Monday, 27 September 2004

Setel semua..kot..


Assalamualaikum..

Erm, alhamdulillah so far aku rasa dah setel segala urusan rasmi regarding the preparation nak gi abroad nih. Just a checklist; Agreement ngan JPA punya medical checkup dah anta, uni punya medical checkup pon dah anta gak, photocopies of all the documents, passport kat JPA, baju², beg, apa lagi ntah. Hehe.

Harini aku kuar lagi, gi opis mak aku lagi. Tapi bukan medical checkup la. Just gi photocopied all the documents-surat offer, completed medical checkup form, medical checkup results etc etc-and then certified all. Dah setel semua, gi jalan² ngan mak aku. Gi Midvalley, tapi before that gi kedai buku, cari buku yang tak beli lagi and dissection kit. Kat Midvalley, mulanya ingat nak cari photo printer, skali dah last minit tuh, tauke tuh dah nak pack kan, aku cancel, tak jadi nak beli. Ade la sebabnya. So jalan la plak cari webcam. Last² baru teringat, kalo nak beli mende² komputer nih, better gi beli kat Imbi Plaza. So tukar plan lagi, maybe Rabu nih pegi sana ngan parents, Abah kata dia nak cuti. Dia pandai la sket nak bargain² nih. Aku ngan mak aku mana reti sangat, hehe :P.

Tetibe orang IUMC call. Katanya original offer letter dah sampai kat opis dia and mintak aku datang amik. Elok sangat la tuh. Bleh la aku anta skali ntah apa document diorang mintak nak buat filing ngan reference. Kebetulan plak aku memang kat tetengah KL, ngan mak aku. So bleh la dia bawak aku ke sana.

Abih tuh, balik terus. Tertido sesampainye pulang ke rumah. Hoho. Dalam kul 7 tuh tetibe Abah call. Dia pose arini and takdek makanan nak berbuka and time tuh dia kat opis. Overtime kot. Huhu, siannya la hai. Then siap². Lepas Mahrib dalam kul 740, gerak. Aku drive. Dah la ujan. Huhu. Akak aku dah tunggu kat opis Abah sebab dia balik dari Putrajaya. Sampai jek, kitorang ala² picnic kat opis abah, kat meja dia. Makan nasik lemak home-made. Hehe. Best². Tak pernah buat gitu sepanjang Abah keje. Haha. Memang berselera betul. Dalam kul 10 tuh baru balik.

Mak aku cuti minggu nih, nak ajar aku masak katanya. Ahaha. Baru nak belajar la plak aku nih. Takpe, selagi ade masa, blaja je la kan. Heh. So esok in-syaAllah aku akan kuar gi Shah Alam jap jumpa kawan, dalam kul 3 in-syaAllah balik la. Heh.

Wassalam...

Friday, 24 September 2004

Berangkat


Assalamualaikum..

Pekaba? Aku alhamdulillah sehat, skang nih dah tak bape sebok sangat. Bleh la lepak kat rumah lebih dari sehari dalam seminggu, tak macam minggu² sebelum nih, eheh. So cite pasal Mantoux Test result. Mantoux Test nih nak test sama ada aku nih immune from penyakit TB ke tak. BCG tuh ialah immunisation untuk TB. Pastu result tuh bleh dikesan kat kulit. Tempat yang kene jab Isnin lepas, supposedly ade semacam ala² rash kat bahagian tuh. Tapi yang kat tangan aku nih cam nak taknak jek muncul. So kata doktor, kalo takdek atau diameter rash tuh kurang dari 0.5mm, maka tak immune la. And tanda kat tangan aku nih plak memang kurang so doktor letak 0mm. Tuh namanya aku tak immune ke? Aku pon tatau la. Sebab aku nih memang lambat sket respon kalo mende² gini. I mean, my body la. So arini aku tengok, dah macam ade tanda² mende tuh baru nak timbul. Heh.

Cam result Hepatitis B aku aritu. 2-3 hari lepas 3rd jab, gi screen. Pastu result antibodi negative. Dalam 2 minggu lepas tuh buat lagi screening, baru la positive. Tak paham tul. Tapi doktor tuh sempoi jek. Bila kuar jek dari bilik doktor tuh, cite la kat nurse yang tengah dok borak² ngan mak aku kat luar. Pastu nurse tuh pon cam tak caye jek pasal result aku tuh. Last²,"Alah, takyah nak risau² la, kuasa Tuhan semua tuh". Heh, caya la makcik nurse!!

Lepas tuh gi makan. Then mak aku bagi aku balik bawak kete, lagi skali. Seronok! Haha. Dalam kul 11 tuh aku berangkat pulang. Tapi mak aku suh datang balik kul 3 dia amik dia. Dah sampai opis dia kul 330 skali dia suh tunggu sampai 415 plak. Adoih, tunggu je la. Then gi amik abah kat opis dia plak.

Harini aku telah berjaya abihkan baca Harry Potter yang last tuh. At last. Payah tul nak baca buku skang nih. Baca jek sure tido, bace jek tido. Huhu, camne la aku nak baca buku medic jap lagi niiii!! :P

Adoih lapar la plak.

Whoh ya!! Kul 10 lebih tadik JPA call aku. Memang call yang aku tunggu². Well, at one point, memang bagus tul la JPA bagitau aku tarikh flight seminggu lagi awal. Bleh la nak prepare lagi sebab aku tak redi pon packing ke apa ke. Ade kawan aku yang pegi skali Ireland nanti, katanya dah siap packing pon. Heh. Flight aku in-syaAllah 3/10/2004 nih. That means Ahad lagi satu. Tapi at another point, cam tak patut la plak. Sebab apa? Sebab flight aku kul 9 pagi, maknanya cam Ngocop la. Kul 6 pagi dah kene ade kat KLIA. AaAAAaaA!!! Awalnya!! Maknanya kul bape aku nak kene bangun pagi tuh? Sure kul 4 dah kene gerak dari rumah punya. Huhu. Dah la ngantuk, sejuk plak tuh wehh!! Hehe..sejuk tuh no further comment la. Nanti lagi sejuk la kan. Tak kisah la. Aku terima je la kul bape pon, dah tuh rezeki Allah nak tetapkan untuk aku. Takkan nak bising plak dah dapat pegi tuh kan? Alhamdulillah..

Okeh la..nothing else at the moment.

Wassalam.

Wednesday, 22 September 2004

Lengang sket..


Assalamualaikum..

Actually aku nak update before balik kampong aritu, tapi memandangkan tak sempat coz nak balik awal gak, maka aku telah tangguh sampai la arini. Bleh jek kalo aku nak update Isnin lepas, tapi biasa la, malas, hehe :P

So apa nak cite? Ok, lepas aku updated my last entry, tetibe dapat panggilan from IMUC office kat Jalan Ampang tuh, kata diorang dah dapat surat offer yang difakskan oleh TCD ke opis diorang and diorang mintak aku gi amik. Aku yang memang dah nekad sejak dahulukala yang kalo surat tuh sampai jek, diorang tepon, aritu gak aku gi amik, aku tak kire la pukul bape pon. Heh, and that was what I've really done. Aku gi masjid aritu ngan kete. Then parking kat Komuter Kepong, gi KL Sentral. Sebab apa? Sebab aku tatau jalan nak gi sana and aku takmoh menempuh traffic congestion sedangkan aku tatau mana aku harus tuju. Kang tak pasal² ke Johor aku tuju kang. Haha. Amik la LRT ke Ampang Park and cam biasa amik bas berenti depan bangunan AmpWalk tuh. Sekejap je pon prosesnye.

Lepas tuh, amik bas balik ke LRT Ampang Park, nak gi KLCC jumpa Azmir jap. On the way ke stesen lepas turun bas, tetibe ade la dua couple Arab nih, ngan english diorang yang tak bape fasih tanya aku kat mana Twin Tower tuh. Aku yang memang tau la mende tuh kat mana kalo jalan kaki tapi tak sure ikut jalan mana, suggest la diorang naik LRT ngan english aku yang tah pape gak nih. Pastu ntah apa diorang cakap-yang lelaki tuh tunjuk kaki dia-nak kata diorang takdek masalah kalo jalan kaki-(aku bukan apa, kang aku salah tunjuk jalan, diorang sesat, sian la plak kan, laki tuh pon dah basah baju ngan peluh). Skali bila diorang tengok beratur nak beli tiket,"Ok, thank you bery much" and dioran terus naik atas balik. Aku yang memang dah tensen la jugak, tambah lagi ade beberapa orang makcik dok tengok sejak aku sampai bawah, cakap sorang²,"Taknak sudah!". Heh. Naseb ko la. Maybe dia nak nikmati pemandangan kat KL sambil berjalan ke KLCC kot.

Jumpa Azmir kat Burger King. Borak² la depan restoran tuh. Tengah borak², ade la sorang mamat nih sebijik muka classmate aku kat KISAS dulu tetibe cuit belakang aku. Aku toleh,"Alamak, sori salah orang!" sambil dia hulur tangan nak salam. "Muahaha!," aku gelak dalam hati. "Takpe takpe," aku kata kat mamat tuh. Then nampak plak Amir ngan Azz. Borak la kejap sebab diorang nak beli barang. Then dalam kul 5 aku balik. Sebab nak kene amik mak aku kat TTDI.

Kul 6. Mak aku dah tunggu. Amik dia pastu gi Bangsar amik abah kat tempat keje dia. Sampai rumah dalam kul 930 lepas makan black-peppered steak ngan ice-blended cappucino. Hehe.

Sabtu. Kul 1030. Gerak balik kampong. Aku cam biasa, malas nak layan sebab dok blakang maka aku pon tido sampai la tiba di Pekan Tapah. Lunch ikan bakar tapah ngan family pakcik.

Sampai kampong dalam kul 3. Then petang tuh tolong abah ngan atok ngan atok sedara cari umbut kelapa. Heh, lepas tuh, abah kopek durian. Pergh!!! Best gile(untuk sekian kalinye, rugi la ko wahai sepupuku, haha! :P). Malam tuh gi teman abah amik ayam yang dia order petang tuh.

Ahad. Kul 730. Abah ngan Mak gi pasar kat Teluk Intan sementara aku tunggu diorang pegi sebab aku nak tido. Just as they got back, aku pon bangun, dalam kul 930. Haha. Then tolong² kemas rumah, bentang tikar, alas, pastu angkat keluar kerusi². Dalam kul 2 tuh tetamu sampai. Tak la ramai, orang kampung jek. Tapi aku dapat tau satu mende. Lepas makan, sorang pakcik tuh tanya kawan dia,"Ade bawak ubat nyamuk?". Aku plek jek. Apahal tanya ubat nyamuk tetengah hari. Skali baru la aku paham. Tetibe nampak dekat 10 orang pakcik peang rokok daa. Rokok rupenye. Haha. Kul 630 bertolak balik lepas sesi amik gambar atas permintaan atok aku. Terkejut gak la sket sebab tak sangka plak dia mintak. Haha :p

Sampai umah kul 10, masing² dah solat so sampai jek semua tido.

Isnin. Ikut mak gi opis. Buat medical checkup untuk universiti punya form plak. So pegi la ke sana sini lagi skali. Urine test kene buat lain. Hep B test bleh pakai result last week punya as well as the X-ray result(well, X-ray bleh buat 6 months after the previous one). Pastu kene buat Mantoux Tuberculin Blood Test. Ntah untuk apa aku tatau. Tapi maybe nak tengok BCG yang dapat masa sekolah rendah dulu bebetul ade kot. Masa dia suntik satu fluid nih kat bawah sket dari pelipat lengan, tetibe bahagian tuh menggelembung and rasa panas. Cuak aku sekejap. Heh. Tapi kejap je, dalam setengah jam pastu ilang. So Khamis nih kene datang balik tengok camne resultnye.

Selasa. Semalam, takdek watpe pon, dok umah jek.

Rabu. Harini. Pon dok umah gak. Esok baru kuar gi opis mak lagi skali.

So aku rasa sampai sini je la dulu kot. Nanti la aku upload gambar aku balik kampong aritu. Ala, korang bukan nak tengok pon kan? Heh.

Wassalam...

Friday, 17 September 2004

Erm..


Assalamualaikum..

Apa khabar ar korang? Aku arini sedikit tak sehat, sket je laa. Bleh la nak jalan lagi, heh. Aku pon baru balik dari opis mak aku. Ade hal sket kene setel. Pastu mak aku bagi bawak kete balik. Whoh, ini sesuatu yang baru nih. Ahaha. Alhamdulillah aku berjaya sampai ke rumah dengan selamat.

Jumaat lepas besday mak aku, aku dah cakap kan? Tapi malam tuh aku tak sempat jumpa dia sebab aku kuar gi KLIA anta dak² nak gi Galway ngan UCD. masa dalam komuter nak gi KL Sentral, aku call mak aku. "Ma dapat bungaaaa!!" kata mak aku lepas jawab salam. Ahaha. And mak aku nangis katanya, terharu kot sebab tak pernah dapat. Yeahh!! Plan berjaya alhamdulillah. Then sampai KLIA dalam kul 945 malam, dak² tuh dah turun lepas gate departure tuh dah. So tak sempat la jumpa, sempat jumpa Dilla jek. Orait la dapat jumpa Dilla je pon. Time tuh Sid ngan Izrie ngan sapa lagi ntah dah sampai.

Aku sampai rumah malam tuh kul 1 pagi. Shaq tolong anta aku balik. (Baik gile ah ko Shaq, dah la amik aku kat Stesen Kelana Jaya, pastu balik tuh blanje aku makan nasi goreng pataya ngan chocolate ice blended lagi. Pastu anta aku balik umah lagi. Huhuh, tenkiu la kawan, jasamu kukenang sampai bebila in-syaAllah.) Heh. Gile ah. Takpe, skali skala takpe. Jangan selalu. Lagipon, gi anta kawan² jek, bukan gi buat mende lagho pon. Tul tak? Heh.

Esoknye aku gi kuar lagi. Gi UM, cari buku akademik nak bawak ke sana nanti. Skali takdek la plak. Tuh pon lagi skali thanx kat Shaq sebab tunggu aku kat Stesen Taman Jaya ngan Raimi dan adiknya. Sori la korang. Aku lambat la plak. Tertido meh, hehe :P. Jumpa Syake kat sana sebab dia jek yang tau kedai buku kat UM tuh kat bahagian mana. sebab takdek and keadaan cam dah nak hujan and sebab aku dah tepon kedai buku lain tapi buku takdek jugak, maka aku pon berangkat la pulang ke rumah. Heh.

Ahad plak. Erm.. aku gi mana arr Ahad aritu? Tak ingat. Heh, aku dok umah jek Ahad aritu. Oh ya! Gi umah pakcik aku kat UPM Serdang. Sebab dia jadik penjamin kedua. So nak mintak sign dia ngan makcik aku plak jadik saksi dia.

Isnin lepas. Gi JPA lagi skali sebab Ketua Pengarah a.k.a Abah kepada Hana dak kolej aku nak bagi ucapan sket. So aku kuar la skali ngan parents aku. Naik LRT kat Abdullah Hukum. Gi Sentral. Then tunggu kawan aku sorang nih, sebab janji nak gi Putrajaya skali ngan dia. Program mula kul 9 pagi. Pastu kawan aku ade masalah kat rumah dia maka dia gerak kuar dari rumah agak lambat. Dia sampai Sentral dalam kul 840 pagi. And ERL gerak kul 9. Aku call Mas siap² mintak tolong dia amik kat Stesen ERL Putrajaya. Sampai sana dalam kul 915. 10 minit kemudian Mas sampai. So sampai kat JPA kul 930. Turunkan dulu kawan aku sorang nih then aku ngan Mas gi cari parking. Terserempak ngan Syed Farid (yang dah gerak gi Newcastle Selasa lepas). Tunggu la dia kat lobi sampai kul 10 baru naik atas. Duduk dengar Tan Sri berucap. Kul 1030 dah abih. AaAAAaAAa!!! Aku ingatkan ade apa mende. Huhu. Tapi takpe, lunch tuh celebrate besday Husna ngan Aisyah. Aisyah sambut awal sket ek Aisyah? Ahaha :P. Pastu ingat nak gi KL cari buku. Skali ujan lebat la plak. Tak jadik. Balik umah lepas solat Zohor kat rumah Sid. Sid turunkan kat komuter Serdang.

Selasa. Gi kolej. Jumpa cikgu dan cikgi dengan Mas. Sampai sana dalam kul 12. Mas bagi macam² ah kat beberapa staff ngan cikgu. Aku takdek bagi apa². Tatau ah nak bagi apa. Ehehe. Dok sana sampai kul 330. Then gerak gi Sunway Pyramid. Celebrate besday Aiman Selasa tuh. Saje je. Tuh last minute decision sebab Mas asalnya nak shopping sket kat situ. Alang² Aiman dok dekat. Pastu cadangnye aku nak gi KLIA lagi. Tapi tak jadi sebab tak sedap ati. Maka aku turun kat ERL Bandar Tasik Selatan. Then ikut parents gi JJ Kepong. Shopping sket lagik.

Rabu. Takdek gi mana². Dok umah tido. Haha.

Khamis. Semalam la. Parents aku amik cuti. Bawak aku gi JPA sebab nak anta agreement yang dah siap ngan medical checkup report. Lepas minum kat kafe, gerak gi Sg Wang Plaza. Heh, my 2nd time there. Gi cari mouse baru untuk laptop sebab yang ade nih dah rosak. Skali Abah belikan digicam. Huhu. Thanx Abah!! Tak terbalas sungguh. Pastu gi Pusat Bandar Damansara, amik laptop yang dah diservis. Then baru balik.

So tuh je la kot yang berlaku. Aku rasa dalam 2 minggu nih, skali seminggu jek aku bebetul dok umah except for Ahad la. Busy ke aku nih? Hehe, agak la. Takpe, bila lagi aku nak kuar jalan² kat KL nih. Pasnih 5 tahun lagi la plak kot baru aku nampak KL balik. Tuh pon kalo aku tak balik la dalam masa 5 tahun nih.

Esok sabtu ketiga. Parents aku cuti. So cadangnye nak balik kampong belah Abah, in-syaAllah. Tok sedara aku dah dok tanya bila nak buat kenduri kat sana plak. Ok la ok la. Kitorang nak balik la nih. Lagipon, opah aku dah panggil sebab durian dah luruh kat kampong aku. Muahaha :P

Okeh la weh, kepala sakit la plak. Baru ingat nak main game. Takleh jadik nih, kene tido jap. So sampai sini la dulu kot.

Wassalam...

Thursday, 9 September 2004

Penat ni..


Assalamualaikum...

Pekaba? Aku sehat alhamdulillah, sebbaik demam tak jadik nak sambung harini. Haha.

Maka pagi² lagik aku dah bangun, dikejutkan oleh suara mak aku yang kejut aku. Then abah plak kata, "Cepat siap, harini 645 kite kuar". Aku yang tengah lalok tuh, dengar aje la. Tapi sementara tunggu mak aku kuar dari bilik air, aku lelap la kejap, tak kire la walaupon ade satu lagi bilik air unoccupied. Haha. Harini gi ikut mak aku gi opis. Sambung buat medical checkup yang tertangguh semalam disebabkan aku yang tetibe rasa tak sehat. Memang dah selsema sket malam sebelum tuh. Pastu ingatkan bangun tido okeh la sudah. Lagi sejuk demam aku ade la. Huhu. Maka, lepas Subuh jek, aku sambung tido disebabkan aku tak larat langsung. Kul 1 tengah hari baru bangun. Pergh!!

Then, dalam kereta harini aku tido lagi sepanjang perjalanan. Bukan apa, dah 2 malam aku tido lambat. Kul 230 baru tido. Sebab apa? Sebab aku dengan semangatnya telah menyukarelakan diri aku untuk buat kad besday untuk mak aku. Besday dia esok. Heh. Tapi idea disumbangkan oleh adik aku. Aku cume bagi tambah menarik kad tuh jek.

So harini medical checkup berjalan seperti biasa. Cuma ade beberapa perkara yang aku tak bape paham. Sepanjang cuti nih, aku memang jarang gile bersenam, banyak tido jek. In fact, dah lama gak aku tak bersenam. Tapi tadik check pulse rate(guna mesin), pulse rate aku 57!!! Bayangkan, last time aku check kat situ lepas kuar matrik nak masuk KDU sebab dapat offer JPA-memandangkan aku memang selalu jog masa kat matrik-pulse rate aku 51(aku rasa mesin yang sama), so aku tak heran tapi doktor yang check aku tuh plak plek. Katanya pulse rate gitu standard ahli sukan negara jek. Hehehe. Tapi kali nih, aku banyak tido, pulse rate aku 57, and doktor kali nih terima jek result tuh. Aku pon plek. Pastu, tetibe ukur tinggi aku jadik 172.5 cm plak!!! Apa nih!!! Last time aku ukur tinggi aku 175-176 cm tau!!! Mana bleh tetibe jek jadik pendek 2.5-3.5 cm dalam masa 2 tahun!! Ok aku tau by the time lebih kurang 20 atau lebih sket, tulang dan sel² badan akan banyak ilang dari developed. But then, its still too early man!!! AAAaAAAAa!!! Doktor tuh salah!! Aku tak kire!!

Isk isk..

Lepas buat checkup, aku gi food court ngan mak aku-still fretting about the pulse rate and yes, more about the height thingy-nak gi makan since aku tak breakfast lagi. Huhu. Makan bubur nasik yang sangat la gile sedapnya kat situ. Memang aku makan semangkuk besar bubur nasik tuh ah!! Then dalam kul 11 tuh aku mintak mak aku antar gi kedai buku Syarikat Kamal dekat² ngan GH. Hajat di hati kononnya nak cari buku untuk blaja nanti. Sekali buku takdek la plak. Maka aku pon menapak gi Stesen Monorel Chow Kit, gi KL Sentral, amik komuter gi Midvalley. Hajat kedua plak. Cari kedai bunga. Nak bagi kat mak aku sempena besday dia esok. Bagi dia terkejut sket, mintak orang tuh deliver ke opis dia esok(aku harap mak aku tak baca blog aku nih sebab aku selalu gak bukak blog aku kalo gi opis dia, guna komputer kat bilik dia plak tuh, memang ade ah address blog nih kat tempat "address" tuh, huhu). Thanx to sorang kawan aku yang bagi idea yang sangat best nih, you know who you are, hehe.

Sekejap jek prosesnye. Then gi rewang ke MPH lepas solat Zohor. Sambar satu lagi Harry Potter. Yang latest tuh. Apa ke namanya, Order of the Phoenix? Haa, yang tuh la. Terbang lagi RM40. Pastu rewang kedai game. Usha² mana yang rasa best. Then melantak kat McD. Makan la sorang². Hehe, takpe. I think I'm getting used to being solitude(betul ke ayat nih? tolong betulkan please..). Tapi takleh selalu la nanti tertekan pula hidup ini. Haha :P

Lepas makan, balik la. Hesitated for a while. Nak balik terus and stranded kejap kat luar rumah sebab takdek kunci(bleh jek nak mintak opah kuar jap bukak gate, tapi sian la kat dia), atau pon balik ke opis mak. Well, I chose the former. Hehe. Ingat nak rewang cari buku kat University Bookstore kat UH tuh, tak jadi, dia ikut opis hour ah. Maka plan nak gi Sabtu nih in-syaAllah. Balik la dengan senangnye sebab dah ade Stesen Komuter Midvalley. Balik dari komuter Kepong tuh ngan jalan kaki sebab teksi takdek. Malas plak nak tunggu sebab ramai orang lain tengah tunggu. So sapa yang pernah aku amik kat stesen tuh then aku bawak gi umah aku kejap ke, tau la jauh ke tak jauh kalo jalan kaki. Elok² sampai kat kawasan masjid, azan Asar pon berkumandang. Solat la kejap, at least leh la restkan kaki nih. Huhu. Sampai umah memang flat gile. Heh.

So skang memang flat. Tapi memang agak puas hati la minggu nih sebab bleh kata hampir everyday aku kuar. Tak la bosan sangat, I can take a good last look of KL before I left. Sebenarnye aku bosan gak tengah tunggu proses nak download manga Naruto 229 yang sangat la lembapnye. Nama je streamyx, ye ke streamyx nih? Dah la manjang dc jek. Hampeh. Takpe la, at least aku still bleh access net kat rumah. Alhamdulillah. Hehe.

Wassalam...

Monday, 6 September 2004

busy busy busy..


Assalamualaikum..

Pergh, sori la kawan² dan sahabat handai. Lama jugak aku tak update, kan? Bagi aku, seminggu tuh agak lama la jugak, heh. So korang pekaba? Aku harap korang semua sehat la sebab kebelakangan nih aku denar banyak orang kene demam and selsema. Termasuk la parents aku. Aku pon nyaris nak kene aritu, tapi alhamdulillah selsema sekejap jek malam Ahad lepas.

So apa aku nak cite nih? Tatau ah, banyak sangat..kot. Tapi aktiviti busy aku nih tak start sampai la Jumaat yang lepas. JPA briefing. So Khamis lepas, aku pon bertandang la ke rumah pakcik aku kat Putrajaya sebab esoknye kene ade kat bangunan JPA before 830 pagi. Sebab mende tuh katanya akan mula kul 9. Tapi tak pon sebenarnye. Nak daftar lagi, tau² kul 930 lebih sket baru start program. Macam² la dicakapkan. Mula ngan pelbagai nasihat dari Timbalan Pengarah Bahagian Latihan JPA tuh. Then sambung plak oleh wakil dari MAS. Dia bagitau la apa yang kene bawak, apa yang tak payah bawak, apa nak kene buat masa kat airport etc etc. Then makan. Lepas tuh solat Jumaat. Aku ingatkan program abih lepas Jumaat. Skali sambung plak lepas tuh. Huhu, terpaksa batal program yang aku plan nak buat lepas Jumaat tuh. Tapi tak kisah la sebab lepas Jumaat tuh JPA bagi duit. Wahhh!!! Pakcik kayo!!!

Program abih dalam kul 530 petang. Aku tumpang Ngocop lepas solat Asar kat Masjid Putra. Sampai KL Sentral kul 620 petang. Tunggu parents aku datang amik sebab alang² ayah aku balik lalu situ. Then malam tuh jugak balik kampong. Gerak dalam kul 1030 lebih sket. Sebab ayah aku rehat dulu. Dia dah tak sehat dah time tuh. Tak kisah la. Aku pon layan la kejap cd hantu yang Niz tolong burnkan tuh. Thanx Niz, tapi aku tak abih tengok lagi. Nanti la in-syaAllah malam nih aku sambung, heh.

Sampai Taiping dalam kul 4 pagi. Orait la. Aku tido sejak mula perjalanan sampai la berenti depan umah makcik aku tuh. Ahahah. Then lepas minum² kopi, makan biskut, sambung tido balik. Kul 6 jaga balik. Ade kenduri plak. Kenduri doa selamat untuk aku, kenduri tahlil dan juga untuk doakan anak makcik aku yang amik UPSR arini. Then abih lepas Zohor tuh, lepak ah main game.

Esoknye gi kubur arwah atok aku, arwah tok sedara dan juga arwah moyang. Dekat² jek kuburnye. Then siap² gi kenduri tahlil orang sebelah rumah makcik aku plak. Makan masyuk wehh!! Daging lembu masak kari, daging kambing masak apa ntah. Pergh!! In fact, Ahad (semalam la), memang hari yang aku paling banyak makan. Lepas tuh, gerak gi Kuala Kangsar, umah opah sedara. Makan lagi puding roti ngan keropok ngan bingka roti. Then gi umah adik dia plak, makan lagi bihun ngan kuih. Pergh!! Pastuh aku dah tak larat nak makan. Then gerak balik ah. Sampai umah dalam kul 8 malam. Then kul 930 gerak kuar lagi sebab nak cari Hotel Equitorial kat Jalan Sultan Ismail.

Harini, pepagi seawal 650 pagi aku ikut abah kuar. Abah turunkan aku kat Jalan P. Ramlee. So aku jalan je la gi hotel tuh. Sebab apa? Sebab ade program predeparture by IUMC. Aku sampai paling awal. Takdek orang pon lagi sebab program start kul 930 pagi. Ahaha. So aku jalan la ke depan lagi sampai ke Lot 10 sana(yes, aku jalan kaki). Sebab asalnya aku nak cari kedai makan, aku tak breakfast lagi, tak sempat. Mana la aku tau situ takdek kedai makan. Jalan punya jalan, sampai depan Lot 10, ternampak 7-Eleven. Beli la roti ngan air kotak. Ahaha. Then alang² aku dah malas nak jalan, aku naik monorel kat Stesen Bukit Bintang ke Stesen Raja Chulan sebab stesen tuh yang paling dekat ngan hotel tuh. Duduk la menunggu orang.

Program selesai kul 1130. Then Mambe ajak gi window shopping kat Times Square. Orait ah, bleh gi cari sket² barang lagi. Dah dapat la KIV 2 kedai. Then jalan plak gi Sg Wang Plaza. Haha, FYI, harini la 1st time aku jejak kaki kat Sg Wang Plaza sejak 20 tahun aku dok KL. Lot 10 ngan Low Yat pon aku tak pernah jejak lagi, kuikui :P. Takpe, lenkali pegi lagi. Hoho.

Then kul 230 lepas lunch gerak gi Masjid Jamek, solat kat sana. Dari sana pisah la. Aku balik naik bas. Pergh, harini memang sungguh letih. Rewang kat Sg Wang tuh jek dah cukup penat. Tunggu bas lagi kene berdiri 40 minit before bas sampai. Sebbaik dapat duduk dalam bas. Tido je la. Hehe.

Sampai umah kul 5. Then lepak la depan komp. So esok in-syaAllah kuar lagi nak buat medical check up. Sebab JPA suruh buat. Pastu maybe lepas tuh nak gi KL, cari hadiah untuk besday mak Jumaat nih. Tatau nak beli apa la. Huhu. Okeh la. Tuh je la kot, nanti la update lagi. Heh.

Wassalam.