Tuesday 15 March 2005

Update masa exam..eheh


Assalamualaikum..

Agak lama jugak aku tak update. Cam cakap dulu, taknak update sampai abih exam, and ade gak cadang taknak online kat YM or MSN. Hehe, the latter was really hard to resist. Tapi berjaya dikurangkan aktivitinye la..or did I? :P

Tapi arini terasa nak update jugak. Erm, tadi dah mula la exam. Bukan final. Bleh la kata midterm. 2 hari. Integrated physio ngan anat. Kire gabung paper la. Tadi MCQ ngan short answer questions. Esok plak ade spot test..huhu..tadi ok la kot in-syaAllah, serah kepada Allah je la skang. Kene tumpu kat esok plak, tapi rest la kejap..

Tazkirah sket in-syaAllah..

Laa ilaha illallah. Setiap muslim pasti tau kalimah nih. Memang kene tau kerana kalimah ini ialah pengakuan penyerahan diri kita kepada Allah s.w.t. Tanpa pengakuan nih, yang diikuti ngan pengakuan bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah Rasul dan Utusan Allah s.w.t, maka tidaklah seseorang itu dikatakan seorang muslim.

Tiada Tuhan melainkan Allah. Atau lebih tepat lagi maksudnya Tiada Ilah melainkan Allah. Kalimah nih merupakan anak kunci pintu syurga. Sesiapa yang berpegang ngan kalimah nih, in-syaAllah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. Namun, tak cukup dengan hanya melafazkannya sahaja. Kalau setakat lafaz, yang bukan Islam pon bleh melafazkannya. Kene faham dan amalkan apa yang terkandung di sebalik makna kalimah tayyibah ini.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Jathiyah ayat 23 yang bermaksud,"Dan pernahkah kamu melihat (orang) yang mengambil hawa nafsunya sebagai Ilahnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya, dan mengadakan tabir atas pandangannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk selepas Allah(membiarkannya sesat)? Mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran?"

So, apa yang dimaksudkan dengan Ilah itu? Maksud Ilah boleh la dibahagikan kepada 6 bahagian.

1)Yang bermaksud dengan pengertian yang lazim, iaitu Ilah bermaksud Tuhan.
"Allah telah menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Dia, dan begitu juga para malaikat dan orang2 yang berilmu, dan Dia sentiasa mengekalkan keadilan dalam penciptaanNya. Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"-Surah Ali 'Imran ayat 18.

"It is He Who is the only Ilah in the heaven and the only Ilah on the earth. And He is the All-Wise, the All-Knower"-Surah az-Zukhruf ayat 84.

Dalam kedua2 contoh ayat menyatakan maksud perkataan Ilah sebagai Tuhan. Dan hanya Allah sahaja Tuhan untuk sekelian alam.

2)Matlamat pengabdian
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu"-Surah Adz-Dzariyat ayat 56

"Katakanlah(wahai Muhammad),'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam"-Surah al-An'aam ayat 162.

"They (Jews and Christians) took their rabbis and their monks to be their lords besides Allah and (they also took as their lord) al-Masih, son of Maryam, while they were commanded(in the Taurat and Injil) to worship none but One Ilah(Allah), none has the right to be worshipped but He. Praise and glory is to Him,(far above is He) from having the partners they associate (with Him)"-Surah at-Taubah ayat 31

3)Ilah sebagai tempat perlindungan.
"(He alone is) the Lord of the east and the west, none has the right to be worshipped but He. So take Him Alone as Wakil(Disposer of your affairs)"-Surah al-Muzzammil ayat 9.

"Katakanlah (wahai Muhammad),'Adakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak berkuasa memberi mudarat atau manfaat kepada kamu? Dan Allah, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"-Surah al-Ma'idah ayat 76

4)Ilah sebagai tumpuan kecintaan
"Say:'If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your kindred, the wealth that you have gained, the commerce in which you fear a decline and the dwellings in which you delight are dearer to you than Allah and His Messenger, and striving hard and fighting in His Cause, then wait until Allah brings about His Decision(torment), And Allah guides not the people who are al-Fasiquun'"-Surah at-Taubah ayat 24.

"And of mankind are some who take (for worship) others besides Allah as rivals (to Allah). They love them as they love Allah. But those who believe, love Allah more (than anything else). If only, those who do wrong could see, when they will see the torment, that all power belongs to Allah and that Allah is Severe in punishment"-Surah al-Baqarah ayat 165.

5)Ilah sebagai pemberi rezeki
"They are the ones who say:' Spend not on those who are with Allah's Messenger, until they desert him.' And to Allah belong the treasures of the heavens and the earth, but the hypocrites comprehend not"-Surah al-Munaafiquun ayat 7

6)Ilah sebagai sumber perundangan
"Verily, We did send down the Taurat(to Musa), therein was guidance and light, by which the Prophets, who submitted themselves to Allah's Will, judged for the Jews. And the rabbis and the priests (too judged for the Jews by the Taurat after those Prophets), for to them was entrusted the protection of Allah's Book, and they were witnesses thereto. Therefore fear not men but fear Me and sell not My Verses for a miserable price. And whosoever does not judge by what Allah has revealed, such are the Kafiruun(disbelievers-of a lesser degree as they do not act on Allah's Laws)"-Surah al-Ma'idah ayat 44.

So berbalik kepada ayat 23 surah al-Jathiyah tadi, orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai Ilah, bermaksud dia telah mengambil hawa nafsunya bukan sahaja sebagai tuhannya, malah juga sebagai matlamat pengabdiannya, tempat perlindungannya, tumpuan kecintaannya, pemberi rezekinya dan juga sebagai cara menetapkan sumber perundangannya. Segala apa yang dilakukannya, adelah berdasarkan pandangan hawa nafsunya, bermatlamatkan kepada keinginan dan kepuasan hawa nafsunya.

Sebagai seorang yang mengaku dan benar2 muslim, apabila melafazkan "La ilaha illallah" bermakna dia bukan sahaja mengakui dan mengambil Allah sebagai Tuhannya, malah dia juga meletakkan Allah sebagai matlamat dan tumpuan pengabdiannya, hanya Allah yang layak disembah dan menjadikan seluruh urusan kehidupannya dalam ubudiyyah kepada Allah. Juga meletakkan perlindungan secara mutlak datangnya hanya dari Allah dan tahu bahawa perlindungan yang diberikan oleh makhluk adalah bersifat sementara. Lalu hilang rasa gentar dari dalam hatinya terhadap makhluk. Dia juga perlu meyakini dan meletakkan Allah sebagai tumpuan kecintaannya.

Narrated by Anas: The Prophet said, "Whoever possesses the following three qualities will have the sweetness (delight) of faith: 1. The one to whom Allah and His Apostle becomes dearer than anything else. 2. Who loves a person and he loves him only for Allah's sake. 3. Who hates to revert to Atheism (disbelief) as he hates to be thrown into the fire."

Juga perlu meyakini melalui perkataan Ilah itu bahawa Allah sahaja yang memberi rezeki, makhluk hanya sebagai penyampai atau pembawa dan bukannya sumber yang boleh menambah atau mengurangkannya walau sebesar zarah. Dan akhir skali, meyakini bahawa Allah adelah zat yang kepadaNya kita rujuk untuk dapatkan ketentuan dan hukum.

Oleh itu sebagai kesimpulan, apabila kita melafazkan kalimah "La ilaha illallah", kene la sedar yang kita bukan sekadar melafazkan "Tiada Tuhan melainkan Allah" tapi juga "Tiada tumpuan pengabdian dan kecintaan, tiada tempat perlindungan, tiada pemberi rezeki dan tiada sumber perundangan melainkan Allah". Dengan kesedaran itu, in-syaAllah kita akan dapat lebih menghayati apa yang kita lafazkan dan dapat diamalkan supaya dengan amalan yang sepatutnya, barulah dapat kita jadikan kalimah itu sebagai anak kunci kepada pintu syurga. Bila dah ade anak kunci, in-syaAllah dapat la masuk ke dalam syurga yang penuh nikmat dan kekal di dalamnya selama2nya.

"Nikmatnya kalimah zikir,nikmatnya kalimah La ilaha illallah,bagaikan nikmatnya meminum air sejuk di kala hari panas mencengkam"-Sufyan ath-Thauri.

"La ilaha illallah adalah bentengKu, barangsiapa yang masuk ke dalam bentengKu, dia akan terselamat dari azabKu"-sabda Rasulullah s.a.w dalam satu hadis Qudsi.

Err..rasanya setakat tuh je kot yang aku bleh bagi. Moga2 apa yang aku sampaikan nih, bleh la sama2 amalkan. Lebih2 lagi bagi aku yang menyampaikan dan melekatkan kat entry blog aku nih lagi ah kene amalkan. In-syaAllah akan diamalkan dalam kehidupan seharian. Moga terhindar dari sifat poyo, cakap lebih tapi tak amalkan. Kerana sangat besar kemurkaan dan dosa di sisi Allah bagi orang2 yang cakap tapi tak buat. Moga terhindar la aku and kita semua dari sifat2 tuh. Amiin. Mohon keampunan dari Allah atas segala salah kata dan perkataan..

Ok. Off to my anatomy book again!! Doakan aku ye?

Wallahu a'lam

Wassalam..

No comments: