Friday 18 March 2005

Update la sket..


Assalamualaikum..

How are you guys doing? Hope korang sehat walafiat and sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah and moga kita sentiasa mendapat petunjuk dah hidayahNya in-syaAllah.

Ergh..still cannot come out with anything to write...

Gonna tell some of the things that occured for the past few days. Selasa ngan Rabu lepas exam. Exam ari Rabu alhamdulillah aku rasa ok la kot, tak la pressure cam exam ari Selasa tu, kire ok la in-syaAllah. Tawakkal je la skang nih kan. Semalam St Patrick's Day. Aku pon tatau apa significant ari tuh untuk orang2 kat Ireland nih. Perlu ke untuk tau? Tak kot...aku dengar ade parade malam semalam. And arini masa aku gi Grafton Street lepas solat Jumaat, tetibe ade satu band datang kat situ buat performance. Pakaian ala2 boy scout, tapi takkan la kot, ntah ah..

Harini alhamdulillah cuaca sangat la baik. Matahari menampakkan cahaya. Angin bertiup gak tapi tak sesejuk winter dulu. And aku dah bleh pakai t-shirt short sleeve jek dalam umah(perlu diingatkan, rumah aku sangat sejuk ok..hehe :P). Tapi masa kuar tadik agak pening2 lalat. Orang2 Irish nih semakin galak plak smoke kat luar..aku jalan jek sure kene tempuh asap rokok diorang nih. Tuh yang buat aku pening kot. Ataupon mungkin sebab perubahan cuaca?(Aku gi pakai cap hitam aku tuh, sapa suruh, padan la pening, huhu). Went to the college this morning to pick up the result transcript for last winter's exam. JPA mintak la kan. Skali tanya akak yang keje kat situ, katanya, kene blaja kat situ, complete at least a year baru diorang bleh kuarkan transcript. Ah sudah, kene bagitau JPA cepat nih..

Esok, sempena event "Cuti cuti musim bunga"(CCMB), ade buat kuiz agama a.k.a Islam Ceria(maybe ala2 Family Ceria la menurut kata kawan aku). Kat exam hall RCSI kul 930 pagi. In-syaAllah aku akan jadik salah sorang wakil TCD. Huhu. Kuiz agama..ntah. Pengetahuan agama aku, tak la sedalam mana. Takpe, masuk jugak, bleh test sejauh mana aku tau mengenai Islam, cara hidup yang memang takdek cara hidup yang lebih sempurna lagi selainnya. More details about the quiz will be posted in the next entry, probably tomorrow in-syaAllah.

Cuti ni patutnye kene mula study untuk Trinity Term a.k.a final term sebab final term nih adelah sangat singkat, ade la dalam sebulan lebih jek then final exam. Padahal yang nak kene cover adelah segala2 yang dah blaja selama setahun nih. Pergh!! Moga urusanku dimudahkan oleh Allah, amiin..Tapi memandangkan baru jek lepas exam, sila la bagi peluang untuk berehat2 masa cuti nih. Next week in-syaAllah some of my friends from UK will be coming. We planned to go on a trip across Ireland(Dublin-Cork-Galway-Dublin) during the whole week and will be coming back to Dublin in-syaAllah by the 28th or 29th of March. Hope everything will turn out as planned in-syaAllah.

Erm, macam2 mende dah berlaku sejak kite masuk tahun 2005 nih. Tsunami, gempa bumi, kemarau kat Malaysia, PM Lebanon kene bunuh, Israel nak berundur(yeah rite), Aminah Wadud dan solat Jumaat campor laki pompuan tambah lagi ngan dia nak bagi khutbah dia, perang, penyakit, kes bunuh, kes ragut, kes tikam, kes orang yang tak sedar diri hanyalah hamba Allah, yang akan bertemu denganNya suatu hari nanti yang mana hari tu dah tak jauh, tak lama. Kalo ditengok balik segala peristiwa nih, rasa2nya cam tanda2 kiamat je kan? Betol tak? Tanda2 yang makin jelas..sila nampak skarang. Meh la sama2 kite taubat cepat2. Takut sangat ni..

Oh ye. Nampak cam sebilangan orang jugak yang suke ngan lagu yang aku letak kat blog nih. Yeah, the point that the nasyid is trying to convey, IMHO, is about reminding those around us. Reminding about our true purpose and reason of being humans. Of being here. Reminding us what we should or should not do according to what Allah has told us in Al-Quran and what our beloved Rasulullah s.a.w had taught us in his Sunnah.

"Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang2 yang beriman"-Surah Adz-Dzariyat ayat 55

"And I(Allah) created not the jinn and mankind except that they should worship Me(alone)"-Surah Adz-Dzariyat ayat 56

Kita memang sentiasa perlukan peringatan. Kerana kita, manusia nih, adelah makhluk yang pelupa. Senang betul lupa. Sebab tuh la kita dinamakan manusia. Dikatakan(aku tak ingat hadis ke, sapa2 ingat, tolong bagitau eh?) bahawa kalo hati nih tak terima peringatan atau tazkirah selama 3 hari, maka hati tuh akan jadi keras. Hati, bila dah keras, maka susah la nak terima peringatan, susah la nak menangis bile terkenangkan dosa, susah la nak sedar diri tengah buat dosa. Allah ade berfirman dalam Al-Quran(tak ingat surah dan ayat mana, tolong bagitau kalo ade sapa2 yang tau, bleh?), bahawa hati manusia nih bleh jadik lagi keras dari batu. Kenapa? Batu, walaupon keras, tapi akan terbelah juga sehingga air bleh mengalir di celah2nya, kerana takutnya batu tuh kepada Allah. Tapi hati manusia, kalo dah keras lantaran dosa yang sangat banyak bertompok2, adalah amat payah untuk dilembutkan melainkan kalo Allah nak bagi hidayah petunjuk kepada orang yang berkenaan. Marilah sama2 berdoa moga kita sentiasa mendapat cahaya petunjuk dan hidayah Allah sepanjang masa. Amiin..

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

-Mata Hati by Hijjaz

Err..maaf la kalo dah buang masa korang bace entry yang tak seberapa nih. Takdek flow sebab kebelakangan nih idea nak menulis memang takdek. Kering. In-syaAllah pasni akan cube post entry yang lebih bagi manfaat kepada diri sendrik dan jugak kat semua yang datang blog nih.

Sampai sini jela dulu kot. Nak turun makan, lapar gile nih. Eheh :P

Wallahu a'lam

Wassalam

No comments: