Friday 7 January 2005

Bored..


Assalamualaikum...kaifa halukum jami'an? Eceh, cakap arab sket, dah lama tak cakap arab, eheh. Cam la dulu selalu cakap pon..

Well, really, seriously, got nothing to scribble in here this time. Just thought I could, well at least write about one or two things, anything coz I am so dead boring right now. Well, ok, I'm not dead but I am bored. This is the thing I dislike most, don't have anything to do, and feeling bored. Bored is bad, don't you think?

Angin kuat gile malam nih, since lepas maghrib tadi tak berenti2. Kuat gile, seolah2 cam nak ribut. Riso gak bile dengar bunyi angin. Time2 nih teringat kisah yang pernah aku baca satu masa dulu. Rasulullah s.a.w, setiap kali ternampak awan hitam, atau setiap kali angin bertiup kencang gile, baginda akan jadi pucat dan segera masuk ke masjid menunaikan solat sunat. Sahabat semua plek sebab apa Rasulullah s.a.w jadi pucat gitu.

Then Rasulullah s.a.w bagitau la para sahabatnya yang sedang kepelikan itu, mengenai kaum2 yang terdahulu, Allah memusnahkan mereka dengan menurunkan azab seksa berupa angin kencang dan batu2 dari awan hitam yang disangka awan pembawa hujan. So Rasulullah s.a.w masuk ke masjid, solat sunat, berdoa agar Allah tak turunkan azab dengan angin tu.

Erm..kita skang camne? The appropriate question sebenarnye ialah, aku skang camne? Takdek teringat pon nak masuk masjid bile angin kuat gini. Rasa biase lagi ade ah, takdek rasa teringat segala peringatan yang Allah dah bagitau dalam Al-Quran. "Ala, angin jek, takdek apa punya ah". Huhu. Ade gak aku penah dengar la, digalakkan masuk ke masjid kalo time2 angin kuat. Erm, mungkin itu yang terlintas di hati kebanyakan saudara2 kita di Acheh sana. Not necessarily angin kuat, kalo bencana tiba, seek refuge ke masjid. Subhanallah, yang masuk masjid semua selamat.

Erm, kan dah jadi panjang cite. Housemates aku yang 2 orang lagi dah balik. Dah puas melancong agaknye. Aku ingat taknak balik dah, heh.

Isnin. Kelas akan mula balik, cam biasa. Jadual? Aku tak tengok lagi. Well, muka depan booklet jadual tuh ade la tengok aritu. Ade lecture apa Isnin ni? Ntah. Haha. Apsal cam tak bersemangat nak balik ke sekolah? Isk, takleh jadi, semangat semangat!! Erm..mula balik klas, mula balik practical, mula balik nengok muka2 dak2 Irish satu klas, mula balik family visit, mula balik Behavioural Studies(aiseh, kene gi hospital lagi), mula balik PBL..what?! Aiseh, PBL lagi..huhu. Takpe2, sabar, tak lama, 6 bulan je lagi. Tahun depan takdek PBL dah.

Family visit. Hmm, nak rasa apa eh? Tak sabar sebab nak tengok baby yang cute itu ke? Haha, ye la kot. Rasa cam next visit nak bawak kamera ah. Amik gambo ngan baby tuh. Orait gak tu. Rasa2nya mak dia bagi ke ar? Hmm...ntah ah, tanya je la nanti, heh.

Okeh, doakan aku sentiasa kuat melawan nafsu malas dalam diri nih. Amiin. Bukak term baru, nak study bebetol, taknak memain. Nak score, so that bleh balik Malaysia dengan rasa puas hati, in-syaALlah.

Wassalam..

p/s: Oh ya, selamat hari lahir ke-20 la kat cousin aku, cik Nurazwani(aku tau ko baca nih, hehe). Moga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bertambah amalan selaras dengan bertambahnye usia. Heh, kite dah sebaya skang, ngaku la ko dah tua, muahaha!! :P

No comments: