Sunday, 16 October 2005

Apa nak letak tajuk nih...


Assalamualaikum..

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memerintah serta memilik seluruh alam dan isinya. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. Perbanyakkan selawat kepada Baginda, moga2 dengan selawat itu dapat menjadi syafaat kepada kita di hari tidak ade syafaat melainkan siapa2 yang diizinkan oleh Pemilik hari di mana segala amal perbuatan akan diperlihatkan kepada sekelian makhluk untuk dipertanggungjawabkan.

Sure la dah bosan asek dok nengok tajuk "Gi Belfast lagi.." jek manjang. Takdek apa untuk ditulis. Ingat nak tulis something masa memula Ramadhan tapi disebabkan sikap suke bertangguh yang entah bile nak kurang nih, maka tertangguh la sampai ke pertengahan Ramadhan. Oh ye, rasanya bleh la kot kalo nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua. Walaupon dah lambat and dah tengah bulan Ramadhan, tapi takpe la kot nak ucap jugak.

Moga2 bulan Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang mana kite penuhi dengan amal2 yang in-syaAllah dapat membantu kite di akhirat kelak. Moga2 Ramadhan kali nih, lebih banyak diisi dengan perkara2 berfaedah dan mendatangkan pahala yang amat banyak kepada kita. Moga ibadah2 khusus dapat dilaksana dengan lebih baik dan moga ibadah2 umum dan sunat dapat ditambah, diperbanyak dan dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah, in-syaAllah. Ramadhan merupakan bulan yang mana Allah bagi peluang kepada kita untuk mentarbiyah, mendidik dan mengasuh jiwa, hati dan akhlak kite, moga dapat mengarah kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik, yang mana bile tibenye akhir Ramadhan, kite bukan saja akan bergembira dengan hadirnya Aidilfitri, tapi juga gembira kerana, in-syaAllah, berjaya memperoleh matlamat utama Ramadhan, berjaya menamatkan dan melengkapkan "kursus pengajian intensif selama sebulan" di dalam "Universiti Ramadhan".

"Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa"- Surah Al-Baqarah ayat 183.

Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum sangat bergembira bila datangnya bulan Ramadhan. Mereka akan berkata dengan gembira "Ahlan wasahlan ya Ramadhan". Bila Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya, mereka akan bersedih. Sedih kerana mengenangkan apakah mereka akan sempat ntuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya. Semasa di dalam bulan Ramadhan, mereka akan berlumba-lumba menambahkan amal kebajikan masing2. Nabi Muhammad s.a.w yang memang dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah, makin bertambah pemurahnya di dalam bulan Ramadhan ini.

Kita plak camne agaknye eh? Bulan Ramadhan dah dekat ke, dah masuk ke, dah nak tamat dah pon, tapi rasa cam takdek apa2 perbezaan. Dirasa cume seperti hadir dan perginya bulan-bulan lain, tanpa ade rasa gembira nak menyambutnya. Tanpa ade apa2 persediaan, be it physically, mentally or spiritually, sebagai persiapan di dalam bulan ini. Masih lagi leka dengan keseronokan hidup sehari2. Masih boleh membuang masa buat mende2 takdek faedah. Sedangkan masa yang ada bleh jek nak isi dengan perkara2 yang menambahkan pahala. Tak cukup dengan itu, masa bulan Ramadhan plak la, maksiat yang tak bape dilakukan masa bulan-bulan lain, makin bertambah plak. Lewatkan atau tinggal solat dengan alasan mengantuk, letih, lapar dan sebagainya. Lewatkan atau tinggalkan solat, semata2 kerana nak melayan muvi atau main game misalnya. Bangun subuh lewat, dan kadang2 tinggal solat subuh terus, tapi masih boleh bangun tanpa ade rasa bersalah dan masih mampu bergelak ketawa dan tersenyum. Dan bermacam2 lagi yang tak mampu nak dihuraikan. Memang la walaupon syaitan itu diikat, tapi masih ade hawa nafsu yang menahan kekuatan diri untuk melawan pengaruh syaitan tuh. Ok tak dinafikan tak semua yang begini. Alhamdulillah masih ramai yang sangat bergembira dengan kehadiran Ramadhan, tak melepaskan peluang untuk beribadah sebanyak mungkin, dan bersedih bile tibenye penghujung Ramadhan. Hmm..dalam golongan mana kita, aku terutamanya, ya?

Hmm..Kelas dah seminggu bermula. In-syaAllah kali nih dimulakan dengan azam yang baru. Semangat yang baru. Keinginan yang sama. Ingin berjaya. Memenuhi harapan ibu bapa. Dan in-syaAllah, demi memenuhi tanggungjawab utama aku sebagai seorang muslim. Walaupon baru seminggu, dah terlihat 'tough'nya tahun yang akan dilalui. Nampaknya tahun nih lebih mencabar, lebih banyak mende nak kene bace dan pelajari, dengan tempoh masa yang sama, 24 jam. Isk, selalu jugak terasa cuak. Risau memikirkan kemampuan diri sendrik. Boleh ke nak cope ngan segala tajuk2 baru nih? Dengan segala aktiviti luar akademik lagi. Tido, makan dan sebagainya. Selalu jugak terasa yang masa tak cukup. Astaghfirullah. Manusia memang tak pernah bersyukur and rasa cukup ngan apa yang ada eh?

Moga2 dalam usaha aku mengejar kejayaan dunia, aku tak lupa dan tak abaikan tanggungjawab dan matlamat sebenar aku;"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"-Surah Adz-Dzariyaat ayat 56.

Moga2 segala peringatan yang aku sendrik tulis, akulah yang mula2 menjadikannya sebagai benteng untuk mengawal diri sendrik. Moga2 dapat aku amalkan apa yang aku tulis, yang baik2 je la kan of course..moga2 aku tak jadi orang yang hanya pandai cakap tapi buatnye tak..na'udzubillah..

Ya Allah..jadikan Ramadhan kali nih, yang lebih baik buatku dari yang sebelumnya. Berikan kekuatan kepadaku untuk mengejar rahmat, pengampunan dan lepasnya aku dari azab siksaMu dengan memberi kekuatan kepadaku untuk beramal dan mendidik jiwa, hati dan akhlakku di bulan Ramadhan, agar dapat pula dipraktikkan dengan istiqamah selepas berlalunya Ramadhan. Moga amalan2ku bukan la aku lakukan hanya di bulan Ramadhan, tapi jugak diteruskan sepanjang hidupku.

Ya Allah, jauhilah aku dari melakukan maksiat sepanjang bulan yang mulia ini. Jauhkan aku dari melakukan maksiat sepanjang tahun ini.

Ya Allah, berilah peluang kepadaku untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang..

Wallahu a'lam

Wassalam

No comments: