Sunday 9 May 2004

Apa yang aku aktif update nih? :P


Assalamualaikum...what? Another entry? Kata nak buat seminggu sekali jek? Hehe..can't help it la. Banyak sangat mende yang kire extraordinary berlaku dalam masa harini ngan last time aku update, which is semalam la kan? Erm..well..semalam ade Sambutan Hari Lahir Kolej yang ke-6. Heh, bagi dak kolej aku, tak plek la kot. Bagi kawan2 yang bukan dak kolej nih, tak rasa plek ke? Kolej pon ade besday. Well..macam ade sorang kawan aku kat sini pernah cakap,"Kolej nih takleh dok diam". Haha, nak buat camne..kitorang dok dalam hutan, so untuk tidak membosankan diri, dan jugak nak appreciate kehidupan kami di sini yang tak lama pon(2 tahun jek, tuh pon tak terasa sebab banyak sangat cuti kolej nih bagi :P), maka kami yang kreatif serta inovatif ini banyak la merancang aktiviti sosial *heh*.

So first of all..lepas entry aku yang semalam, takdek apa yang best pon berlaku. Everything as usual la. Cuma ade la beberapa perkara yang buat aku rasa cam nak makan budak. Huhu. Sedih pon ade disebabkan perkara yang dikategori sebagai "The Makan Budak Files" nih. Well, aku takleh nak buat apa melainkan bersabar serta meluahkan rasa tak puas hati kepada nick MSN aku(telah ditukar, so don't bother figuring out what is it, heh). Pastu try buat differential equation yang makin lama makin berpintal kepala otak aku nak menjawabnya..huhu. Sampai la petang. Disebabkan besday bash kolej tuh, maka dinner ditangguhkan ke pukul 2000. Actually kul 2030, tapi dikatakan kul 2000 sebab nak suruh budak datang awal la tuh. Cheh, taktik lapok, and i fell for it, though. Of course la. Lapar seh, kang buatnya bebetul dinner kul 2000, abih plak nasik, ikat perut plak aku malam tuh. Tak pasal jek, huhu :P

Tapi, tak rugi pon pegi(despite the time wasted there...can utilise the time to study though, but then, bukan selalu kan?). Best, sangat best. Tengok dak2 nih buat performance. Aku ngan takjub tengok diorang main gitar,"Laju tul jari diorang, huhu". Pastu makan pon masyuk, kek pon sedap. Tapi aku makan satu potong je la, dah makan nasik banyak sangat sampai kenyang, alhamdulillah :P Then, ade satu slot dak2 batch aku buat performance. At the end of their performance tuh, diorang jemput senpai2 sekalian join diorang kat depan, nyanyi lagu apa aku tatau tapi tajuknya "Mutato Muzika"(Muta what? :P). Aku join la skali walau pada asalnya aku agak reluctant nak pegi. Dah la ngan kopiah kat kepala sebab aku dari surau terus ke Saad Square. Ahh..pedulik kan itu semua, aku pegi jek. Tapi dok blakang la. Jadi la, at least aku pegi. Hehe. Abih acara dalam kul 2200. Haa..balik tuh pulun study la.

Skali tetibe sakit perut. Cheh. But then aku dengar ade la segelintir orang yang turut senasib ngan aku. Apa la. Malas tul. Tetengah malam sakit perut. Pergi jugak la kan. Haha. So takleh citer part nih pepanjang. Tak wajar plak rasanya :P

Harini, Mother's Day. Korang ade bagi apa2 ke kat mak korang? Sure ade punya. Aku ingat nak post kad semalam, skali atas sebab2 tertentu, lupa la plak kan, adoih la. Maka aku pon bercadang pos esok je la in-syaAllah. Eh, aku dah cite la mende nih kan? Apsal la aku gi citer lagi? Apa la aku nih. Tapi aku call mak aku dalam kul 8 pagi lebih sket tadi. Heh, daripada nada dia, cam tak terharu jek. Tahun lepas terharu. Haha, cover kottt!! Well, whatever la mama. If you ever read this blog(which I am 100% sure you won't, hehe), just wanna tell you..I LoVE YoU MamA!! Yeahh!! Haha..nanti la angah belanja makan ke. Maybe on your birthday la ye? Hoho. Buatpe la aku tulis kat sini, bukan mak aku baca pon. Haha :P

About my MSN nick tuh. Elok aku online jek malam lepas party tuh, 3-4 orang tanya aku apsal. Hoho..well..tak perlu la korang tau. Nothing serious pon. Gangguan emosi seketika. And thanx sebab concern. Korang memang sahabat! Appreciate it to the max! :) Tapi sori takleh nak citer kat korang what it is until everything is clear to me. Selagi tak clear, akan kupendam rasa itu dalam hati, ecewahhh!! So don't worry la wokeh? Korang bukan sasaran aku pon. Lek lek, haha.

And I also skipped my lunch today, unintendedly. Tertido sebab panas sangat. Tido dalam kul 11, sedar2 dah kul 1330, huhu. Bangun tuh rasa cam kering, dehydrated. Air plak takdek, adoih. Tambah ngan lapar plak lagik, adoih la lagi. Maka tahan je la. And kepanasan masih bertahan sehingga ke petang. Guess it won't be raining during the day. Tonight perhaps? Or tomorrow morning? Wallahu a'lam, Allah je yang tau.

Tazkirah sket: " Verily ALlah, with Him (alone) is the knowledge of the Hour, He sends down the rain and knows that which is in the wombs, No person knows what he will earn tomorrow and no person knows in what land he will die, verily, ALlah is All-Knower,All-Aware (of things)"Surah Luqman ayat 34

Kesimpulannya..kalo ade pihak yang kata dia tau apa akan jadik esok or kata tau bila korang akan mati ke apa ke..tipu jek semua tuh..jangan caya..kalo caya, bleh jadik gugur syahadah. Na'udzubillah. So kalo dapat chain email yang kata, "kalo korang tak passkan email nih kat 10 orang in the next 10 hours, korang akan ditimpa bencana". Chait, tipu jek..apa kuasa yang ade kat email tuh. So renungkan lah ye? Aku tau korang pon tau mende nih. Saje jek nak sampaikan. Wassalam.

9 hari lagiii...study study!!

No comments: