Alhamdulillah
Assalamualaikum. Pekaba semua agaknye ar? Aku alhamdulillah sehat je.
Alhamdulillah dah selamat mendarat kat KLIA kul 722 pagi semalam. 12 jam perjalanan, bape kali turbulence, tapi alhamdulillah selamat juge sampai. Sesampai je parents dah tunggu, say what you like, but aku lapang bile nengok muke diorang. Alhamdulillah.
Kuar dari rumah kul 4 pagi, amik teksi ke airport. Alhamdulillah masa aku tibe tuh takde ramai orang. So takde la beratur panjang sangat. Flight kul 720 pagi 25 Jun. Tibe Heathrow kul 8 lebih. Next flight ke KLIA kul 12 tengah hari. Walaupon nampak ramai kelibat Malaysian tapi sorang pon aku tak kenal, haha.
Tengah tunggu kat borading gate, tetibe ade makcik dari Wales sorang nih dok sebelah aku, nak minum air gas. Bukak2 maka terpancarlah air gas tuh ke serata tempat. Tak kesah la, tak bawak mudarat pon. Maybe makcik tuh sangat ramah, ataupon rasa bersalah sebab air dia kene aku, tetibe makcik tuh banyak plak cerita macam2 kat aku. Tapi takpe, aku anggap makcik tuh ramah la. Eheh. Dia tengah nunggu adik dia kot datang ngan ipar dia, nak gi Vietnam, transit kat KLIA. Best juge la borak ngan dia. Tapi tak borak abih sebab aku dapat naik plane dulu.
Dalam plane, takde apa menarik, banyak tido je.
Sampai2 je, lepak2 jap ngan parents, then kuar balik gi buat report polis for my lost IC, then terus gi buat IC baru, wahah. Alang2 parents aku cuti nih kan.
Masih cube nak adapt ngan waktu kat sini. Semalam je tido 12 jam, huhu. Jetlag punye pasal. Takleh jadi nih, kang tak jalan segala aktiviti aku kalo terus diikutkan jetlag ni.
Hmm. Masih takde apa aktiviti yang dirancang masa cuti nih. Mungkin banyak masa dihabiskan di rumah je..kot. Haha. Nombor tepon pon masih belum ade. Yang aku tau, balik nih nak makan banyak la. Pastu dengar kata kat kampung durian dah start luruh. Isk, nih yang tak sabar nak balik kampong nih. Siap la ko sepupu, membuat aku derita dengan cerita2 durian ko, haha.
Dah, aku melalut.
Wassalam