Monday, 30 August 2004

Tiada tajuk spesifik


Assalamualaikum..

Takdek intro cam selalu, hehe. Semalam aku kuar ke KL lagik. Tapi kali nih takdek la jauh sangat pon. Aku gi UKMKL, jumpa kengkawan aku masa kat matriks dulu. Kuar dari rumah kul 1030 pagi. Then gi komuter, berenti kat Putra. Kawan aku dah tunggu situ. Then naik motor ah gi kolej dia. Pergh, 1st time weh aku naik motor tetengah KL, ahaha :P. Sampai jek, terus la aku ngan sorang lagi kawan aku yang turun dari UKM Bangi, gi bilik member kitorang nih.

Dalam ntah tak bape lama pastuh, gi turun kafe jumpa dak² pompuan klas kitorang yang sama blaja kat situ. Diorang dulu sama klas ngan aku masa kat matriks dulu. Tapi aku dah tak kenal diorang. 3 orang jek pon yang aku jumpa semalam. Serius. Nama pon dah tak ingat. Well, aku sempat kat situ 3 bulan jek. And aku bukannya cakap sangat ngan diorang pon dulu. Aku just ingat yang puak² bising dalam klas jek la. Ahaha. Whatever.

By the way, Sid, if you're reading this, aku gi jumpa Ejan la semalam tuh. You know..

Then kitorang amik gambar sket. Kamera filem ade, digicam pon ade. So nanti la, kalo kawan aku emailkan gambar tuh kat aku, aku letak la kat fotopages kalo aku rajin, eheh. Tak banyak pon gambarnye, so aku rasa tak payah la aku upload.

Semalam cadangnya nak balik kampong, so dalam kul 3 lebih tuh aku gerak la balik ke rumah. Skali bila sampai rumah, tetibe mak aku cakap tak jadik plak. Aiseh, kalo diorang bagitau awal², bleh gak aku gi jalan² lagi ngan kawan aku. Tak kisah la.

Aku baru sedar yang aku tak dapat lagik "Letter of Good Conduct" yang patutnye dah sampai ke rumah aku by now. Dah 2 bulan since aku anta, and proses tuh dikatakan selalunye paling lama amik masa 2 bulan. So apsal aku tak dapat² lagi? Jumaat nih ade JPA Briefing, and in-syaAllah aku pegi. And aku baru tau pagi nih yang kene fax result ngan unconditional offer letter by today. Surat tak dapat lagi. Tapi takpe la. In-syaAllah akan sampai la kot surat offer tuh by Rabu nih harapnya.

I'm out of words right now. Later then.

Wassalam.

Sunday, 29 August 2004

Shopping spree..


Assalamualaikum...howdy partners!! Ramai tul partners..heh. Whatever.

Yerp, semalam gi shopping. Something yang aku memang jarang gile buat. Kuar rumah semalam kul 2 petang. Ngan adik aku. Mulanya cadang nak amik teksi gi komuter. Alih² naik bas la plak memandangkan dah janji nak jumpa kat opis abah lepas zohor actually. Hoho, and I did realised that the travel would take more than an hour to get to abah's office. Naik bas ke KL jek dah sejam, blom kire heavy traffic congestion kat Kepong sebab MRR2 yang tutup tuh. Huhu. Tapi alhamdulillah sampai la jugak. Tell you the truth, I felt really awkward yesterday because this time, I had to bring along my lil sis. Another thing I have never done before : jalan kat KL ngan adik and only with adik. Heh.

Sampai Masjid Jamek then cam biasa amik LRT gi Abdullah Hukum Station. My mom had already been waiting. Then we all decided to go to Midvalley. Reached there at about 3 something. Gile ramai ah orang. Kat tempat parking tu jek bape kali kitorang pusing just to look for an empty lot..or space...or apa² je la. Hehe. Sampaikan last skali tu, abah aku cadang nak follow orang² yang nampaknya cam dah nak gi kat kete diorang. So kitorang follow la cam stalker dalam kete, haha :P. Skali nak dijadikan cite, pakcik tuh lupa plak nak gi bayar parking. Pastu nak cari parking tiket dalam wallet dia, dia kene tukar spek plak. Adoi la. Pastu dia jugak yang nak kene gi bayar. Padahal ade 3-4 orang muda dalam kete tuh, pakcik yang dah berumur tuh jugak yang kene gi bayar. Mak aku turun dari kete, just to stand next to that car, kire dah book la space tuh. Sanggup dia tunggu, kalo aku, aku blah dah. Tuh pasal aku tak turun, haha :P.

Finally pakcik tuh datang balik. Bila kete dia nak kuar jek, dengan selamba satu kete datang dari belakang mak aku nak amik space tuh. Mak aku nekad berdiri jek kat depan kete yang nak masuk tuh. Nak langgar pon langgar la. Haha. Alhamdulillah orang tuh paham and gi cari tempat lain and abah aku pon masuk la.

Memang ramai betul orang. Bila sampai kat lower ground floor, aku blur tatau nak buat apa. Time tuh dah kul 430. So kitorang gi makan. Then solat, then baru cari barang. Serius cam aku cakap, walaupon ade list, tatau nak start ngan apa. So aku ngan abah sort out mana yang penting sangat, mana yang bleh dapat kat rumah and so on. Well, semalam beli pakaian jek. So aku sambar seluar 2 helai ngan kasut sukan(I dunno if I really going to involve in sports activities there). Pastu abah aku pon sambar sehelai seluar. Adik aku pon taknak kalah. Heh. Pastu beli sut. Yes, you read it right. Sut. Aku tatau la penting ke tak but since ade dalam list, beli je la kot. Ntah la. Aku rasa bersalah sangat sebab parents aku banyak abih duit sedang aku semalam just kuarkan duit nak support aku ngan adik aku punya tambang gi opis abah jek. Yeah, abah's wallet had been put on to the test yesterday.

And semalam, baru aku tau yang selama ni, di sebalik ketenangan abah, dia sebenarnye risau yang aku still tak dapat placing sebelum nih. Mak aku la bagitau nih. Pastu semalam jugak baru aku tau, makcik aku yang aku dah lama jugak tak kontek, had been saying her prayers for me everytime dia selesai solat. Allah jek yang tau camne aku sangat terharu and rasa bersalah gile kat semua orang time tu. Rasa yang aku nih sangat la selfish. Sebelum tido malam tadik pon, aku dok teringat pasal tu.

Ok, enuff, before I get too mushy. Heh. After that, gi umah my other makcik sebab dia baru bersalin. Kawaii gile anak dia, and then kebetulan ade lagi sorang makcik aku kat rumah tu. Pon baru dapat anak 7 bulan lepas. Lagi ah kawaii. Sebab baby umur tuh yang best nak main². Tapi tak bestnye sebab dia dah nak balik pon time tuh. Huhu.

So aku rasa cam dah takdek mende nak cite. Jap lagi in-syaAllah aku kuar lagi, jumpa kawan² matriks yang skang kat UKM kat KL. Then mungkin petang nanti balik kampong.

Ouh ye, aku baru baca paper arini. Cite pasal "Malaysia mahu jadi negara Islam unggul". Nih aku quote sket..

"Malaysia mahu menjadi sebuah negara tamadun Islam terunggul dan berjaya melaksanakan program pembangunan serta memajukan umatnya dalam pelbagai bidang mengikut perspektif Islam."

"Hakikatnya sekarang Malaysia sudah diiktiraf sebagai negara contoh kemajuan Islam yang berjaya mempelopori sistem perbankan Islam, ekonomi Islam, pusat ilmu (tamadun) dan pendidikan Islam" -
Utusan

Hmm..skang nih apa yang aku plek. Kalo tak salah aku, aku pernah baca satu artikel oleh sorang..err..peguam kalo tak salah aku. Dia kata yang lebih kurang gini bunyinya,"Kerajaan tidak sepatutnya membiarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti-Mufti Malaysia membuat 'undang-undang' sesuka hati kerana penggubalan perundangan negara tidak bersandarkan pandangan agama sebaliknya diputuskan di Parlimen seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.."."Malaysia bukan sebuah negara teokratik dan kedua-dua badan agama itu mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan sistem sedia ada."

Ok correct me if I'm wrong. At what point in the latter statements(by the lawyer), saying that we are an Islamic country? Our laws are not based on religious POV, but are decided by the Parliament instead. And then again, we declare ourself to be the "ultimate" and "example" to other Islamic countries? Since when the Parliament has been very powerful, more powerful than Allah? Erm, aku nih bukan la pandai sangat bab² perundangan negara nih(maybe ade yang akan kata,"Hah, tau pon tak pandai. Dah tu sebok² buatpe?"). But isn't it obvious that the "rulers" are contradicting themselves? Or is it just another agenda by the "gomen", to pull our attention off other things? Or is it, again, just another agenda by those yang nak bagi kita "senyap", so in their effort to "silent" us, they just admit "ye la, ye la, Malaysia la negara Islam yang unggul.". Hmm..I dunno. Maybe I'm the one who don't understand the situation here.

Wassalam..

Saturday, 28 August 2004

Dah mula..


Assalamualaikum...pekaba? Alhamdulillah semua sehat la kot. Aku sehat gak cam biasa la.

Well, takdek pe nak cakap pon. Arini, I mean kejap lagi nak kuar. Parents aku ajak gi beli barang² keperluan untuk pergi nanti. Pergh, sungguh aku tatau nak bawak apa walaupon dah banyak orang explain. Tapi taik chat ngan kawan²(you know who you are), kire diorang dah jelaskan la sket apa nak kene bawak. Thanx for the lists!! Kalo tak, sampai bebila la aku tatau apa nak kene beli.

Erm, semalam punya cite plak. Takdek apa pon yang berlaku. Semalam letih gile, so lepas balik solat Jumaat, terlepek aku di ruang tamu. Hehe. And just when I thought yesterday was just about to end like any other days, tetibe kawan aku yang skang blaja medic kat Indon and dia balik kejap sebab cuti(tapi harini dia dah kat sana balik, dah 2 minggu dia kat Malaysia pon), call aku. Jemput gi rumah dia sebab ade buat BBQ sket. Pergh. Last minute betul la. Tak kisah la. Lagipon dah lama betul aku tak jumpa dia. Seronok gak ah. Sebbaik la tak jauh sangat. So kuar rumah kul 915 malam. Parents aku anta sebab diorang pon nak gi beli barang. Dalam kul 11 tuh baru balik. Biasa la BBQ, ade lamb chop, burger, daging dan sebagainya. Heh.

Dah la. Tatau nak cite apa dah. Nak kuar dah nih. Ari pon cam dah gelap jek, kalo tak kuar awal kang buatnya hujan kang tak pasal jek. So, later!

Wassalam.

Thursday, 26 August 2004

Alas..alhamdulillah.syukur sangat!!


Assalamualaikum. Sehat ke tak sehat? Heh, sehat la kot. Aku alhamdulillah harini sehat cam hari² sebelum nih. Cuma arini hepi terlebih la sket kan.

Sebab apa? Sebabnya, alhamdulillah aku dah dpat offer untuk ke Ireland, study medicine. Syukur sesangat!! Aku dapat tau kul 10 lebih pagi tadik. Masa tuh aku tengah buat aktiviti biasa time² gitu; tido, muahaha!! Skali tenah syiok tuh, tepon aku bunyi la. Ms Kasturi call. Aku tak sempat nak tukar suara aku jadik cam orang dah lama bangun(selalunye jadi jek, arini tak jadik plak). So soalan pertama dia tanya aku ialah "did you just wake up?". Ahaha, kantoi saya. Aku pon cover ngan kata "err, no". Hohoh. Imej kene jaga weh.

Anyway, dia bagitau la pastuh yang aku dah dapat offer. Memula aku ingatkan dapat la tempat selain Dublin. Skali dia kata dapat Trinity College, Dublin daa. Pergh, tetengah pekan tuuu!! Tak kisah la. Yang pentingnya skang aku dah dapat offer, alhamdulillah. 5 years course. Tapi dia bleh lupa plak bila tarikhnye. So dia kata nanti dia reconfirm tarikh. Tapi katanya maybe dalam mid of September la. Then aku tanya la lagi macam²; apa nak kene buat pasni, financial affidavit camne plak, bila dapat surat semua la. Aku tanya bukan apa, nak menyediakan jawapan untuk parents aku yang for sure akan tanya punya la mende² tuh bila diorang balik keje jap lagi. So better prepare awal la kan. Hehe. Financial affidavit tuh nanti maybe kolej akan urus ngan JPA then kitorang gi amik sendrik kat Putrajaya la kot. And in-syaAllah akan ade JPA briefing 3rd of September nih kot. So maybe leh amik time tuh in-syaAllah. Then dia kata lagi,"don't worry about the details yet, just celebrate it!". Yo lah, celebrate la.

Radzli dapat UCD, Si Anep ngan Husna dapat gi Cork(aku bagitau nama yang gi interview ngan aku aritu jek nih). And yang memang dah sedia ade offer gi Ireland; Asma' ngan Nadia kat Cork gak, Afza ngan Hani kat Galway(Hani tuh aku tak sure sangat la, ade gak dengar kata dia gi Cork gak), and then aku, Mambe, Mai ngan Aisyah la gi TCD.

Lega gile dah aku rasa skang nih. Lapang betul rasanya. So skang nih kene riso pasal mende² lain plak yang apa² jek bleh berlaku di masa akan datang. Kene prepare segala barang keperluan. Baju, seluar etc etc.

Lepas dapat tau tadik, memang terus aku bagitau parents la kan. Alhamdulillah, eppy gile ah. Seronok rasanya dapat buat parents happy. Erm..tatau nak kata apa dah. Syukur sangat sampai tatau nak kata camne lagik dah. Thanx to Abah ngan Mama sebab doakan Angah. Thanx jugak kat semua ahli keluarga dan sedara mara. Thanx kat sepupu aku, Azwani(aku tau ko akan baca nih, heh). Thanx jugak la kat korang², kawan² aku yang tolong doakan aku(sori tak dapat nak sebut semua sebab ramai sangat, but you know who you are). Tapi papehal, segala terima kasih dan rasa syukur aku panjatkan kepada Allah yang dah beri segala nikmat nih kepada aku. Moga aku tak jadik lupa diri ngan segala nikmat nih. Kepada yang belum tau lagi keputusan interview sebab baru interview semalam ngan arini, jangan riso. In-syaAllah ade rezeki korang tuh. Yang penting korang jangan berenti doa and sentiasa percaya Allah sentiasa dengar doa kita semua. Yang penting, kita yakin ngan Allah, in-syaAllah. Amiin..

Wassalam...

Wednesday, 25 August 2004

Jalan² lagik..


Assalamualaikum..pekaba? Aku sehat alhamdulillah. Cam biasa la. Aku harap korang pon sehat la jugak. Sila la jaga kesihatan anda, lebih² lagi di kala dah nak tiba masa untuk korang² yang nak ke oversea tuh untuk fly. Kalo tak sehat, travel pon tak best la jadiknye kan? So dah start pack barang? Or dah setel packing, tunggu nak fly jek? Or baru nak shopping? Aku tak beli pape pon lagi, tak start beli pape pon lagi, hehe. Untuk kawan² kat Malaysia, jaga la kesihatan jugak. Kalo tak sihat, blaja pon tak best, camne nak score exam, ye tak?

Arini aku kuar lagik. Best. Aku nak gi jumpa kawan aku actually, tapi tibe kat KL Sentral, kebetulan sepupu aku ade kat situ sebab dia baru balik dari Kelantan. Cheh, tau ar cuti, travel sampai Kelantan tuh. Hoho. So aku ajak la dia gi ikut aku sekali jumpa kawan aku tuh. At least ade la jugak teman aku masa nak balik tuh nanti.

Kuar rumah awal gak. Jumpa sepupu aku kul 10 lebih. Then naik komuter lagik kul 1040. Sempat la jumpa kawan aku tuh. Aku tak kisah travel jauh sket, sebab aku akan dibelanja makan pastuh. Hahaha. Best².

Sepanjang perjalanan dalam komuter masa nak pergi and masa balik, aku takleh berenti sembang ngan sepupu aku. Seronok tul dapat jumpa dia. Lama gak la tak jumpa dia. Huhu. Pastu yang lagi best ialah masa balik tuh. Tetibe sorang pompuan Cina yang tenah mengandung nih, dok depan aku ngan mengendong anak kecik dia yang aku rasa baru umur 10 bulan kot. Sangat laaa kawaiinye. Bila dia tengok aku, siap senyum lagik tuh(budak tuh la, mak dia nak buat apa, heh :P). Rasa nak cubit jek pipi dia yang sangat tembam itu(lagi skali, pipi budak itu la, mak dia buatpe).

Aku call kolej tadik. Nak tanya pasal interview tuh punya cite la. Result still tak kuar lagi. In fact, tadi diorang interview lagi 2 orang kawan aku. And sorang kawan aku, known as Dilla(bukan nama sebenar, eh jap jap, nama sebenar kot, kuikui :P), dia salah sorang yang baru di'interview' tadik. Dia ade tanya orang tuh bila bleh tau result. Orang tuh kata maybe seminggu lagi. That's it la. Maknanya maybe aku pon kene tunggu lagi seminggu la kot. Sebab kan semalam pon aku tengok borang aku tak dihantar lagik. Takpe la. Better for me to stay calm and be patient. In-syaAllah ade la rezeki aku kalo aku sabar. Amiinn..

Wassalam...

Tuesday, 24 August 2004

Finally..


Assalamualaikum...haaa...alhamdulillah akhirnye ade gak internet kat rumah. Tuh pon setelah abah aku berkali² call orang yang tolong install internet nih. 3 minggu takdek net. Pergh. Sebbaik la aku tak desperate sangat. Aku rasa 3 kali je kot aku gi CC sejak net takdek. And the internet got "home" when the A-level results had been published and the clearing hotline had been opened(5 days later, sigh).

Aku rasa this week will be quite a busy week for me. Ouh ya, about the interview, which was last week. Ok la I guess. The interviewer asked standard interview questions, like "tell me more about your family" and "why do you want to do medicine" and "have you been following any medical debates" and "what do you think about stem cells research" and "if you are the Minister of Health, what will you do to make sure everyone follow your advice" etc etc. Alhamdulillah bleh la jawab, tapi still riso la jugak. And bila aku tanya Ms Kasturi masa gi kolej amik result last Thursday, she told me that we will be notified about the result on Monday or Tuesday(which is today). And tadik aku gi balik tempat interview aritu, nak anta copies of A-level result ngan birth certificate ngan IELTS result. Aku tengok borang tuh still ade. Maknanya diorang tak anta lagi. Huhu. And my parents have been asking about it every time they got home from work.

Semalam pegi kursus untuk students yang nak gi Ireland. Lebih kurang cam predeparture la. Organised by Kelab UMNO Ireland. Most of the participants were from KMB, KMS, some from Sunway and dak² KMYS termasuk aku. Dak KMYS ade la 7 orang. Lain semua taknak datang. Best jugak la. At least tau la sket sebanyak apa nak kene bawak and some other infos. And aku pon baru tau yang visa bleh buat kat Ireland nanti. Kire takyah buat kat sini la. Heh, jimat la seminggu.

And arini plak, as I've said earlier(or written, whatever :P), went to The Amp Walk building. Brought the original copy of A-level result, birth certificate ngan IELTS. Actually semalam dah bagi dah, by hand lagi, literally. Tapi sampai² jek kat opis tuh, tak bukak lagik. Kul 10 baru bukak. Apahal, aku nak gi kursus tuh kul 9. Maka ayah aku pon cadangkan la beli envelope from the nearest 7-Eleven, then masukkan mende² tuh dalam sampul tuh. Ouh ya, abah aku ade skali sebab dia tolong antakan aku. Kirenye dia half-day morning la semalam. Lepas naik balik pejabat tuh(sampai pak guard tuh dah kenal aku dah), aku selit celah sokkabar. Then, off I went to Bangunan MARA. Thanx abah!! Hehe. Skali masa tengah minum pagi kul 11 tuh, orang tuh call. Katanya all the documents I sent were not certified. Aiseh! Aku ingat dia bleh tolong certified sebab masa interview tuh, dia ade mintak sijil SPM aku and dia photostat and certified skali. Rupe²nye dia kene tengok yang ori dulu baru bleh dia yang certified. And tuh la pasal aku kene pegi balik tempat tuh arini. Si Anep pon pegi gak tapi dia awal sket la dari aku. Kes yang sama gak.

Then sebab awal lagik time tuh, aku pon gi la KLCC. Ingat nak cari la buku² yang best ke, bleh gak baca. Skali takdek yang menarik minat la plak. Maka window shopping la aku sorang², mende yang aku tak pernah buat kalo aku jalan sorang² kat KL, biasanya aku balik terus jek(Si Anep ade gak kat KLCC, tapi dia dalam wayang tengok muvi, heh). Lepas lunch kat Burger King(sorang gak, heh), aku gerak balik ah, maleh nak lepak situ lelama. Bukan ade duit pon nak beli pape. On the way nak gi LRT, serempak ngan Si Anep. Maka jalan ngan dia la. Tapi aku turun kat Masjid Jamek. Amik bas kat situ. Sampai² jek kat rumah, mak aku call. Maka aku explain la kat dia yang borang tuh tak anta lagi. Then teringat nak test internet nih. And alhamdulillah, ade pon.

Esok plan cam nak kuar lagi, in-syaAllah. Tengok la camne. Pastu Sabtu pon in-syaAllah kuar lagi. Pergh, berjalan jek. Urgh..takdek mood sebenarnya nih. Something just spoilt my mood for the day. Ouuu..I hate this feeling.

Wassalam...

Saturday, 14 August 2004

Huhu..tell me it's not true..


Assalamualaikum korang..dah bape lama aku tak update? Sejak Isnin lepas. And aku still jalankan aktiviti update kat CC. Adoii..bosan tulla asek² nak kene gi sini. Bila ntah internet kat rumah aku nak elok. Huhu. Ouh by the way, Selamat Pengantin baru kat Yas and Natte' walaupon aku tau rasanya korang tak baca pon blog aku nih, heh.

Actually aku gi CC nih sebab kat rumah aku semua orang tengah tengok konsert final AF2. Sebab aku tak minat nak tengok, maka aku amik peluang nih untuk gi CC, bleh gak aku cari info pasal clearing unis kat UK. Aku dah sort some unis yang aku rasa aku nak call untuk tanya pasal clearing. Tapi sebelom call, kene la cari beberapa info kan? So aku try la cari pasal course vacancies kat uni² yang aku dah pilih nih. Guess what. Not a single uni in my going-to-call list yang ade vacancy untuk medicine!! Huhu, tell me it's not true. Ade satu uni nih siap kata "our university does not have vacancy for Medicine or Law". Huhu, apa cite, camne nih weh!! Aku dah check Sheffield gak, so far, seems like Sheffield pon takdek vacancy untuk medicine. Huhu. Kat mana aku nak blaja medic nih weh!!

Ntah la. Aku call kolej semalam, cakap ngan Ms Kasturi, sebab dia suh call and memang aku nak call pon sebab nak tau apa yang perlu aku buat pasnih. and good news, I suppose, Isnin nih aku kene gi interview untuk entry to Irish Consortium Universities. Turn aku kul 950 pagi lepas turn Husna. Kat Ampwalk. Bangunan and tingkat yang sama ngan yang aku pergi masa interview RCSI dulu, cuma opis dia lain. Sebelah opis RCSI tuh rasanya. Erm, ntah la. Korang, tolong la doakan aku dapat pegi UK or Ireland sana, study medicine. Mana la tau, in-syaAllah berkat doa korang, dapat la aku gi sana. Aminn..aku harap aku tak screw up in this interview like I did in my previous interviews. Ya Allah, bantulah aku.

Sekian terima kasih, nak balik, wassalam...

Monday, 9 August 2004

Not much, but alhamdulillah, syukur sangat!!


Assalamualaikum..pekaba korang semua? Aku sehat alhamdulillah. Lama betul aku tak check mail nih. Nih pon aku kat CC sebab entah nape sejak petang Jumaat haritu aku takleh access internet kat rumah. Ntah apa masalahnya aku pon tatau. Tensi la jugak tapi apakan daya..

So nak cite apa? Most of my friends dah tau result memasing. Heh, diorang tak sabar betol la. Lek ah, lagi bape hari jek kan? So sebab diorang dah tak sabar sangat nak tau result, maka aku pon dengan sendrinye jadik tak sabar jugak nak tau result aku. So setelah aku fikir agak lama Sabtu lepas, malam tuh aku mintak tolong kawan aku bukakkan email aku and hantarkan a 'lil bit of info about aku yang bleh jadik reference untuk kolej. So that diorang bleh hantar result aku thru email.

Guess what? Aku pon dah tau result aku arini. Alhamdulillah, cam aku cakap, not much, but then, syukur la. At least tak la seteruk result aku masa AS aritu. Aku dapat ABB. Aku rasa lepas la kot cut-off point JPA. In-syaAllah. Sepanjang hari nih memang aku tak tenang sungguh. Macam² mende tak best terlintas kat dalam hati dan pikiran aku about my result. And everytime terlintas andaian² tak best tuh, aku cepat² patahkan balik, try tenangkan hati aku and doa bebanyak. So tetibe kawan aku mesej kata takleh nak masuk plak aku punya email account. And mak aku pon cadang aku gi CC check sendrik. Erm, mungkin Allah nak aku gi tengok sendrik result aku. And alhamdulillah aku sangat gembira dan syukur. :)

So skang nih aku kene pikir pasal uni mana plak aku nak call yang rasa²nya bleh consider a place for me to do medic in UK..or Ireland. Tuh plak yang jadik kerisauan aku skang nih. Aku harap sangat ade lah tempat untuk aku. Aku nak study medic weh!

Masa aku tengah lepak² kat CC nih, tetibe mak aku call. Dia dah tak sabar nak tau result aku. Maunye tak, dah dekat sejam lebih aku kat CC nih. And aku dapat rasa dia tak begitu hepi. Tapi aku buat tatau je la. Nak buat camne kan? Ouh ye.. aku dapat A for Biology, and B for both Chem and Math. Alhamdulillah. Well, for those yang tau camne aku study, aku rasa sangat la tak sia² aku gi hapal buku Bio masa nak exam aritu. Ahaha. And skali lagi, sangat² bersyukur. And aku harap betol la result yang aku dapat nih. Kalo ade perubahan pon, biarla kepada perubahan yang lebih baik. In-syaAllah.

Tatau nak cakap apa dah. Aku nak balik. Dah lama sangat kat CC nih, taknak la aku bagi orang kat CC nih kaya plak. Hehe..ya Allah, aku sangat² bersyukur kepadaMu atas nikmat yang Kau berikan kepadaku. Segala pujian hanya untukMu...

Aduih, aku tak dinner lagik nih. Cuak punya pasal aku kuar before dinner. Heh, so nak balik sangat dah nih. Wassalam...

Friday, 6 August 2004

Cuakkk!!!


Assalamualaikum...huhu..takdek tazkirah. Cukup ah yang semalam tuh, lenkali plak bagi tazkirah, tak reti ah nak bagi selalu sangat. Aku bukannya bagus sangat pon, tapi takpe la kan?

Erm, nih aku dapat plak cite yang memang lagi la buat aku tambah cuaknya. Aku ade dengar dan baca la plak. Dak² nih kata result bleh mintak from kolej thru email by this 9th of August. Adoi..awalnya. Tetibe rasa sangat cuak dan takut dan risau dan bermacam² lagi. Aku tak rasa yang aku dah sedia nak tau result aku awal². Baik aku tatau awal, pegi kolej this 19th of August, then amik result tuh black and white jek. Adoiii..cuak cuakkkk!!! Korang, takyah la gi email. Pegi amik result kat kolej je dah la. Tak thrill la tau awal². Wokeh wokeh?

Esok in-syaAllah pegi Midvalley. Dak² nih ajak gi tengok Catwoman. Heh, Spiderman 2 pon aku tak tengok lagi. I, Robot pon lagi ah tak tengok lagi. Takpe, lenkali aku gi tengok sorang, kalo aku rajin and ade duit la, hoho.

Dah, tatau nak cakap apa. Cuak sangat nih. Wassalam

Thursday, 5 August 2004

Tazkirah sket


Assalamualaikum...haa. Apa khabar? Aku sehat alhamdulillah. And moga kita sentiasa dirahmati dan diredhai Allah selalu. Well, tuh yang kita harapkan dalam hidup pon kan? Untuk mendapat keredhaan Allah dalam setiap apa yang kite buat. Kan? Kan?

Well, harini nak lain sket. Actually aku dah tatau nak tulis pasal apa sebab nothing much happened to me these two or three days. Oh ya, finished playing my recently-bought Harry Potter and The Prisoner of Azkaban PC game. In 2 days! Can you imagine? Senang jek game tuh, I bet my 'lil sis can play it with her eyes blindfolded. Ahaha..exaggerate je tuh.

Ok..on with the topic. Nak bawak satu cite. Suatu hari, seorang wanita datang mengadap Rasulullah s.a.w di masjid dengan membawa sebakul buah limau. Rasulullah s.a.w seperti biasa menerima buah limau tersebut dengan senang hati dan senyuman yang manis. Wanita tersebut tunggu kat situ sampai la Nabi rasa sebiji limau tuh. Nabi s.a.w plak, lepas abih sebijik, Baginda makan lagi sebijik sampai la abih satu bakul dan wanita tuh pulang ngan rasa senang hati. Para sahabat yang ade kat sekeliling rasa pelik kenapa Rasulullah s.a.w tak kongsi ngan diorang. Sedangkan Rasulullah s.a.w tak pernah buat 3 perkara yang berikut sendirian iaitu makan, solat dan musafir. So bila wanita tuh dah balik, para sahabat tanya la Rasulullah s.a.w,"Ya Rasulullah, kenapa tuan tak kongsikan buah limau itu dengan kami?". Lalu jawab Rasulullah s.a.w dengan tenang,"Bukan aku tak mahu kongsikan dengan kalian, tapi limau² itu masam. Aku tidak mahu nyatakannya di hadapan wanita itu kerana tak mahu dia bersedih hati. Aku juga tak mahu kalian merasa buah limau yang masam itu. Jadi aku makan seorang."(cite nih telah diolah ikut bahasa aku sendrik tapi kisahnya begitula, kalo korang tau version yang lebih lengkap, sila la bagitau aku ye?).

Kisah nih tunjuk kat kita bagaimana mulianya pekerti Rasulullah s.a.w. Baginda sanggup makan limau yang sangat masam, abihkan semua and masih boleh senyum kerana tak mahu malukan dan tak mahu pompuan tuh sedih or susah hati. And jugak sebab taknak sahabat rasa sama yang masam tuh. Kalo limau tuh manis, for sure Rasulullah s.a.w akan kongsikan ngan semua orang yang ade kat situ. Baginda tak komplen walau sket pon. Kita camne? Kadang tuh, makanan tuh sedap, tapi sebab tawar sket, or rasa sabun sket, dah komplen and terus taknak makan. Ok, yang makan tuh Rasul Allah. Tapi baginda manusia gak, kan? Tak gitu? Kadang tuh, bila makanan tuh tak ikut selera kita, kita komplen sampai orang yang masak pon kene maki skali. Kenapa mesti komplen? Islam ajar kite camne tau? Kalo tak suka suatu makanan tuh, tinggalkan, takyah makan, takpon bagi orang yang suka. Jangan sesekali komplen atau cela makanan tuh. Sebab makanan adelah nikmat pemberian Allah. Mencelanya maksudnya apa? Haa...sambung sendiri. Well, peringatan yang khusus untuk diri aku sendrik. And jugak untuk kawan² aku. Moga kita tak buat laa komplen² pasal makanan nih. Unless kalo memang ade sesuatu yang tak kene cam dimasak kat tempat kotor ke, bleh bawak mudarat ke etc etc. Tuh takpe la kot..kot.

Satu lagi. Cite yang nih aku dah baca lama dah. So kalo agak lari susunannye sori la ye? Cite nih aku baca berkenaan keadaan di akhirat nanti. Setelah selesai perhitungan dan pembalasan akan dijalankan. Manusia akan dibawa ke pintu syurga. Maka ramai la manusia di ketika itu yang berebut² nak masuk. Ye laa, sapa taknak masuk syurga kan? Tapi ade satu golongan nih, tak nampak cam excited pon. Cam tak teruja langsung. Kemudian manusia dibawa ke pintu neraka. Maka ramai la manusia yang lari dari situ kerana tak tahan ngan busuk dan panasnye api neraka. Namun golongan yang satu nih still cam tadik, tak bergerak walau selangkah seolah tak takut. Lalu Allah bertanya kepada golongan nih,"Aku lihat kamu tidak bergerak walau selangkah ketika dibawa ke pintu syurga dan tidak lari menjauhkan diri ketika dibawa ke pintu neraka. Apakah yang kamu mahu wahai hamba²Ku?". Maka jawabla golongan ni,"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami ini tidaklah mengharapkan balasan syurga dalam beramal, dan bukanlah juga kerana takut akan api neraka-Mu. Tetapi kami ini beramal hanya kerana mengharapkan keredhaanMu." Disebabkan itu Allah menjawab,"Wahai hamba²ku, Aku telah redha dengan kamu, maka masuklah kamu ke dalam syurgaKu".

Kalo apa yang aku tulis nih tersalah, aku mohon ampun daripadaMu Ya Allah.

No further comment.

Wassalam :)

Monday, 2 August 2004

Penat..tapi berbaloi la


Assalamualaikum..aaa..pekaba? Aku skang nih tak bape sehat sebab sambung selsema semalam. Harini okeh la sket, semalam memang takleh tahan ah. Huhu. Harini rasanya akan berlalu seperti hari² lain sejak aku cuti nih, tapi mungkin ade sedikit beza laa. Sebabnya? Sebabnya harini aku kene jadik driver adik aku, kene anta dia pegi skola sebab mak kawan dia yang selalu amik dia, kene balik kampong plak. Tak kisah la. Pastu mak aku suh anta kete tuh gi basuh. Maleh betul la. Kang aku basuh sendrik kang, calar plak kete tuh, hoho(alasan malas). Pastu lagi satu, mungkin, aku kata mungkin, aku akan start blaja masak arini, ahaha :p Sebenarnye nak update lepas balik Alor Setar, Sabtu lepas. Tapi rasa malas tuh kuat betul, even skang nih. Takpe, akan kugagahi jua, hoho.

Jumaat, 30/7/2004 : Pukul 6 petang aku start kemas² baju apa yang patut. Bukan nak pegi lama sangat pon, petang esok balik la. In-syaAllah akan dok kat umah pakcik kepada kawan aku kat Alor Setar nanti. Bawak la t-shirt sehelai, tuala, toothbrush, snack sket and air mineral. Buku cite dan lain². Tetibe teringat yang bile nak balik KL nanti ade 3 orang masuk aku sedangkan tiket pergi-balik yang ade kat aku cuma 2 jek. Sudah. Aku call mak aku mintak tolong beli lagi satu. Guess what, mak aku kata mulanya ade 2 orang jek yang dari Alor Setar ke KL Sabtu tuh. Sapa lagi, aku ngan sorang kawan aku nih la. Ahaha.

Kul 11 malam, gerak dari rumah ke Hentian Jalan Duta. Bas kul 1159 malam. Haha. Tunggu kawan aku datang. Then dalam kul 12 lebih sket, bas gerak(kirenye skang dah masuk Sabtu la kan?)

Sabtu, 31/7/2004 : Sepanjang perjalanan, aku borak ngan kawan aku tuh. Well, nak buat camne. Kawan masa form 5 dulu. Satu kelas. Dah lama plak tak jumpa and tak call and tak mesej, so banyak la mende nak catch-up kan? Macam² la borak, abih satu citer, bukak cite lain. Suara kawan aku agak kuat la. Aku riso gak, sebab orang lain semua nampak cam dah tido, kitorang jek dok borak. Lantak la. Takde sapa protes pon. Ahaha :p

Borak sampai kul 230 pagi, heh. Tuh pon sebab kawan aku tuh nampak dah menguap bape puluh juta kali. Sian la plak aku tengok. "Ngantuk ke? Kalo ngantuk, tido je ah, sian la plak aku nengok ko nguap bebanyak," aku kata. Heh. So last² conversation berenti situ jek. Aku plak takleh nak lelap lagi. Aku bukak snack secara senyap, makan pon senyap². Taknak ah ganggu orang tido kan, hehe. Tapi makan sket jek. Minum. Then aku pon lelap. Terjaga every one hour. Kul 315 terjaga sebab bas berenti kat Sg Perak. Dengar kaset. Tertido. Kul 530 sampai kat Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar. Sempat la solat Subuh, alhamdulillah.

Tunggu Azmir ngan cousin kawan aku plak datang. Dah kul 7, Azmir tak sampai² lagi. Cousin kawan aku dah sampai. Kul 720 Azmir sampai. Banyak masalah plak ngan bas yang dia naik, tuh yang lambat tuh. Pegi umah pakcik kawan aku. Panggil dia Pak Andak. Isteri dia of course la Mak Andak. Sampai sana, lepak² jap. Then dijamu nasi lemak yang masyuk, cempedak goreng ngan...ngan...apa lagi satu tuh aku tatau sangat, sambil tengok Ong Bak, ahaha. Then rambutan. Pastu mandi. Kul 12 gerak gi Hospital Alor Setar.

Parking kete jauh. Jalan masuk bangunan, skali tatau katne Wad Bersalin. Heh, tanya la nurse sorang nih. Serah kat kawan aku, sebab for sure cakap Kedah pekat punya. Hoho. Jumpa la jugak akhirnye. Sampai² tuh, cikgu tak kenal kitorang. Terkejut la jugak kan sebab tak expect la sampai tak kenal. Rupenye dia tak cam je. Can't blame her. It has been, what, 3 years since we left KISAS? Yerp, 3 tahun. Dia pon pindah lepas kitorang abih SPM. Lepas kenalkan diri, then batch tahun bila, baru la dia ingat. "Rajinnya datang," cikgu cakap. Mata dia bergenang. Sian tengok cikgu. Terlantar jek. Takleh nak bangun, takleh nak jalan. Kalo jalan, sakit kaki dia katanya. Tapi masa memula masuk sebulan lepas bleh jalan lagi. Maybe kesan chemotherapy kot(Dah sebulan cikgu masuk situ? Dulu kata nak buat kat University Hospital. Aku pon cadang la nak lawat cikgu kat situ. Tunggu kawan aku bagitau. Skali alih², dia cakap cikgu masuk Hospital Alor Setar plak. Sebbaik la kawan aku nak gi jugak. Takkan la aku nak gi sorang, nak dok mana nanti? So, tak kesah la tuh, dah selamat sampai pon, heh).

Katanya, nak makan pon takleh. Kalo makan jek, she'll throw up. Tuh pon dia baru jek tukar baju sebab baru lepas muntah. So doktor just masukkan air je la through her right hand's vein. Well, actually bukan la H2O. Dextrose 5%. Erm..ramai gak la sedara mara dia kat situ, segan la jugak kitorang. Tak kesah la. Borak je la kan. Dia dok minum air laici sepupu dia belikan. Air kosong agak kurang minum. Nak buat camne, makanan taknak masuk. Nak tenaga from dextrose tuh rasa cam tak cukup. Terpaksa la minum air manis.

Memula tuh cikgu takleh nak borak ngan kitorang sangat. Kalo dia cakap sket jek, sure berenti and nampak sangat penat. Nampak dia mengah. Mau tak penat, bape kali dia kene pindah² ward sejak masuk. "Mintak maaf la ye, takleh nak borak ngan korang sangat". "Takpe la cikgu, cikgu rehat je la," kitorang jawab. Dalam nak dekat kul 2 tuh, sedara mara dia semua dah balik, tinggal kitorang ngan mak dia. Tabah betul mak cikgu. Sejak masuk hospital sampai la arini, tak pernah kuar tinggalkan cikgu. Well, at least tuh yang aku dengar la. Time tuh la baru aku sedar kasih ibu tuh sangat besar. Huhu. Anyway, time tuh la baru ade peluang nak borak² ngan cikgu. Kawan aku tolong suapkan air minum ngan laici. Pastu kitorang tolong betulkan baring cikgu. Pastu borak² cite pasal student dia, kawan² kitorang(who used to be her students la kan). Cikgu nampak seronok. Kitorang pon seronok tengok cikgu seronok. Skali tuh dia ade cakap, "Saya dah rasa penat sangat, rasa nak balik jek. Nyesal tak buat operation awal²". Skali skala dia batuk. Nak muntah pon ade tapi angin je la kuar. "Mungkin sebab lama sangat baring kot, tuh yang angin cam tak betul sket dalam badan tuh," aku la cakap tuh, heh. "Mungkin la," kata cikgu. Pastu buat² lawak la sket ngan cikgu. Dia still cam dulu, garangnye ade lagi. Skali tuh nurse sorang nih letak termometer kat tangan cikgu. Dah lebih 3 minit and nurse tuh dok borak ngan kawan dia, skali cikgu cakap, "Dah la tuh." Haha, aku tengok nurse tuh cuak² jek, kuikui. Nurse intern kot. Muda je lagi aku tengok.

Kul 2. "Dah abih masa nih, tak reti² nak balik ke?" kata cikgu. Haha. "Lek ah cikgu, tunggu sampai kene halau la baru balik," kitorang cakap. Heh. Kul 215. Mak guard datang,"Assalamualaikum, masa melawat dah abih, jangan la lama sangat". Eheh, baiklah makcik. Tapi sempat gak curi 5 minit borak. Nampak cikgu cam sayu. Mata dia dah bergenang lagi. Sori cikgu, kalo bleh nak dok lama lagi kat situ. Tapi mak guard dah dok pandang jek dari jauh. Ok ok, point taken, kitorang balik laaa :p. Kul 220, balik, lepas mintak maaf and mintak doa restu cikgu. And senangkan ati dia lagi ngan cakap,"Esok in-syaAllah ade lagi 2 kereta akan datang tengok cikgu, dak² UTP". "Korang doakan la cikgu ye? Buat solat hajat, mintak cikgu sembuh and bleh jalan lagi," cikgu pesan before we left. "In-syaAllah cikgu, cikgu pon doakan la kitorang berjaya dapat apa kitorang nak ye?" kitorang plak pesan. "In-syaAllah cikgu doakan, doa orang sakit nih moga² makbul la," cikgu balas.

Balik umah Pak Andak. Lunch. Ade lala, ayam kari(kalo tak salah aku la), ikan bakar dan macam² lagi. Masyukkk je makan nasik. Azmir ngan kawan aku tuh tambah ntah bape kali. Aku tambah skali jek. Kenyang plak rasanya.

Lepas solat. Kemas² barang then tengok TV. Kul 4. Kuar rumah. 420 sampai bus station. Kul 435 gerak. Fuh, sebbaik ade lagi 3 orang passengers. So masuk kitorang, co-driver ngan driver, ade la 8 orang dalam bas yang panjang tuh. Hoho. Seronok jek bleh pilih² tempat. Aku berjaya lelap kali nih. Kawan aku pon. Azmir? Dia takleh lelap. Bahagian kiri bas yang kitorang duduk, sepanjang perjalanan gegar cam hape. Tapi aku tido ngan nyenyak. Azmir takleh, so dia pindah tempat duduk. Haha, sian la kat ko. Aku tido jek :p. Kul 7. Sampai Sg Perak. Turun jap amik angin. Minum². Kul 730 bas gerak. Tapi sepanjang perjalanan tuh dah tak ngantuk. So borak² je la kami bertiga. Sampai la kul 10. Dah sampai Hentian Jalan Duta pon.

Turun. Solat. Then tunggu my parents kat tempat makan. Kawan aku tunggu akak dia. Azmir tumpang dia balik sebab both pegi Melawati. Azmir balik umah pakcik dia kat sana. Kawan aku balik umah akak dia la. Mak aku sampai. Tak banyak borak dalam kete. Letih tapi tak tido. Sampai rumah kul 10 lebih nak kul 11. Sampai jek, baring jap. Then bukak net. Hehe. Sampai kul 1230. Letih gile dah time tuh. Tukar baju. Baring. Sedar² dah nak kul 7 pagi. Hoho.

Ahad, 1/8/2004 : Lepas solat Subuh. Tido balik. Tak sedar dah, sampai la 840. 930 nak kuar lagi. Gi IJN ngan Azmir. Ziarah adik kawan sekolej yang tak bape sehat. Baru lepas operation. Skali masa extend. Kul 1030 la jumpa kat monorail Chow Kit. Comel gak adik dia. Umur 6 tahun. Tapi tak banyak cakap. Kawan kitorang plak takdek. Masuk² jek, parents dia plek tengok kitorang. Siot, dia tak cakap ke kitorang nak datang? Dah la tak cakap yang dia takdek time tuh, ampeh, huhu. Sebbaik la parents dia ramah especially mak dia. Mak dia tanya nama kitorang. Sampai turn aku. "Azlan," aku jawab. "Azlan? Ooo..Tun Azlan ek?". Ah sudah, mak dia tau nama aku? Nama penuh plak tuh, well tak la penuh sangat. Tapi aku tak pernah jumpa parents dia ok. Apa² je la. By this time, selsema aku baru nak jadi. Dalam kul 1215, kitorang mintak diri. Nak gi OU(read: OU is 1-Utama, to those yang taktau la kan? :p). Kitorang tengok cite King Arthur ngan Dilla. Jumpa Pokcik(Amir Afandi member sekolah dulu). Selsema aku dah makin severe. Sebbaik dalam wayang tak bersin langsung.

Nak balik. Solat dulu. Skali nampak Sid. Dia kuar ngan akak and adik dia rupenye. Borak la kejap(borak ngan Sid bleh kejap ke? Heh). 650 petang. Naik kete. Dilla anta sampai rumah. Silap jalan so susah sket la nak tunjuk kat dia route nak balik rumah dia. Sebbaik la parents aku baik hati nak tunjuk jalan. Aku tau jalan, tapi parents aku guna kete gi umah makcik aku. Terpaksa la pegi umah makcik aku. And parents aku nak balik dah so bleh la tunjukkan jalan. Heh(Sori la ye Dilla, menyusahkan kamu, hoho).

Malam, pakcik aku from Ipoh tuh datang lagi. "Sure nak ajak makan lagi la tuh," aku cakap kat mak aku. "Memang nak ajak makan kat luar pon." "Erm, sori la ma, angah takleh nak ikut. Sakit kepala and selsema tak reda lagi." Tido agak awal. 920 aku dah terbaring. Kul 250 baru bangun solat Isya'. Huhu.

So sampai situ je la ye kawan²? Pergh, aku dah rasa cam tengah tulis novel online la plak. Haha. Panjang gile "travel report" aku kali nih. Sori la. Jangan korang pening dah. Kalo pening, berenti la kejap, then sambung la kemudian. Tuh pon kalo nak sambung la. Aku dah cube buat seringkas mungkin namun tak berjaya gak. Ahaha :p

Kepada Cikgu Zarina, saya doakan cikgu cepat sembuh and bleh jalan lagi, in-syaAllah. Kepada Dilla, trimas laa berjuta kali trimas sebab sanggup tumpangkan aku and anta sampai balik umah. Lenkali blanje ko(yeah rite, hoho :p). Kepada Raimi, moga adik ko cepat sembuh. Kepada kawan² sekolah, korang pegi la lawat² cikgu. Sian kat cikgu. Moga² korang datang lawat tuh, mana la tau kan, rahmat Allah nak bagi, cikgu bleh sembuh ke. Kan? Kan? Okeh, that's all for now. Lenkali plak la aku update. Wassalam :)