Monday, 5 March 2007

Peringatan buat yang hidup..

Khamis, 1/3/2007, 11.00 malam waktu tempatan (Jumaat, 2/3/2007, 7.00 pagi waktu Malaysia)

Aku call rumah. Parents sedang bersiap2 untuk pulang ke Kuala Kangsar menziarahi Opah Yan (opah sedara aku, kakak kepada opah aku sebelah mak). Dapat berita Opah Yan masuk hospital. Aku cuma dapat mengirim salam.

Hm. Aku rasa tak sedap hati. Terlintas lintasan hati yang tak berapa enak. Aku cuba tak layan lintasan hati tu tapi tak berapa berjaya. Aku berdoa dalam hati so that Opah Yan disembuhkan, andaikata memang sudah masanya, berdoa agar dipermudahkan.

Sabtu, 3/3/2007, 3.27 pagi waktu tempatan (10.27 pagi waktu Malaysia)..

"Opah Yan dah meninggal, sedang urus nak kebumi," begitu text message yang aku terima daripada mak, yang aku baca 3 jam lepas mesej tuh sampai. Tak perasan ada mesej sebab tengah tido. Lepas solat subuh baru perasan.

Inna lillah..

Terus call mak. Mak kata dah selesai semua urusan.

"Opah Yan meninggal jam 9.50 malam tadi. Mama ngan abah pon tak sempat jumpa sebab masa sampai tuh Opah Yan dah tak sedar."

"Awal hari Khamis tu, Opah Yan pesan kat sedara mara, kalo anak cucu nak datang ziarah dia, ziarah la sebelum malam Jumaat ni. Seolah-olah dia dah tau bila dia nak 'pergi'. Pakcu Arip hantar Opah Yan ke Hospital Kuala Kangsar jam 1.30 pagi Jumaat sebab nengok keadaan dia cam dah tak bape elok. Pagi Jumaat tuh Opah Yan tak sedarkan diri dah."

"Kul 9.50 malam tuh, Opah Yan meninggal. Nampak tenang je."

Hm. Opah Yan kakak Mak(Mak is what we call our grandmother from my mother's side. I call my mother as 'Mama'). Kalo balik Kuala Kangsar, memang rumah arwah la yang akan dituju dulu. Arwah memang peramah. Tak pernah kering dengan senyuman dan ketawa.

Lepas selesai call Mama, aku terpikir sendiri. Inilah peringatan buat yang masih hidup. Kematian pasti akan datang bertandang, like it or not. Pernah terbayang and terfikir juga, apa rasanya atau bagaimana keadaannya bile lepas mati. Bila terbayang, rasa takut. Mati bleh datang bila2 je. And jadi lagi takut, bile sedar diri tak punya cukup bekalan. Risau tak sempat kumpul secukup2nya bekalan untuk kehidupan di alam sana.

Memang merupakan satu kerugian yang teramat2 sangat, bila kematian bertandang sedang bekalan masih tak cukup. Apa hujah kita nak bawak nanti, what will be our defence, bila datang menghadap Tuan Punya diri tapi amalan compang-comping, berlubang sana-sini. Isk, tatau nak cakap camne.

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian"- begitu firman Allah.

"Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa berusaha menyediakan diri untuk menghadapi kematian"- begitu lebih kurang maksud hadis Rasulullah s.a.w.

Moga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa ingat pada kematian dan sentiasa berusaha menyediakan diri menghadapi saat itu.

Moga-moga ruh Opah Yan tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan Allah, in-syaAllah.

Al-Fatihah untuk arwah Opah Yan..

Sunday, 21 January 2007

Waaahh!!

Assalamualaikum.

It has been a while. Last entry was almost 3 months ago. Hoho. Baru ingat nak buat rekod tak tulis pape selama 6 bulan, hampir berjaya. Skali sebabkan bosan, maka tulis la sket.

Skang nih ialah zaman pegi rotation sebulan kat hospital dan sebulan lagi lecture then exam. Sebulan pertama rotation : Semangat pada minggu pertama, masuk minggu kedua still semangat walaupon kurang dah. Bulan kedua : Kembali bersemangat ke rotation walaupon kurang lagi daripada 1st. Masuk minggu kedua, dah tak semangat. Tapi still stay sampai petang (most of the time :P). Bulan ketiga : Pegi pagi untuk ward round, tengah hari tuh dah balik rumah. Sebab mengikut nasihat doktor. Tak perlu stay lama2. Datang tunjuk muka kat consultant masa ward round, do history-taking with a patient, present it to registrar ke, intern ke. Then balik. Yes sir! Will do sir! :D

Anyway..almost all of us sure penah dengar perkataan "broken heart". Which is selalunye dikaitkan dengan putus cinta, kecewa, patah hati dan sebagainya, yang mana umumnya kita tau sebagai emotional stress la jugak. Whoa, lek2. Bukan aku nak cite aku putus cinta ke ape. Ade ke..

Well, selama nih aku anggap mende tuh cume lah disebabkan jiwa yang kacau. And takde pape effect pada our physical except the obvious and dah well-established, that is tekanan darah tinggi la kan.

Then, when I watched an episode of 'Scrubs' (ye, i know, kene study, but, kamon..), I came across a term known as "Takotsubo Cardiomyopathy" a.k.a broken heart syndrome. Read almost all about it here.

Hoho. I never know before that the heart literally can be broken due to emotional stress. I mean, primarily damaged. Bukannye secondary to pulmonary embolism ke, hypertension ke ape ke.

Hmm. Teringat doa yang Nabi s.a.w sarankan kita baca untuk mengelakkan daripada rasa sedih dan rasa resah gelisah sebab masalah yang melanda.

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada rasa resah dan sedih, dan daripada rasa lemah dan malas, dan daripada sifat pengecut dan bakhil, dan daripada cengkaman hutang dan penindasan orang."

Penah la terbaca. Tak ingat mana sumbernya. Kita disarankan baca doa nih supaya terhindar daripada rasa sedih dan gelisah antaranya. Sebab rasa sedih dan gelisah yang berpanjangan dan excessive bleh membawa mudarat dan penyakit kepada tubuh. Hmm. Memula sangkakan cume bleh bawak psychological disorder ke. Then bila dah buat medic, tahap sangkaan menjangkau kepada boleh menyebabkan hypertension, hormone imbalance dan sebagainya. Rupenye memang bleh directly affect the heart juge. Huhu. Ok ok, maybe I am the only who just discovered this recently. Heh.

Meh la sama2 amalkan doa nih bile selesai solat. And doakan juga moga kita ditetapkan keimanan kepada Allah. Diberi kekuatan untuk amalkan apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Doakan juga supaya Allah bantu kita semua dan umat Islam seluruhnya yang sekarang nih menjadi mangsa penindasan dan penjajahan musuh yang bencikan Islam sejak dahulukala lagi, be it penjajahan negara, ekonomi, politik dan minda.

Keadaan dunia makin pelik dari hari ke hari. Mende tak elok and tak bawak faedah makin dibanggakan, yang elok and baik makin lama makin ditinggalkan. Kita selalu diperdengarkan masa kecik2 dulu, cerita mengenai orang yang dok kejar harta dunia sampai sanggup ambik harta orang lain, tak peduli dah zalim ke tak ke. Yang penting, perut sendiri mau kenyang, poket sendiri mau penuh. Seolah2 hidup di dunia nih ialah hidup yang sebenarnye. Takde hidup dah kat tempat lain selain dunia yang kecik nih. Kite penah dengar cite Qarun yang ditelan bumi sebab perkara yang sama. Kita sangka, cerita begitu seolah2 hampir tak terbayang di minda. Macam mana bleh ade orang yang tak pikir pasal harta yang dia dapat/ambik? Tak pikir ke harta yang dia ade tuh dikire harta curi? Huhu..itulah sebabnya Allah bagitau kite di dalam Al-Quran. Sebab orang2 yang macam tuh pasti ade dari awal masa sampai akhir masa.

Haih..moga kita semua dijauhkan daripada bebrbuat perkara yang serupa yang sekarang nih kite rasa disgusting. If we disconnect ourselves from Allah, don't blame anybody but ourselves, our own arrogance, negligence and ignorance for all the corruptions, disasters, troubles, problems etc. that happen in our world today.

Moga kita diberi kekuatan..in-syaALlah..

Wassalam.