Monday 6 September 2004

busy busy busy..


Assalamualaikum..

Pergh, sori la kawan² dan sahabat handai. Lama jugak aku tak update, kan? Bagi aku, seminggu tuh agak lama la jugak, heh. So korang pekaba? Aku harap korang semua sehat la sebab kebelakangan nih aku denar banyak orang kene demam and selsema. Termasuk la parents aku. Aku pon nyaris nak kene aritu, tapi alhamdulillah selsema sekejap jek malam Ahad lepas.

So apa aku nak cite nih? Tatau ah, banyak sangat..kot. Tapi aktiviti busy aku nih tak start sampai la Jumaat yang lepas. JPA briefing. So Khamis lepas, aku pon bertandang la ke rumah pakcik aku kat Putrajaya sebab esoknye kene ade kat bangunan JPA before 830 pagi. Sebab mende tuh katanya akan mula kul 9. Tapi tak pon sebenarnye. Nak daftar lagi, tau² kul 930 lebih sket baru start program. Macam² la dicakapkan. Mula ngan pelbagai nasihat dari Timbalan Pengarah Bahagian Latihan JPA tuh. Then sambung plak oleh wakil dari MAS. Dia bagitau la apa yang kene bawak, apa yang tak payah bawak, apa nak kene buat masa kat airport etc etc. Then makan. Lepas tuh solat Jumaat. Aku ingatkan program abih lepas Jumaat. Skali sambung plak lepas tuh. Huhu, terpaksa batal program yang aku plan nak buat lepas Jumaat tuh. Tapi tak kisah la sebab lepas Jumaat tuh JPA bagi duit. Wahhh!!! Pakcik kayo!!!

Program abih dalam kul 530 petang. Aku tumpang Ngocop lepas solat Asar kat Masjid Putra. Sampai KL Sentral kul 620 petang. Tunggu parents aku datang amik sebab alang² ayah aku balik lalu situ. Then malam tuh jugak balik kampong. Gerak dalam kul 1030 lebih sket. Sebab ayah aku rehat dulu. Dia dah tak sehat dah time tuh. Tak kisah la. Aku pon layan la kejap cd hantu yang Niz tolong burnkan tuh. Thanx Niz, tapi aku tak abih tengok lagi. Nanti la in-syaAllah malam nih aku sambung, heh.

Sampai Taiping dalam kul 4 pagi. Orait la. Aku tido sejak mula perjalanan sampai la berenti depan umah makcik aku tuh. Ahahah. Then lepas minum² kopi, makan biskut, sambung tido balik. Kul 6 jaga balik. Ade kenduri plak. Kenduri doa selamat untuk aku, kenduri tahlil dan juga untuk doakan anak makcik aku yang amik UPSR arini. Then abih lepas Zohor tuh, lepak ah main game.

Esoknye gi kubur arwah atok aku, arwah tok sedara dan juga arwah moyang. Dekat² jek kuburnye. Then siap² gi kenduri tahlil orang sebelah rumah makcik aku plak. Makan masyuk wehh!! Daging lembu masak kari, daging kambing masak apa ntah. Pergh!! In fact, Ahad (semalam la), memang hari yang aku paling banyak makan. Lepas tuh, gerak gi Kuala Kangsar, umah opah sedara. Makan lagi puding roti ngan keropok ngan bingka roti. Then gi umah adik dia plak, makan lagi bihun ngan kuih. Pergh!! Pastuh aku dah tak larat nak makan. Then gerak balik ah. Sampai umah dalam kul 8 malam. Then kul 930 gerak kuar lagi sebab nak cari Hotel Equitorial kat Jalan Sultan Ismail.

Harini, pepagi seawal 650 pagi aku ikut abah kuar. Abah turunkan aku kat Jalan P. Ramlee. So aku jalan je la gi hotel tuh. Sebab apa? Sebab ade program predeparture by IUMC. Aku sampai paling awal. Takdek orang pon lagi sebab program start kul 930 pagi. Ahaha. So aku jalan la ke depan lagi sampai ke Lot 10 sana(yes, aku jalan kaki). Sebab asalnya aku nak cari kedai makan, aku tak breakfast lagi, tak sempat. Mana la aku tau situ takdek kedai makan. Jalan punya jalan, sampai depan Lot 10, ternampak 7-Eleven. Beli la roti ngan air kotak. Ahaha. Then alang² aku dah malas nak jalan, aku naik monorel kat Stesen Bukit Bintang ke Stesen Raja Chulan sebab stesen tuh yang paling dekat ngan hotel tuh. Duduk la menunggu orang.

Program selesai kul 1130. Then Mambe ajak gi window shopping kat Times Square. Orait ah, bleh gi cari sket² barang lagi. Dah dapat la KIV 2 kedai. Then jalan plak gi Sg Wang Plaza. Haha, FYI, harini la 1st time aku jejak kaki kat Sg Wang Plaza sejak 20 tahun aku dok KL. Lot 10 ngan Low Yat pon aku tak pernah jejak lagi, kuikui :P. Takpe, lenkali pegi lagi. Hoho.

Then kul 230 lepas lunch gerak gi Masjid Jamek, solat kat sana. Dari sana pisah la. Aku balik naik bas. Pergh, harini memang sungguh letih. Rewang kat Sg Wang tuh jek dah cukup penat. Tunggu bas lagi kene berdiri 40 minit before bas sampai. Sebbaik dapat duduk dalam bas. Tido je la. Hehe.

Sampai umah kul 5. Then lepak la depan komp. So esok in-syaAllah kuar lagi nak buat medical check up. Sebab JPA suruh buat. Pastu maybe lepas tuh nak gi KL, cari hadiah untuk besday mak Jumaat nih. Tatau nak beli apa la. Huhu. Okeh la. Tuh je la kot, nanti la update lagi. Heh.

Wassalam.

No comments: