-rede ngan Giant's Causeway.

Kat Carrickarede, cuaca cerah. Lepas dengar 5 lagi bacaan hadis, kami jalan untuk pegi ke jambatan gantung yang ade kat sini. Agak cuak meniti jambatan tuh sebab korang pon tau la jambatan gantung camne. Bawah tuh air laut. Jambatan nih hubungkan mainland ngan pulau sebelah. Takdek la jauh sangat nak seberang tuh. Suasana kat situ subhanallah sangat la cantiknya. Then dalam kul 130 petang gerak ke Giant's Causeway.

On the way, mulanya dijangka panas dan cerah. Namun ketentuan Allah mengatasi segalanya, hujan mula turun dari tak lebat kepada lebat. Sampai kat tempat tuh pon hujan lebat. Bila dah berenti baru ah jalan gi tengok struktur batu2 cam column yang berbentuk hexagon. Subhanallah. Memang kalo ditengok, takleh nak terbayang camne leh jadik gitu batu2 tuh disusun seolah2 orang yang susun but still impossible to see that those columns were man-made.

Ikut legenda Ireland, Giant's Causeway nih kononnya dibina oleh seorang giant yang nak menyeberang Irish Sea ke Scotland, sebab nak lawan satu gergasi kat Scotland nih. Dah siap pon, bila dia sampai Scotland, dia tengok gergasi tuh lagi besar dari dia so dia cuak and lari balik. Gergasi Scotland tuh kejar dia. Isteri gergasi Irish nih nampak laki dia kene kejar so dia dressed up laki dia cam baby and tunggu gergasi tuh sampai. Bila sampai, dia tanya pompuan nih, mana laki dia. Pompuan nih jawab laki dia gi memburu and akan balik jap lagi. Gergasi nih nampak 'anak' gergasi tuh and tanya anak sapa nih. Pompuan tuh jawab anak diorang la. "Kalo anak pon dah gini besar, abah dia tentu lagi besar," gergasi Scotland tuh terpikir. Dengan cuaknya dia lari balik Scotland and dalam perjalanan dia hancurkan laluan yang Irish tuh buat sebab takut kene kejar.

Gitu la legendanya. Timbul legenda nih maybe sebab kepercayaan Irish dan Scotland yang mungkin menerima pengaruh Viking and jugak sebab ade struktur yang sama kat Scotland. Island of Staffa kalo tak salah aku.

Tapi cite sebenarnye ialah columns tuh terjadi sebab aktiviti gunung berapi jutaan tahun dulu. Betapa kekuasaan Allah yang sangat menakjubkan.

Anyway, lepas abih amik2 gambo, kitorang pecah kepada 2 groups. Satu group pegi ke Bangor Harbour, kene gi mancing. Satu lagi gi siap2 pasang khemah balik kat campsite. Aku termasuk golongan2 yang kene gi mancing nih, eheh. 1st time mancing. Naik bot ke tengah laut, ok la, alhamdulillah dapat la 2 ekor sedang dak2 lain ade yang dapat 4 ekor skali tarik, hehe. Still, hujan turun so agak sejuk la keadaan masa tuh.

Sebelum balik campsite, dalam kul 1 pagi gitu pegi BIC(Belfast Islamic Centre) untuk solat then gi umah Abang Idi. Semua dah nampak letih, tapi makan cam tak letih bila dijamu ngan bubur nasik. Hehe.

Then tiba masa nak balik ke campsite(sian diorang tunggu dengan kelaparan, hehe). Aku naik kereta yang 2nd. Tetibe tersilap follow kereta. Kompius ngan satu kereta yang agak sama ngan kereta group satu lagi. Aku cam biase, tengah diorang pusing2 cari tuh, aku terlelap. Heh. Tapi sempat jugak menyaksikan keadaan umat kat bandar Belfast. Memula aku ingatkan ade function apa ramai gile orang kat luar ngan segala macam fesyen pakaian, terlupa plak malam tuh ialah Saturday Night. Malam yang kebiasaannya diorang nih suka kuar. Memang cam ade kenduri apa ntah.

Then aku terasa kereta stop. Bukak mata, tengok2 sampai balik kat BIC. Plek, tanya driver, rupenye sesat, dah masuk highway nak ke campsite tapi tak jumpa jalan nak ke campsite. So diorang patah balik and end up kat BIC. Masuk la untuk solat Subuh. Setelah berbincang2, kami amik keputusan balik Dublin pagi tuh jugak. Hoho. Tak kesah la, tak dapat makan ikan pon takpe(Plastik ikan yang satu setengah beg plastik tuh kat kereta satu lagi).

Tapi tadi kat 322 ade jamuan sket. Sebab ikan semalam ade lebih. So alhamduillah merasa la jugak aku makan ikan mackerel bakar. Hehe.

Esok kene jumpa lecturer plak. Tatau la apsal. Mungkin ade masalah sket ngan paper biochem aku. Wallahu a'lam. Harapnya takdek apa2 yang tak diingini la. And esok jugak, setelah selesai segala urusan, in-syaAllah akan bertolak ke Newcastle, flight kul 825 malam naik RyanAir. Will spend a week there and in Leicester in-syaAllah. Can't wait to meet friends from KMYS again.

Okeh la. Sampai sini je la dulu.

Wallahu a'lam.

Wassalam

Thursday 2 June 2005

Abih dah..


Assalamualaikum..

Pekaba korang semua? Aku alhamdulillah sehat jek.

Hmm..apa nak cakap pon dah tatau la, lama betul dah tak tulis, even though takdek la sampai 2 bulan tak tulis pape kan, still cam tak reti dah. Heh.

Hari Selasa, kul 4 petang waktu Dublin, tamat la last paper untuk final exam tahun nih. Anatomy Viva(pronounced 'vaiva'). Mende viva tuh? Aku pon tatau camne nak cakap, cam oral la lebih kurang. Camne kait ngan anat plak? Kire cam dia panggil 4 orang at a time, ade 4 stations so each will go to the designated station. Kire sorang satu station la. Each station ade sorang examiner. Basically soalan tanya mende sama each station. Anyway, aku ditanya pasal kidney memula. Ditunjuknye x-ray bladder, ureter, minor and major calyces, renal pelvis. Suh bagitau mende yang aku nampak. Pastu ade la lagi soalan2 lain. Pasal jantung lagi,surface marking nak dengar bunyi yang dihasilkan oleh apex of the heart. Pasal anatomical snuffbox, apa lalu situ. Pasal kat mana flexor carpi ulnaris ngan radialis attach distally. Pasal tulang apa yang make up the carpal a.k.a wrist and what structure will be damaged if there is a fracture or slight movement of the capitate bone at the wrist. Urgh.

Rasa cam banyak yang ditanya, examiner tuh yang jawabkan. Cuak gile ah aku camni. Harapnya ok la in-syaAllah exam aku nih. Dah usaha sedaya yang mampu, sekarang nih tawakkal dan berserah jek.

Sepanjang seminggu before exam and masa minggu exam, makan memang tak terurus la. Ade satu minggu tuh, aku makan nasik 2 kali jek. Hari2 lain makan biskut, takpon roti, takpun makan kismis ngan air masak jek. Eheh. Masa minggu exam tuh plak, tido plak tak terurus. Bleh kata tiap2 ari pegi tido kat Trinity Hall sebab study past years questions ngan dak2 nih. Makan plak manjang makan kat luar jek. Banyak gak ah duit kuar minggu lepas.

Skang dah abih exam. Tapi still tak rasa cam relax slagi result betol and list viva tak kuar. Plus banyak gak keje and tanggungjawab duniawi nak kene buat. Kene cari kedai2, tanya diorang whether diorang nak kitorang iklankan kedai diorang kat dalam wallplanner IMAM for next year, obviously for a certain price la. Tanggungjawab ukhrawi takyah cakap la. Tuh yang lebih utama kan.

Tadi nih baru balik. Syukran jazilan wa jazakallahu khairan kathira kepada Abadi kerana temankan aku pegi masuk kedai2 tuh. Daripada 6 kedai yang kene pegi, kitorang cume pegi 4 kedai jek sebab kuar rumah pon lambat. Daripada 4 kedai yang kitorang masuk, 2 jek yang cam mintak contact number kitorang ataupon mintak kitorang contact diorang balik. Lagi 2 tuh terus terang kata taknak. Well, what to do kan. Aku bukannya reti sangat mintak2 duit orang nih. Tapi tuh la, pikir2 balik, bile lagi nak blaja cari pengalaman buat mende2 gini kan. In-syaAllah esok akan kuar lagi.

Hmm..exam. Semua orang cuak bile sebut exam. Cuak sebab apa? Bukan sebab tak reti, tapi sebab tak redi, tak prepare, tak sedia. Semua suka tangguh sampai 2-3 minggu nak exam baru nak pulun gile2. Sedangkan masa sebulan lebih paling singkat dan yang paling lama tempoh diberi ialah 3 bulan untuk study and revise dibiar berlalu gitu jek. Bukan la kata tak study langsung tapi tak segigih dan maybe tak seserius macam masa lagi 2-3 minggu nak exam. Ouh well, semua orang ade masalah masing2. Paham la tuh so takleh la aku nak komen lelebih.

Exam kali nih jugak ade mengajar aku erti tawakkal dan berserah. Memula tuh memang tak sedar jugak, risau, cuak dan segala macam lagi rasa lepas jawab satu2 paper. Namun, peringatan yang diberi oleh seorang sahabat, alhamdulillah dah mengingatkan aku akan kenyataan nih. Segala apa yang kita akan lakukan, dan yang telah kita lakukan, semuanya sebenarnye telah Allah tetapkan, semuanya telah termaktub di Lauh Mahfuz. Tak bleh diubah melainkan Allah nak ubah la kan. So bile berjaya, alhamdulillah, bila gagal atau tak dapat apa yang kita nak, mohon perlindungan Allah agar tak bersungut atau merungut atau mengeluh atau menyesal dengan apa yang menimpa. Mungkin boleh menyesal tapi dengan niat bukan la untuk tak redha ngan apa yang Allah dah tetapkan, tapi untuk jadi pengajaran di kemudian hari agar jadi lebih baik in-syaAllah. Usaha memang wajib sebab Allah dah sebut dalam Al-Quran yang Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya terlebih dahulu kan?

Sahabat aku tuh jugak cakap, kalau dah tawakkal dan berserah pada Allah, patutnya takleh ade lagi rasa risau dan takut tuh sebab kita dah tau yang Allah memang takkan bagi kita melainkan apa yang terbaik untuk kita. Tapi kita manusia yang lemah iman, walau diingat berkali2, tetap rasa takut dan risau tuh datang jugak. But then again, tuh la pasal kene diingat berkali2. Doa memang jangan dilupa sebab doa juga salah satu usaha. Moga peristiwa exam kali ni betul2 jadi pengajaran bahawa masa yang ade kene guna ngan sebaiknya, jangan tangguh kerja sampai last minute, and bersabar ngan apa yang menimpa dan redha in-syaAllah. Sungguh, final exam Trinity Term nih bleh kata "eye-opener" la jugak.

Adus. Cakap memang berapi. Harapnya aku tak la jadi orang yang hanya cakap saja tapi bila tibe perlaksanaan, tak semarak kata2 atau tulisan2 aku. Moga aku betol2 insaf and bila masuk term baru Oktober depan, in-syaAllah akan berubah menjadi lebih baik and tak buang masa dah. Amiin..

Esok jugak in-syaAllah kalo setel hal cari kedai nih, akan berangkat ngan 20 orang lebih lagi ke Belfast. Gi camping dan mancing dan ntah apa lagi aktivitinya sampai hari Ahad. Then 7 Jun in-syaAllah malamnya tuh akan berangkat ke Newcastle. Saje jalan2 ke UK, tak penah pegi lagi. Balik Dublin on the 13th in-syaAllah. Harapnya dapat la selesaikan keje2 nih sebelum gi jalan2 in-syaAllah.

Ouh ye, exam kali nih jugak dah menyedarkan aku..blaja psychology ni sebenarnye best rupenye. Mungkin sebab suasana kelas yang tak bape merangsang motivasi yang buat nampak blaja mende tuh tak best. Yang aku kata blaja human development tuh, ade la jugak blaja pasal psychology. Behavioural psychology, developmental psychology, learning psychology and apa ntah lagi..

Erm..ade tertinggal apa2 lagi ke? Takdek dah kot. Ok la sampai sini jek, moga apa yang aku tulis nih ade beri manfaat and ade keberkatan kepada diri aku dan jugak kepada sapa2 yang membaca in-syaAllah.

Wallahu a'lam

Wassalam..