Tuesday, 30 November 2004

Makan lagi..


Assalamualaikum...

Sekali lagi aku kat computer lab nak update mende nih. Aku rasa skang nih net kat rumah lebih stabil, cuma komputer aku plak bermasalah. Komputer housemates aku yang lain semua ok jek. Dah la bile aku on wireless, signal from router memang dapat, tapi bila nak masuk net, takdek plak kuar pape kat window tuh. Pastu bila aku sambung guna LAN kat router tuh, dapat la jugak paling sekejap 3 minit, paling lama setengah jam. Pastu laptop aku start sending more bytes than it received, making the net slower and slower and eventually ilang terus. Apa nih? Apa dah jadi ngan komp aku? Kalo ade sesapa tau camne nak solve masalah aku nih, tolong bagitau aku ek? Tenkiu..

Hehe. Jumaat lepas MSA-TCD buat jamuan raya kat Trinity Hall. Aku patutnye kene jadi penyambut tetamu, tapi sori la kengkawan, aku ade physio practical plak time tuh. Abih pon dalam kul 4 lebih, nak beli barang lagi, then balik rumah kejap amik lauk. Oh ye, jamuan nih guna cara "Pot Luck". So everyone kalo bleh bawak la makanan, air pon takpe. Heh. So aku ngan Mambang kuar rumah dalam 630 petang. Cycling. Sejuk. Sampai dalam 15 minit. Terus amik laksa ngan segala makanan. Ahaha. Takyah la jadik penyambut tetamu, diorang tau masuk sendiri. Kuikui. Makan memang best. Lagi ramai and lagi lambat orang datang bermakna more food, not to mention more delicious. So aku makan sampai kembong. Well, maybe sebab banyak minum air gas kot.

Selesai dalam 9 lebih. Then aku kene gi basuh pinggan mangkuk la plak. Huhuh, tuh la sapa suh tak jadik penyambut tetamu, heh. Tapi aku tak kisah. Ala, basuh pinggan jek. And aku tak basuh pon, kawan aku basuh, aku tolong lap jek. Orait ah tuh, tak pressure sangat. Aahaha..sambil² tuh amik la gambar. Nanti aku upload. Gambar raya aritu pon tak upload lagi. Dah bape kali kata nak upload. Heh. Balik dalam kul 10 lebih. Sorang sebab Mambang dah blah dulu. Takdek hal.

Balik ngantuk tido terus. Huhuh. Sebbaik la esoknye Sabtu. Bleh lepak sket. Lepak? Exam dah dekat. Study study!! OK la kengakwan, got to go. Orang sebelah aku dah dok usha bila aku nak blah. Walaupon dia tak cakap tapi aku tau la sebab komputer sebelah nih takleh guna. Ahaha.

Wassalam.

Wednesday, 24 November 2004

net hampehh!!


Assalamualaikum...

Heh, skali lagi aku update blog aku nih, and aku rasa cam bleh la kalo nak cakap banyak, coz lepas nih takdek klas. Satu jek klas aku arini, and bukannya klas la. Cam biasa, PBL kul 9-11 tadik. So skang nih lepak kat computer lab, sambil cari bahan untuk next PBL session, sambil check email, sambil update. Orang pon tak ramai nak guna, so aku bleh la update blog ngan sesuka hati walaupon perutku dah nyanyi2 suh diisi. Huhu.

Kul 9-10 tadik, 1st half of the PBL session. Aku jadik chairperson. And for the 1st time la aku rasa, aku cakap agak banyak arini. Hoho. Maybe sebab dah tukar group kot? Ke sebab tutor yang best? Ke sebab groupmate yang best dan sangat meriah? Ntah, and aku harap aku bleh jadik lagik banyak cakap masa discussion lepas nih in-syaAllah.

So apa nak cite? Semalam parents aku call. Lama gak tak dengar citer dari Malaysia. Aku nak call, takdek duit la plak nak beli calling card, umah aku manade fixed line lagi. At least not now la. So kalo nak tau pape pon SMS je la. And parents aku call sebab nak bagitau, orang JPA tepon umah tanya abah aku suh mintak kat aku no akaun aku kat sini. Muahaha!! Gile ah, aku ingatkan borang maklumat akaun dah sampai coz aku hantar lagi awal dari aku hantar kad raya ke rumah. Well, bukan la aku yang masukkan dalam postbox tuh, tapi maknanya dah hantar la. Kad raya pon dah sampai last week, apsal plak surat a.k.a borang tuh tak sampai lagik? Tensen gile nih. Jangan tak masuk duit dah la. Bukannya sebelum nih taknak email tapi bila masuk comp lab jek, leka buat PBL, so terlupa. Alhamdulillah harini tak lupa dah. Duit tuuu..Hehe..

So far hidup aku alhamdulillah sehat jek. Cuma batuk yang tak kebah2. Tensen gak manjang batuk jek. Nak gi farmasi, malas plak. Nak kene duit lagi tuh kalo nak beli cough syrup. Sini manade mende free. Servis kutip sampah pon kene bayar weh! Heh.

Well, about tajuk entry. aku rasa aritu aku gembira terlalu awal la. Irish Broadband tak best gile. Ke sebab aku dok agak sipi2 ngan coverage wave diorang? Ntah la. Tapi yang penting aku ngan seisi rumah dah naik tensen sebab signal selalu dapat jek, tapi bila nak masuk net manjang takdek. Kadang tuh dah dapat masuk tapi tetibe ilang gitu jek. AaAAAAaaA!!! Nak buat camne, mende bayar murah pon. Heh, ade gak cadang nak try servis lain yang lebih reliable. Hmm, duit gak tuh. Huhuh. Tengok la camne, bincang ngan dak2 rumah dulu. Aiseh. Kalo dah ade net, takyah ah nak tepon rumah, voice chat jek ah skang kan. Hehe.

Exam dah dekat. Maybe dalam 2 minggu lebih lagik. And aku still tatau camne bentuk exam diorang nih. Maksud aku bentuk soalan. Nak kene mintak past year papers nih. Study? OK la alhamdulillah buat masa nih okeh lagi. Even though I haven't covered all, in-syaAllah I'll managed. Cuma perlukan semangat dan kekuatan. Everytime bukak buku, 15 minit kemudian, mata jadik berat, tensen tul. Huhu..

Adoih, nih yang malas cari bahan kat internet nih. Banyak betul info sampai tatau nak amik yang mana. Pastu ade yang tak berkaitan plak ngan apa yang aku kene cari. Yang aku nak cari, susah betul nak jumpa. Huhuh. Ini lah cabaran seorang pelajar, kuikui. Tapi orait la, dapat la jugak sket tadi. So aku rasa cam nak blah dah nih. Nak gi solat, then balik rumah study, in-syaAllah. Last resort ialah bukak buku Physiology jek. Tak banyak info pon takpe, asalkan aku pandai la mencelah or tambah2 apa diorang cakap Jumaat nih. In-syaAllah.

Okeh la. Got to go. Lenkali in-syaAllah aku update lagi.

Wassalam...

Saturday, 20 November 2004

Ade nettt!!


Assalamualaikum..

Brr..sejuk sejukkk!!! This morning, it was reported that the temperature had gone as low as -1 degree! No wonder la sejuk beku gile pagi tadi. Housemate aku cakap pagi tadik ade ais2 kecil atas kereta jiran2. Birm, Sheffield, Cambridge dah snowing. Dublin aku rasa 2-3 hari lagi salji la kot? Heh, harapan. Ishhh...aku gigil nih.

Ouh ya!! Semalam adelah hari pertama umah aku dah ade net balik! Yeay, alhamdulillah, pasnih bleh la beremail dan voice chat ngan family di rumah. Eheh. Bila la agaknya tuh ek? And bleh la cari bahan PBL tanpa perlu pegi kolej, kalo nak gi kolej pon, sebab nak print jek la.

Harini terpaksa cycle ke kolej. Sebab siap lambat, PBL kul 11, bahan aku tak print lagi, and kul 1020 tak kuar lagi, so terpaksa la berbasikal. Cepat sket. Tapi terpaksa la bersejuk jugak. Ingatkan semalam jek sejuk sebab hujan, rupenye harini lagi sejuk.

Adoi, takleh berpikir secara tetap la apa nak tulis dalam nih sebab sejuk sangat nih. Tambah plak sakit kepala sebab demam aritu ade lagi sket, huhu. So maka terpaksa stop sini dulu.

Wassalam..

Tuesday, 16 November 2004

Raya..


Assalamualaikum...

Heh...lama betul aku tak update nih, dah 2 minggu la kot? Sori la, masalah yang sama, internet tak masuk rumah lagi sebab modem tak sampai lagi laa. Huhu, bila la nak sampai nih? Tensen jugak menunggu.

Well, sebelum aku merepek lagi jauh, di sini nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Abah dan Mama, adik, Kaknis, Mak, Yan dan semua pakcik² dan makcik², semua sepupu dan sedara mara, semua rakan² yang berada di mana saja di bumi Allah ni, baik di Malaysia, di Russia, di Ukraine, di UK, Australia, New Zealand, Indonesia, dan terutama skali kat Ireland la kan. Mintak maaf banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki kalo ade tersalah dan tersilap. Huhu.

Raya kat sini, cam kat UK, hari Sabtu. Sehari lagi awal dari Malaysia. Bila aku bagitau adik aku, terkejut badak la dia(heh, Azila, aku pinjam ayat ko :P). Tapi malangnya takleh nak reply sms dia sebab kredit abis daa. Huhu. Anyway, takleh lama nih, sebab tengah buat research untuk PBL esok, and tak solat Zohor lagi. Kul 2 kang ade anatomy plak. Harini in-syaAllah akan blaja pasal lower limbs plak.

Erm, basically raya nih, takdek la rasa apa sangat. Memula dulu cuak gak la kot2 laa terasa sayu ke sedih ke apa ke sebab beraya di perantauan nih. Tapi actually takdek rasa apa, serius. !st day raya, solat sunat Aidilfitri kat Malaysian Hall. Jalan kaki jek. Pakai sampin lengkap la. Pastu lepak luar jap, sebab bagi peluang kat parents untuk amik makanan, then baru kitorang masuk. Best gile makan, walaupon tak la sesedap masakan mak kat rumah, but at least, some Malaysian food in a foreign country!

Selesai makan, dok luar and bergamabr la ngan beberapa orang rakan and sorang sepupu. And jugak amik gambar ngan dak² KMYS. Then lepas solat Zohor, continue to rumah Haji Fauzi. Actually I don't really know him, but he usually held 'open-house' during every Eid. So, me and some friends headed to his house by bus. And there were lots of Malaysian. And Haji Fauzi is a really nice person too. So takdek la kekok sangat cakap ngan dia. Lagipon dia tau aku nih budak baru, eheh.

Lepas tuh terus balik rumah sebab dengar cam ade orang nak datang rumah malam tuh. Tunggu punya tunggu, takdek pon. Tanya housemate aku, rupenye tak jadi datang plak. Cheh, kalo aku tau, aku gi beraya jek rumah ntah sapa². Heh. Tapi actually aku dah start tak bape sehat aritu. Pagi tuh dah sakit tekak. So malam tuh start selsema. Tapi ade la orang lain datang. Senior aku masa kat KISAS dulu ngan sorang housemate dia. Layan la jugak walaupon kepala aku dah start pusing, heh.

Esoknye, kul 1 tengah hari, gerak fi Malaysian Embassy. Jamuan raya gak. Sampai rumah dia dalam 230 gitu. Naik bas. Satu bas penuh ngan Malaysians yang lapar². Haha. Makan orait gak la. Ade hajat aku nak tambah lagi, tak nengok orang beratur panjang gile, tak jadi aku. Huhu.

Balik dari rumah duta tuh dalam kul 430 petang and sampai rumah dalam kul 530, so sempat la solat Maghrib kat rumah. Then malam tuh tido awal sebab dah tak larat, fever persisted(betul ke ayat aku nih?)

Esoknye, satu pagi tuh aku tak gi klas. Tido jek lepas breakfast ngan makan ubat. Cadang nak buat PBL sket, skali tak jadi. Tak larat. Bangun dalam kul 1230. Lepas solat Zohor, buat la sket PBL. Then dalam kul 315 gerak kuar rumah. Aku pakai baju melayu la semalam walaupon tak lengkap. Sebab malam tuh nak gi UCD kat Belfield, ade jamuan raya gak. IMAM organised. Orait la. Demam pon dah ok sket. Termia kasih la kat Mama sebab bagi ubat² itu. Hehe. Sebbaik PBL abih dalam 530, so lepas solat Maghrib, sempat la kejar dak² nih nak gi sana. Sampai dalam kul 715 malam. Best jugak program diorang buat. Makanan pon best tapi cam biasa la, tak cukup. Huhu.

So basically tuh je la aktiviti raya aku. In-syaAllah Sabtu nih cousin aku buat open house. Makan lagi, kali nih aku nak makan banyak². Muahaha!. Gambar², kemudian la letak kat fotopages ye? Tak sempat nih.

Okeh la. Sori la sebab entry tak menarik. Selamat Hari Raya lagi skali. Kepada juniors kat KMYS, selamat exam. In-syaAllah korang bleh score. Korang kan rajin² semuanya. Doa banyak², wokeh?

Wassalam...

p/s: Adik, bagitau Mama, kuih raya sangat sedap! Hehe :P

Friday, 5 November 2004

Raya


Assalamualaikum...

Sori, takleh nak tulis banyak2..masa makin suntuk, research tak dapat apa pon lagi nih..kul 11 kng ade PBL..nih la payahnya takdek internet kat rumah nih. Bilaa nak ade internet nih. Dah malas dah nak kene kuar awal semata2 nak gi lab comp jek nih. Huhu.

Okeh, since raya dah dekat, aku letak background music lagu raya. Ingat nak letak lagu "Dari jauh kupohom maaf", skali tak jumpa lagik. Kang ade yang nangis kalo aku letak lagu tuh kang. Tapi in-syaAllah akan diusahakan jugak cari lagu tuh, hehe.. so enjoy la.

Sori, busyyyy!!! Huhuh.

Wassalam..