Saturday, 7 June 2008

Waduh, waduh!

1) Home news
Dua tiga hari ni kita dikejutkan dengan satu lagi isu negara yang datang secara tiba-tiba. Semua terkejut bagaikan baru menerima 'rude awakening'. Apa lagi kalo bukan isu harga minyak yang naik dan pengumumannye yang dilakukan secara tiba-tiba setelah diyakinkan bahawa tiada kenaikan akan berlaku tahun ini, then diyakinkan pula akan berlaku kenaikan pada Ogos ini. Out of the blue, without even the slightest sound of the alarm siren, bam! In your face y'all! Marilah sama2 berjimat cermat, mengubah gaya hidup dan janganlah kita (read: kamu semua) turun ke jalan. Haih, what do you expect?

Anyway, aku taknak komen apa2 pasal isu ni, sebab dah banyak blog dan media yang dah komen dengan berbagai2 idea, either sokong atau tak sokong.

Damage has been done, mungkin kita kene fikirkan pula bagaimana nak deal ngan situasi sekarang ni?

For starters, pada pendapat aku, kalo nak mula berjimat cermat atau ubah gaya hidup, bukannya bermula dari bawah ke atas, tapi dari atas ke bawah. Pemimpin kene dulu berjimat cermat, menjalani kehidupan seperti rakyat pimpinannya, merasai sendiri apa yang kita rasa i.e sila bawak kereta Proton Savvy, atau Perodua MyVi, tidak menuntut kepada kerajaan atas belanja perjalanan atas kepentingan peribadi dan sebagainya, to name a few examples. Sebab telah lama disebutkan kepada kita, aku tak berapa pasti sama ada Nabi yang kita sayangi, Rasulullah s.a.w yang menyebutkannya atau ulama', tapi yang pastinya maksud sebutannya lebih kurang "Rakyat itu mengikut Ad-Din pemimpinnya". Boleh diertikan Ad-Din sebagai agama, dan boleh juga diertikan sebagai cara hidup. "Rakyat akan mengikut cara hidup pemimpinnya". Kalo pemimpin suka kepada hiburan melampau, rasuah, pecah amanah, mencuri duit orang lain, tidur sewaktu kerja dan sebagainya, apa yang pemimpin harap rakyatnya lakukan? Kerja keras dan jangan ikut perangai dia?

Ya, secara khususnya memang, no one in their right mind will follow such disgusting attitudes. Tapi, secara tak sedarnya, sebenarnya kita juga ade dan mungkin sedang melakukan perkara yang sama. "Nak tau elok atau tidak seekor ikan, tengoklah pada kepalanya. Busuk kepalanya, rosak la seluruh daging dan isinya". Or so the old saying goes..

Kita lihat apa yang akan berlaku selepas ini. Apa benar kerajaan nak menyalurkan duit yang dapat dijimat hasil mengurangkan subsidi itu kepada perkara2 yang lebih baik, untuk kepentingan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah, untuk menampung subsidi makanan misalnya, atau akan ada pula projek "pembangunan" (read: membangunkan bangunan yang tak semua dapat guna atau tak semua akan guna) yang menggunakan wang dari semua lapisan rakyat yang akan dijalankan. Kita tunggu..

Dan hari ini PM menyarankan kita untuk ambil tahu berkenaan cerita sebenar di sebalik kenaikan harga minyak dunia. Yes sir, we really do want to know the real thing, we have been asking for it for as long as time can tell, why don't you start by filling us in about where has all the PETRONAS profits gone to? And I mean, real informations, not some juicy stories fabricated to ease the pain of those really affected.

Sambil membaca mengenai isu ni, terpikir juga bagaimana orang2 miskin nak hadapi mende ni. Kesian memikirkannya. Tapi kesian saja memang tak cukup nak memahami susahnya diorang ni because I am not in their shoes, I am not even in the same shoe shop as they have been where they have gotten that shoes in which they are currently in.

Selepas timbul soalan,"Kenapa sekarang? Kenapa tinggi sangat naiknya?" dan sebagainya, timbul pula soalan lain dalam kepala ni,"Why the rush?". Kenapa tergesa-gesa dan tiba-tiba mengumumkan harga minyak naik tanpa bagi amaran terlebih dahulu untuk kita bersedia? Ada apa2 yang berlaku yang kita patut tau tapi tak diberitahu? Atau apa?

Then soalan lain pula,"Berapa lama rintihan rakyat ni akan berlangsung? Setahun? Atau dalam masa sebulan saje rakyat tak bape nak cakap lagi isu ni. Ye la, bising2 pon, semua orang nak kene guna kereta untuk ke mana2 dan buat apa saje. Maka nak atau taknak, suka atau tak, marah atau tak, minyak perlu diisi, dan harga yang baru itu juge la yang perlu dibayar. So camne?". Ntoh le..

2) "Second home" news
Isu kedua. Timbul isu tudung kepala (read: hijab) di Ireland. Boleh baca melalui link.

Sangat sedih, terkejut dan sangat mengecewakan apabila kenyataan itu keluar daripada mulut seorang yang prominen di mata rakyat. Dalam pada kita mengangkat mereka sebagai rakyat negara kelas pertama dengan segala infrastruktur dan minda kelas dunia pertama, tiba2 dikeluarkan pula kenyataan separuh tiang seperti ini. Ya, itu cuma kenyataan 2 orang ahli politik dan seorang pengetua sekolah. Tapi lihat saje pada komen2 di bawahnya. Memandangkan ahli politik juga adalah sebahagian daripada rakyat, maka pandangannya juga tidak salah aku katakan, ada rakyat biasa yang berpandangan seperti itu, kalo pon tak semua rakyat. Maka itu bermakna masih ada rakyat yang dikatakan berminda kelas pertama yang berfikiran seperti zaman KKK di US dahulu. Cuma mungkin pendekatannya lebih halus dan tidak seganas itu. Dah la mereka bukan orang Islam pon, tiba2 pandai2 nak menerangkan mengenai peraturan yang ada dalam agama kita.

Kasihan pada kita umat Islam yang telah disalahertikan oleh media2 yang tak faham. Kasihan juga kepada rakyat bukan Islam yang tak paham Islam, dan nak paham Islam, tapi pemahaman mereka diperoleh daripada media2 yang tak paham Islam.

Namun masih ramai yang bersimpati dan tidak setuju dengan kenyataan separuh tiang dan sombong ahli2 politik dan pengetua sekolah itu. Diorang nih lupa agaknya, kalo takde la orang2 Pakistan dan lain2 orang luar, orang Islam antaranya, ekonomi diorang nak jadi camne agaknya? Doktor2 yang power2 ramainya ialah doktor Pakistan di sini. Nak harapkan orang diorang yang saban hari ke pub, elok lagi orang2 Pakistan yang bukak kedai makan, kedai grocery dan sebagainya. Diorang gak yang bleh pegi nak makan atau beli bahan masak yang tak boleh didapati di Dunnes Store atau Tesco misalnya. Ntah le..

3) Outside news
Isu ketiga. The world is yet to have another pro-Israel leader. Baca sini.

So balik2, dia ke Bush ke, sama saje. Takde bezanya langsung. Cuma kulitnya gelap sedikit. Oh, and mind you, he is not a muslim. So, jangan ade plak yang mengaitkan pendirian dia sebagai pendirian seorang muslim, andaikata ada yang masih ingat dia nih seorang muslim la, which I doubt there is any.

Ok dah. Dah lama tak menulis, skali tulis panjang la plak. Ampun. In-syaAllah akan mula menulis setakat mana yang larat lepas ni.

Wallahu a'lam

Wassalam

1 comment:

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!