Tuesday 16 November 2004

Raya..


Assalamualaikum...

Heh...lama betul aku tak update nih, dah 2 minggu la kot? Sori la, masalah yang sama, internet tak masuk rumah lagi sebab modem tak sampai lagi laa. Huhu, bila la nak sampai nih? Tensen jugak menunggu.

Well, sebelum aku merepek lagi jauh, di sini nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Abah dan Mama, adik, Kaknis, Mak, Yan dan semua pakcik² dan makcik², semua sepupu dan sedara mara, semua rakan² yang berada di mana saja di bumi Allah ni, baik di Malaysia, di Russia, di Ukraine, di UK, Australia, New Zealand, Indonesia, dan terutama skali kat Ireland la kan. Mintak maaf banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki kalo ade tersalah dan tersilap. Huhu.

Raya kat sini, cam kat UK, hari Sabtu. Sehari lagi awal dari Malaysia. Bila aku bagitau adik aku, terkejut badak la dia(heh, Azila, aku pinjam ayat ko :P). Tapi malangnya takleh nak reply sms dia sebab kredit abis daa. Huhu. Anyway, takleh lama nih, sebab tengah buat research untuk PBL esok, and tak solat Zohor lagi. Kul 2 kang ade anatomy plak. Harini in-syaAllah akan blaja pasal lower limbs plak.

Erm, basically raya nih, takdek la rasa apa sangat. Memula dulu cuak gak la kot2 laa terasa sayu ke sedih ke apa ke sebab beraya di perantauan nih. Tapi actually takdek rasa apa, serius. !st day raya, solat sunat Aidilfitri kat Malaysian Hall. Jalan kaki jek. Pakai sampin lengkap la. Pastu lepak luar jap, sebab bagi peluang kat parents untuk amik makanan, then baru kitorang masuk. Best gile makan, walaupon tak la sesedap masakan mak kat rumah, but at least, some Malaysian food in a foreign country!

Selesai makan, dok luar and bergamabr la ngan beberapa orang rakan and sorang sepupu. And jugak amik gambar ngan dak² KMYS. Then lepas solat Zohor, continue to rumah Haji Fauzi. Actually I don't really know him, but he usually held 'open-house' during every Eid. So, me and some friends headed to his house by bus. And there were lots of Malaysian. And Haji Fauzi is a really nice person too. So takdek la kekok sangat cakap ngan dia. Lagipon dia tau aku nih budak baru, eheh.

Lepas tuh terus balik rumah sebab dengar cam ade orang nak datang rumah malam tuh. Tunggu punya tunggu, takdek pon. Tanya housemate aku, rupenye tak jadi datang plak. Cheh, kalo aku tau, aku gi beraya jek rumah ntah sapa². Heh. Tapi actually aku dah start tak bape sehat aritu. Pagi tuh dah sakit tekak. So malam tuh start selsema. Tapi ade la orang lain datang. Senior aku masa kat KISAS dulu ngan sorang housemate dia. Layan la jugak walaupon kepala aku dah start pusing, heh.

Esoknye, kul 1 tengah hari, gerak fi Malaysian Embassy. Jamuan raya gak. Sampai rumah dia dalam 230 gitu. Naik bas. Satu bas penuh ngan Malaysians yang lapar². Haha. Makan orait gak la. Ade hajat aku nak tambah lagi, tak nengok orang beratur panjang gile, tak jadi aku. Huhu.

Balik dari rumah duta tuh dalam kul 430 petang and sampai rumah dalam kul 530, so sempat la solat Maghrib kat rumah. Then malam tuh tido awal sebab dah tak larat, fever persisted(betul ke ayat aku nih?)

Esoknye, satu pagi tuh aku tak gi klas. Tido jek lepas breakfast ngan makan ubat. Cadang nak buat PBL sket, skali tak jadi. Tak larat. Bangun dalam kul 1230. Lepas solat Zohor, buat la sket PBL. Then dalam kul 315 gerak kuar rumah. Aku pakai baju melayu la semalam walaupon tak lengkap. Sebab malam tuh nak gi UCD kat Belfield, ade jamuan raya gak. IMAM organised. Orait la. Demam pon dah ok sket. Termia kasih la kat Mama sebab bagi ubat² itu. Hehe. Sebbaik PBL abih dalam 530, so lepas solat Maghrib, sempat la kejar dak² nih nak gi sana. Sampai dalam kul 715 malam. Best jugak program diorang buat. Makanan pon best tapi cam biasa la, tak cukup. Huhu.

So basically tuh je la aktiviti raya aku. In-syaAllah Sabtu nih cousin aku buat open house. Makan lagi, kali nih aku nak makan banyak². Muahaha!. Gambar², kemudian la letak kat fotopages ye? Tak sempat nih.

Okeh la. Sori la sebab entry tak menarik. Selamat Hari Raya lagi skali. Kepada juniors kat KMYS, selamat exam. In-syaAllah korang bleh score. Korang kan rajin² semuanya. Doa banyak², wokeh?

Wassalam...

p/s: Adik, bagitau Mama, kuih raya sangat sedap! Hehe :P

No comments: