Monday 6 June 2005

Rehlah di Belfast


Assalamualaikum...

Yerp, aku update lagi. Apa khabar korang? Sehat2 hendaknya. Aku sehat alhamdulillah. Moga2 kita semua sentiasa berada di dalam rahmat dan redha Allah hendaknya, in-syaAllah.

Jumaat lepas, kul 5 petang, lepas selesai pegi ke kedai2 yang sepatutnya untuk cari sponsor, kemas2 baju dan terus gerak gi 322, SCR. Sebab akan bertolak ke Northern Ireland.

Tunggu kereta sewa datang, kul 7 baru gerak. 4 buah semuanya. So lebih kurang dalam 19 orang jugak la yang pegi. Sepanjang perjalanan, well, awal2 perjalanan masih bleh bertahan tapi bila dah tengah2 tuh mula la ngantuk. Tak peduli ngan driver yang bawak seolah2 tengah kat racing circuit, aku tido jek, heh. Sepanjang perjalanan hujan turun tak berenti, kejap lebat kejap renyai2. Sampai ke camping site dalam kul 10 lebih rasanya.

Ketibaan kami disambut ngan agas2 yang sangat la banyak. Habih semua orang kene gigit. Then tibe kat site, pasang2 khemah, nyalakan unggun api. Tiba masa solat, amik air kat jeram(jeram ke?). Pergh sejuk toksah nak kata la. Sedang hutan kat Malaysia pon airnya sejuk, kat sini apa lagi. Even skang nih summer.

Malam takdek buat apa sangat. Semua pon dah letih. Cadangnya nak stay up sampai tibe waktu Subuh, tapi takleh tahan. So tido la jugak. Dalam kul 330 dikejut solat Subuh. Lepas solat sambung tido sebelum mulakan aktiviti haritu. Sebelum kemas2 khemah, sorang diwakilkan bace 5 hadis dari buku Hadis 40. Lepas tuh kami bergerak ke dua tarikan pelancong la jugak kat Northern Ireland nih; Carrick-a-rede ngan Giant's Causeway.

Kat Carrickarede, cuaca cerah. Lepas dengar 5 lagi bacaan hadis, kami jalan untuk pegi ke jambatan gantung yang ade kat sini. Agak cuak meniti jambatan tuh sebab korang pon tau la jambatan gantung camne. Bawah tuh air laut. Jambatan nih hubungkan mainland ngan pulau sebelah. Takdek la jauh sangat nak seberang tuh. Suasana kat situ subhanallah sangat la cantiknya. Then dalam kul 130 petang gerak ke Giant's Causeway.

On the way, mulanya dijangka panas dan cerah. Namun ketentuan Allah mengatasi segalanya, hujan mula turun dari tak lebat kepada lebat. Sampai kat tempat tuh pon hujan lebat. Bila dah berenti baru ah jalan gi tengok struktur batu2 cam column yang berbentuk hexagon. Subhanallah. Memang kalo ditengok, takleh nak terbayang camne leh jadik gitu batu2 tuh disusun seolah2 orang yang susun but still impossible to see that those columns were man-made.

Ikut legenda Ireland, Giant's Causeway nih kononnya dibina oleh seorang giant yang nak menyeberang Irish Sea ke Scotland, sebab nak lawan satu gergasi kat Scotland nih. Dah siap pon, bila dia sampai Scotland, dia tengok gergasi tuh lagi besar dari dia so dia cuak and lari balik. Gergasi Scotland tuh kejar dia. Isteri gergasi Irish nih nampak laki dia kene kejar so dia dressed up laki dia cam baby and tunggu gergasi tuh sampai. Bila sampai, dia tanya pompuan nih, mana laki dia. Pompuan nih jawab laki dia gi memburu and akan balik jap lagi. Gergasi nih nampak 'anak' gergasi tuh and tanya anak sapa nih. Pompuan tuh jawab anak diorang la. "Kalo anak pon dah gini besar, abah dia tentu lagi besar," gergasi Scotland tuh terpikir. Dengan cuaknya dia lari balik Scotland and dalam perjalanan dia hancurkan laluan yang Irish tuh buat sebab takut kene kejar.

Gitu la legendanya. Timbul legenda nih maybe sebab kepercayaan Irish dan Scotland yang mungkin menerima pengaruh Viking and jugak sebab ade struktur yang sama kat Scotland. Island of Staffa kalo tak salah aku.

Tapi cite sebenarnye ialah columns tuh terjadi sebab aktiviti gunung berapi jutaan tahun dulu. Betapa kekuasaan Allah yang sangat menakjubkan.

Anyway, lepas abih amik2 gambo, kitorang pecah kepada 2 groups. Satu group pegi ke Bangor Harbour, kene gi mancing. Satu lagi gi siap2 pasang khemah balik kat campsite. Aku termasuk golongan2 yang kene gi mancing nih, eheh. 1st time mancing. Naik bot ke tengah laut, ok la, alhamdulillah dapat la 2 ekor sedang dak2 lain ade yang dapat 4 ekor skali tarik, hehe. Still, hujan turun so agak sejuk la keadaan masa tuh.

Sebelum balik campsite, dalam kul 1 pagi gitu pegi BIC(Belfast Islamic Centre) untuk solat then gi umah Abang Idi. Semua dah nampak letih, tapi makan cam tak letih bila dijamu ngan bubur nasik. Hehe.

Then tiba masa nak balik ke campsite(sian diorang tunggu dengan kelaparan, hehe). Aku naik kereta yang 2nd. Tetibe tersilap follow kereta. Kompius ngan satu kereta yang agak sama ngan kereta group satu lagi. Aku cam biase, tengah diorang pusing2 cari tuh, aku terlelap. Heh. Tapi sempat jugak menyaksikan keadaan umat kat bandar Belfast. Memula aku ingatkan ade function apa ramai gile orang kat luar ngan segala macam fesyen pakaian, terlupa plak malam tuh ialah Saturday Night. Malam yang kebiasaannya diorang nih suka kuar. Memang cam ade kenduri apa ntah.

Then aku terasa kereta stop. Bukak mata, tengok2 sampai balik kat BIC. Plek, tanya driver, rupenye sesat, dah masuk highway nak ke campsite tapi tak jumpa jalan nak ke campsite. So diorang patah balik and end up kat BIC. Masuk la untuk solat Subuh. Setelah berbincang2, kami amik keputusan balik Dublin pagi tuh jugak. Hoho. Tak kesah la, tak dapat makan ikan pon takpe(Plastik ikan yang satu setengah beg plastik tuh kat kereta satu lagi).

Tapi tadi kat 322 ade jamuan sket. Sebab ikan semalam ade lebih. So alhamduillah merasa la jugak aku makan ikan mackerel bakar. Hehe.

Esok kene jumpa lecturer plak. Tatau la apsal. Mungkin ade masalah sket ngan paper biochem aku. Wallahu a'lam. Harapnya takdek apa2 yang tak diingini la. And esok jugak, setelah selesai segala urusan, in-syaAllah akan bertolak ke Newcastle, flight kul 825 malam naik RyanAir. Will spend a week there and in Leicester in-syaAllah. Can't wait to meet friends from KMYS again.

Okeh la. Sampai sini je la dulu.

Wallahu a'lam.

Wassalam

No comments: