Saturday, 24 September 2005

Gi Belfast lagi..



Assalamualaikum..

Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah in-syaAllah.

Baru sampai rumah. Tadi ke Belfast dengan one of my housemates and 2 orang lagi wakil IMAM Eire Student Chapter. Skang nih IMAM Eire sedang rancak buat 'road show' ke seluruh Ireland untuk introduce IMAM kepada students, especially kepada student2 junior. Moga dapat lebih banyak participation in-syaAllah.

Keluar dari rumah pukul 0630 tadi. Sebab nak catch-up bas kul 8 pagi ke Belfast. Pergh! Sejuknye toksah cakap la. Tapi normal la sebab pagi kan. Tahun nih Ireland agak lewat sket sejuknye. Bandingkan ngan time aku sampai dulu, rasanya time nih dah start sejuk dah kot..eh ke memang skang nih pon dah start? Lantak la..sejuk tuh tetap akan datang kalau diizinkan oleh Allah kan?

Anyway, naik bas. Turun kat O' Connell Street. Menapak ke stesen bas. Tunggu lagi 2 orang, diorang plak lambat, selalunye dak pompuan yang awal kalo mende2 gini. Heh. Pegi beli tiket. Dengan yakinnya aku mintak 4 return tiket nak gi Belfast. 12 euro sorang! Isk. Then sebab dah tak sempat, tak la check tiket tuh. Kul 8 bas gerak seperti dijadualkan. Tiba ke Belfast dalam pukul 1115 gitu la. Sebenarnye student2 Malaysia kat Belfast pun tengah buat SPB(Sambutan Pelajar Baru) kat Malaysian Center(kire cam Malaysian Hall kat Dublin la, but more comfortable!). So alang2 tuh IMAM buat aa presentation skali. Housemate aku tuh yang bagi presentation. Acara dimeriahkan lagi ngan pelbagai ragam anak2 student yang dah berumah tangga yang join skali SPB tuh, hehe. Acara semua setel dalam kul 2 gitu, kalo tak silap la.

Lepas solat, dalam kul 1530, gi jalan2 melihat bandar Belfast yang aritu masa gi Belfast tak sempat lagi nak tengok bandarnye. Baru la nampak. Agak meriah jugak la. I was half-expecting the riots will happen. Siap dah bawak camera, one of the reasons was that kalo jadi riots tuh, bleh dapat gambar 1st hand..jual kat CNN diorang nak tak agaknye? :P Astaghfirullah, tak baik tol la aku..huhu..on the way ke bandar, aku ngan housemate aku ngan kawan dia ditegur oleh seorang lelaki Algeria yang komplen pasal kebersihan masjid. Kami plek sebab masjid tuh tak la se'tak bersih' seperti yang laki tuh kate. Maybe he just got there at a bad time kot? Wallahu a'lam. Tapi bagus la jugak. At least tau la jugak apa jadi kan. Takdek la orang ignore jek.

Agak sejuk and hujan dah macam malu2 nak turun. Dalam kul 1715 gitu tunggu dah la kat stesen bas dekat ngan Europa Hotel. Sebab nak catch-up bas kul 1815. Skali bile bas sampai, driver check tiket, tetibe dia kata tiket tuh tak valid. Rupe2nye, tiket tuh adelah untuk dari Dublin ke Newry. Newry nih kire between Dublin ngan Belfast la. Ish, camne bleh silap plak print tiket nih. Aku dah specifically mintak tiket gi Belfast, terang2 lagi aku cakap. Cuak gile. Harga memang bayar harga nak gi Belfast. Gi kaunter, alhamdulillah dia kata bleh. Sempat la naik bas tuh, kalo tak, mau kene tunggu kul 8 lebih punye bas. Ish..silap aku la sebab tak check dulu tiket tuh. Pengajaran : check dulu tiket tuh walau selambat mana pon anda. Huhu.

Tak larat dah, dalam bas manjang tido jek. Sampai Dublin dalam kul 2100 gitu. Jalan kaki la balik sebab cam nak singgah umah member dulu untuk solat. Yang 2 orang lagi naik la bas. Lagipon aku memang nak tengok nightlife kat Dublin camne. Hmm, maybe sebab awal lagi kot so tak bape nampak lagi la. Tapi sempat gak la toleh2 dalam bar2 dan pub2 yang tingkap memang transparent. Meriah betol dalam tuh. Baru kul 9 tuh. Kalo tengah malam ntah camne la plak. Hujan mule lebat..

Dok umah member sampai kul 2230. Then lepas makan, balik ah. Tak larat dah. Tapi jalan kaki gak balik tuh. Heh. Alhamdulillah selamat sampai umah. Pergh, satu hari jalan nih.

Macam2 mende la nampak and dapat arini. Kawan baru pon dapat. Best tul la kalo slalu jalan2 tempat orang nih. Well, that's what it is all about pon. Networking. Jalin dan teguhkan silaturrahmi. Time nih la pon nak buat connection. Nanti bile dah grad, keje(in-syaAllah) and sedia menghadapi dunia yang lebih mencabar, network yang dah established nih la yang sket sebanyak dapat tolong and mudahkan keje kite in-syaAllah. Jauh berjalan luas pengalaman orang kate. Allah pon suh kite bertebaran di muka bumi, berfikir mengenai kebesaran Allah. And Allah jadikan kite berbilang bangsa so that kita bleh kenal2. Camne nak kenal kalo dok memerap je kat umah. Tak gitu? Hehe, cakap memang pandai, memang senang...

Ok la..maka diri ini telah pon letih la and nak tido.

Wallahu a'lam.

Wassalam

Saturday, 17 September 2005

Masa senggang


Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Moga kite semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah in-syaAllah. Moga keadaan iman kita sentiasa di tahap yang baik, malah makin meningkat. In-syaAllah.

So skang nih dah abih exam. Nih 1st entry lepas exam, ehehe. Supplemental exam biochemistry tamat kul 5 petang 14 September yang lepas. Alhamdulillah segala2 berjalan lancar. Alhamdulillah, aku rasa cam ok la. Bleh la jawab. Sekarang nih tunggu result. Risau. Harap2nye ok la result aku in-syaALlah.

So between post-exam period ngan bukak klas merupakan masa yang sangat senggang. OK la. Limit sket, post-exam ngan result kuar. Masa senggang yang mana Rasulullah s.a.w telah ingatkan kita, salah satu dari 5 perkara yang kene beringat2. "Masa lapang sebelum sempit". Masa lapang adalah nikmat yang Allah berikan pada kita, yang biasanya kebanyakan kita tak sedar and taktau apa nak dibuat dengan masa lapang yang sangat la best tuh. Betul la kan? Sapa antara korang yang bace entry nih rasa cam masa lapang tuh tak best? Ok maybe skang kata,"Ish, boring gile takdek apa nak buat". Tapi bile dah sebok sampai tak sempat nak duduk, mula la dikenang masa lapang tuh. Kan kan?

So nih la nak kongsi isi email yang aku dapat semalam..moga kite dapat ambil iktibar in-syaAllah. Pendek jek..

Leisure Time or Lost Time?

Do we consider how much time we spend on activities that are not truly beneficial?

On the issue of how one benefits from one’s free time, the Messenger of Allah (peace be upon him) said,

There are two blessings whose profit [or reward] many people lose: good health and free time” (Al-Bukhari)

One may ask, “What, from the Shareeah point of view, is the problem with, for example, watching a football game for three hours?

It is not just a question of “what is the problem with it?” The issue for a Muslim is: do I really have that time to spend wherein I am not benefiting myself at all? Can I afford to lose that time which I will never get back again? When I stand in front of Allah, can I really feel that I have used that free time, which is a bounty from Allah, in an acceptable fashion?

When the goal and purpose of a Muslim’s life is clear in his mind [to please Allah and achieve Paradise], he will not waste a lot of time in doing things that do not benefit him in achieving that goal and purpose. All his activities will be focused on the idea of moving him toward his goal—neither away from it nor in a static position with respect to it.

Of course, there is nothing wrong with rest and relaxation when needed. Indeed, it is a necessity. However, it could be argued that there are some ways that are simply non-beneficial or perhaps even harmful.

Source:
Purification of the Soul”-Jamaal al-Din M. Zarabozo


Hmm..sangat terasa bila baca email ni, sebab apa? Aku adalah antara orang yang memang banyak gile buang masa lapang ni ngan aktiviti2 tak berfaedah. Main game, tengok TV dan sebagainya. In-syaAllah akan cube mengisi masa dengan buat mende2 yang lebih baik. Bace buku ke, artikel ke, biar terbukak minda, tak gitu? Moga lepas nih masa lapang dapat diluangkan dengan lebih berfaedah in-syaAllah.

Ouh ye..kepada sahabatku, Aiman, Selamat Hari Lahir ke 21 la ye..maaf la lambat wish, heh. Moga amalan kebajikan dan ibadah makin bertambah selaras dengan bertambahnya usia in-syaAllah.

Okeh, apa lagi nak cite..takdek dah.

Wallahu a'lam.

Wassalam

Monday, 5 September 2005

Pulang semula ke Dublin, huhu


Assalamualaikum..

Yeah, my 1st entry lepas balik semula ke Dublin. Alhamdulillah selamat mendarat kat Dublin Airport kul 2305 waktu Dublin atau kul 0605 waktu Malaysia atau 0505 waktu Indon, eheh :P

Keluar dari rumah kat Malaysia dalam kul 0830, 4/9/2005. Makcik datang ngan family. Saje la datang. Tapi tak ikut skali la gi airport. Dalam sejam lebih sket tibe ke KLIA. Gi collect tiket kat pejabat MAS, check-in then lepak2 ngan family sementara tunggu kul 1115. Kali ni tak ramai plak yang anta cam last time, wakaka. Tak kesah la. Ramai2 pon buatpe ye dak?

Cam masa aku balik Malaysia, kali nih aku balik sorang jugak.

Elok turun dari aerotrain, gate dah bukak, orang dah ramai beratur. Sebbaik la tergerak hati nak turun kul 1115. Asalnya nak turun kul 1130. Masuk plane. Betol2 kat sayap belah kiri, aiseh takleh nampak bawah. Manjang tido jek dalam plane, takpon layan muvi. Bawak la jugak bape helai pages from buku Lippincott Biochem(oh yes, my Lippincott's pages are 'detachable', hehe), dapat la bace beberapa perenggan sebelum aku terpengaruh ngan segala cite2 best yang ade, heh :P

Sepanjang hampir 13 jam travel memang tak bangun gi memana langsung. Gile ah letih kaki, blakang semua. Huhu. Sampai Heathrow Airport dalam kul 0100 waktu Malaysia, or kalo kat sini kul 1800 la lebih kurang. Pastu aku dah tatau nak pegi mana. Lepas solat, ke hulu ke hilir aku cari kaunter Aerlingus. Pegi depan Terminal 3(apa aku buat gi Terminal 3 aku pon tatau, tuh nak balik Malaysia balik bleh la), tanya pakcik jaga, dia kata ade kat dalam, kat Zone C. Cari2 tak jumpe pon, tanya abang jaga sorang lagi, skali aku salah terminal. Kene pegi Terminal 1. Huh, jauh gile jalan. Thanx la pakcik jaga ye? :P

Selesai check-in dalam kul 1930. And siap2 tunggu depan boarding gate. Nak tetido aku dibuatnye. Flight kul 2110 patutnye tapi delay sebab kat Dublin hujan. Anyway, tengah tunggu2, tetibe ditegur oleh sorang nih dalam BM. Heh, alhamdulillah, ade la jugak kawan aku 2 orang naik sama flight. Flight diorang kul 0900 tarikh yang sama ngan aku. Tapi kapal terbang yang diorang naik ade masalah so kene turun jap kat Abu Dhabi. Gile ah cuak.

Sepanjang flight ke Dublin, tido lagi(wei, don't blame me, jetlag ok? :P). Sampai2, amik beg, tunggu dak 2 orang tuh tak sampai2. Last2 aku blah dulu ngan cab. Alhamdulillah sampai umah kul 2330. Takdek la berhabuk sangat umah. Surat punye banyak. Unpack. Tapi 1st thing ialah log in to internet dulu. Hehe. Tido lagi. Bangun solat Subuh. Takde mende nak makan! Dah la sejuk...tak biasa lagi, huhu. Harapnye jetlag nih pon tak lama la. Kene study..

Haa..dah..kesimpulannya, alhamdulillah perjalanan selamat. Kat Heathrow pon takdek masalah sekuriti. Well. A week left before the exam. Study2!!

Wassalam

Friday, 2 September 2005

Merdeka..ke?


Assalamualaikum..

Huh, dekat setengah bulan tak update. Kat rumah nih agak malas plak untuk update sebab cam banyak mende plak bleh dan perlu dibuat. Antaranya, study(?), tengok TV, makan, main game, jalan² kat KL, hantar parents, gi daurah, kursus, programs. Pergh banyak sangat sampai memang tak dapat nak cite pon kat sini. Cheh :P

Rasanya belom terlambat nak ucap Selamat Hari Merdeka yang ke-48 kepada semua. Dah 48 tahun rupenye kite dimerdekakan dari kawalan dan cengkaman penjajah, yang menggenggam tangan-tangan mereka ke atas setiap sudut dan pelosok dan hal tanahair kita. Ekonomi? Politik? Hak memerintah? Apa yang diorang tak kawal dulu? Kalo masa blaja sejarah kat sekolah dulu, cume hal ehwal Agama Islam dan adat istiadat Melayu je la yang diorang tak kaco...ye ke tak kaco? So moga kita hargai la apa yang kita dah dapat. And moga² kita sedar yang penjajahan minda oleh mereka² nih masih lagi berlaku. Maknanya kite nih dah merdeka ke tak nih? Hmm..

Heh, patriotik plak aku nih.

Baru kejap tadi terdengar jiran sebelah mengalunkan azan. Sebab apa? Sebab jiran sebelah nak bertolak ke airport, in-syaAllah nak buat umrah. Moga ibadahnya diterima oleh Allah, in-syaAllah. Sayu aku dengar azan dialunkan.

Erm, Ahad nih in-syaAllah akan bertolak ke Dublin. Flight kul 12 tengah hari. So ade sapa² nak anta ke? Hehe, tak ngape la. Erm..dapat ke lagi dengar azan dialunkan di udara? Most unlikely. Kalo nak dengar azan, kene pegi masjid la. Takpon, pasang la azan kat laptop. Tapi nak dengar azan laung kat ruang udara Dublin...hmm..

Isk..cepat sangat dah nak balik nih..sebulan awal dari time skola bukak balik..tahun depan nak balik ke tak? Heh, awal sangat dah plan, lek dulu..

Kepada kawan² yang aku tak sempat nak jumpa, mintak maaf la ye? In-syaAllah ade masa aku balik lagi jumpe la. Kepada kawan² yang blaja kat UK and especially Ireland, in-syaAllah korang balik nanti jumpa la jugak.

Ok la..merepek dah..

Wassalam