Sunday 2 May 2004

Background baru


Assalamualaikum...hmm..pekaba? Lama aku tak update...heh..ye ke lama? Bukan Rabu aritu aku dah update ke? Hohoh..apa2 je la..actually di kala petang gini..aku tengah try buat P3, sambil2 tuh aku chat ngan sorang kawan aku yang skang nih tengah menuntut ilmu Allah di negara orang, kat New Zealand. Sapa kawan aku tuh? Biarlah Allah, aku dan kawan aku tuh je tau. Heh..ala, korang bukan nak tau sangat pon sapa. Sebab korang bukan kenal pon, dak sekolah aku jek yang kenal.

Terima kasih la kat kawan aku tuh, aku baru tau katne nak cari siaran radio IKIM kat internet. Dah berapa lama aku cari, yang aku jumpa DVR tuh je la..yang ade lagu ERA, HITZ semua tuh. Alhamdulillah,pasnih takyah ah aku struggle adjust radio aku tuh sebab kat sini, as semua member aku kat kolej nih tau, siaran IKIM tuh tak bape clear ah. Kire cam tak puas gak ah nak dengar. Tenkiu tenkiu seinfiniti tenkiu kepada ko la sahabat, heh. Korang kalo nak dengar, mende nih streaming. Biasa la, kalo dengar from internet, memang la streaming. http://cybermedia.mmu.edu.my. The rest, korang setel sendrik, senang jek, wokeh? :)

And skali lagik tenkiu la jugak kat sahabat yang sama, sebab dia jugak dah send kat aku satu lagu yang memang dah lama gile aku cari kat internet tak jumpa2(heh, aku yang tak jumpa ke atau aku yang tak reti cari? Tak reti cari kot? Hoho). Lagu apa? Lagu yang korang tengah dengar skang nih la. Cahaya. Rabbani yang nyanyi. Aku memang suka gile lagu nih. Malangnya aku tak kesempatan nak memorise lagik lagu nih. Yer ah, dah cari2 tak jumpa. Nak beli kaset, malas plak rasanya nak kuar duit(ahaha, kantoi kedekut ke? :P)

And di samping chat ngan buat P3, aku jugak amik kesempatan yang memang tak banyak pon, untuk tukar background blog nih. Tenang sket rasanya aku nengok background nih. Aku amik gambar nih masa on the way dari Academic Block ke cafe. Tetibe nengok kat bukit, terpana sekejap tengok awan berkepul kat bukit. Apa lagik, kamera kat tangan, snap la skali dua. Hoho. Amacam? Korang ade rasa tenang tak? Kalo ade alhamdulillah. Indah kan ciptaan Allah? ;)

Skang nih, as you all know it, tengah cuti 4 hari. Sebab semalam hari pekerja, and harini plak Maulidurrasul. So kirenye esok ngan lusa la ganti cuti tuh. Masyuk ah. Bleh buat extra self-revision(eheh, in-syaAllah, mana ade kemahuan situ ade jalan, kan?). Kolej pun sunyi jek especially harini sebab ramai yang balik satu hal, pastu ade plak dak2 yang gi KLCC. Then ade gak yang tak balik and tak kuar tapi gi program Simposium Nuqaba'. Aku tak gi sebab ade beberapa perkara peribadi yang aku kene setelkan. Dan aku rasa tersangat amatlah rugi sebab tak pergi and tersangat amatlah jeles ngan dak2 yang join mende tuh. Banyak ilmu diorang dapat. Huhu..

Nih aku nak sampaikan sket daripada apa yang aku dapat dari tazkirah petang lepas Asar tadik. Muzakkir sampaikan pasal bagaimana amalan seseorang tuh dikira daripada niatnya. Hadis Nabi s.a.w yang lebih kurang begini maksudnya,"Apabila seseorang daripada kam berniat melakukan kebaikan tetapi tidak dapat melaksanakannya, maka Allah akan mengurniakan kepadanya satu kebaikan. Dan apabila seseorang daripada kamu berniat melakukan kebaikan dan dilaksanakan kebaikan itu, maka Allah akan mengurniakan kepadanya daripada 10 hingga 700 kebaikan. Dan apabila seseorang daripada kamu ingin melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan mengurniakan kepadanya satu kebaikan yang sempurna. Dan apabila seseorang daripada kamu ingin melakukan kejahatan dan dilaksanakan kejahatan tersebut, maka Allah akan menuliskan yang dia telah melakukan satu kejahatan sahaja".

So renungkanlah bagaimana kasih sayang Allah kepada semua hamba-Nya. Pernah gak aku dengar satu hadis ke apa aku tak sure...lebih kurang cam hadis yang ditulis kat atas tadik. Dikatakan bahawa bila seseorang tuh niat nak buat baik, tapi dia tak buat, dia akan dapat 1 pahala. Kalo dia buat plak, maka dia akan dapat daripada 10 hingga 700 pahala. Dan kalo dia niat nak buat jahat, takkan ditulis untuknya niatnya itu sampailah dia melakukan kejahatan tuh. And kalo dia laksanakan niat dia tuh, still takkan ditulis sampailah dia buat kejahatan tuh untuk kali ke-5. Still, bila dia buat kejahatan untuk kali ke-5 tuh pon, hanya akan ditulis amalannya itu untuk 1 kejahatan jek. Got my point or not? Meaning amalan jahat dia tak ditulis everytime dia buat tapi kirenye ditulis yang dia buat mende tuh skali jek, bukan 5 kali ditulis. Wallahu a'lam. Gitu yang aku paham, kalo salah, tolong dan tolong betulkan aku. Aku takut kalo aku nih tersilap sampaikan ilmu. Tolong ek? :)

Pastu semalam kawan aku bagi tazkirah. Katanya, Allah dah jadikan 100 rahmat, tapi yang dilimpahi ke dunia nih hanya 1, lagi 99 Allah simpan masa kat akhirat nanti. Bayangkanlah. 1 jek rahmat yang Allah bagi kat dunia nih. Tapi tengok bape banyak manfaat yang kite dapat daripada 1 rahmat Allah tuh. Betapa Maha Kaya Allah, kan? Huhu..insap aku. So aku tatau nak cakap apa lagi. Meh la kite sama2 renungkan. Saje jek aku tulis nih sebab rasa cam dah lama tak tulis and rasa perlu sampaikan kepada yang tak hadir tadik. Sekali lagi, kalo aku ade tersalah dalam sampaikan apa2 yang aku sampaikan, mintak tolong orang yang tau, betulkan aku. Moga sama2 kite dapat manfaat, in-syaAllah.

Lagi apa ek? Haa..tadik family aku datang. Tapi ayah aku jek takdek sebab dia kene gi berhimpun kat Bukit Jalil sebab ade perhimpunan sempena Maulidurrasul. Ayah aku memang tetiap tahun gi, ofis dia bawak. Seronok gak rasanya dapat jumpa mak, akak, opah and especially adik yang selalu dibuli. Memang aku tak lepas peluang mengenakan adik aku sepuas ati, hahaha. Bila lagi kan, next time is bila dah abih A-level la baru bleh buli adik, hohoho. Well, don't get me wrong. Tu lah caranya aku rapatkan hubungan ngan adik aku. Masa dia kecik dulu selalu buat dia nangis, selalu gaduh ngan dia. Skang la nak recompensate(heh, betul ke word usage aku nih? Lantakla :P). So basically tuh je la kot. Study study!! Exam lagi 2 minggu!! Wassalam.

No comments: