Saturday 8 May 2004

Erm...nak letak tajuk apa ek?


Assalamualaikum...erm..8 a.m and I'm still hooked to this computer. Baju tak iron lagik. Buku pon tak kemas lagik. Cadangnya nak study bio sket lepas breakfast, yeah, managed to study a 'lil bit. Then tempted nak update blog biarpon aku sedar yang diri ini takdek apa yang best pon nak diciterkan. Tapi cam dah lama sangat la plak. Mana bleh dibiarkan blog nih kesepian, ahaha :P Ouh ye lupa plak. Korang pekaba? Aku sejak 2-3 hari nih cam tak bape sehat la plak. Selsema. Tapi selsemanya sket jek. Sakit kepala yang disebabkan oleh selsema tuh yang buat aku rasa cam "Adoih la tak laratnya aku!". Terasa diri ini sungguh lemah. Well, that is one of the reason why Allah makes us suffer from certain ailments. To make us feel and realise that we are weak and Allah is the Almighty. Yeah..and aku jugak harap sakit yang aku dapat, yang tak seberapa kalo nak dibanding ngan sakit yang Nabi Ayub a.s dapat, merupakan sakit penghapus dosa. Aku sedar aku banyak dosa and aku jugak sedar yang aku nih kurang berusaha nak kurangkan dosa. So alhamdulillah la aku tak sihat. Moga dosa2 aku diampunkan Allah. Amiin.

Tapi mintak dijauhkan la daripada sakit yang disebabkan oleh kutukan Allah. Na'udzubillah.

So, apa aku nak citer? Tiada apa. Harini 8/5/2004. 11 more days. The War will start at first light of the 19th day of May. Lebih kurang 30 Rabi'ul Awal 1425H. Takdek la first light. Tapi bleh la consider gitu. Dalam kul 830 pagi gitu. Heh. Cuak la weh, 2 paper tuh. Dedua bio. Huhu. Memandangkan exam yang makin dekat, aku rasa hidup aku agak tak terurus kebelakangan nih. Masa tido pon tak menentu. Kadang dah rasa cam nocturnal la plak. Malam berjaga, siang tido. Huhu. Sangat rugi rasanya banyak sangat tido. I mean tido siang la. Sebab waktu malam memang dijadikan untuk manusia berehat selepas satu hari suntuk bekerja. Adoi. Maybe tuh la asbabnye aku sakit kepala and selsema kot. Sebab selalunya aku kalo tak cukup tido, tendency untuk kene selsema tuh kire kuat la. Tapi, segalanya Allah yang tentukan.

Khamis lepas MUSCOM organised blood donation drive. Well, since aku free kul 1440, lepas klas bio jek, terus la menuju ke Dewan Besor. Yeah, jom derma darah!! Seronok woo derma darah nih. Aku pon tatau apa yang bestnye. Mungkinkah donat2 yang disediakan? Apollo layer cake? Air milo panas? Erm..hehe. Tapi alhamdulillah sepanjang aku gi derma darah cam sebelum2 nih pon, takdek timbul masalah takleh nak donate lagik ar. Selalu okeh jek. Well, aku harap niat aku derma darah tuh kerana Allah la. Allah jek yang tau and bleh nilai niat kita ikhlas ke tak. Kadang kite sendrik takleh nilai. Sebab ikhlas nih bukannya senang. "Umpama semut hitam di atas batu hitam di dalam gua yang gelap, di tengah2 hutan yang sangat tebal" bak kata Imam Ghazali. Kan? Imam Ghazali kan yang kata? Ke sapa? Aku tak ingat la. Tolong sesapa betulkan kalo aku silap.

Semalam plak ade Teachers' Day Celebration kat kolej. Buat time assembly. Walaupon aku sakit kepala namun kugagahi jua. Heh, takdek la aku sakit kepala sampai immobilised. Bleh lagi nak jalan. Lagipon assembly kat Dewan Besor. Ade air-cond. Duduk kerusi best plak tuh. Kalo kat sekolah dulu lain la. Memang la tak larat, huhu. Aku ingatkan bosan jek sambutan. Skali best la plak! Especially the part where some of the teachers performed on stage. Haha. Tabahkan hatimu Mr Hanson!! :P Serius la. Tak sangka la plak cikgu-cikgi nih bleh buat lawak plak masa perform tuh. Aku rasa berbaloi la pegi walaupon aku tersandar jek. Abih dalam kul 1600. Abih tuh jek, ade makan2 sket. Tapi aku dah tak larat. Katil jek nampak kat depan mata time tuh. Kire cam cepat2 la aku balik. Sampai jek kat bilik, tido terus(and missed all the food? Aww man! :P)

Harini plak, nothing special is gonna happen I think. Well, tatau lagik la. Baru kul bape. Hari Sabtu masih panjang. Banyak mende bleh jadi between the time this blog is published and tengah malam kang. One thing for sure, today is gonna be quite a busy day for me. Kene study lebih sket. Sebab malam nih in-syaAllah ade College Birthday Celebration la plak. So nak compensate for tonight's scheduled(Heh, aku ade schedule ke? :P). So kalo ade lagik apa2 yang menarik, in-syaAllah aku akan citer. Kalo ade masa la kan. Exam exam! Wassalam. Any comments? Tagboard ade, comment slot pon ade. Sila sila! :)

Postscriptum: Hmm..thinking of posting an English entry some time in the future. Tengok la bebile rasa semangat tuh datang. :)

No comments: