Monday, 5 March 2007

Peringatan buat yang hidup..

Khamis, 1/3/2007, 11.00 malam waktu tempatan (Jumaat, 2/3/2007, 7.00 pagi waktu Malaysia)

Aku call rumah. Parents sedang bersiap2 untuk pulang ke Kuala Kangsar menziarahi Opah Yan (opah sedara aku, kakak kepada opah aku sebelah mak). Dapat berita Opah Yan masuk hospital. Aku cuma dapat mengirim salam.

Hm. Aku rasa tak sedap hati. Terlintas lintasan hati yang tak berapa enak. Aku cuba tak layan lintasan hati tu tapi tak berapa berjaya. Aku berdoa dalam hati so that Opah Yan disembuhkan, andaikata memang sudah masanya, berdoa agar dipermudahkan.

Sabtu, 3/3/2007, 3.27 pagi waktu tempatan (10.27 pagi waktu Malaysia)..

"Opah Yan dah meninggal, sedang urus nak kebumi," begitu text message yang aku terima daripada mak, yang aku baca 3 jam lepas mesej tuh sampai. Tak perasan ada mesej sebab tengah tido. Lepas solat subuh baru perasan.

Inna lillah..

Terus call mak. Mak kata dah selesai semua urusan.

"Opah Yan meninggal jam 9.50 malam tadi. Mama ngan abah pon tak sempat jumpa sebab masa sampai tuh Opah Yan dah tak sedar."

"Awal hari Khamis tu, Opah Yan pesan kat sedara mara, kalo anak cucu nak datang ziarah dia, ziarah la sebelum malam Jumaat ni. Seolah-olah dia dah tau bila dia nak 'pergi'. Pakcu Arip hantar Opah Yan ke Hospital Kuala Kangsar jam 1.30 pagi Jumaat sebab nengok keadaan dia cam dah tak bape elok. Pagi Jumaat tuh Opah Yan tak sedarkan diri dah."

"Kul 9.50 malam tuh, Opah Yan meninggal. Nampak tenang je."

Hm. Opah Yan kakak Mak(Mak is what we call our grandmother from my mother's side. I call my mother as 'Mama'). Kalo balik Kuala Kangsar, memang rumah arwah la yang akan dituju dulu. Arwah memang peramah. Tak pernah kering dengan senyuman dan ketawa.

Lepas selesai call Mama, aku terpikir sendiri. Inilah peringatan buat yang masih hidup. Kematian pasti akan datang bertandang, like it or not. Pernah terbayang and terfikir juga, apa rasanya atau bagaimana keadaannya bile lepas mati. Bila terbayang, rasa takut. Mati bleh datang bila2 je. And jadi lagi takut, bile sedar diri tak punya cukup bekalan. Risau tak sempat kumpul secukup2nya bekalan untuk kehidupan di alam sana.

Memang merupakan satu kerugian yang teramat2 sangat, bila kematian bertandang sedang bekalan masih tak cukup. Apa hujah kita nak bawak nanti, what will be our defence, bila datang menghadap Tuan Punya diri tapi amalan compang-comping, berlubang sana-sini. Isk, tatau nak cakap camne.

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian"- begitu firman Allah.

"Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa berusaha menyediakan diri untuk menghadapi kematian"- begitu lebih kurang maksud hadis Rasulullah s.a.w.

Moga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa ingat pada kematian dan sentiasa berusaha menyediakan diri menghadapi saat itu.

Moga-moga ruh Opah Yan tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan Allah, in-syaAllah.

Al-Fatihah untuk arwah Opah Yan..