Friday 15 October 2010

2 minggu di Malaysia..

2 minggu dah berada di Malaysia. Nothing interesting so far kecuali beberapa perkara:-

1) Sedang mencari-cari tempat letak kereta di KL. Susah betol nak cari parking ,Ternampak seorang pengawal. Tanya dia,"Pakcik, tau tak kat mana ada lagi tempat parking?"."Semua dah penuh la encik, tapi kalo encik bagi saya duit air sket, saya bleh bagi tempat belakang kereta pegawai ni ha. Kalau orang tanya, bleh kata saya suruh letak".

2) Sedang berehat-rehat di salah satu R&R di selatan KL. Ternampak 2 orang berbaju T simple hampir lusuh, berkopiah dan sling bag kecik. Hati yang suka buruk sangka terus terdetik,"Jangan dia datang meja aku mintak derma dah la". Then terus tersedar yang telah tersilap lalu memarahi diri sendiri sebab buruk sangka, padahal orang tu datang nak beli makanan je. Pergi ke surau nak solat Maghrib, berimamkan brader yang sama. Haha padan muka aku, sapa suruh buruk sangka tak bertempat. Astaghfirullah..

3) Sedang duduk-duduk di dalam Komuter ke KL untuk berjumpa kawan lama. Hampir terlupa yang gerabak tengah adalah "For Ladies Only". Mujur tersedar lebih awal, kalo tak aku main masuk je. Tapi ada juga 2-3 orang makcik selamba je duduk di gerabak yang bukan di tengah? Adakah lelaki juga telah didiskriminasi sekarang ni?

Aku rasa la kan, Putrajaya adalah sangat efisyen sebagai pusat pentadbiran, tapi kurang efisyen dari segi menyediakan temapt letak kereta. Susah betul mencari parking!

Dan aku rasa la kan, peraturan-peraturan ( dan mungkin juga undang-undang) yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa adalah lebih berkesan dan lebih mudah untuk orang ramai ikut berbanding peraturan yang dikuatkuasa secara personal atau tanpa sokongan pihak berkuasa. So rasa-rasanya kalo kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti yang dianjurkan (baca: diperintahkan) oleh Islam, mungkin (malah boleh jadi pasti) masyarakat akan dapat mengikutnya tanpa banyak bunyi. Contohnya, gerabak tengah Komuter untuk wanita sahaja, takda masalah pon orang lain nak ikut. Boleh je yang lelaki bergerak ke gerabak-gerabak di hujung2 untuk beri ruang kepada wanita-wanita di gerabak tengah. Semua orang pon tahu kalo mende baik buat apa nak dibising dan ditentang. Tambah pula kalo kene sound di khalayak ramai, itu adalah sangat malu lalu takda sape yang nak langgar peraturan itu. Pengecualian di masa-masa sesak la kan.

Kalau bagi duit air kat pakcik pengawal tu, agak2 kena tangkap tak? Apa kisah kena tangkap, kalo tak kena di dunia, di akhirat pasti kena dan itu lebih mencuakkan.

Sunday 19 September 2010

Reconnecting..?

Dah lebih setahun since my last update. Where did I go? Takde ke mana-mana. Just that I was in final year, quite busy with all the studying, and not to mention the thoughts that nothing were significant enough to be recorded.

Nevertheless, a lot of "lessons-of-life" experiences happened and acquired. Some were nice and spirit-lifting, some were harsh and hard to be accepted at first. I can say some gave me a "near death" experience to my future career. Heh, exaggerating of course.

Yes you read it right. I WAS in my final year. I had done my final exam. I had done resitting the final exam. And alhamdulillah I got through. Bruised, cut, wounded, scathed, but I got through in the end. Yup, my 6-year journey in the Land of Shamrock almost to its end, and a new journey back home will begin in-syaAllah. New chapter, new experience(s).*cough* new title *cough* :-P

Sekarang cuma menunggu untuk selesaikan urusan dengan JPA Ireland, tetapkan tarikh tiket untuk pulang ke Malaysia berjumpa dengan ahli keluarga dan sedara mara yang dah lama tak jumpa. Sekarang cuma meluangkan masa duduk di rumah, atau berjalan-jalan sekitar bandar Dublin, berfikir-fikir apa nak dibelikan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Apa nak beli ye?

Mungkin aku akan sambung untuk tulis sikit2 dalam blog ni, when the mood is there of course.