Sunday 2 November 2008

Final year dan balik Malaysia

Kepada kawan2 tahun akhir yang sedang pulun study sebab sedang minggu exam..selamat study, selamat menjawab exam dan selamat berjaya. In-syaAllah mudah-mudahan Allah mudahkan segala urusan anda semua. Sikit je lagi tuh..

Kepada kawan2 bukan tahun akhir (contohnya kawan2 UCD yang bukan tahun akhir tapi examnye tak kurang pentingnya, etc2) yang juga sedang dalam musim exam, ucapan yang sama aku tujukan kepada anda.

Setakat yang aku perhatikan kawan2 tahun akhir, antara isu2 yang selalu timbul ialah sama ada nak balik berkhidmat di Malaysia selepas graduate atau kekal bekerja di sini. Banyak la pro dan kontra diberikan. Ada yang nak balik, lalu memberikan segala macam sebab. Ada yang nak stay, juga memberikan segala macam sebab, despite what their sponsor has to say. Haha..

Aku? Setakat ni aku memang takde plan langsung nak kerja sini. In-syaAllah lulus je exam tahun akhir, aku memang nak balik, tak kira la apa kata orang.

Kalo nak dikirakan faktor wang, pengalaman bekerja di tempat orang dan sebagainya, tak dinafikan memang bagus di sini. Gaji banyak, waktu dan tekanan kerja pon tak seteruk di Malaysia(ye ke? Ntah le), kalau nak sambung belajar, ambil saja exam MRCP yang diiktiraf antarabangsa(setakat yang aku tau la), tak perlu fikir pasal bayar yuran peperiksaan sebab ianya diselesaikan oleh pihak hospital. Senang kata, selesa la. Hujan emas.

Tapi kalo diambil kira faktor emosi, keluarga dan sosial misalnya, lebih baik "hujan batu di negeri sendiri". Kerja di sini, jauh daripada keluarga, nak hulurkan pertolongan pun susah, nak kenal sedara mara pon payah. Menurut satu sumber, duduk di sini, katanya, hidup berputar dan berkisar pada rutin yang sama. Pegi hospital then balik, hujung minggu mungkin keluar bersama keluarga(bagi yang dah berkeluarga, kalo belom berkeluarga..hmm, apa nak buat selain main bola atau jalan2 di bandar tanpa tujuan[dan mungkin ade la aktiviti sampingan yang lain]?). Tidak banyak hala tuju kalo keluar hujung minggu, berbanding di Malaysia.

Nak bersosial dengan bangsa lain? Jauh mana sangat boleh bergaul dengan mereka? Sebab tak sama asal dan budaya. Maka setakat berkawan di tempat kerja je la, dan mungkin la ade occasionally hanging out, tapi kerap mana la sangat. Sudahnya masing2 bergaul dengan kenalan dari asal usul yang sama juga.

Sambung belajar? Di Malaysia juga boleh buat MRCP, tapi duit sendiri la kan. Program masters tak kurang hebatnya, malah lebih tersusun sebab ada silibus dan sebagainya, walaupun mungkin takde la dikenali antarabangsa(sekali lagi, ye ke? Sure?). Tapi hubungan kekeluargaan tu mungkin elok la berbanding duduk di sini. Mak ayah nak mintak tolong, atau nak balik kampung, mungkin tak dapat balik selalu tapi boleh la jugak nak balik sebab dekat (berbanding 13 jam flight).

Again, semua orang ada sebab dan alasan sendiri. Bagi aku, buat masa ni telah tetap keputusan aku untuk balik in-syaAllah.

p/s: apa yang ditulis adalah pendapat dan pandangan peribadi aku saje. Tak perlu marah aku kalo tak sesuai dengan apa yang anda rasa.

3 comments:

thefourtharif said...

yes... setuju... rasa mcm nak balik jer.. hahah

Anonymous said...

yes..mari ramai2 memenuhkan kuota doktor di Malaysia, tinggalkan mereka2 yang taknak balik tu di sini, heh

Anonymous said...

it's good for you then.tiada yang terbaik untuk kita melainkan ianya dari DIA.