2 minggu kemudian..
Assalamualaikum..
Pekaba korang? Harapnya sehat, aku sehat alhamdulillah. Skang kat Malaysia dah la. Mendarat kat KLIA kul 340 petang 16 Jun 2005. Supposedly sampai an hour earlier tapi sebab delay kat mana ke..kat Bangkok lama gile delay.
Flight dari Dublin kul 645 pagi 15 Jun, maka aku keluar dari 39, Mount Drummond Square dalam kul 430 pagi, teksi datang. Sampai airport terus check in, time tuh pon dah ramai orang beratur kat kaunter BMI, aku ingat pagi2 buta orang2 Ireland nih dok tido lagi. Agaknye diorang nih bukan Irish kot, hmm..Luggage 20.9 kg, elok la tuh. Apa berat sangat? Aku isi souvenir sket ngan coklat banyak ngan buku2 serta past year question papers untuk Biochem. Oh yeah, aku kene resit Biochem sebab aritu punya result Biochem tak bape best. Takpe la..alhamdulillah Biochem jek kene resit, paper lain alhamdulillah ok.
Sampai Heathrow dalam kul 8 pagi. Terus check in lagi. Dalam kul 915 pagi tuh gate untuk flight gi Bahrain dah bukak. Dah la jauh gile nak kene jalan dari arrival ke bas nak bawak gi Terminal 3 tuh. Huhu. Kat sini delay. Patutnye kul 1015 pagi dah depart, tapi naik plane, kul 1115 baru depart. Best jugak la.
Sampai Bahrain dah malam kat sana. Dah nak masuk Isya'. Kul 7 lebih aku sampai. Pergh. Tak la besar mana airportnye tapi selesa la. Baru aku tau Bahrain tuh pulau rupenye. Well, no wonder, namanya pon bermaksud "2 laut". Maybe pulau tuh terletak between 2 laut kot. Laut apa tatau la plak. Sile rujuk atlas kalo rajin. Solat la kat prayer room. Flight kul 1015 malam kalo ikut jadual.
9 lebih gate bukak. Masuk and dok dalam plane. Sampai ke Bangkok tak ingat la kul bape tapi dalam 9 lebih jugak la. Dah sampai Bangkok tuh mule dah terasa panasnya Asia nih, eheh. Tapi tak rasa sangat lagi la sebab still ade aircond kan. Rasa Malaysia dah dekat sangat dah time tuh. Terus check in lagi. Tak sabar dah nih.
Sementara tunggu gate bukak, aku dok la sambil layan Sudoku. Sebab aku dah abih bace buku yang aku beli kat Newcastle aritu. "Five people you meet in heaven". Ouh, Sid, FYI, buku tuh tak memerlukan kemampuan intelek yang tinggi la untuk bace. Bukannya buku motivasi atau psychology ke apa. Buku cerita biase jek. Unless kemampuan intelek ko memang tahap bace buku citer biase pon tak bleh? Ahaha :P
Sementara duduk tuh, nampak la dari jauh sekumpulan pakcik2 dan makcik2 Melayu. Diorang nih bercuti kot. Maka bile gate bukak and aku beratur skali ngan diorang, aku takleh stop untuk senyum walau aku struggle untuk stop senyum. Sebbaik diorang tak nampak. Eheh, bukan apa. Cume rasa gembire berada di kalangan orang2 yang aku familiar. Bukan la kata aku kenal diorang, but then 8 bulan berada among orang2 yang cakap bukan bahasa kita, tetibe kat Bangkok, keliling tuh ramai plak dengar cakap Melayu. Maka cam seronok.
Dalam plane, dok sebelah sorang mamat dari Oman. Cikgu. Datang Malaysia sebab nak jumpa adik dia. Hmm. Mungkin adik dia blaja kat UIA kot. Dia tatau nama aku tapi aku tau nama dia. Ahaha. Anyway. Sepanjang sejam lebih terbang dari Bangkok, tengok map display, aku jadik makin tak sabar plak. Bila la plak nak sampai nih. Eheh.
Landing jek, skali lagi aku senyum. At last! Alhamdulillah selamat sampai Malaysia. Then naik la aerolink tuh, amik beg, then tukar duit. Then amik KLIA Ekspres ke KL Sentral. Simpan beg, amik LRT gi opis abah aku. Plan asal sejak 2-3 bulan lepas. Nak bagi surprise, so yeah aku tak bagitau parents aku bile aku balik. Skali sampai2 opis dia, abah aku dah balik arr. Maka ubah plan. Balik umah naik komuter and teksi. Sampai umah dalam kul 7 malam 16 Jun 2005. Haha, padan muka aku.
Best jugak balik sorang2 nih. Cam Azila cakap, agak tenang and tenteram. Bleh buat apa ko nak and bleh duduk mana2 ko nak. Eheh. And dalam 3-4 airport yang aku pegi, ade 2 jek airport luar dari Malaysia yang ade prayer room. Kat Heathrow aku rasa ade gak kot, tapi multifaith prayer room la. Lagi satu kat Bahrain. Memang khas untuk Muslims. Kat Bangkok tak sure plak.
Sepanjang flight jugak aku manjang dapat dok tepi tingkap. So bayangkan view yang aku dapat tengok. Awak yang berkepul2 tuh sebelah aku jek. Subhanallah! Memang cantik betul, aku memang takleh lepas mata tengok pemandangan ciptaan Allah yang sangat la cantik and sangat la luas mata memandang.
And then, masa tengah termenung tengok alam, hati terdetik. Semua yang ade, tak kekal lama. Suatu masa nanti, semuanya akan musnah dalam satu masa yang dah Allah tetapkan. Suatu masa nanti, semua akan jadi rata. Suatu masa nanti, semua akan dihimpunkan. Suatu masa nanti, dah terlambat kalau nak bertaubat. Tapi sedar jek tak guna, kalo takdek tindakan kan? Aku jadi tersedar, keciknya aku nih, keciknya manusia nih nak banding ngan ciptaan Allah yang lain. Kalo la tak kerana akal yang Allah bagi, kita manusia nih takdek apa2 yang lebihkan kita dari makhluk lain. Still..tak ramai yang gune akal nih, kan?
Balik ke Malaysia. Panasnya tak la seteruk yang slalu aku dengar. Aku dengar dari senior2, kata kalo balik nanti panas gile la apa la. Well alhamdulillah panas memang la panas tapi takdek la sampai takleh tahan. Biase jek. And macam2 jugak program TV baru yang aku dapat tau. AF memang dah biase, yang aku pon tak paham nape nak kene ade lagi mende tuh. Skang ade yang baru, Mentor? What the? Kenapa mesti dirosakkan lagi umat ini..
Got to go, dah lama sangat kat CC nih.
Ouh ye..sapa2 yang ade nombor hp aku dulu, aku still guna nombor dulu. 345021343...heh, so sapa yang tau nombor aku dulu, pandai2 la korang decipher nombor tuh.
Wallahu a'lam
Wassalam