Saturday, 14 June 2008

24 jam kemudian

Alhamdulillah selamat sampai di KLIA pada 8.40 pagi hari Jumaat 13 Jun 2008. Kali ni aku kene balik rumah sendiri all the way from the airport. That means aku kene naik ERL ke KL Sentral then naik komuter ke Kepong and then amik teksi ke rumah. I'm ok with it though. Janji sampai rumah sudeyy.

1)Di Stesen Komuter Kepong, di dalam teksi


"Harga minyak naik ni, tambang tak naik ka uncle?"

"Takda, manada naik, teksi pakai gas. Kalau harga gas naik, baru la tambang naik," jawab unclde driver teksi tu.

2 minit lepas tu..uncle teksi tu cerita kat aku yang tambang akan naik sket kalo jalan 'jam'. And dia cerita kat aku ade sesetengah penumpang akan komplen."Ni macam mana ni? Biasa saya naik kene bayar RM5 saje, kenapa hari ni RM7?" tanya seorang penumpang yang pernah naik teksi uncle tu setelah menempuh 'traffic jam' yang agak teruk. Uncle tu terangkan kat aku, dah teksi pakai meter, so kene ikut meter la. Aku kepelikan, bukan ke meter biase ikut bape jauh teksi tu jalan, bukannye ikut bape lama meter tuh jalan? Tapi aku senyap je la. Kang tak pasal2 aku kene turun, heh.

Bila aku tanya ayah aku, dia kata teksi guna LPG(liquid petroleum gas...kot?). Haha, setelah beberapa lama guna teksi, aku baru tau. Ketinggalan betol.

2) Kul 11 pagi, kat kedai makan


Aku baru tiba di rumah. Ayah aku ajak makan kat restoran mamak terkenal kat Taman Ehsan ni. Turut serta ialah sorang pakcik aku ngan kawan dia yang merupakan kontraktor yang 'renovate' rumah aku pada musim panas lepas, yang mana skang nih dah jadi member baik ayah aku plak, heh.

"Uncle, harga minyak naik ni, barang tak naik ka?"

"Haiyo, mana boleh tak naik, itu batu bata saja dah naik separuh harga. Dulu RM38 seketul, sekarang jadi RM50+ woo!" jawab uncle tu sambil rokok Dunhill terus dihisapnya.

Then, uncle tu kene gerak sebab ade kerja. Aku dok ngan ayah dan pakcik aku sebelum disapa plak oleh kawan pakcik aku yang lain, yang turut join kitorang minum teh tarik tengah hari tu.

Antara topik yang dibincang ialah pasal minyak, rebate dan jugak pasal demonstrasi harga minyak di Kampung Baru yang akan diadakan selepas Solat Jumaat.

"Buat apa nak buat demo, buat sakit badan aje. Silap2 kite plak masuk dalam, pastu bukannya boleh terus turun harga minyak pon," kata pakcik aku dan kawan dia. Aku agak terkedu juge mendengar pernyataan tu, tapi aku tak berani kata apa, satunye sebab aku sorang je muda kat situ, satu lagi, aku nak terus dengar apa diorang nak kata sebab diorang yang lebih tau, kerana diorang yang berada dalam keadaan tu lebih daripada aku yang baru balik dari luar.

Tapi tu la..bila balik nih, aku tersedar, ada sesetengah orang yang rasa tak berkesan pon usaha2 untuk memberitahu kerajaan yang harga minyak nih tinggi sangat. Aku sebenarnya semacam tak setuju, sebab apa yang penting, usaha kena ada. Kalo yang dok diam tuh yang asyik dok kene je tu, cuba bising sket, voice out, maka in-syaAllah , kalo pon tak banyak, at least ade sedikit perubahan yang pasti akan dilakukan. So jangan dicaci mereka2 yang sedang berusaha memperbaiki hidup, sebab Allah tak tengok keputusan, Allah mau tengok usaha. Result tu biar Allah yang handle. At least, kalo kita taknak join pon, doakan dari jauh atau diam saje sudah.

Plus, aku tengok, tak berkurang pon kereta kat jalan2 setakat yang aku tengok di Kepong ni. Siap bleh 'jam' lagi. Entah2, apa yang aku cakap dalam entry lepas akan jadi betul tak? Lama kelamaan orang akan jadi tak kesah pon dengan kenaikan ni, ye la, bising2 pon, kereta nak kene guna juga, so nak taknak kene la bayar juge.

"Kalo tak boleh nak isi separuh tank, isi la suku tank, ye tak?"

Dalam hati aku, "Amboi senangnye cakap. Awak hidup senang boleh la"

Tapi boleh ke kita nak cakap gitu, when those that say things like that are our own kin? So apa nak bleh buat, senyap je la and doa dalam hati. Huhu.

3) Di kedai gunting rambut


"Boss, minyak naik ni, bisnes tak kacau ka?"

"Ooo, tadak. Bisnes ok saja," jawab penggunting rambut itu sambil sengih kat aku.

Ramah plak barber kali ni. Sepanjang2 aku gunting rambut kat situ sejak kecik, baru skali nih barber kedai tuh borak ngan aku. Barber tu seorang berketurunan India. Baru setahun datang dari Chennai(nama baru bagi Madras). Tapi fasihnya berbahasa Malaysia macam dah dok lama kat Malaysia. Mungkin sebab dia keje berjumpa dengan orang selalu, so cepat la dia blaja. Cuma membaca bahasa Malaysia tu baru bleh sket2 la, katanya. Menarik.

************************
So, itu la cerita aku setakat aku baru sampai ke Malaysia ni. Macam-macam. Tu baru 2 hari. Apa lagi perkara2 menarik aku akan 'encounter' agaknya sepanjang 3 bulan aku cuti nih. Fuh, menarik2. Malaysia and its citizens never cease to amaze me, hehe.

And aku rasa, bagus juge harga minyak naik ni. Whoa, rilek2, don't get me wrong. Aku cakap gitu sebab, aku bleh guna topik harga minyak tu sebagai 'ice-breaker'. It can be used to spark a conversation with a stranger. Then, the rest will go smoothly and akan come out easily la, heh.

So, looking forward for an enjoyable and full of things to do during this 3-month break.

Kepada member2 yang tak balik, selamat menikmati hidup kat negara orang. Tatau la apa korang bleh buat dok cuti lama kat tempat orang tu ye? Tough luck mate, hehe :P

Wassalam

2 comments:

mr dx said...

oi bagi aku number telepon ko cepatt. ade perkara penting nak diskus pasal trip ke alor star.

Anonymous said...

Bro,

Meter ikut gak bapa lama dia jalan. Aku rasa macam pernah terbaca cara kira dia. Boleh cek balik...