Friday 5 September 2008

Sebulan lagi

Kurang dari sebulan je untuk aku balik ke Dublin. Argh! Otak aku memberi mixed messages. Best ke tak best ke. Tak best sebab..well..mana best dok sana lama2, heh. Best sebab dah nak mula tahun 4. Maka belajar mende2 baru. Ye ke best? Ke sama je tak best? Allahu a'lam.

Tapi at least aku dapat puasa 26 hari setengah di Malaysia. Nih la 1st time aku dapat puasa Ramadhan di Malaysia setelah 4 tahun (2004-2007) aku puasa kat Dublin. 4 tahun yang mana aku dok makan Nasi Tandoori Pakcik Usop yang terkenal tuh hampir setiap hari setiap kali berbuka, akhirnya dapat juga makan lauk macam2. Tapi still tak dapat raya kat Malaysia. Takpe ah. Alhamdulillah, heheh.

Oh ye, rasanya bleh lagi kot kalo aku nak mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan kepada semua, in-syaAllah tahun nih kita tambah lagi amalan kita berbanding Ramadhan yang lepas. And rasanye bleh lagi kot aku nak ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebab menang kat Permatang Pauh aritu. So dah dapat masuk Parlimen tuh, keje la bebetol ye. Jangan sebelom dapat, janji sampai berbuih2 mulut, tapi bile dah masuk, takde pape perubahan yang baik pon untuk kami. Wokeh Datuk? And bila dah abih cite Permatang Pauh, maka yang aku sedar kat dalam paper, nampaknya berakhir juga kisah2 memalukan yang tak patutnya didedahkan kepada umum pon. Takde langsung mention pasal mende2 yang before Permatang Pauh, bergegar Malaysia dibuatnya. Abih je by-election, takde langsung paksaan untuk yang dituduh supaya teruskan bersumpah, bermubahalah dan sebagainya. Well..mungkin aku je yang tak perasan kot. Malas nak baca paper, tak larat aku. Hmm..I am not going to delve further into this matter, kang tak pasal2 je kang. I'll let you to do the thinking and speculating, heh.

Ramadhan kali nih banyak perubahannya. Dulu Selangor bawah BN, skang bawah PR. Dulu takleh bagi tazkirah between tarawih, skang dah bleh dah. Kat masjid kat rumah aku, every Isnin, Rabu and Jumaat. So hari2 tu buat 8 jek. And, certain ustaz yang dulu di'ban' daripada bagi kuliah, ceramah, tazkirah, khutbah, jadi imam etc2, dah bleh dijemput kembali untuk bagi kuliah, ceramah, tazkirah, khutbah, jadi imam etc2. Hoho, betapa bestnye Ramadhan kali nih. Banyak pengisian2 bermanfaat kalo nak banding tahun2 lepas. Walaupon bilangan saf masih sama macam dulu setiap kali abih rakaat ke 8, tapi tak kesah aa tuh kan. Kenapa la dulu tak buat camni? Tak suka dengar kuliah ke?

And, ke Pasar Ramadhan untuk kali pertama juga. Memang betul la, kalo gi Pasar Ramadhan, kalo takleh kawal nafsu yang tengah lapar, memang rasa nak beli je semua yang ada jual tuh. Macam2 ade jual.

Hoho, ok ok. Cukup2 la cerita pasal Ramadhan di Malaysia, kang ada plak airmata-airmata yang mengalir. Of course bukan aku, heheh.

On another note, cuti musim panas kali nih memang aku cuti bebetol. No elective, no nothing. Haih, camne la nak masuk skola balik nih, sure dah berkarat skill2 klinikal aku. Hopefully tak hilang terus.

Sedikit excerpt daripada khutbah Jumaat oleh Ustaz Badrul Amin tadi. "Solat adalah tiang agama, dan puasa itu adalah dindingnya". Ikut kata dia tadi, 5-10% je orang yang boleh berpuasa kat Malaysia nih yang menunaikan solat 5 waktu. Yang lain yang lagi 90-95% tuh, tak solat ke? Then camne dinding nak tegak kalo tiang pon takde, tak kukuh, tak sempurna dan sebagainya?

"Sesungguhnya pahala puasa terpulang kepada-Ku dan Akulah yang membalasnya"-Hadith Qudsi.

Ade yang puasa sebab nak kuruskan badan, ade yang sebab nak beribadah dan macam2 niat lagi. Bukanlah nak be judgemental, cuma, kalo ade yang tak niat untuk tambah amal baik, start la niat skang ye. Dan disusuli dengan perbuatan yang sesuai. Riso takde nilai plak puasa kali ni. Nasihat untuk diri sendiri terutamanya. Dan ibadah fardhu yang lain jangan la tinggal. Kang tak lengkap plak Rukun Islam kan.

Wokeh, dah la tuh. Until next time. Moga kita sama2 bleh tambah amal ibadat di bulan Ramadhan kali nih in-syaAllah.

Wassalam

p/s: Bape banyak tulisan italic daa. Menunjukkan betapa rojaknya bahasa aku, tuh blom kira Bahasa Malaysia komunikasi tahap orang awam lagi tuh, heheh :P

pp/s: Ralat: Dalam entry yang lepas, teksi guna NGV, bukan LPG, harap maklum, heh.

1 comment:

Unknown said...

Askm..smoga bersuka-sukaan di Malaysia ni puas2..^_^