Wednesday, 30 March 2005

A trip well-ended alhamdulillah..


Assalamualaikum..

How are you guys doing? Hope all of you are in the greatest of health in-syaAllah. As for me, alhamdulillah I am fine. 20 minutes ago, 3 of my friends from UK, Pojoe of Notts, Bojol of Warwick and Aiman of IC just got into a cab and went to the airport as their flight to London is scheduled to be at 805 am. For the whole week, we had had a very great time together with my other friends, Azmir of Warwick, Si Anip and Zul of Cork, Adilla, Hani and Zawani of Galway, Shila of Dublin, Lion and Yatt of..err..korang kat mana ar? :P We went to a trip around the Ireland, mainly to Dublin, Cork and Galway.

I had been very busy after the Hilary Term exam. Not really doing something really beneficial, but well, just giving myself somethings as a relaxation. By submitting my spotter test answer sheet to the demonstrator at 1030 am, 16th March 2005, the exam ended with a slight relief. Maybe not because of the I-think-the-paper-was-not-very-bad mentality, perhaps only because the exam was over, that's all.

On the 19th, there was an event held by PPIMI(Cuti-cuti Musim Bunga a.k.a CCMB). 1st event called Islam Ceria. An inter-dublin universities(UCD, TCD, DBS and RCSI) quiz about Islam. I was one of the participants representing TCD. We didn't make it through the final though. Then there were workshops; Learn to speak Arabic, bakery, literature and Tajwid. Went for the Arabic, bakery and the Tajwid workshops. LAter that evening was a play by the RCSI students entitled "Mencari Jalan Pulang". Was a very great play. Went home at about 9 something pm.

Next day was paintball day!! 1st timer nii!! Best gile main paintball. But I felt really bad because most of my friends had injuries all over their bodies due to the speeding pellets hit them while I had no injuries at all except for some scratches. What really made me sad was that I just realised that I still don't have the spirit of fighting for the team's goal. I'd rather save myself and my bullets rather than 'charge and die'. Can I defend my faith and my religion, when I can't even dare to let myself being hit by the paint pellets? Hmm..

On Monday and Tuesday, went to the ETOC a.k.a End The Occupation Conference organised by FOSIS and Islamic Human Right Commision. I was one of the delegates. Cheh, bunyi gempak jek, padahal gi dengar jek. Eheh :P There were Masooud Shadjareh, Carlo Nero, Imam Mohammad al-Asi, even Yvonne Ridley who was captured by the Taliban during the occupation of US upon Afghanistan.

Later that Tuesday, went straight to the airport to pick up Azmir, Aiman, Pojoe and Bojol. Their flight was delayed so I expected to see them at about 1030 pm. Reached the airport at 950 pm, I sat under the escalator where it was quite dim-lighted and less people sitting on the bench there. Fell asleep. Heh. Realised someone was approaching, opened my eyes and saw Aiman and Pojoe in front of me. Luckily they found me or all of us will spend the rest of the night at the airport. Hehe. Took a van cab back to 39, Mount Drummond Square.

Next day, went to Powerscourt's House and Waterfall. Both are in County Wicklow. We went there with some of the girls. One hour travel by bus to Powerscourt's House and at 2 pm, we walked all the way to the waterfall which is about at least 5 km from the House. Yes, we walked! 1 and a half hour later we got there. Alhamdulillah our hard efforts were really paid off. Tempat tuh, subhanallah cantik betol!! Hilang semua penat2. Solat Asar kat situ, sangat la terasa kebesaran Allah. Terasa kekerdilan dan kelemahan diri nih. Moga keinsafan terus hadir dalam diri dan hati nih in-syaAllah. Balik naik bas la kan. Then singgah rumah our seniors. MAkannn!!! Balik umah semua terbongkang, letih woo!!

Khamis, packing up. Cork here we come!! Pagi tuh kuar ngan Azmir gi beli tiket bas. Cadang nak breakfast ngan sorang lagi member dak Dublin, tapi dia pon bangun lewat daa. Maka aku bawak la Azmir masuk TCD, tengok2, amik gambar, jalan2 city. Jumpa kawan Azmir. Then balik umah sampai dalam kul 10 lebih. Cepat2 kemas, then kul 1 amik bas gi Busaras. Naik kul 2 and sampai Cork kul 7 lebih. Si Anip ngan Zul dah tunggu.

Jumaat. Gi jalan2 city then solat Jumaat. Lepas solat, gerak gi Blarney Castle. Amik bas kul 4. Sampai dalam kul 430 pm. Orait la tempat tuh. Tengok la gambar kalo tak caye. Balik kul 6. Sampai umah, solat then semua terbongkang lagi.

Sabtu. Kuar agak awal sebab nak gi Fota. Fota nih nama tempat. Kat situ ade Wildlife Park. Kire ala2 zoo la. Sangat best. Sebbaik tak terpengaruh ngan kata2 beberapa orang member yang kata tempat tuh bosan. Best jek. Apa la korang. Kul 1 lebih gerak balik sebab nak gi Galway plak. Nak kejar bas kul 325 petang. Alhamdulillah sempat. Sampai Galway dalam kul 6 lebih. Adilla ngan Hani amik and gi makan kat umah diorang. Then amik cab gi umah Zawani.

Ahad. Kuar awal pagi jugak. Sebab nak gi Cliff of Moher. Travel using one of the travel agent. Cliff sangat la cantik. Subhanallah, skali lagi sangat terasa kekuasaan Allah dan kerdilnya diri nih. Kat sini tak bape banyak bergambar sebab tak bape sehat satu hari. Flu attack plak dah. Memang hilang mood sket. Tapi takpe, in-syaAllah menjadi kafarah dosa...Malam tuh pegi umah Dilla lagi, makan lasagna. Sementara diorang buat tuh, dak2 nih main ape ntah. Aku tido je la, tak sehat kan. Balik jalan kaki ke rumah Zawani.

Isnin. Pegi ke Salthill. Tempat tuh ialah tepi pantai sebenarnye. So sangat la indahnya. Alhamdulillah haritu pon sangat cerah. Cam biase, aku amik gamba scenery bebanyak, sampai abih memory capacity kamera aku. Huhu. Dalam 230 petang tuh jalan balik. Siap2 nak balik Dublin. Cadangnya nak amik bas kul 530, tapi aku telah menyusahkan semua orang sebab aku leka main game. So terlepas bas kul 530 and terpaksa tunggu bas kul 630. Sori korang!! Huhu..perjalanan amik masa dalam 4 jam. Sampai umah 10 lebih.

Selasa. Jalan2 Dublin. Bawak diorang nih gi city and jumpa kawan Bojol and Pojoe; Ja ngan Ely. Petang tuh gi makan. Then malam tuh gi makan lagi kat umah Lan Helmy. Wahaha!! Sesat tak jumpe umah dia. Tak penah pegi la katakan.

Skang nih kat umah aku ade Si Anip, Nik ngan Ngocop. Hmm..at least tak la sunyi sangat. Tapi maybe Khamis nih Ngocop nak balik Newcastle dah. Kembali la rumah nih kepada keadaan asal. Dengar kata dak2 UK ramai betol gi Paris cuti Easter nih. Huhu. Enjoy la korang. Jangan lupe diri dah la ye?

Ucapan terima kasih dan jazakumullahu khairan kathira kepada semua2 yang telah memberi layanan yang sangat superb kepada kami2 ini(Zul, Si Anip, Zawani, Dilla, Hani dan lain2) sebab kalo tak, sure trip nih sangat la tak bestnye. Yang bestnye trip nih sebenarnye ialah kite dapat sama2 kumpul balik and jumpe and buat aktiviti same2. Moga lenkali dapat gi trip gini lagi. Maybe tempat lain la plak kot? In-syaAllah.

Ok aku rasa takat nih je la kot. Panjang sangat kang tak larat korang nak baca kang. Segala salah dan silap tuh adalah di atas kelemahan diri aku, mohon maaf dan ampun kepada korang2 yang datang dari UK, and yang terlibat ngan trip ni kalo ade aku terkasor bahase ke, ter'menyusah'kan korang ke. Maaf sangat2..Moga tautan ukhuwah nih makin kukuh and terikat dengan nama Allah in-syaAllah.

Wallahu a'lam

Wassalam.

Friday, 18 March 2005

Update la sket..


Assalamualaikum..

How are you guys doing? Hope korang sehat walafiat and sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah and moga kita sentiasa mendapat petunjuk dah hidayahNya in-syaAllah.

Ergh..still cannot come out with anything to write...

Gonna tell some of the things that occured for the past few days. Selasa ngan Rabu lepas exam. Exam ari Rabu alhamdulillah aku rasa ok la kot, tak la pressure cam exam ari Selasa tu, kire ok la in-syaAllah. Tawakkal je la skang nih kan. Semalam St Patrick's Day. Aku pon tatau apa significant ari tuh untuk orang2 kat Ireland nih. Perlu ke untuk tau? Tak kot...aku dengar ade parade malam semalam. And arini masa aku gi Grafton Street lepas solat Jumaat, tetibe ade satu band datang kat situ buat performance. Pakaian ala2 boy scout, tapi takkan la kot, ntah ah..

Harini alhamdulillah cuaca sangat la baik. Matahari menampakkan cahaya. Angin bertiup gak tapi tak sesejuk winter dulu. And aku dah bleh pakai t-shirt short sleeve jek dalam umah(perlu diingatkan, rumah aku sangat sejuk ok..hehe :P). Tapi masa kuar tadik agak pening2 lalat. Orang2 Irish nih semakin galak plak smoke kat luar..aku jalan jek sure kene tempuh asap rokok diorang nih. Tuh yang buat aku pening kot. Ataupon mungkin sebab perubahan cuaca?(Aku gi pakai cap hitam aku tuh, sapa suruh, padan la pening, huhu). Went to the college this morning to pick up the result transcript for last winter's exam. JPA mintak la kan. Skali tanya akak yang keje kat situ, katanya, kene blaja kat situ, complete at least a year baru diorang bleh kuarkan transcript. Ah sudah, kene bagitau JPA cepat nih..

Esok, sempena event "Cuti cuti musim bunga"(CCMB), ade buat kuiz agama a.k.a Islam Ceria(maybe ala2 Family Ceria la menurut kata kawan aku). Kat exam hall RCSI kul 930 pagi. In-syaAllah aku akan jadik salah sorang wakil TCD. Huhu. Kuiz agama..ntah. Pengetahuan agama aku, tak la sedalam mana. Takpe, masuk jugak, bleh test sejauh mana aku tau mengenai Islam, cara hidup yang memang takdek cara hidup yang lebih sempurna lagi selainnya. More details about the quiz will be posted in the next entry, probably tomorrow in-syaAllah.

Cuti ni patutnye kene mula study untuk Trinity Term a.k.a final term sebab final term nih adelah sangat singkat, ade la dalam sebulan lebih jek then final exam. Padahal yang nak kene cover adelah segala2 yang dah blaja selama setahun nih. Pergh!! Moga urusanku dimudahkan oleh Allah, amiin..Tapi memandangkan baru jek lepas exam, sila la bagi peluang untuk berehat2 masa cuti nih. Next week in-syaAllah some of my friends from UK will be coming. We planned to go on a trip across Ireland(Dublin-Cork-Galway-Dublin) during the whole week and will be coming back to Dublin in-syaAllah by the 28th or 29th of March. Hope everything will turn out as planned in-syaAllah.

Erm, macam2 mende dah berlaku sejak kite masuk tahun 2005 nih. Tsunami, gempa bumi, kemarau kat Malaysia, PM Lebanon kene bunuh, Israel nak berundur(yeah rite), Aminah Wadud dan solat Jumaat campor laki pompuan tambah lagi ngan dia nak bagi khutbah dia, perang, penyakit, kes bunuh, kes ragut, kes tikam, kes orang yang tak sedar diri hanyalah hamba Allah, yang akan bertemu denganNya suatu hari nanti yang mana hari tu dah tak jauh, tak lama. Kalo ditengok balik segala peristiwa nih, rasa2nya cam tanda2 kiamat je kan? Betol tak? Tanda2 yang makin jelas..sila nampak skarang. Meh la sama2 kite taubat cepat2. Takut sangat ni..

Oh ye. Nampak cam sebilangan orang jugak yang suke ngan lagu yang aku letak kat blog nih. Yeah, the point that the nasyid is trying to convey, IMHO, is about reminding those around us. Reminding about our true purpose and reason of being humans. Of being here. Reminding us what we should or should not do according to what Allah has told us in Al-Quran and what our beloved Rasulullah s.a.w had taught us in his Sunnah.

"Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang2 yang beriman"-Surah Adz-Dzariyat ayat 55

"And I(Allah) created not the jinn and mankind except that they should worship Me(alone)"-Surah Adz-Dzariyat ayat 56

Kita memang sentiasa perlukan peringatan. Kerana kita, manusia nih, adelah makhluk yang pelupa. Senang betul lupa. Sebab tuh la kita dinamakan manusia. Dikatakan(aku tak ingat hadis ke, sapa2 ingat, tolong bagitau eh?) bahawa kalo hati nih tak terima peringatan atau tazkirah selama 3 hari, maka hati tuh akan jadi keras. Hati, bila dah keras, maka susah la nak terima peringatan, susah la nak menangis bile terkenangkan dosa, susah la nak sedar diri tengah buat dosa. Allah ade berfirman dalam Al-Quran(tak ingat surah dan ayat mana, tolong bagitau kalo ade sapa2 yang tau, bleh?), bahawa hati manusia nih bleh jadik lagi keras dari batu. Kenapa? Batu, walaupon keras, tapi akan terbelah juga sehingga air bleh mengalir di celah2nya, kerana takutnya batu tuh kepada Allah. Tapi hati manusia, kalo dah keras lantaran dosa yang sangat banyak bertompok2, adalah amat payah untuk dilembutkan melainkan kalo Allah nak bagi hidayah petunjuk kepada orang yang berkenaan. Marilah sama2 berdoa moga kita sentiasa mendapat cahaya petunjuk dan hidayah Allah sepanjang masa. Amiin..

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

-Mata Hati by Hijjaz

Err..maaf la kalo dah buang masa korang bace entry yang tak seberapa nih. Takdek flow sebab kebelakangan nih idea nak menulis memang takdek. Kering. In-syaAllah pasni akan cube post entry yang lebih bagi manfaat kepada diri sendrik dan jugak kat semua yang datang blog nih.

Sampai sini jela dulu kot. Nak turun makan, lapar gile nih. Eheh :P

Wallahu a'lam

Wassalam

Thursday, 17 March 2005

Site bermanfaat...especially for sisters..


Assalamualaikum...

Takdek apa nak tulis sebab takdek mood..nak cadangkan korang semua, sile la tengok2 site nih, and bace sampai abih, and amik iktibar in-syaAllah..

http://www.amrkhaled.net/articles/articles498.html

Wallahu a'lam..

Wassalam..:)

Tuesday, 15 March 2005

Update masa exam..eheh


Assalamualaikum..

Agak lama jugak aku tak update. Cam cakap dulu, taknak update sampai abih exam, and ade gak cadang taknak online kat YM or MSN. Hehe, the latter was really hard to resist. Tapi berjaya dikurangkan aktivitinye la..or did I? :P

Tapi arini terasa nak update jugak. Erm, tadi dah mula la exam. Bukan final. Bleh la kata midterm. 2 hari. Integrated physio ngan anat. Kire gabung paper la. Tadi MCQ ngan short answer questions. Esok plak ade spot test..huhu..tadi ok la kot in-syaAllah, serah kepada Allah je la skang. Kene tumpu kat esok plak, tapi rest la kejap..

Tazkirah sket in-syaAllah..

Laa ilaha illallah. Setiap muslim pasti tau kalimah nih. Memang kene tau kerana kalimah ini ialah pengakuan penyerahan diri kita kepada Allah s.w.t. Tanpa pengakuan nih, yang diikuti ngan pengakuan bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah Rasul dan Utusan Allah s.w.t, maka tidaklah seseorang itu dikatakan seorang muslim.

Tiada Tuhan melainkan Allah. Atau lebih tepat lagi maksudnya Tiada Ilah melainkan Allah. Kalimah nih merupakan anak kunci pintu syurga. Sesiapa yang berpegang ngan kalimah nih, in-syaAllah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. Namun, tak cukup dengan hanya melafazkannya sahaja. Kalau setakat lafaz, yang bukan Islam pon bleh melafazkannya. Kene faham dan amalkan apa yang terkandung di sebalik makna kalimah tayyibah ini.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Jathiyah ayat 23 yang bermaksud,"Dan pernahkah kamu melihat (orang) yang mengambil hawa nafsunya sebagai Ilahnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya, dan mengadakan tabir atas pandangannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk selepas Allah(membiarkannya sesat)? Mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran?"

So, apa yang dimaksudkan dengan Ilah itu? Maksud Ilah boleh la dibahagikan kepada 6 bahagian.

1)Yang bermaksud dengan pengertian yang lazim, iaitu Ilah bermaksud Tuhan.
"Allah telah menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Dia, dan begitu juga para malaikat dan orang2 yang berilmu, dan Dia sentiasa mengekalkan keadilan dalam penciptaanNya. Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"-Surah Ali 'Imran ayat 18.

"It is He Who is the only Ilah in the heaven and the only Ilah on the earth. And He is the All-Wise, the All-Knower"-Surah az-Zukhruf ayat 84.

Dalam kedua2 contoh ayat menyatakan maksud perkataan Ilah sebagai Tuhan. Dan hanya Allah sahaja Tuhan untuk sekelian alam.

2)Matlamat pengabdian
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu"-Surah Adz-Dzariyat ayat 56

"Katakanlah(wahai Muhammad),'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam"-Surah al-An'aam ayat 162.

"They (Jews and Christians) took their rabbis and their monks to be their lords besides Allah and (they also took as their lord) al-Masih, son of Maryam, while they were commanded(in the Taurat and Injil) to worship none but One Ilah(Allah), none has the right to be worshipped but He. Praise and glory is to Him,(far above is He) from having the partners they associate (with Him)"-Surah at-Taubah ayat 31

3)Ilah sebagai tempat perlindungan.
"(He alone is) the Lord of the east and the west, none has the right to be worshipped but He. So take Him Alone as Wakil(Disposer of your affairs)"-Surah al-Muzzammil ayat 9.

"Katakanlah (wahai Muhammad),'Adakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak berkuasa memberi mudarat atau manfaat kepada kamu? Dan Allah, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"-Surah al-Ma'idah ayat 76

4)Ilah sebagai tumpuan kecintaan
"Say:'If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your kindred, the wealth that you have gained, the commerce in which you fear a decline and the dwellings in which you delight are dearer to you than Allah and His Messenger, and striving hard and fighting in His Cause, then wait until Allah brings about His Decision(torment), And Allah guides not the people who are al-Fasiquun'"-Surah at-Taubah ayat 24.

"And of mankind are some who take (for worship) others besides Allah as rivals (to Allah). They love them as they love Allah. But those who believe, love Allah more (than anything else). If only, those who do wrong could see, when they will see the torment, that all power belongs to Allah and that Allah is Severe in punishment"-Surah al-Baqarah ayat 165.

5)Ilah sebagai pemberi rezeki
"They are the ones who say:' Spend not on those who are with Allah's Messenger, until they desert him.' And to Allah belong the treasures of the heavens and the earth, but the hypocrites comprehend not"-Surah al-Munaafiquun ayat 7

6)Ilah sebagai sumber perundangan
"Verily, We did send down the Taurat(to Musa), therein was guidance and light, by which the Prophets, who submitted themselves to Allah's Will, judged for the Jews. And the rabbis and the priests (too judged for the Jews by the Taurat after those Prophets), for to them was entrusted the protection of Allah's Book, and they were witnesses thereto. Therefore fear not men but fear Me and sell not My Verses for a miserable price. And whosoever does not judge by what Allah has revealed, such are the Kafiruun(disbelievers-of a lesser degree as they do not act on Allah's Laws)"-Surah al-Ma'idah ayat 44.

So berbalik kepada ayat 23 surah al-Jathiyah tadi, orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai Ilah, bermaksud dia telah mengambil hawa nafsunya bukan sahaja sebagai tuhannya, malah juga sebagai matlamat pengabdiannya, tempat perlindungannya, tumpuan kecintaannya, pemberi rezekinya dan juga sebagai cara menetapkan sumber perundangannya. Segala apa yang dilakukannya, adelah berdasarkan pandangan hawa nafsunya, bermatlamatkan kepada keinginan dan kepuasan hawa nafsunya.

Sebagai seorang yang mengaku dan benar2 muslim, apabila melafazkan "La ilaha illallah" bermakna dia bukan sahaja mengakui dan mengambil Allah sebagai Tuhannya, malah dia juga meletakkan Allah sebagai matlamat dan tumpuan pengabdiannya, hanya Allah yang layak disembah dan menjadikan seluruh urusan kehidupannya dalam ubudiyyah kepada Allah. Juga meletakkan perlindungan secara mutlak datangnya hanya dari Allah dan tahu bahawa perlindungan yang diberikan oleh makhluk adalah bersifat sementara. Lalu hilang rasa gentar dari dalam hatinya terhadap makhluk. Dia juga perlu meyakini dan meletakkan Allah sebagai tumpuan kecintaannya.

Narrated by Anas: The Prophet said, "Whoever possesses the following three qualities will have the sweetness (delight) of faith: 1. The one to whom Allah and His Apostle becomes dearer than anything else. 2. Who loves a person and he loves him only for Allah's sake. 3. Who hates to revert to Atheism (disbelief) as he hates to be thrown into the fire."

Juga perlu meyakini melalui perkataan Ilah itu bahawa Allah sahaja yang memberi rezeki, makhluk hanya sebagai penyampai atau pembawa dan bukannya sumber yang boleh menambah atau mengurangkannya walau sebesar zarah. Dan akhir skali, meyakini bahawa Allah adelah zat yang kepadaNya kita rujuk untuk dapatkan ketentuan dan hukum.

Oleh itu sebagai kesimpulan, apabila kita melafazkan kalimah "La ilaha illallah", kene la sedar yang kita bukan sekadar melafazkan "Tiada Tuhan melainkan Allah" tapi juga "Tiada tumpuan pengabdian dan kecintaan, tiada tempat perlindungan, tiada pemberi rezeki dan tiada sumber perundangan melainkan Allah". Dengan kesedaran itu, in-syaAllah kita akan dapat lebih menghayati apa yang kita lafazkan dan dapat diamalkan supaya dengan amalan yang sepatutnya, barulah dapat kita jadikan kalimah itu sebagai anak kunci kepada pintu syurga. Bila dah ade anak kunci, in-syaAllah dapat la masuk ke dalam syurga yang penuh nikmat dan kekal di dalamnya selama2nya.

"Nikmatnya kalimah zikir,nikmatnya kalimah La ilaha illallah,bagaikan nikmatnya meminum air sejuk di kala hari panas mencengkam"-Sufyan ath-Thauri.

"La ilaha illallah adalah bentengKu, barangsiapa yang masuk ke dalam bentengKu, dia akan terselamat dari azabKu"-sabda Rasulullah s.a.w dalam satu hadis Qudsi.

Err..rasanya setakat tuh je kot yang aku bleh bagi. Moga2 apa yang aku sampaikan nih, bleh la sama2 amalkan. Lebih2 lagi bagi aku yang menyampaikan dan melekatkan kat entry blog aku nih lagi ah kene amalkan. In-syaAllah akan diamalkan dalam kehidupan seharian. Moga terhindar dari sifat poyo, cakap lebih tapi tak amalkan. Kerana sangat besar kemurkaan dan dosa di sisi Allah bagi orang2 yang cakap tapi tak buat. Moga terhindar la aku and kita semua dari sifat2 tuh. Amiin. Mohon keampunan dari Allah atas segala salah kata dan perkataan..

Ok. Off to my anatomy book again!! Doakan aku ye?

Wallahu a'lam

Wassalam..

Tuesday, 1 March 2005

Pehal..


Assalamualaikum..

In the comp lab a.k.a Laser Hut a.k.a kabin skang. Check² email jap. Patutnye ade lecture physio la kul 10 tadi. Kuar rumah kul 920 pagi, punya la aku rushing gile. Jalan tak ingat punya laju. Kat Grafton Street selisih ngan 2 orang dak klas aku. Omputeh la. Nampak dari jauh jek. Plek gak, diorang ni tak gi klas ke? Tak kesah ah tuh.

Sampai depan lecture hall. Tak sedap ati, sebab tak nampak dak² lain. Aku nih dah lambat ke? Baru kul 955. Skali masuk, takdek orang langsung. Tetibe kat blackboard depan kata klas kensel. Erghhh!!! Penat nihhh!!

Tak ngape la. Kalo aku takdek klas lagi dah arini memang aku balik ngan penatnya. Tapi ade practical physio petang maka kene la stay sini. Ish. Study ah in-syaAllah.

Ouh ye. Takkan update dah pasnih. I mean dalam masa 2-3 minggu nih sebab exam lagi 2 minggu. 15 and 16/3. So nak study ngan gigih in-syaAllah. Maybe tak online kat YM or MSN juga. Check² email tuh maybe ade la kot. Sebab nanti sure nak kene cari mende PBL lagi kan. Tengok ah camne..

Ok..study study!

Wassalam..