Saturday 2 October 2004

The moment approaches..


Assalamualaikum..

Pekaba? Bape lama alku tingal mende nih? Selasa aritu last entry kan? Ke Isnin aritu? Entah le..tapi takdek la banyak mana pon mende yang aku buat sepanjang aku tak update nih, cuma takdek idea apa aku nak tulis kat dalam blog nih plus rasa malas la plak..kadang tuh dah nak update, skali bukak mende² lain, tambah plak keinginan nak main game, tambah plak ngan sifat suka tangguh keje, yang buat aku tangguh nak update..sori ah ye encik blog? Hoho..

Anyway..apa yang dah jadik? Takdek banyak. Tapi main event yang aku memang err..rasanya payah nak lupa ialah bila aku dah shave..ahaha..sapa² yang pernah nampak aku before aku shave, tak kenal la muka aku kot. Takdek lain sangat pon, cuma kurang ensem jek dari dulu, hahaha :P. Gile ah, 1st experience weh. Masa tuh aku nak gunting rambut skali, so gi barber, suh dia shave. Masa dia shave tuh, hati kecilku menjerit,"Tidak, tidak, tidAkKKkKK!!!!". Haha, melebih² plak aku nih. Tapi serius la. Nampak lain sket la. Aku sendrik pon jadik tak kenal ngan muka aku masa memula tengok cermin lepas abih tuh. Heh..

Siang tuh, aku gi Shah Alam. Jumpa kawan² aku and sepupu aku gak. Tapi this last outing was definitely not the best outing ever. Ntah ah nape. Tapi balik tuh memang aku rasa tak seronok langsung. Banyak mende yang dibuat tak jadi according to plan. But then, takdek sapa yang patut dipersalahkan pon. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan, kan? So redha je la nak taknak pon. Adelah hikmah di sebalik semua tuh.

Rabu..takdek buat apa..dok rumah jek. While my parents gi buat medical checkup untuk gi haji nanti. Bawak opah aku skali. Aku dok umah. Jaga rumah la katakan. Hehe.

Khamis. Kuar sekejap gi tabung haji. Gi kuar duit. Nak tukar jadik Euro, tambah sket lagi duit yang JPA dah bagi. Orait la. Alhamdulillah ade la duit lebih sket, tak banyak pon tambahnya.

Jumaat. Semalam la. Kemas² beg, siap timbang ngan bathroom scale tuh. Orait la. Hand luggage lebih 2 kg dari yang diorang tetapkan. Huhu, lantak la. Dah takleh nak buat apa pon. Yang check-in luggage plak ngam² jek 20 kg. Heh, padahal member² aku yan gdah sampai sana bape orang dah cakap takpe kalo lebih pon. Well, aku taknak cari masalah, baik ikut je la apa diorang dah tetapkan tuh. Nak nyesal sebab tak bawak lebih tuh, kemudian² la. Hoho. dah selesai solat Jumaat, gi post office ngan Abah, gi poskan buku² sebab buku² tuh beratkan be sampai jadik 10 kg. Heh, mana bleh. Dah tuh gi tukar duit dah kuarkan semalam tuh. Then balik la. Before gerak tuh, tetibe nampak 2 surat kat windshield kereta. Satu bil tepon(abih la aku, Abah bukak depan² aku, tuh la satu mende yang aku sangat fobia, eheh), satu lagi surat dari JPA untuk aku. Bukak², rupenya diorang pulangkan balik agreement tuh, sebab aku lupa nak sain kat tempat yang aku patut sain. Huhuh, kantoi la gini. Esok dah nak gi. Apa la. Tapi sebbaik tuh jek, yang lain okeh alhamdulillah.

Malam gi Putrajaya. Bukan gi JPA, JPA mana bukak malam², heh. Gi amik akak aku then gi umah makcik aku kat sana. Balik jek dah dekat pukul 10. Sampai rumah tido terus ah. Ngantuk.

Bangun pagi jek tetibe tengok ade 3 mesej kat tepon. Tetibe dapat satu mesej yang berisi ala² ugutan gitu. Err..aku rasa aku takyah la nak cite mende nih secara panjang lebar, biar aku jek yang tau. Heh, terasa cam artis plak dapat SMS blackmail nih. Heh. Tetibe jek.

Okeh la, tatau nak cite apa dah. This entry will probably be my last entry in Malaysia. Esok lusa update lagi in-syaAllah tapi kat tempat lain la plak dah kan. Huhu. Never imagined that the day would actually come. But then, alhamdulillah gak la the day has come. Mula la perjalanan hidup aku yang baru. To all kawan² yang tengah and nak exam, good luck! All the best to us all. In-syaAllah kejayaan sentiasa di tangan kite selama mana kite berusaha and berdoa kepada Allah, tak dilupakan juga hubungan dengan Allah kene jaga jugak. Tuh yang penting. Ingatan kepada diri sendrik la nih.

Malam kang maybe ade la beberapa sedara mara terdekat datang bertandang. Cadangnye nak anta aku esok pagi, in-syaAllah. Erm, kul 5 pagi la kot bertolak dari rumah. So..that's all. Mintak maaf segala salah silap. Doakan aku selamat pergi, selamat dalam perjalanan, selamat masa blaja kat sana and selamat balik. Kepada sapa yang ade buat salah kat aku, aku dah maafkan korang, buatpe marah lama², buatpe simpan dendam lama², tak elok, buat penyakit jek hati nih, kan?

Kepada sepupuku Nurazwani Robaai(heh, nama penuh aku tulih nih), selamat blaja la ko. Nanti kite keje sama² ah ye? Hoho.

Wassalam...

No comments: