Monday, 30 October 2006

Hmm..


Assalamualaikum..

Moga kite semua sentiasa dalam rahmat dan redha dan kasih sayang Allah in-syaAllah.

Selamat Aidilfitri kepada semua, mohon maaf segala salah dan silap. Moga2 latihan yang kite dah terima selama sebulan dalam bulan Ramadhan ade hasil yang baik in-syaAllah. Sama2 la kita doa..

Haih..lama juge la tak menulis. Sket je lagi dah nak 4 bulan since my last 'hypertensive' entry. Bukan taknak tulis dah, takde plan pon nak stop. Cumenye tuh la, masa cuti buat2 busy, bile dah start klas, macam malas nak tulis, takde idea, heh.

And, err..skang nih takde la rasa cam taknak drive dah across KL, sebab lepas je entry tuh, manjang aku gi drive sana-sini, kuikui :P.

Anyway, terasa nak sampaikan satu citer yang dibagitau oleh sorang sahabat semasa kami duduk2 borak2 dan bincang2 lepas solat.

"Ade satu masa di masa yang telah lama berlalu meninggalkan kite, terdapat seorang hamba Allah yang sangat rajin beribadah. Sangat rajin, banyak betol amalan ibadah dan kebaikan dia.

Tapi suatu masa, Allah bagitau pada malaikat bahawa Dia akan masukkan hambaNya nih ke dalam neraka. Malaikat pon pegi la bagitau hamba ALlah ni bahawa dia akan dimasukkan ke dalam neraka.

Setelah dengar apa malaikat tu cakap, tapi hamba Allah nih tetap rajin beribadah.

Malaikat tanya hamba Allah ni, kenapa dia still rajin ibadah sedangkan dia akan masuk neraka?

Apa jawab hamba Allah ni?

'Tidak kira la aku akan dimasukkan ke dalam neraka sekalipun, tetapi Allah tetap berhak dan wajib disembah'. Dan disebabkan jawapan hamba Allah ni, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga."

Ok ke? Maka moral of the story ialah, kenapa plak mesti berhenti menyembah Allah bile dah tau akan masuk neraka? Takkan nak jadi macam Iblis yang sombong dan derhaka? Sedangkan kite tetap tak dapat lari dari hakikat bahawa kita hanyalah hamba kepada Yang Maha Perkasa, dan Allah adalah Pencipta dan Pemilik kita?

Allah takkan rugi walau sebesar zarah pon kalo kita tetibe enggan dan decide nak stop sembah Allah. Tapi kita la yang akan rugi. Rugi yang serugi2nya. Rugi yang takleh nak cakap lagi la camne.

So, moh le kite sama2 doa, moga Allah tetapkan hati kita atas keimanan kepadaNya, moga kite sentiasa tetap di atas jalanNya, moga kita tak jemu dan takkan pernah merungut untuk berbakti kepada Allah, Pemilik kita. Doa moga Allah tak pesongkan hati kite dan moga kite tidak terikut ke arah kesesatan. Moga2 Allah melindungi kite in-syaAllah..amiin.

Ya Allah, lindungi kami, berikan petunjuk dan pertolonganMu kepada kami, ampunilah kami, pandanglah kami dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah, janganlah pandang kepada kami dengan pandangan murkaMu, terangilah jalan yang gelap di hadapan kami, terangi hati kami..

Hm..apa lagi ye..minggu dah start rotation kat hospital balik. This month I'll be doing endocrinology medicine. Dunno what to expect. Moga2 aku dapat belajar banyak kali ni in-syaAllah.

Tatau ah nape, skang nih aku rasa cam ade yang tak puas hati/marah/dendam ngan aku. Ade ke? Kalo ade antara sahabat2 yang simpan perasaan gitu dalam hati terhadap aku, sudilah maafkan aku. Aku mohon maaf dengan sangat. Mungkin aku tak sengaja terbuat apa yang kalian marahkan tu.

Wassalam.