Thursday 9 September 2004

Penat ni..


Assalamualaikum...

Pekaba? Aku sehat alhamdulillah, sebbaik demam tak jadik nak sambung harini. Haha.

Maka pagi² lagik aku dah bangun, dikejutkan oleh suara mak aku yang kejut aku. Then abah plak kata, "Cepat siap, harini 645 kite kuar". Aku yang tengah lalok tuh, dengar aje la. Tapi sementara tunggu mak aku kuar dari bilik air, aku lelap la kejap, tak kire la walaupon ade satu lagi bilik air unoccupied. Haha. Harini gi ikut mak aku gi opis. Sambung buat medical checkup yang tertangguh semalam disebabkan aku yang tetibe rasa tak sehat. Memang dah selsema sket malam sebelum tuh. Pastu ingatkan bangun tido okeh la sudah. Lagi sejuk demam aku ade la. Huhu. Maka, lepas Subuh jek, aku sambung tido disebabkan aku tak larat langsung. Kul 1 tengah hari baru bangun. Pergh!!

Then, dalam kereta harini aku tido lagi sepanjang perjalanan. Bukan apa, dah 2 malam aku tido lambat. Kul 230 baru tido. Sebab apa? Sebab aku dengan semangatnya telah menyukarelakan diri aku untuk buat kad besday untuk mak aku. Besday dia esok. Heh. Tapi idea disumbangkan oleh adik aku. Aku cume bagi tambah menarik kad tuh jek.

So harini medical checkup berjalan seperti biasa. Cuma ade beberapa perkara yang aku tak bape paham. Sepanjang cuti nih, aku memang jarang gile bersenam, banyak tido jek. In fact, dah lama gak aku tak bersenam. Tapi tadik check pulse rate(guna mesin), pulse rate aku 57!!! Bayangkan, last time aku check kat situ lepas kuar matrik nak masuk KDU sebab dapat offer JPA-memandangkan aku memang selalu jog masa kat matrik-pulse rate aku 51(aku rasa mesin yang sama), so aku tak heran tapi doktor yang check aku tuh plak plek. Katanya pulse rate gitu standard ahli sukan negara jek. Hehehe. Tapi kali nih, aku banyak tido, pulse rate aku 57, and doktor kali nih terima jek result tuh. Aku pon plek. Pastu, tetibe ukur tinggi aku jadik 172.5 cm plak!!! Apa nih!!! Last time aku ukur tinggi aku 175-176 cm tau!!! Mana bleh tetibe jek jadik pendek 2.5-3.5 cm dalam masa 2 tahun!! Ok aku tau by the time lebih kurang 20 atau lebih sket, tulang dan sel² badan akan banyak ilang dari developed. But then, its still too early man!!! AAAaAAAAa!!! Doktor tuh salah!! Aku tak kire!!

Isk isk..

Lepas buat checkup, aku gi food court ngan mak aku-still fretting about the pulse rate and yes, more about the height thingy-nak gi makan since aku tak breakfast lagi. Huhu. Makan bubur nasik yang sangat la gile sedapnya kat situ. Memang aku makan semangkuk besar bubur nasik tuh ah!! Then dalam kul 11 tuh aku mintak mak aku antar gi kedai buku Syarikat Kamal dekat² ngan GH. Hajat di hati kononnya nak cari buku untuk blaja nanti. Sekali buku takdek la plak. Maka aku pon menapak gi Stesen Monorel Chow Kit, gi KL Sentral, amik komuter gi Midvalley. Hajat kedua plak. Cari kedai bunga. Nak bagi kat mak aku sempena besday dia esok. Bagi dia terkejut sket, mintak orang tuh deliver ke opis dia esok(aku harap mak aku tak baca blog aku nih sebab aku selalu gak bukak blog aku kalo gi opis dia, guna komputer kat bilik dia plak tuh, memang ade ah address blog nih kat tempat "address" tuh, huhu). Thanx to sorang kawan aku yang bagi idea yang sangat best nih, you know who you are, hehe.

Sekejap jek prosesnye. Then gi rewang ke MPH lepas solat Zohor. Sambar satu lagi Harry Potter. Yang latest tuh. Apa ke namanya, Order of the Phoenix? Haa, yang tuh la. Terbang lagi RM40. Pastu rewang kedai game. Usha² mana yang rasa best. Then melantak kat McD. Makan la sorang². Hehe, takpe. I think I'm getting used to being solitude(betul ke ayat nih? tolong betulkan please..). Tapi takleh selalu la nanti tertekan pula hidup ini. Haha :P

Lepas makan, balik la. Hesitated for a while. Nak balik terus and stranded kejap kat luar rumah sebab takdek kunci(bleh jek nak mintak opah kuar jap bukak gate, tapi sian la kat dia), atau pon balik ke opis mak. Well, I chose the former. Hehe. Ingat nak rewang cari buku kat University Bookstore kat UH tuh, tak jadi, dia ikut opis hour ah. Maka plan nak gi Sabtu nih in-syaAllah. Balik la dengan senangnye sebab dah ade Stesen Komuter Midvalley. Balik dari komuter Kepong tuh ngan jalan kaki sebab teksi takdek. Malas plak nak tunggu sebab ramai orang lain tengah tunggu. So sapa yang pernah aku amik kat stesen tuh then aku bawak gi umah aku kejap ke, tau la jauh ke tak jauh kalo jalan kaki. Elok² sampai kat kawasan masjid, azan Asar pon berkumandang. Solat la kejap, at least leh la restkan kaki nih. Huhu. Sampai umah memang flat gile. Heh.

So skang memang flat. Tapi memang agak puas hati la minggu nih sebab bleh kata hampir everyday aku kuar. Tak la bosan sangat, I can take a good last look of KL before I left. Sebenarnye aku bosan gak tengah tunggu proses nak download manga Naruto 229 yang sangat la lembapnye. Nama je streamyx, ye ke streamyx nih? Dah la manjang dc jek. Hampeh. Takpe la, at least aku still bleh access net kat rumah. Alhamdulillah. Hehe.

Wassalam...

No comments: