Saturday, 16 May 2009

Selamat Hari Guru



Ditujukan lagu ni kepada semua cikgu yang pernah mengajar aku dari tadika sampai la sekarang. Tak sure la cikgu2 sini boleh paham atau tak lagu ni, diorang tak tau and tak kesah pun pasal blog ni rasanya, heh.

Terima kasih kepada cikgu2 yang mengajar dan mendidik aku. Dengan izin Allah, atas didikan cikgu2 semua, dapat la saya sampai ke keadaan saya sekarang ini. Moga Allah membalas jasa kalian dengan pahala yang tak kunjung sudah (sudah semestinya in-syaAllah).

Oh ya, ucapan selamat hari guru juga ditujukan kepada kakak aku, yang juga seorang cikgu. Hehe.

Friday, 8 May 2009

Hidup yang seronok

Sedang mencari idea lagi apa yang patut aku tulis.

Cuma baru-baru ni terkenang pula zaman kanak2 dulu. Setiap kali cuti sekolah paling panjang bulan 12, mesti nak ajak parents pergi ziarah Ayah Nyah sekeluarga di Seberang Prai. Ataupun meminta izin daripada parents untuk meluangkan seminggu lebih di sana. Sebab? Ayah Nyah akan bawak aku ke Pesta Pulau Pinang. Walaupun aku tak ingat berapa kali aku pernah ke pesta tu. Yang penting harapan untuk ke pesta itu mesti ada.

Seronok ke Pesta Pulau Pinang. Kalau tengok pesta itu sekarang, kalau ada lagi, pasti takkan teruja lagi dah. Tapi sebab masa tu masih kanak2, pastinya seronok ke tempat begitu. Sebenarnya, bila difikir kembali apa yang seronoknya, ialah dapat meluangkan masa bersama parents dan keluarga. Bukannya pesta itu yang menyeronokkan sangat. Di pesta itu, seronok bermain macam2 hiburan yang disediakan. Bumper car, roller coaster, cawan pusing, ferris wheel(yang macam Eye On Malaysia tu, ferris wheel la namanya kan?) dan macam2 lagi. Seolah-olah, tak mahu pulang ke rumah, nak tinggal di situ saja terus. Boleh main tiap2 hari, tiap2 masa. Sampai terleka masa, terlupa hakikat akan diajak oleh parents untuk pulang. Baru perasan, laa kene balik dah rupenya.

Dah pulang, tapi masih cuti. Masih berleka-leka. Lagi 3-4 hari nak mula sekolah, baru teringat kerja sekolah yang diberi cikgu masih belum diselesaikan, kasut masih belum dibasuh dan dikapur. Masa tu baru gopoh dan gelabah untuk selesaikan semua perkara.

Mujur sempat selesaikan. Tapi kualiti tak seberapa la. Di hari pertama sekolah, mana2 yang dah selesaikan tugas, akan hadir dengan senang hati, gembira berjumpa kembali dengan kawan2. Bertukar-tukar cerita. Mana2 yang tak selesai kerja, akan cemas, cuak dan mula mohon pinjam tugasan kawan sebelah. Mujur cikgu tak minta untuk diserahkan tugasan pada hari pertama sekolah.

Begitulah kehidupan di dunia.

Hanya persinggahan. Tapi dihiasi dengan seronok dan indah semata2.

Hingga ada manusia yang lupa yang suatu hari akan diajak pulang. Bahawa ade realiti yang lebih benar dan penting. Ade tugasan yang masih perlu diselesaikan.

Gembiralah siapa2 yang dapat melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin. Diizinkan bertemu rakan2 lama, bertukar2 cerita. Cuak dan cemaslah siapa2 yang tak melaksanakan tugas sebaik dan sedaya mampu.

Begitulah realitinya.

Hidup di dunia.

p/s: Tahniah kepada sahabat2 yang dah lulus dalam peperiksaan akhir. Dah jadi doktor dah kalian. Doakan aku boleh berjaya macam kalian juga. Dan mohon agar Allah kurniakan kekuatan untuk kami yang masih bergelar student ni.

Kembali..

Sebelum mula menulis lebih lanjut, izinkan aku minta maaf kepada sapa2 yang selalu datang blog ni yang semakin hari semakin bersawang dan dinaiki lalang setelah ditinggalkan hampir 5 bulan. Mungkin sangkaan aku saje, ada orang datang jenguk blog ni, Kemungkinan besar takde pun yang ziarah dan baca. Tak kisahlah.

Sebenarnya merasa "terpukul" juga dengan satu blog yang penah aku baca baru-baru ni, yang menegur mereka2 yang tak manfaatkan blog yang dibina untuk manfaat umum. Tak ingat pula blog mana. Itu yang nak cuba2 mula balik tulis di blog. In-syaAllah akan cuba untuk tulis selagi mana urusan akademik dan masa mengizinkan. Selagi mana ALlah mengizinkan. Harapnya bermanfaat untuk umum, umumnya dan untuk aku khususnya.

Since dah lama tak menulis, aku tak cadang untuk tulis yang berat2(Macam la penah tulis berat2 pun, heh :P). Politik? Mungkin aku takkan tulis apa2 pasal politik, sebab membaca dan menafsir politik bukan kemahiran aku. Aku serahkan kepada yang lebih mahir. Tapi tak bermakna aku takkan komen sikit2 apa2 yang aku rasa wajar, berpandukan apa yang aku baca, be it from mass media atau mana2 sumber lain.

Nak tulis lagi panjang, tapi cukup la takat ni dulu. Kena bersiap ke kelas. In-syaAllah akan sambung bila balik nanti.

Wassalam